Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

WAHABI MENYAMAKAN ORANG-ORANG KAFIR DENGAN ORANG ISLAM. .

Dalam kitab ” Kasyfu asy-Syubahat ” m.s. 9, ketika menyinggung orang-orang kafir Quraisy, Ibnu Abdul Wahab memuji habis-habisan kelebihan mereka(si kafir) dalam beribadah kepada Allah dengan mengatakan :
.
“Mereka orang-orang kafir beribadah memohon kepada Allah siang dan malam ! Di antara mereka ada yang memohon kepada malaikat untuk kemaslahatan dan kedekatan mereka kepada Allah agar mereka ( para malaikat) memohonkan ampun kepada Allah untuknya. Atau memohon kepada orang soleh seperti Lata. Atau kepada nabi seperti Isa. Dan aku faham betul bahawa Rasulullah s.a.w. memerangi mereka disebabkan kemusyirikan ini. Kerana Nabi s.a.w. mengajak mereka untuk ikhlas dalam beribadah… Rasulullah memerangi mereka agar doa semuanya untuk Allah. … Mereka berteriak sebagaimana saudara mereka orang-orang kafir berteriak,
‘ Mengapa ia menjadikan tuhan-tuhan itu hanya satu saja?Sesungguhnya ini benar-benar satu perkara yang sangat menghairankan.’ (Surah Shaad: 5 ).”
.
Rakan facebook sekelian, lihatlah bagaimana Muhammad ibnu Abdul Wahab TERSESAT dalam membuat kesimpulan. Dia mengatakan orang-orang kafir Quraisy beribadah siang dan malam memohon kepada Allah. Pertanyaannya, adakah di antara orang kafir Quraisy yang menyembah Allah siang dan malam, pagi dan petang dan bahkan melakukan qiammullail? Tolong sebutkan satu nama sahaja! Dari sini saja kekeliruannya sudah sangat jelas. Kalau sudah menyembah Allah siang dan malam, lalu Mengapa Nabi Muhammad s.a.w. masih mengajak mereka untuk menyembah Allah??? Ini bukti bahawa penegak Wahabi ini terlalu berani dan bercakap sembarangan.
.
Ibnu Abdul Wahab memerangi umat Islam disebabkan oleh umat Islam itu musyrik kepada Allah akibat TAWASSUL, sebagaimana dakwaannya. Dengan dalil yang sangat rapuh itu dia mencari-cari alasan bagi dirinya untuk MENGHALALKAN DARAH umat Islam yang BERTAWASSUL kepada Allah. Sedangkan TAWASSUL adalah masalah yang sudah sangat jelas boleh dilakukan kerana diajar oleh baginda Nabi s.a.w. diikuti oleh para sahabat Nabi seperti Saidina Ali r.a. Saidina Umar r.a. Abdullah Ibnu Abbas r.a. Miqdad, Abu Dzar al-Ghifari, Abdul Rahman bin Auf, dan lain-lain lagi. Dari mereka TAWASSUL diajar oleh para tokoh ulama terhormat kepada umat ini seperti Imam al-Bukhari dan Imam Muslim, Ibnu Katsir, Ibnu Hajar Asqalani, Imam Nawawi, Sultan ulama Izz ibnu Salam, Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafi’i, Imam Ahmad bin Hanbal. Dan masih banyak lagi ulama lain yang tidak terhitung jumlahnya, kerana masalah ini adalah mazhab majoriti ulama dan seluruh umat Islam.
.
Samakah antara ORANG KAFIR___yang tidak percaya kepada Allah? membangkang kepada Nabi-Nya? tidak pernah menjalankan syariat Islam ? menyembah berhala minum arak mabuk berzina bahkan membunuh__dengan orang-orang Islam yang sangat yakin kepada Allah, beriman kepada Nabi-Nya, berakhlak mulia, menjaga kehormatan, dan menunaikan rukun Islam; syahadat, solat, puasa, zakat, dan haji ?
.
Allah berfirman,
.
“Maka apakah layak Kami menyamakan orang-orang Islam dengan orang yang berdosa (orang kafir) Kenapa dengan kalian, bagaimana boleh kamu semua menghukum seperti itu ?” ( Surah al-Qalam 35-36)
.
Sekian, renungilah manhaj sesat ini yang sedang dicedok oleh pengikut pengikut Wahabi Salafi tempatan sehingga sedikit demi sedikit terjebak menjadi liberal dan plural dalam beragama . Awas jangan terperangkap dengan Wahabi Salafi bermula dari sini tetapi berakhir kepada fahaman liberalisme dan pluralisme yang sedang bermahaja lela sekarang tanpa kawalan dengan tafsiran pada orang-orang kafir dalam agama, menjadikan kita umat Islam dan rujukan ulama majoriti tersasar dalam beragama hasil tafsiran Wahabi Salafi tempatan. WASSALAM.

Sumber: FB Walan Gara
·

31/12/2018 - Posted by | wahabi

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: