Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

MENJAWAB TUDUHAN KUFUR WAHHABI TERHADAP ZIKIR HASBI RABBI

Satu gambar yang berisikan tuduhan bahawa kalimah Nur Muhammad di dalam zikir Hasbi Rabbi berkait dengan ajaran MAJUSI dan SYIAH.

Amalan suka mengkafir dan mensyirik yang dikuti oleh pengikut wahhabi adalah berasal dari khawarij dan inilah yang diteruskan hingga ke hari ini dan juga diserapkan dalam gerakan ISIS, IS dan DAESH hingga menjadi ekstrimis.

Kerana itu, kita akan dapati banyak ajaran wahhabi kononnya mengikut al Quran dan as Sunnah sebenarnya adalah bohong dan realitinya bercanggah dengan al Quran dan sunnah Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam.

Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam melarang umatnya dari mengkafir dan mensyirikkan tanpa hak terhadap sesama saudaranya.

Jawapan terhadap tuduhan ini :

1. Ulasan Zikir Hasbi Rabbi – jawapan untuk Ustaz Aizam Mas’od https://m.facebook.com/188408961282820/photos/a.188411557949227/207259766064406/?type=3

2. Persoalan Nur Muhammad Soalan : Adakah Nabi SallaLlahu ‘alaihi wasallam merupakan nur atau manusia biasa seperti kita sepertimana yang dikhabarkan di dalam al Quran ?

Jawapan : Nabi sallaLlahu ‘alaihi wasallam merupakan nur, adalah sohih. Firman ALlah subahanahu wa ta’ala : يَـٰٓأَهۡلَ ٱلۡڪِتَـٰبِ قَدۡ جَآءَڪُمۡ رَسُولُنَا يُبَيِّنُ لَكُمۡ ڪَثِيرً۬ا مِّمَّا ڪُنتُمۡ تُخۡفُونَ مِنَ ٱلۡڪِتَـٰبِ وَيَعۡفُواْ عَن ڪَثِيرٍ۬‌ۚ قَدۡ جَآءَڪُم مِّنَ ٱللَّهِ نُورٌ۬ وَڪِتَـٰبٌ۬ مُّبِينٌ۬ (١٥) Ertinya : Wahai Ahli Kitab! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul kami (Muhammad s.a.w) dengan menerangkan kepada kamu banyak dari (keterangan-keterangan dan hukum-hukum) yang telah kamu sembunyikan dari Kitab Suci dan Dia memaafkan kamu (dengan tidak mendedahkan) banyak perkara (yang kamu sembunyikan). Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya kebenaran (Nabi Muhammad) dari Allah dan sebuah Kitab (Al-Quran) yang jelas nyata keterangannya. (Al Maidah ayat : 15)

Allah subahanahu wa ta’ala juga berfirman : وَدَاعِيًا إِلَى ٱللَّهِ بِإِذۡنِهِۦ وَسِرَاجً۬ا مُّنِيرً۬ا (٤٦) Ertinya : “Dan (Muhammad sallaLlahu ‘alaihi wasallam juga sebagai penyeru (umat manusia seluruhnya) kepada agama ALlah subahanahu wa ta’ala dengan taufiq yang diberiNya ; dan sebagai lampuyang menerangi (Surah al Ahzaab ayat 46)

Baginda sallaLlahu ‘alaihi wasallam adalah nur dan penerang. Tidak mengapa jika kamu mengatakan bahawa Sayyiduna Muhammad sallaLlahu ‘alaihi wasallam adalah nur selama ALlah subahanahu wa ta’ala telah menyifatkan Baginda sallaLlahu ‘alaihi wasallam sedemikian dan menamakannya Nur.

Bahkan, telah thabit di dalam sunnah bahawa sahabat radiyaLlahu ‘anahu menyatakan sesungguhnya wajah Baginda sallaLlahu ‘alaihi wasallam seumpama bulan purnama. إن وجهه صلى الله عليه وسلم كالقمر رواه النسائي و الطبراني Ertinya : Sesungguhnya wajahnya (Nabi sallaLlahu ‘alaihi wasallam) seperti rembulan (Riwayat Nasa’i, As sunnan al Kubra, vol 5 hlmn 187, dan vol 6, hlm 155; Tobrani, Al Mu’jam Al Kabir, vol 10, hlm 147; dan al Hafiz Ibnu Hajar juga mengemukakan di dalam al Ishaabah, vol 6, hlm 180. Baginda sallaLlahu ‘alaihi wasallam juga telah mengkhabarkan ketika mengandungkannya, bondanya melihat cahaya yang memancar sehingga menerangi istana-istana Busra di negara Syam. Para sahabat radiyaLlahu ‘anhu tatkala masuk ke Madinah, semua benda menjadi bercahaya. Tatkala baginda sallaLlahu ‘alaihi wasallam wafat, semua benda menjadi gelap. Begitu juga athar-athar dan hadith-hadith lain yang menerangkan bahawa Baginda sallaLlahu ‘alaihi wasallam adalah nur.

Tidak sewajarnya kita menafikan bahawa nur tersebut adalah nur yang bersifat hissi (yang boleh dirasai oleh salah satu pancaindera). Kerana tidak ada di sana apa-apa yang menghalang untuk kita menyatakan bahawa sifat Baginda sallaLlahu ‘alaihi wasallam itu menerangi atau memiliki nur hissi sebagaimana ia juga tidak bertentangan dengan tabiat manusia yang telah dikhabarkan oleh al Quran.

Sesungguhnya yang dilarang ialah menafikan sifat kemanusiaan bagi diri Baginda sallaLlahu ‘alaihi wasallam kerana ini bersalahan dengan apa yang disohihkan oleh al Quran. ALlah subahanahu @MIUI| https://m.facebook.com/SunniMalaysia/photos/a.149616235103526/1839504096114723/?type=3

24/09/2018 Posted by | Uncategorized | Leave a comment

Asal usul bacaan Tahiyat dlm Solat.

ADAKAH ANDA TAHU LATAR BELAKANG ATTA’HIYYAAT Serta Mengapa Kita Baca Dalam Solat Kita?

ATTA’HIYYAAT adalah doa yang sangat penting; kita mengulanginya di dalam solat harian kita. Apabila saya mendapat tahu akan kepentingan ini, amat tersentuh hati saya.

ATTA’HIYYAAT sebenarnya adalah sebahagian daripada perbualan antara Pencipta kita Allah SWT dan yang kita kasihi Nabi Muhammad SAW semasa perjalanan Isra’ Mi’raj. Ketika Nabi Muhammad SAW bertemu Allah SWT, dia tidak berkata ‘Assalamualaikum’. Apakah yang seseorang akan berkata apabila dia bertemu Allah? Kita tidak boleh mengucapkan selamat sejahtera kerana semua sumber kesejahteraan adalah melalui Dia.

Jadi Nabi Muhammad SAW berkata: “Attahiyyaatul Mubaaraka TusSolawaatut toyibaatulillah” (Segala pujian, segala doa dan ibadah hanyalah untuk Allah)

Allah jawab:
“Assalamu Alaika Ayyuhannabiyyu ‘Warahmatullahi Wabarokaatuh” (Salam sejahtera ke atas kamu, Wahai Nabi dan Allah memberi rahmat dan keberkatan).

Untuk ini, Nabi Muhammad SAW menjawab:
“Assalamu ‘Alaina Wa’ala’Ibadillahis So’lihin” (Selamat sejahtera kepada kami dan kepada semua hamba yang baik kepada Allah)
Nota * Nabi Muhammad SAW mengata “kami” dalam jawapan … (dan pada semua hamba yang baik kepada Allah)

Dan mendengar perbualan ini antara Allah dan Rasul-Nya, para malaikat berkata:

“Ash’had’u’an La ilahaillallah Wa Ash’hadu Anna Muhammadun Abd’uhu Wa Rasuuluh” (Aku bersaksi bahawa tiada siapa yang berhak disembah melainkan Allah Dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya).

SubhanAllah!
Saya kini memahami kepentingan perbualan ini dalam doa harian kita dan bagaimana Solat telah ditetapkan kepada kita.

Wallahua’lam…

(Kisah ni ada disebutkan dalam Tafsir al-Samarqandi (tafsir surah al-Baqarah ayat 285) dan tafsir al-Tha’labi (tafsir surah al-Isra’ ayat 1)

Sumber: Madrasah Sunni Online

24/09/2018 Posted by | Ibadah, Informasi, Q & A (Soal Jawab) | Leave a comment

   

%d bloggers like this: