Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Menyertai Polisi Insurans Konvensional: Halal Atau Haram?

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MJFK) telahpun memutuskan hukum berkaitan dengannya dalam beberapa siri persidangan yang membahaskan status insurans konvensional. Secara umumnya semua jenis insurans konvensional sama ada insurans nyawa, insurans am serta memperomosikannya juga adalah haram

By: Abdul Muhaimin Mahmood

Mencari sesuatu yang halal untuk dimakan atau digunakan dalam kehidupan seharian adalah merupakan suatu kewajipan yang difardukan oleh Allah SWT ke atas setiap Muslim, kerana mengambil yang halal itu dapat menambah cahaya iman dan membuat termakbulnya doa dan diterima amal ibadah, sebagaimana memakan yang haram boleh menghalang doa dan ibadat dari diterima oleh Allah SWT. [1] Rasulullah SAW bersabda;

وعن أنس بن مالك عن النبي صلى الله عليه و سلم قال : ] طَلبُ الحَلالِ وَاجِبٌ على كلِ مُسلِم.[ [2] رواه الطبراني في الأوسط وإسناده حسن

Maksudnya: Anas bin Malik meriwayatkan dari Rasulullah SAW, bersabda; “Mencari yang halal adalah suatu kewajipan ke atas setiap Muslim”. Diriwayatkan oleh al-Thabarani dengan sanad yang baik (hasan).

Merujuk kepada persoalan hukum insurans konvensional, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MJFK) telahpun memutuskan hukum berkaitan dengannya dalam beberapa siri persidangan yang membahaskan status insurans konvensional.

Secara umumnya semua jenis insurans konvensional sama ada insurans nyawa, insurans am serta memperomosikannya juga adalah haram. Berikut dilampirkan keputusan-keputusan muzakarah berhubung insurans konvensional:

Hukum insurans nyawa.

Persidangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-16 yang bersidang pada 15-16 Feb 1979 telah membincangkan mengenai insurans. Persidangan telah memutuskan bahawa insuran nyawa sebagaimana yang dikendalikan oleh kebanyakan syarikat insuran yang ada pada hari ini adalah haram dan sebagai suatu muamalah yang fasad kerana aqadnya tidak sesuai dengan prinsip-prinsip Islam iaitu:

Mengandungi gharar (ketidak-tentuan)
Mengandungi unsur judi.
Mengandungi muamalah riba.[3]
Hukum insurans am

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-80 yang bersidang pada 1 – 3 Februari 2008 telah membincangkan Kajian Hukum Insurans Am. Muzakarah telah memutuskan bahawa hukum ke atas Insurans Am adalah tidak diharuskan oleh Islam.[4]

Hukum mempromosikan produk insurans konvensional.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-89 yang bersidang pada 14 – 16 Disember 2009 telah membincangkan Hukum Mempromosikan Produk Insurans Konvensional Menurut Perspektif Syariah.

Muzakarah berpandangan bahawa sistem takaful berlandaskan syariah sedang pesat berkembang dan memerlukan sokongan umat Islam dalam usaha untuk memartabatkan sistem muamalat Islam. Sehubungan itu, Muzakarah memutuskan bahawa orang Islam adalah dilarang mempromosikan produk insurans konvensional yang jelas berasaskan sistem riba.

Walau bagaimanapun, pendapatan atau komisyen yang diterima dalam proses transisi dari sistem konvensional kepada takaful adalah dimaafkan.[5]

Selain dari status hukum isurans nyawa, insurans am dan hukum mempromosikan produk tersebut, muzakarah turut membincangkan tentang status pampasan polisi insurans konvensional selepas kematian pembeli polisi, pada muzakarah kali Ke-94 yang bersidang pada 20 -22 April 2011..

Muzakarah telah memutuskan seperti berikut:

Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa insurans konvensional adalah suatu muamalah yang tidak patuh syariah kerana mempunyai elemen-elemen yang bercanggah dengan prinsip teras Islam.
Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa pampasan polisi insurans konvensional yang diterima oleh ahli waris adalah dikira sebagai harta tidak patuh syariah.
Dalam hal ini, jumlah bayaran pokok pembeli polisi ketika hayat sahaja dikategorikan sebagai harta peninggalan si mati yang perlu diagihkan secara sistem faraid. Manakala baki pampasan polisi insurans konvensional tersebut tidak boleh diwarisi oleh ahli waris secara sistem faraid serta wajib dilupuskan dengan diserahkan sama ada kepada pihak Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri-Negeri atau didermakan untuk tujuan kebajikan termasuklah kepada golongan fakir dan miskin.
Jika terdapat ahli waris pembeli polisi, contohnya isteri atau anak-anak pembeli polisi dikategorikan sebagai golongan fakir dan miskin, maka hukumnya adalah harus bagi ahli waris tersebut untuk mengambil wang pampasan polisi insurans konvensional tersebut dengan jumlah sekadar keperluan sebagai fakir dan miskin setelah disahkan oleh pihak berkuasa atau Jawatankuasa Kariah kawasan berkenaan. Baki wang pampasan polisi tersebut perlulah dilupuskan mengikut cara yang telah dinyatakan dalam perkara (c) di atas.
Berdasarkan keputusan-keputusan yang disebutkan di atas, jelas menerangkan tentang status hukum bagi insurans konvensional. Justeru, umat Islam sewajarnya meninggalkan produk-produk konvensional yang telah diharamkan oleh Allah SWT.

Sebagai alternatif kepada produk-produk konvensional tersebut, umat Islam hendaklah mengambil produk-produk takaful yang patuh syariah yang menawarkan pelbagai jenis perlindungan secara Islam.

Dewasa ini tiada lagi alasan darurat yang mendesak umat Islam untuk tidak mengambil dan menggunakan produk-produk perlindungan berasaskan takaful yang patuh syariah. Bahkan menjadi kewajipan pada mereka untuk mendokong produk-produk berasaskan takaful, sebagai menggantikan produk-produk konvensional yang diharamkan dalam Islam.

Sekarang ini pengguna boleh memilih syarikat-syarikat pengendali takaful patuh syariah, yang telah diberikan lesen oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Buat masa ini terdapat 12 syarikat pengendali takaful yang patuh syariah di Malaysia sebagimana dipaparkan dalam web BNM[6].

Syarikat-syarikat tersebut ialah:

AIA AFG Takaful Bhd
AmFamily Takaful Berhad
CIMB Aviva Takaful Berhad
Etiqa Takaful Berhad
Great Eastern Takaful Sdn Bhd
Hong Leong MSIG Takaful Berhad
HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Sdn Bhd
ING PUBLIC Takaful Ehsan Berhad
Prudential BSN Takaful Berhad
Syarikat Takaful Malaysia Berhad
Takaful Ikhlas Sdn. Bhd.
MAA Takaful Berhad.

KESIMPULAN

Islam mewajibkan umat Islam mencari sesuatu halal dalam segenap perkara. Sehubungan itu, menjadi kewajipan kepada umat Islam untuk meninggalkan produk-produk perlindungan insurans konvensional kerana ia adalah produk yang tidak diharuskan dalam Islam.

Justeru, umat Islam di negara sewajarnya memastikan mereka hanya menggunakan produk-produk perlindungan takaful yang berteraskan Islam yang patuh syariah.

[1] Ibnu Kathir, Ismail bin Kathir, Mukhtasar tafsir Ibnu Kathir, Tahqiq, Hani al-Haj, Maktabah al-Taufiqiyyah, t.th, jld. 1, hlm. 203. al-Ghazali, Halal dan haram dalam Islam, Jasmin Interprise, 1998, hlm. 1.

[2] Al-Thabarani, Mucjam al-ausat, no. hadis, 8610, jld. 8, hlm. 270. Lihat, al-Haithami, Nur al-Din cAli bin Abi Bakr, Majmac al-zawaid wa manbac al-fawaid, Bab talab al-halal wa al-bahs anhu, Dar al-Fikr, Bayrut, 1412H., no. hadis. 18099, Jld. 10, hlm. 520.

[3] http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/insurans-0 (15 September 2011)

[4] http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/kajian-hukum-insurans-am (15 September 2011)

[5] http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-mempromosikan-produk-in… (15 September 2011).

[6] http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=13&cat=insurance&type=TKF&lang=bm (dilayari 19 April 2012)

17/10/2018 Posted by | Bicara Ulama, Fiqh, Ibadah, Informasi, Muamalat (Harta), Q & A (Soal Jawab) | Leave a comment

Ancaman Bagi Istri Yang Tidak taat Suami

Diceritakan bahwa ada seorang laki-laki datang menghadap kepada para shahabat Rasulullah. Dia menyampaikan kepada shahabat tentang hal-hal yang terjadi atas istrinya. Salah seorang shahabat menanggapi pengaduan laki-laki tersebut dengan memberikan keterangan yang dia dengar dari Rasulullah Saw. kemudian (setelah lewat beberapa waktu) para shahabat mengirimkan keterangan-keterangan yang diperoleh dari beliau Nabi Saw. kepada istri laki-laki tersebut bersama Khuzaifah bin Al-Yaman ra. Adapun keterangan-keterangan itu antara lain adalah sebagai berikut: “Abu Bakar Ash-Shiddiq ra. mengatakan bahwa Rasulullah Saw. bersabda:

لو أمرت أحدا أن يسجد لأحد لأمرت المرأة أن تسجد لزوجها
“Apabila aku diperintahkan agar seorang bersujud kepada orang lain, maka pasti aku perintahkan wanita (istri) sujud kepada suaminya.”

Dari shahabat Umar ra. Rasulullah Saw. bersabda:
أَيُّمَا امْرَأَةٍ رَفَعَتْ صَوْتَهَا عَلَى زَوْجِهَا إِلاّ لَعَنَهَا كُلُّ شَيْئٍ طَلَعَتْ عَلَيْهِ الشَمْسُ
“Wanita manapun yang mengeraskan suaranya melebihi suara suaminya, maka setiap sesuatu yang terkena sinar matahari akan melaknat dia, kecuali dia mau bertaubat dan kembali dengan baik.”

Dari shahabat Ustman bin Affan ra. Rasulullah Saw. bersabda:
لوأن إمرأة ملكت الدنيا كلها وانفقتها على زوجها ثم منت بذلك عليه إلاّ أحبط الله عملها وحشرها مع فرعون
“Apabila seorang wanita memiliki seluruh dunia ini, kemudian dia nafkahkan kepada suaminya, setelah itu dia mengumpat suaminya karena nafkah tersebut, maka selain Allah Swt. melebur amalnya, dia juga akan digiring bersama Fir’aun.”

Dari Ali bin Abi Thalib ra. Rasulullah Saw. bersabda:
لو أنّ امرأة طبخت ثديها وأطمعتهما زوجها ما ادت حقّها
“Andaikata seorang wanita memasak kedua buah dadanya, kemudian dia memberi makan suaminya dengan keduanya itu, maka hal itu belum dapat menyempurnakan haknya sebagai istri.”

Dari shahabat Mu’awiyah bin Abi Sufyan ra. Rasulullah Saw. bersabda:
أيمّا امرأةٍ أخذت من متاع زوجها شيأً إلاّ كان عليها َوِزْرٌ سبعين سارقاً
“Wanita mana pun yang mengambil barang-barang suaminya, maka baginya dosa tujuh puluh kali sebagai pencuri.”

Dari shahabat Abdullah bin Abbas ra. Rasulullah Saw. bersabda:
أيمّا امرأةٍ كان لها مالٌ فطلبه منها زوجها فمنعته منه إلاّ منع الله يوم القيامة ما عنده
“Wanita mana pun yang memiliki harta, kemudian suaminya meminta harta itu dan dia menolaknya, maka Allah Swt. akan mencegahnya kelak pada hari kiamat untuk mendapatkan apa yang ada disisi Allah Swt.”

Dari Ibnu Mas’ud ra. Rasulullah Saw. bersabda:
أيمّا امرأةٍ خانت زوجها في بيتها أو فراشها إلاّ أدخل الله عليها في قبرها سبعين ألف حيةٍ وعقربٍ يلعسونها إلى يوم القيامة
“Wanita manapun yang di rumahnya tidak jujur terhadap suaminya atau tidak setia di tempat tidur suaminya, maka Allah Swt. pasti akan memasukkan ke dalam kuburnya tujuh puluh ribu ekor ular dan kalajengking yang menggigitnya sampai pada hari kiamat”

Dari shahabat Amr bin Ash ra. rasulullah Saw. bersabda:
“Wanita manapun yang tidak setia ditempat tidur suaminya, maka Allah pasti akan memasukkannya ke dalam neraka, kemudian dari mulutnya keluar nanah, darah, dan nanah busuk.”

Dari shahabat Anas ra. Rasulullah Saw. bersabda:
“Wanita manapun yang berdiri bersama selain suaminya, dan orang lain itu bukan muhrimnya, maka Allah Swt. pasti akan menyuruhnya berdiri di tepi neraka Jahannam dan setiap kalimat yang diucapkan akan tertulis baginya seribu kejelekan.”

Dari shahabat Abdullah bin Umar ra. Rasulullah Saw. bersabda:
“Wanita manapun yang keluar dari rumah suaminya (tanpa izin) maka setiap benda yang basah dan kering akan melaknatinya.”

Dari shahabu Thalhah bin Abdullah ra. Rasulullah Saw. bersabda:
“Wanita manapun yang berkata kepada suaminya, ‘Aku sama sekali tidak pernah mendapatkan kebaikan darimu’, maka Allah swt. akan memutuskan rahmat-Nya darinya.”

Dari Zubair bin Al-Awwam ra. Rasulullah Saw. bersabda:
“Wanita manapun yang terus-menerus menyakiti hati suaminya sampai suaminya menjatuhkan talak, maka siksa Allah Swt. tetap padanya”

Dari Sa’ad bin Abu Waqqash ra. Rasulullah Saw. bersabda:
“Wanita manapun yang memaksa suaminya diluar batas kemampuannya, maka Allah Swt. pasti menyiksanya bersama dengan orang Yahudi dan Nasrani.”

Dari Sa’id Musayyab ra. Rasulullah Saw. bersabda:
“Wanita manapun yang meminta sesuatu kepada suaminya, sementara dia tahu bahwa suaminya tidak mampu untuk itu, maka Allah Swt. kelak pada hari kiamat pasti akan meminta diperpanjang penyiksaan kepadanya”

Dari shahabat Abdullah bin Amr ra. Rasulullah Saw. bersabda:
“Wanita manapun yang wajahnya cemberut didepan suaminya, maka kelak pada hari kiamat dia datang dengan muka yang hitam, kecuali kalau dia bertaubat atau ceria.”

Dari Ubaidah bin Al-Jarrah ra. Rasulullah Saw. bersabda:
“Wanita manapun yang membuat suaminya marah, sementara dia sendiri zalim atau marah kepada suaminya,maka Allah Swt. tidak akan menerima ibadah fardhu dan sunnah darinya”

Dari Abdullah bin Masud ra. Rasulullah Saw. bersabda:
“Allah Swt. melaknat wanita-wanita yang mengulur waktu. Ditanyakan, ‘Siapakah wanita-wanita yang mengulur-ulur waktu itu ya Rasulallah?’ Rasulullah Saw. menjawab,’Dia adalah wanita yang diajak suaminya tidur, kemudian dia mengulur-ulur waktu untuk tidur bersamanya dan sibuk dengan urusan lain, hingga suaminya tertidur.”

Dari Abu Hurairah ra. bahwa Rasulullah Saw. bersabda:
“Wanita manapun yang memandang wajah suaminya dan tidak tersenyum, maka sesungguhnya dia tidak akan melihat surga selamanya, kecuali dia bertaubat dan menyadarinya hingga suami meridhainya”

Dari shahabat Salman Al-Farisi ra. Rasulullah Saw. bersabda: ”
Wanita manapun yang menggunakan wangi-wangian dan merias diri, kemudian keluar dari rumahnya, maka dia pasti keluar bersama murka Allah Swt. dan kebencian-Nya, hingga dia kembali ke rumahnya.”

Dari shahabat Bilal bin Hamamah ra. Rasulullah Saw. bersabda:
“Wanita manapun yang melakukan shalat dan puasa tanpa izin suaminya, maka pahala shalat dan puasanya itu bagi suaminya, dan baginya adalah dosa.”

Dari Abu Darda’ ra. Rasulullah Saw. bersabda:
“Wanita manapun yang membuka rahasia suaminya, maka kelak pada hari kiamat Allah Swt. akan mencemooh dia didepan para makhluk, demikian juga ketika di dunia sebelum di akhirat.”

Dari Abu Said Al-Khudri ra. Rasulullah Saw. bersabda:
“Wanita manapun yang melepas pakaianya di selain rumah suaminya, maka dosa semua orang yang telah mati dibebankan kepadanya, dan Allah Swt. tidak akan menerima amal fardhu maupun sunnahnya.”

Dari shahabat Abbas bin Abdul Muthalib ra. Rasulullah Saw. bersabda:
“Diperlihatkan kepadaku neraka, maka aku lihat kebanyakan penghuninya adalah wanita. Hal itu tidak akan terjadi, kecuali mereka (wanita-wanita) banyak berdosa terhadap suami-suami mereka.”

Dari Ibnu Abbas ra. Rasulullah Saw. bersabda:
“Sebagian tanda ridha Allah Swt. kepada wanita adalah suaminya ridha padanya”

Terjemahan Kitab Qurratul ‘Uyuun

Sumber

17/10/2018 Posted by | Fad hail Amal, Muamalat (Keluarga), Tazkirah | Leave a comment

   

%d bloggers like this: