Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Dalam konteks bernegara kita bahagikan orang bukan Islam kepada kafir zimmi, kafir harbi, kafir mu’ahad dan musta’man.

Dari sudut pandangan umum kita panggil orang yang tidak memeluk agama Islam sebagai orang bukan Islam, ghayr muslimin. Dalam konteks bernegara kita bahagikan orang bukan Islam kepada kafir zimmi, kafir harbi, kafir mu’ahad dan musta’man, meskipun pada hari ini mereka muwatin (warga negara) tetapi mereka tetap dianggap kafir.

Sekarang ini ada rasa tidak senang orang bukan Islam dianggap kafir, mengapa? Sebab mereka menganggap diri mereka juga beriman kepada Tuhan. Pengaruh pluralisme agama yang meluas telah menyebabkan ramai orang termasuk orang bukan Islam menganggap diri mereka juga beriman dan percaya bahawa semua agama berasal dari Tuhan yang sama kerana itu tidak ada yang kafir.

Sebenarnya istilah kafir adalah istilah yang neutral, tanpa mengira agama, sesiapa pun akan menagnggap orang diluar kepercayaannya bukan orang beriman, tidak mendapat keselamatan, tidak masuk syurga. Orang bukan Islam tidak perlu merasa kesal tidak masuk syurga orang Islam dan orang Islam tidak akan sedih dianggap tidak akan masuk syurga penganut agama lain.

Kerana itu pluralisme agama ini adalah musuh agama, ia menutup pintu perbahasan kebenaran agama. Tidak ada agama yang benar mutlak, semua agama sama benar. Benar salah sesuatu agama itu tidak penting, agama menjadi persoalan selera masing2, walhal ia adalah persoalan untung nasib manusia di akhirat, perjalanan akhir hidupnya.

Golongan sekular dan liberal dalam hal ini lebih mementingkan perasaan bukan Islam walaupun terpaksa mengetepikan terma al-Qur’an dan menganggapnya tidak lagi sesuai pada zaman sekarang ini. Walhal persoalan iman dan kufur adalah persoalan usuluddin yang tidak boleh berubah sepanjang zaman.

Ustaz Dr Khalif Muammar

11/03/2019 - Posted by | Bicara Ulama, Politik dan Dakwah

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: