Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

ADAKAH ZAKIR NAIK BERFAHAMAN WAHHABI?

Dari fb Ismail Choport

Harap berlapang dada, ini soal AQIDAH..

Apa2 pun respect kepandaiannya menguasai perbandingan agama2 lain & sila hati2 dalam mendalami Aqidah

ADAKAH ZAKIR NAIK BERFAHAMAN WAHHABI?

Jawapan: Untuk mengenali seseorang itu adalah berfahaman Wahhabi atau tidak, maka kita perlu tahu tentang aqidah dan manhajnya dengan bukti supaya kita tidak memfitnahnya. Ramai masyarakat sekarang bertanya soalan ini:

BETUL KE ZAKIR NAIK WAHHABI?
Jika hendak menjawab soalan ini secara ilmiah dan bukan dengan sesuka hati, maka di sini kita bawakan beberapa perkara yang membuktikan bahawa Zakir Naik adalah seorang yang berfahaman Wahhabi dan dia cuba menyembunyikan fahamannya sendiri dengan berkata: “Tidak ada mazhab dalam Islam”, sedangkan dia sendiri mengikut fahaman Muhammad bin Abdul Wahab iaitu pengasas pergerakan Wahhabi.
Ini antara bukti-bukti bahawa dia adalah berfahaman Wahhabi dan manhajnya bercangah dengan manhaj ulama Melayu yang berfahaman Ahlus-Sunnah wal-Jama^ah

AQIDAH YANG DISEPAKATI OLEH AHLIS-SUNNAH WAL-JAMAAH; ALLAH ADA TANPA TEMPAT:

Antara ulama Melayu yang masyhur ialah Syaikh Zainal-Abidin ibn Muhammad al-Fatoni yang terkenal dengan “Tuan Minal Fatoni”, dia berkata dalam kitabnya yang berjudul Irsyadul-Ibad ila Sabilir-Rasyad: “Jika berkata bagi engkau oleh yang berkata: di mana Allah? Maka jawapannya: TIADA IA PADA TEMPAT”.

Zakir Naik berkata: Allah ada di langit atas Arasy dan kerana itu kita mengangkat tangan ke langit apabila berdoa.

Lihat kenyataannya ini yang terdapat dalam dua pautan berikut:

Di Malaysia: https://m.youtube.com/watch?v=6Xv8pD69DTc

Di tempat lain:

BACAAN AL-QURAN UNTUK ORANG TELAH MENINGGAL DUNIA:

Al-Imam al-Suyuti menukilkan kesepakatan 4 mazhab tentang keharusan membaca Qur’an bagi yang mati dan bahawasanya si mati dapat manfaat dengan bacaan al-Quran.

Zakir Naik berkata: Membacakan Quran bagi orang yang telah mati adalah bidaah sesat dan tak ada dalil baginya.
Lihat kenyataannya pautan berikut:

BERTAWASUL DENGAN NABI:

Setiap Jumaat di masjid-masjid di Selangor khatib berkata apabila berdoa;
ﺍﻟﻠﻬﻢ ﺇﻧﺎ ﻧﺘﻮﺳﻞ ﺇﻟﻴﻚ ﺑﻨﺒﻴﻚ ﺍﻷﻣﻴﻦ
Maknanya: “Ya Allah, kami bertawassul dengan nabi kamu yang bersifat amanah”.
Ada hadith membuktikan Rasulullah mengajar tawassul kepada sahabatnya iaitu hadith yang diriwayatkan oleh al-Hafiz al-Tobaroni dan selainnya dan ada 16 orang ulama hadith yang bertaraf hafiz hadith berkata hadith itu sohih.

Zakir Naik berkata: Bertawasul dengan nabi Muhammad ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ adalah amalan syirik.

Lihat kenyataannya pada pautan berikut:

SAMBUTAN MAULIDUR-RASUL:

Di Malaysia Ahlis-Sunnah wal-Jamaah yang terdiri daripada sultan-sultan, masyarakat dan kerajaan menyambut Maulidur-Rasul setiap tahun.

Amalan ini adalah bidaah yang baik sepertimana yang dinaskan oleh al-Hafiz Ibn Dihyah, al-Hafiz al-Suyuti, al-Hafiz al-Sakhawi ulama al-Azhar dan lain-lain.

Zakir Naik berkata: Sambutan Maulidur-Rasul ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ adalah bidaah yang membawa kepada neraka.
Lihat kenyataannya pada pautan berikut:
https://m.youtube.com/watch?v=wC90bc4m6gQ

TAUHID:

Ahli Sunnah wal-Jamaah termasuk ulama Melayu seperti Syaikh Daud al-Fatoni, Syaikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fatoni, Tok Kenali, Mufti Banjar di kurun 12 hijri Syaikh Muhammad Arsyad al-Banjari, Mufti Acheh di kurun 11 hijri Syaikh Nurud-Din al-Raniri dan lain-lain, mereka mengajar sifat 20.
Zakir Naik mengajar aqidah Wahhabi yang membahagikan Tauhid kepada tiga.

Lihat kenyataannya pada pautan berikut:

Bagi seseorang yang tahu apakah itu wahhabi tidak syak lagi Zakir Naik itu Wahhabi.

Sumber

06/03/2019 - Posted by | Politik dan Dakwah, Q & A (Soal Jawab), wahabi

1 Comment »

  1. Tapi bukanke di sekolah juga kita belajar 3 cabang tauhid? Jadi pendidikan Malaysia buat silap atau bagaimana?

    Like

    Comment by Nana | 20/08/2019 | Reply


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: