Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Bagaimana Jika Ada Kematian Mengejut di Rumah pada Waktu Malam?

■Jangan cemas

■Tunggu dua tiga jam lagi sebelum terbit pagi.. InsyaAllah orang masjid akan sampai dan akan membantu uruskan jenazah.

■Sementara itu sapu minyak di kelopak mata arwah untuk lembutkan kemudian cuba rapatkan mata arwah jika masih terbuka.

■Begitu juga dengan tangan, sapu2 sedikit minyak di kedua2 siku untuk lembutkan kemudian letakkan kedua-dua tangan di atas perut.

■Letak pisau/gunting besi atas perut, supaya tak masuk angin

■Kelopak mata kalau payah nak tutup,letakkan syiling

■Tangan diikat dengan perca kain.

■Kepala hingga dagu juga elok ikat dgn perca kain.

■jika ada darah yang keluar dari hidung/telinga, sumbatkan dengan kapas untuk menahan darah dari terus menitik keluar

■Selimutkan arwah dengan kain yang dapat menutup seluruh jasad dari kepala hingga kaki.. boleh guna sebarang kain samada kain batik panjang dsb, asal saja dapat menutupi jenazah

■Rehatlah dan cubalah untuk tidur dulu sementara menunggu subuh kalau kematian berlaku seawal jam 12 atau 1 pagi.

■Mesti ada pengesahan kematian dari doktor klinik/hospital.

■Bila dapat surat pengesahan tersebut baru buat laporan di balai polis berhampiran.

□Polis kemudiannya akan keluarkan Permit Pengkebumian/surat mati untuk urusan pengkebumian jenazah.

Menjadi ahli khariat kematian samada di surau berdekatan rumah/masjid.

Jika kita tiada khairat kematian, hanya perlu ada sejumlah RM520(mungkin jumlah RM berbeza di masjid lain) untuk pengurusan jenazah dari awal urusan dimandikan, dikafankan sehinggalah selamat dikebumikan(wang boleh serah kemudian, pihak masjid boleh dahulukan).

Pihak masjid yang akan menghubungi penggali kubur untuk menyediakan tempat, begitu juga urusan kain kapan dan sebagainya. waris simati tidak perlu bimbang tentang semua perkara itu.

Patut juga kita ambil tahu nama-nama ajk masjid, yang lebih baik lagi kenal dan cam wajah2 mereka.

Ramai yang tidak tahu dan tak terfikir tentang adanya kemungkinan perkara itu tiba-tiba terjadi dalam rumah masing2.

Harus bersedia menghadapi kematian. Mati yang pasti.

Wallahu’alam.

Sumber: http://www.tengkubutang.com

26/03/2019 Posted by | Informasi, Q & A (Soal Jawab) | Leave a comment

FIDYAH DAN KAFFARAH

SOAL JAWAB FIDYAH & KAFFARAH:

1.Bolehkah fidyah dibayar terus kepada anak yatim?

Boleh sekiranya anak yatim tergolong dalam kategori fakir dan miskin.

2.Adakah wajib bagi seorang anak mengqada puasa bagi seorang ibu atau ayahnya yang sakit tua dan nyanyuk?

Tidak perlu mengqadakan puasa bagi ibu atau ayah yang uzur, namun boleh membayar fidyah bagi puasa yang ditinggalkannya.

3.Bagaimanakah pengiraan bagi bayaran fidyah?

Bilangan hari x 1 cupak beras x tahun gandaan

4.Berapakah kadar timbangan 1 cupak beras untuk bayaran fidyah di Negeri Kedah?

1 gantang Baghdad bersamaan 2.60 kg, dan satu cupak bersamaan 650gram (satu cupak dinilai bersamaan ¼ daripada 1 gantang Baghdad)

Harga beras bagi sukatan adalah mengikut harga pasaran semasa.Sebagai contoh, harga zakat fitrah tahun 1437H bagi satu gantang beras adalah RM7.00, Oleh itu 1 cupak (650gram) beras bagi tahun 1437H adalah RM1.75.(sumber cabutan Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah 27 Julai 2015 bersamaan 11 Syawal 1436)

5.Bagaimanakah cara membayar fidyah bagi orang tua yang tidak berupaya berpuasa dan bilakah masanya fidyah itu perlu dibayar?

Sekiranya tidak mampu berterusan, hendaklah membayar fidyah sebaik sahaja selepas Ramadhan berlalu. Jika sekiranya tidak berupaya ketika itu sahaja, kemudian selepas itu dia mampu melakukannya, hendaklah qadha puasa tersebut dan sekiranya melangkaui tahun hendaklah qadha dan membayar fidyah.

6.Setelah qadha puasa, adakah waris si mati perlu juga untuk membayar fidyah?

Setelah selesai mengqadha puasa si mati, ini bermakna waris sudah tidak perlu untuk membayar fidyah puasa lagi untuknya.

7.Bagi kaffarah zihar, adakah dibolehkan untuk tidak mengikut turutan kaffarah yang diwajibkan?

Mengikut pandangan jumhur ulamak, kaffarah terbabit bukanlah pilihan tetapi ia mengikut urutan.

8.Jika tidak mampu menunaikan kaffarah nazar mengikut urutan, maka hendaklah menunaikan pilihan berpuasa selama tiga hari.

Sumber:Majlis Agama Islam Kedah

26/03/2019 Posted by | Bicara Ulama, Fiqh, Q & A (Soal Jawab) | Leave a comment

   

%d bloggers like this: