Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

“Jawapan kepada Dr ASRI (Mufti Perlis) dalam bab ‘Allah berada di arasy'”

12/03/2019 Posted by | Aqidah, Bicara Ulama, Politik dan Dakwah | Leave a comment

MENJAWAB KENYATAAN SONGSANG: ‘ ALLAH PERLU PADA MAKHLUK’.

Ketahuilah bahawa antara sifat wajib bagi Allah adalah tidak berhajat dan perlu pada makhluk, tapi tiba2 di akhir zaman ni ada insan berani mendakwa Allah perlu pada makhluk.

Subhanallah, Semoga Allah Melindungi Umat Islam.

Semoga rakaman pencerahan sebegini dapat kita ambil iktibar dan pengajaran di akhir zaman.

Selamat menonton dan Sebarkan!!!

Boleh juga ditonton di Youtube ini:

Kredit:
‘PARA PENUNTUT ILMU MAKRIFATULLAH’

12/03/2019 Posted by | Aqidah, Bicara Ulama, Politik dan Dakwah | Leave a comment

KEMUNCULAN PENDAKWAH PENDAKWA SESAT AKHIR ZAMAN YG MENYAMAKAN ALLAH DGN MAKHLUK

Hadis Nabi.
عَنْ حُذَيْفَةَ بْنِ الْيَمَان رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَنَّهُ قَالَ : كَانَ النَّاسُ يَسْأَلُوْنَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنِ الْخَيْرِ وَ كُنْتُ أَسْأَلُهُ عَنِ الشَّرِّ مَخَافَةَ أَنْ يُدْرِكَنِي فَقُلْتُ يَا رَسُوْلُ اللهِ أِنَّا كُنَّا فِي جَاهِلِيَّةٍ وَشَرِّ فَجَاءَنَااللَّهُ بِهَذَا الْخَيْرِ فَهَلْ بَعْدَ هَذَا الْخَيْرِ شَرِّ قَالَ نَعَمْ فَقُلْتُ هَلْ بَعْدَ ذَلِكَ الشَّرِّ مِنْ خَيْرِ قَالَ نَعَمْ وَفِيْهِ دَخَنٌ قَلْتُ وَمَادَخَنُهُ قَالَ قَوْمٌ يَسْتَنُّوْنَ بِغَيْرِ سُنَّتِي وَيَهْدُوْنَ بِغَيْرِ هَدْيِي تَعْرِفُ مِنْهُمْ وَتُنْكِرُ فَقُلْتُ هَلْ بَعْدَ ذَلِكَ الْخَيْرِ مِنْ شَرِّ قَالَ نَعَمْ دُعَاةٌ عَلَى أَبْوَابِ جَهَنَّمَ مَنْ أَجَابَهُمْ إِلَيْهَا قَذَفُوْهُ فِيْهَا فَقُلْتُ يَا رَسُوْلُ اللهِ صِفْهُمْ لَنَا قَالَ نَعَمْ قَوْمٌ مِنْ جِلْدَتِنَا وَيَتَكَلَمُوْنَ بِأَلْسِنَتِنَا قثلْتُ يَا رَسُوْلُ اللهِ فَمَاتَرَى إِنْ أَدْرَكَنِي ذَلِكَ قَالَ تَلْزَمُ جَمَاعَةَ الْمُسْلِمِيْنَ وَإِمَامَهُمْ فَقُلْتُ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ لَهُمْ جَمَاعَةٌ وَلاَ إِمَامٌ قَالَ فَاعْتَزِلُ تِلكَ الْفِرَقَ كُلَّهَا وَلَوْ أَنْ تَعَضَّ عَلَى أَصْلِ شَجَرَةٍ حَتَّى يُدْرِكَكَ الْمَوْتُ وَأَنْتَ عَلَى ذَلِكَ

Dari Hudzaifah bin Al-Yaman Radhiyalahu ‘anhu beliau berkata : “Dahulu manusia bertanya kepada Rasulullah tentang hal-hal yang baik tapi aku bertanya kepada baginda tentang hal-hal yang buruk agar jangan sampai menimpaku”
Aku bertanya : “Wahai RASULULLAH!!, dahulu kami berada dalam keadaan jahiliyah dan kejahatan lalu Allah mendatangkan kebaikan ini, apakah setelah kebaikan ini akan datang keburukan?”
Baginda berkata : “Ya”
Aku bertanya : “Dan apakah setelah keburukan ini akan datang kebaikan?”
Baginda menjawab : “Ya, tetapi didalamnya ada asap”.
Aku bertanya : “Apa asapnya itu ?”
Baginda menjawab : “Suatu kaum yang membuat ajaran bukan dari ajaranku, dan menunjukkan (manusia) kepada selain petunjukku. Engkau akan mengenal mereka dan engkau akan menolaknyanya”
Aku bertanya : “Apakah setelah kebaikan ini akan datang kejahatan lagi ?”
Baginda menjawab :”Ya, (akan muncul) para dai-dai (para pendakwah) yang menyeru ke neraka jahannam. Barangsiapa yang menerima seruan mereka, maka mereka pun akan menjerumuskan ke dalam neraka”
Aku bertanya : “Ya Rasulullah, sebutkan ciri-ciri mereka kepada kami ?”
Baginda menjawab : “Mereka dari kulit-kulit/golongan kita, dan berbicara dengan bahasa kita”
Aku bertanya : “Apa yang anda perintahkan kepadaku jika aku temui keadaan seperti ini”
Baginda menjawab : “Pegang erat-erat jama’ah kaum muslimin dan imam mereka”
Aku bertanya : “Bagaimana jika tidak ada imam dan jama’ah kaum muslimin?”
Baginda menjawab :”Tinggalkan semua kelompok-kelompok itu, walaupun kau menggigit akar pohon sehinggalah ajal mendatangimu”.

Antara ajaran pendakwah songsang di akhir zaman adalah:

1- Menyebar ajaran Allah Duduk dan berada di atas langit & arasy.
2- Menyebar ajaran Tasybih dan Tajsim seperti menganggap Allah beranggota muka, tgn, jari jemari, kaki dan lain2 anggota.
3- Mengharmkan sambutan Maulid Nabi.
4- Mengharamkan tawasul dan ambil berkat Rasulullah.
5- Tidak menggalakkan bacaan Yasin Malam Jumaat, tahlil arwah.
6- Menganggap kewujudan Allah mengikut kewujudan makhluk.
7-Menganggap Allah perlu kepada kita.
8- Menolak kehormatan ulamak dan majlis ilmu atas alasan sudah memiliki ilmu laduni.
9- Mendakwa ‘Allah zat yg sgt sunyi, Allah adalah harta karun dan kancun yg ternilai.
Tapi bila di teliti semula hakikatnya mereka yg sunyi, sunyi dari ulamak, sbb tu mereka tolak dan hina semua ulamak, mereka berguru dgn khayalan, syaitan telah mengkhayalkan bagi mereka, walau pun mereka diberi peluang berceramah dI depan masyarakat.
10- Membezakan ilmu hakikat dgn syariat dgn dakwaan yg pelik, dan lain2.

HATI-HATILAH DARI INSAN YG MENYEBAR AJARAN-AJARAN SEBEGINI.

Semoga Allah melindungi Umat Islam.

https://m.facebook.com/photo.php?fbid=373225880178094&id=100024720556788&set=a.115299885970696&source=57

(Disediakan oleh:)
(USTAZ AHMAD FAIDZURRAHIM)

12/03/2019 Posted by | Bicara Ulama, Politik dan Dakwah | Leave a comment

TIGA CIRI UTAMA ULAMAK YANG BENAR:

1- Ahli Sunnah Wal Jamaah (Al-Asyairah & Al-Maturidiyyah)
2- Bermazhab dgn salah satu mazhab empat yg muktabar (Syafei, Maliki, Hanbali & Hanafi).
3- Bertasawuf dan bertarikat yg betul.

Sila dgr dan tonton betul-betul

Disampaikan oleh:
AHMAD FAIDZURRAHIM

Boleh tonton di Youtube ini:

Sumber:
Telegram:
https://t.me/joinchat/AAAAAE5W_012M87ttPndBg

Facebook:
1- Ahmad Faidzurrahim
2 – Ustaz Ahmad Faidzurrahim

Instagram:
kuliah_ustaz_faidzurrahim

12/03/2019 Posted by | Bicara Ulama, Politik dan Dakwah | Leave a comment

   

%d bloggers like this: