Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Tidak tunai tanggungjawab selaku isteri

Saya mempunyai beberapa soalan berkaitan tanggungjawab isteri.

Pertama, apakah hukumnya jika seorang isteri tidak menjalankan tanggungjawab sepenuhnya seperti menjaga makan, minum dan pakaian suami?

Kedua, apakah hukumnya jika isteri suka mengeluarkan kata-kata kesat terhadap suami?

Ketiga, apakah hukumnya jika suami memberikan nafkah zahir seperti wang sekadar mencukupi kepada isteri kerana selebihnya digunakan untuk membayar hutang?

Keempat, apakah hukum suami membiarkan isteri yang nusyuz tanpa mendapat sebarang layanan bertahun-tahun lamanya, dan hanya memberi nasihat tetapi tidak diendahkan isteri?

Terakhir, apakah hukum isteri yang nusyuz? Adakah layak baginya menerima hak suami seperti wang dan sebagainya?

SHAMSUL, Batu Gajah, Perak

Tanggungjawab dalam rumah tangga terbahagi kepada tiga iaitu tanggungjawab suami, tanggungjawab isteri dan tanggungjawab bersama.

Namun, tanggungjawab yang paling besar ialah terhadap ketua keluarga yang dinamakan suami atau bapa.

Tanggungjawab ini saudara boleh rujuk dalam kitab, majlis ilmu atau sumber maklumat lain.

Di sini dibawakan dua maksud daripada al-Quran, firman Allah SWT: “Kaum lelaki adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah SWT telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka.

“Sebab itu maka wanita soleh ialah yang taat kepada Allah SWT lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh kerana Allah SWT memelihara (mereka).

“Wanita yang kamu khuatirkan nusyuznya, maka nasihatilah mereka dan pisahkanlah mereka di tempat tidur mereka dan pukullah mereka.

“Kemudian jika mereka mentaatimu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.” (surah an-Nisa, ayat 34)

“Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya. Dan orang yang disempitkan rezekinya hendaklah memberi nafkah daripada harta yang diberikan Allah SWT kepadanya.

“Allah SWT tidak memikulkan beban pada seseorang melainkan sekadar apa yang Allah SWT berikan kepadanya. Allah SWT kelak akan memberikan kelapangan sesudah kesempitan.” (surah al-Thalaq, ayat 7)

Sebelum pergi jauh mempertikaikan tanggungjawab isteri, adakah suami telah melaksanakan tanggungjawabnya seperti mengajar, membimbing dan memberikan pendidikan agama?

Sebelum suruh menjaga makan minum dan pakaian, sudahkan suami menyediakan kelengkapan dapur dan keperluan makan minum? Wallahualam.

Isteri yang mengeluarkan kata kesat terhadap suami adalah berdosa dan boleh dihukum nusyuz, namun kenapa perkataan demikian dikeluarkan? Wallahualam.

Nafkah secara zahirnya tidak boleh dipertikaikan, ia rezeki daripada Allah SWT selepas berusaha sebaik-baiknya.

Isteri seharusnya memahami dan menerima seadanya. Inilah dikatakan perkongsian rumah tangga.

Sudah pasti isteri seperti ini memahami agama dan bertanggungjawab.

Sabarlah dan didiklah isteri dengan meletak harapan untuk berubah. Didik mereka memahami agama dan adab berumah tangga.

Mintalah nasihat daripada mereka yang berpengalaman dalam rumah tangga.

Jangan suami terlalu banyak menghukum, carilah puncanya masalah dan selesaikan. Penting bagi suami mengadu kepada Allah SWT dalam doa dan munajat supaya mendapat jalan penyelesaiannya. Akhirnya hanya pada Allah SWT tempat mengadu.

Oleh Ustaz Haslin Baharin

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 15 Februari 2015 @ 1:42 AM

2018 © Harian Metro.
New Straits Times Press (M) Bhd.

27/10/2018 - Posted by | Fiqh, Ibadah, Muamalat (Keluarga), Q & A (Soal Jawab)

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: