Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Kehebatan Surah Al-Kausar

1. Baca sebanyak 71 kali jika diri rasa teraniaya dan terpenjara, INSYAALLAH akan beri pertolongan oleh Allah kepada yang dizalimi.
.
2. Baca ketika dalam kehausan dan tiada air, gosokkan di leher dan in shaa Allah akan hilang dahaga.
.
3. Baca sebanyak 10 kali di air mawar, sapukan pada mata yang sakit, berair, gatal atau bengkak.
.
4. Baca sebanyak 10 kali jika rumah dipercayai terkena sihir, mudah-mudahan Allah beri petunjuk di mana terletaknya sihir tersebut.
.
5. Baca sebanyak 1000 kali, INSYAALLAH akan bertambah rezeki kurniaan daripada Allah.
.
6. Rajin-rajinkanlah diri untuk selalu membaca surah ini, INSYAALLAH hati akan menjadi lembut dan khusyuk ketika solat.
.
7. Baca ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah mengabulkan permintaan kita.
.
Segalanya dengan izin Allah SWT.
.
Aamiin…

Sumber: Tazkirah Ustaz Ebit Lew

03/10/2018 Posted by | Tazkirah | Leave a comment

MARI SEMAK CIRI CIRI FAHAMAN WAHABI YG KITA WAJIB TOLAK.

1✅.Sering merujuk pendapat Ibnu Taimiyyah, al-Albani, Ibnu Qayyim, Abdul Aziz bin Baz dan Ibnu Ustaimin.

2✅. Mengatakan Allah ada di langit bersemayam di atas Arasy.

3✅. Membagi tauhid kepada tiga: tauhid Uluhiyyah, Rububiyyah dan Asma’ wa sifat.

✅- Menolak amalan menyebut lafaz niat solat (USOLLI).

✅- Menolak amalan menyebut SAYYIDINA ketika bersolawat.

✅- Menolak amalan mengusap muka setelah selesai solat.

✅- Menolak zikir, wirid dan doa berjamaah setelah solat di masjid/musolla/tempat tertentu.

✅- Menolak amalan baca Yaasin berjamaah pada malam Jumaat di masjid/musolla/tempat tertentu

✅- Menolak amalan solat tarawih 20 raka’at.

✅- Menolak amalan baca Yaasin 3 kali pada malam nishfu Sya’ban.

✅- Menolak amalan membaca doa akhir dan awal tahun.

✅- Menolak bacaan talqin ketika pengebumian mayat.

✅- Menolak tahlil dan kenduri arwah.

✅- Menolak bacaan barzanji dan marhaban.

✅- Menolak amalan solawat syifa’, selawat fatih, selawat nariyah, selawat tafrijiah.

✅- Menolak sambutan maulidur rasul.

✅- Menolak amalan ziarah makam nabi/makam auliya’.

✅- Menolak bacaan tarhim dan bacaan Al-Quran sebelum azan subuh menggunakan pengeras suara.

✅- Mengatakan tiada solat qabliah Jumaat.

✅- Menolak amalan membaca teks ketika khutbah.

✅- Menolak tasawwuf dan tarekat.

✅- Menolak MADZHAB.

✅- Mengatakan bid’ah tidak ada yang hasanah, semua bid’ah adalah sesat.

✅- Menolak beramal dengan hadits dhaif.

✅- Menolak amalan tawassul dengan orang yang sudah meninggal dunia.

✅- Menolak amalan tabarruk selain dari Nabi SAW.

✅- Menolak amalan istighoutsah.

✅- Mengatakan talak tiga sekaligus cuma jatuh talak satu.

✅- Menolak manhaj Asy’ariah dan Maturidiyah.

✅- Menolak Sifat Dua Puluh.

Sumber.

03/10/2018 Posted by | wahabi | 1 Comment

   

%d bloggers like this: