Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

ISU ‘NABI BERSYAHWAT KPD PEREMPUAN’, DR PENSYARAH MELAYU BIDANG HADIS BERHUJJAH DGN KENYATAAN ORG BUKAN AHLI ILMU

Coretan Al-Faqir Ahmad Faidzurrahim.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=378342839666398&id=100024720556788

Assalamualaikum WarahMatullahi Wabarakatuh.

Saya telah dimaklumkan oleh beberapa sahabat saya berkaitan dgn isu seorng pensyarah di salah satu pusat pengajian tinggi yg mana pensyarah tersebut bertaraf ‘DOKTOR’ dan bersijil ‘PHD’ dalam bidang hadis.

Isu yang timbul adalah berkaitan dgn keperibadian Nabi yang dikatakan oleh pensyarah tersebut bahawa Nabi juga bersyahwat, kenyataan beliau yg berbunyi:
فوقع في قلبه شهوة النساء
Maknanya:
“Terdetik dalam jiwa Nabi syahwat kepada perempuan” .

Isu yg timbul ini telah dimuatkan dalam Fb pensyarah tersebut seperti yang dimaklumkan oleh sahabat-sahabat saya.

Maka saya terbaca penulisan beliau tersebut di Fbnya, dan apa yg menarikkan perhatian saya ketika membaca penjelasan beliau berkaitan dgn beberapa hadis yg beliau nyatakan dalam Fb beliau xde pulak lafaz hadis yg menyatakan: ‘Terdetik dlm Jiwa Nabi Syahwat kpd perempuan’. Apa yg saya perhatikan itu adalah kenyataan dari si pensyarah itu sendiri.

Beliau juga menyenaraikan beberapa nama org ulamak berkaitan dgn penilaian sanad hadis yg berkaitan dgn isu yg timbul (ISU DAKWAAN NABI BERSYAHWAT KPD PEREMPUAN) maka ini tidaklah menghairankan saya, tetapi apabila beliau menyebut beberapa insan yg lain juga menilai sanad hadis tersebut dgn menyebut: ‘Syeikhuna (guru kami) Syu’aib Arnaut dan Al-Albani’ (sila lihat lampiran yg di letak) maka ini sgt menghairankan dan mengajaibkan saya kerana apa yang saya tahu al-Albani ini bukanlah seorang ulamak apatah lagi tokoh dan pakar dalam bidang ilmu hadis.

Maka jelas di sini bahawa pensyarah yg bertaraf ‘DOKTOR PHD HADIS’ tersebut masih lagi berbangga dan mengiktiraf al-Albani sebagai guru beliau, sedangkan Nasiruddin al-Albani ini sudah jelas ditolak oleh para alim ulamak Ahli Sunnah Wal Jamaah, bahkan al-Albani ini tiada pengiktirafan rasmi akan kealimannya dari pihak yg boleh dipercayai.

Ayooh semua dgn hati yg ikhlas dan terbuka, kita mengenal Nasiruddin al-Albani ini secara ringkas.

SIAPAKAH NASIRUDDIN AL-ALBANI?

Telah berkata beberapa ulamak Islam bahawa ada seorang tukang jam yang bernama Muhammad Nasiruddin al-AlBani yang berasal dari negara Albania. Cukup sebagai bantahan terhadapnya adalah pengakuanya sendiri bahawa dia dulunya bekerja sebagai tukang memperbaiki jam (as-Sa’atiy) dan hobinya adalah membaca kitab-kitab agama tanpa mendalami ilmu Agama dari para ulamak yg muktabar dan tidak mempunyai sanad yang diakui dalam Ilmu Hadits, bahkan sanadnya terputus (tidak bersambung ke Rasulullah), sanadnya kembali kepada kitab-kita yang dibaca olehnya sendiri. Dia sendiri mengakui bahawa dia tidak menghafal sepuluh hadis pun dengan sanad muttasil (bersambung) sampai ke Rasulullah, meskipun begitu dia berani mensahihkan dan melemahkan mana2 hadis sesuka hati dengan hawa nafsunya dan bertentangan dengan kaedah para ulama hadis yang menegaskan bahawa kerja-kerja mentashihkan dan melemahkan mana-mana hadis adalah tugas para ulamak Hadis yg bertaraf ‘al-Hafiz’ saja.

Antara kesesatan Al Albani adalah menyamakan Allah dengan makhluk-Nya, ini disebut dalam kitabnya berjudul “Al-Mukhtasar al Uluww; “.
Beliau mengkafirkan orang-orang yang bertawassul dan beristighatsah dengan para Nabi dan orang-orang soleh, INI disebut dalam kitabnya “at-Tawassul” .

Al-Albani menganggap Nabi adalah seorang yang sesat sebagaimana beliau menuduh sesat orang-orang yang bertawassul dgn para Nabi dan para Wali, ini disebut dalam kitabnya “Fatawa al Albani”.
Beliau juga mengkafirkan Ahli Sunnah al Asyairah dan al Maturidiyah seperti yang disebut dalam rakaman suaranya yang disampaikan kepada para pengikutnya. Dia menyeru agar dihancurkan al Qubbah al Khadlra’ (menara hijau masjid Nabawi) dan menyarankan agar dipindahkan makam Nabi ke luar kawasan Masjid, ini disebut dalam kitabnya “Tahzir as-Sajid’ .

Al-AlBani melarang umat Islam menyebut dalam solat lafaz: “Assalamu ‘alaika ayyuhan Nabiyy” dan dia berkata bahawa haram lafaz “Assalamu alannabiyy atas alasan Nabi telah mati, ini disebutkan dalam kitabnya yang berjudul “Sifat Solat al-Nabi”.
Beliau juga memaksa orang Islam di Palestine agar menyerahkan negara Palestine kepada orang Yahudi, ini disebut dalam kitabnya “Fatawa al Albani”.
Dalam kitab yang sama jua (fatawa al-AlBani) dia mengharamkan orang Islam untuk mengunjungi sesama mereka dan menziarahi orang yang telah mati di kuburnya. Dia juga mengharamkan orang perempuan untuk memakai kalung emas dalam, kitabnya “Adaab az-Zafaaf “.

Al-AlBani mengharamkan orang Islam berwudhuk lebih dan satu mud dan mandi lebih dari lima mud (satu mud bersamaan dengan dua telapak tangan ukuran sedarhana), kenyataan ini dikutip dari”Majallah at¬Tamaddun”.

Beliau juga mengharamkan Umat Islam penggunaan Subhah(Tasbih) untuk berzikir sebagaimana disebut dalam kitabnya “Silsilah al Ahadits adl-Dha’ifah”, beliau mengharamkan oranh Islam melaksanakan solat sunat tarawih dua puluh raka’at di bulan Ramadan sebagaimana disebut dalam kitabnya “Qiyam Ramadhan”.

Beliau juga mengharamkan umat Islam melakukan solat sunnah qabliyalih jum’at sebagaimana disebut dalam kitabnya yang berjudul “al Ajwibah an-Nafah”.

Selain itu beliau mengharamkan bacaan al-Qur’an untuk orang-orang muslim yang telah meninggal dunia dan juga mengharamkan perayaan maulid Nabi, mengharamkan ziarah ke makam Nabi dan melarang ucapan lafaz “Sayyidina” untuk Nabi dan menganggapnya bid’ah sesat pelakunya seorang mubtadi’.

Wallahu aalam

SENARAI SEBAHAGIAN ULAMAK ISLAM YG MEMBONGKAR KESESATAN AL-ALBANI:

Seorang tokoh hadis yg terkenal namanya Syeikh al-Muhaddis Abdullah al-Ghummari di dalam risalahnya yg berjudul ‘al-Rasaeil al-aghummariah’ ada menyebut antara ulamak Islam yg membongkar kesesatan Al-Bani adalah seperti berikut:

1-Ulamak pakar hadis di timur tengah Imam al-Muhaddis Syeikh Abdullah al-Harari al-Habasyi dlm dua karangan beliau, satunya berjudul at-Ta’aqqubul Hasis, dan yg kedua: Nusratul al-Ta’aqqubul Hasis.

2- Ulamak hadis dari India Maulana Syeikh Abdur Rahmam al-A’azamy dalam bukunya berjudul al-Bani syuzu’uhu wa akhto’uhu.

3- Ulamak Maghrib Syeikh Abdul Aziz al-Ghummari dlm bukunya Bayan Naks al-Nakis al-Muta’addy.

4- Syeikh Saed Mamduh.

5- Sheikh Ismail bin Muhamad al-Ansory seorang penyelidik di Darul Ifta’ Riyadh.

6- Syeikh Muhammad al-Khazarjy seorng Menteri Agama di Emaret.

7- Ustaz Badrudin Hasan Diyab al-Dimasyqy.
Dan ramai lagi.

Wallahu aalam.

Ada sebahagian rakaman ceramah saya berkaitan dgn isu Nasiruddin al-Albani, boleh tonton di sini:

1- https://youtu.be/QijQkwfzP2o

2- https://youtu.be/PDvsQDpz9QU

3- https://youtu.be/UnaooGuez9w

Oh Nasiruddin al-Albani!!! engkau adalah antara penyebab kami mengetahui akan orang-orang yg mendakwa mahir dan pakar hadis.

Semoga Allah memberi petunjuk kpd pensyarah yg bertaraf PHD HADIS tersebut agar dpt berdamping dgn ulamak-ulamak yg betul2 pakar dlm bidang hadis.

KENALKAH ANDA SIAPA PENSYARAH DR PHD HADIS INI?

Semoga kita dikekalkan bersama alim ulamak Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Sekian. Wassalamu alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Yang hina dan lemah
AHMAD FAIDZURRAHIM.

Telegram:
https://t.me/joinchat/AAAAAE5W_012M87ttPndBg

Instagram:
kuliah_ustaz_faidzurrahim.

Dua Facebook rasmi:
1- Ahmad Faidzurrahim
2- Ustaz Ahmad Faidzurrahim

Selamat membaca dan jgn lupa sebarkan!!!

15/03/2019 Posted by | Bicara Ulama, Politik dan Dakwah, Q & A (Soal Jawab), wahabi | Leave a comment

   

%d bloggers like this: