Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Kami ikut Al Quran dan Sunnah sahaja

#ASWJ
Tuan mazhab apa?

#Wahhabi
Kami ikut Al-Quran dan As-Sunnah.

#ASWJ
Ikut Al-Quran dan As-Sunnah ikut kefahaman siapa?

#Wahhabi
Kefahaman Ulama’ salaf.

#ASWJ
Ulama’ Salaf yang mana?

#Wahhabi
Salaf yang hidup 300 tahun hijrah yang pertama.

#ASWJ
Jadi Tuan hidup pada zaman salaf?

#Wahhabi
Tidak, kami ikut ulama yg ikut salaf.

#ASWJ
Jadi darimana datangnya kefahaman salaf yang tuan ikuti sedangkan tuan tidak hidup pada zaman salaf dan tuan menolak majoriti ulama’ khalaf yang meneruskan kesinambungan ilmu salaf secara bersambung (muttasil) di dalam memahami Al-Quran dan As-Sunnah?

#Wahhabi
Kami ikut Imam Ibn Taimiyyah, Imam Ibn al-Qayyim, Sheikh al-Albani, Sheikh bin Baz, Sheikh Solleh Uthaimin dan ulama-ulama sunnah.

#ASWJ
Mula-mula kata ikut Al-Quran dan As-Sunnah tak ikut mazhab maksudnya tak ikut ulama’ sebab mazhab ialah tempat berjalan atau aliran seseorang ulama’ di dalam memahami Al-Quran dan As-Sunnah.

#Tapi bila ditanya rupanya mengaku ikut ulama’ juga di dalam nak memahami makna Al-Quran dan As-Sunnah bukan faham direct daripada Al-Quran dan As-Sunnah seperti dakwaan pertama.

Kefahaman ulama’ salaf dakwaan mereka juga bukan diambil direct daripada salaf sebab mereka tak hidup zaman salaf. Jadi mereka ambil kefahaman daripada siapa?

#Jawapannya tidak lain tidak bukan ialah daripada Ibn Taimiyyah, Ibn al-Qayyim, Muhammad b Abdul Wahhab, Bin Baz, Uthaimin, Al-Albani dan minoriti tokoh yang ditolak di dalam Islam.

#Ke mana perginya ribuan para ulama’ mujtahid Islam yang besar-besar selain ulama pujaan mereka selepas daripada zaman salaf yang mana asbab mereka sampainya ilmu dan kefahaman Al-Quran dan As-Sunnah kepada kita pada hari ini?

#Apakah seramai-ramai ulama’ Islam yang ada hanya Ibn Taimiyyah dan Muhammad bin Abdul Wahhab dan beberapa orang tokohsahaja yang benar kefahaman agama dan bertepatan dengan sunnah?

#Perhatikan tahun kelahiran ulama’ mereka dan ulama’ mazhab ikutan kita?

{Imam ikutan ASWJ}

Imam Hanafi 80H
Imam Malik 93H
Imam Syafie 150H
Imam Ahmad 164H
Imam Abu Hassan al-Asya’ari 240H

{Imam ikutan Wahhabi}

Ibnu Taimiyyah 661H
Muhammad Bin Abdul Wahhab 1115H
Ibn Baz 1330H
Al-Albani 1333H
Uthaimin 1347H

#Jika Wahhabi kata kami ikut Al-Quran dan As-Sunnah maknanya mereka sedang menipu kerana tanpa huraian para ulama’ bagaimana nak faham Al-Quran dan As-Sunnah?

#Jika Wahhabi kata ikut salaf mereka juga menipu kerana Imam 4 adalah salaf. Mazhab mana yang mereka ikut?

#Jika mereka kata kami tak taqlid mana-mana ulama’ mereka lagi menipu kerana mereka mengambil huraian daripada ulama-ulama mereka yang kita nyatakan tadi. Mereka bukan salaf.

#Bermazhab itulah sebenarnya mengikut jalan salaf bukan hanya mendakwa mengikut salaf tetapi hakikatnya tokoh-tokoh panutan mereka adalah yang ditolak di dalam sejarah Islam oleh kesepakatan para ulama Ahl al-Sunnah Wa al-Jama’ah.

Sumber:Pejuang Mazhab Salaf,
Ustaz Mohd Al-Amin Bin Daud Al-Azhari

05/03/2019 Posted by | wahabi | Leave a comment

KEMUNCULAN PENDAKWAH PENDAKWA SESAT AKHIR ZAMAN YG MENYAMAKAN ALLAH DGN MAKHLUK

Hadis Nabi.
عَنْ حُذَيْفَةَ بْنِ الْيَمَان رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَنَّهُ قَالَ : كَانَ النَّاسُ يَسْأَلُوْنَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنِ الْخَيْرِ وَ كُنْتُ أَسْأَلُهُ عَنِ الشَّرِّ مَخَافَةَ أَنْ يُدْرِكَنِي فَقُلْتُ يَا رَسُوْلُ اللهِ أِنَّا كُنَّا فِي جَاهِلِيَّةٍ وَشَرِّ فَجَاءَنَااللَّهُ بِهَذَا الْخَيْرِ فَهَلْ بَعْدَ هَذَا الْخَيْرِ شَرِّ قَالَ نَعَمْ فَقُلْتُ هَلْ بَعْدَ ذَلِكَ الشَّرِّ مِنْ خَيْرِ قَالَ نَعَمْ وَفِيْهِ دَخَنٌ قَلْتُ وَمَادَخَنُهُ قَالَ قَوْمٌ يَسْتَنُّوْنَ بِغَيْرِ سُنَّتِي وَيَهْدُوْنَ بِغَيْرِ هَدْيِي تَعْرِفُ مِنْهُمْ وَتُنْكِرُ فَقُلْتُ هَلْ بَعْدَ ذَلِكَ الْخَيْرِ مِنْ شَرِّ قَالَ نَعَمْ دُعَاةٌ عَلَى أَبْوَابِ جَهَنَّمَ مَنْ أَجَابَهُمْ إِلَيْهَا قَذَفُوْهُ فِيْهَا فَقُلْتُ يَا رَسُوْلُ اللهِ صِفْهُمْ لَنَا قَالَ نَعَمْ قَوْمٌ مِنْ جِلْدَتِنَا وَيَتَكَلَمُوْنَ بِأَلْسِنَتِنَا قثلْتُ يَا رَسُوْلُ اللهِ فَمَاتَرَى إِنْ أَدْرَكَنِي ذَلِكَ قَالَ تَلْزَمُ جَمَاعَةَ الْمُسْلِمِيْنَ وَإِمَامَهُمْ فَقُلْتُ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ لَهُمْ جَمَاعَةٌ وَلاَ إِمَامٌ قَالَ فَاعْتَزِلُ تِلكَ الْفِرَقَ كُلَّهَا وَلَوْ أَنْ تَعَضَّ عَلَى أَصْلِ شَجَرَةٍ حَتَّى يُدْرِكَكَ الْمَوْتُ وَأَنْتَ عَلَى ذَلِكَ

Dari Hudzaifah bin Al-Yaman Radhiyalahu ‘anhu beliau berkata : “Dahulu manusia bertanya kepada Rasulullah tentang hal-hal yang baik tapi aku bertanya kepada baginda tentang hal-hal yang buruk agar jangan sampai menimpaku”
Aku bertanya : “Wahai RASULULLAH!!, dahulu kami berada dalam keadaan jahiliyah dan kejahatan lalu Allah mendatangkan kebaikan ini, apakah setelah kebaikan ini akan datang keburukan?”
Baginda berkata : “Ya”
Aku bertanya : “Dan apakah setelah keburukan ini akan datang kebaikan?”
Baginda menjawab : “Ya, tetapi didalamnya ada asap”.
Aku bertanya : “Apa asapnya itu ?”
Baginda menjawab : “Suatu kaum yang membuat ajaran bukan dari ajaranku, dan menunjukkan (manusia) kepada selain petunjukku. Engkau akan mengenal mereka dan engkau akan menolaknyanya”
Aku bertanya : “Apakah setelah kebaikan ini akan datang kejahatan lagi ?”
Baginda menjawab :”Ya, (akan muncul) para dai-dai (para pendakwah) yang menyeru ke neraka jahannam. Barangsiapa yang menerima seruan mereka, maka mereka pun akan menjerumuskan ke dalam neraka”
Aku bertanya : “Ya Rasulullah, sebutkan ciri-ciri mereka kepada kami ?”
Baginda menjawab : “Mereka dari kulit-kulit/golongan kita, dan berbicara dengan bahasa kita”
Aku bertanya : “Apa yang anda perintahkan kepadaku jika aku temui keadaan seperti ini”
Baginda menjawab : “Pegang erat-erat jama’ah kaum muslimin dan imam mereka”
Aku bertanya : “Bagaimana jika tidak ada imam dan jama’ah kaum muslimin?”
Baginda menjawab :”Tinggalkan semua kelompok-kelompok itu, walaupun kau menggigit akar pohon sehinggalah ajal mendatangimu”.

Antara ajaran pendakwah songsang di akhir zaman adalah:

1- Menyebar ajaran Allah Duduk dan berada di atas langit & arasy.

2- Menyebar ajaran Tasybih dan Tajsim seperti menganggap Allah beranggota muka, tgn, jari jemari, kaki dan lain2 anggota.

3- Mengharmkan sambutan Maulid Nabi.

4- Mengharamkan tawasul dan ambil berkat Rasulullah.

5- Tidak menggalakkan bacaan Yasin Malam Jumaat, tahlil arwah.

6- Menganggap kewujudan Allah mengikut kewujudan makhluk.

7-Menganggap Allah perlu kepada kita.

8- Menolak kehormatan ulamak dan majlis ilmu atas alasan sudah memiliki ilmu laduni.

9- Mendakwa ‘Allah zat yg sgt sunyi, Allah adalah harta karun dan kanzun yg ternilai.
Tapi bila di teliti semula hakikatnya mereka yg sunyi, sunyi dari ulamak, sbb tu mereka tolak dan hina semua ulamak, mereka berguru dgn khayalan, syaitan telah mengkhayalkan bagi mereka, walau pun mereka diberi peluang berceramah dI depan masyarakat.

10- Membezakan ilmu hakikat dgn syariat dgn dakwaan yg pelik, dan lain2.

HATI-HATILAH DARI INSAN YG MENYEBAR AJARAN-AJARAN SEBEGINI.

Semoga Allah melindungi Umat Islam.

Sumber:
USTAZ AHMAD FAIDZURRAHIM

https://m.facebook.com/photo.php?fbid=373225880178094&id=100024720556788&set=a.115299885970696&source=57

05/03/2019 Posted by | Aqidah, Bicara Ulama, Ibadah, Q & A (Soal Jawab) | Leave a comment

   

%d bloggers like this: