Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

TIPS MENCEGAH KEMUNGKARAN & MENYURUH KEBAIKAN

1. Kata imamuna al Nawawi رحمه الله تعالى: “Hanyasanya yang layak menyuruh & mencegah ialah mereka yang alim/berpengetahuan mengenai apa yang disuruh & dicegah itu.”

2. Maka dengan itu, seseorang yang jahil atau orang kebiasaan/awam tidak harus mengingkari sesuatu yang berhajat kepada ilmu/ijtihad.

3. Dalam hal tersebut, gugur baginya tanggungjawab menegah.

4. Kata imamuna al Ghazali رحمه الله تعالى: “Bagi orang awam, dia tidak perlu menyiasat melainkan perkara yang maklum diketahui ramai seperti minum arak, zina & meninggal solat.”

5. Katanya lagi: “Adapun perkara yang dibilang maksiat tetapi perlu kepada penyiasatan & ijtihad, maka jika orang awam bersibuk-sibuk mengenainya, acap kalinya keburukan lebih banyak dari kebaikan.”

6. Jika seorang yang ingin mencegah kemungkaran khuatir mara bahaya yang boleh terjadi sekiranya dia mencegah, maka dia dimaafkan & tidak boleh dipersalahkan.

7. Kata ibn Battal رحمه الله تعالى: “Jika dia takutkan kesakitan yang bakal berlaku kepada dirinya, maka dia di dalam kemaafan.”

8. Kata pula ibn al ‘Arabi رحمه الله تعالى: “Jika seseorang itu takut dibunuh sewaktu mencegah kemungkaran, dia dibolehkan berdiam diri daripada mencegah.”

9. Rumusannya, mengubah atau menegah kemungkaran dengan tangan atau lisan perlu kepada kekuatan & kemampuan/istitā’ah.

10. Ada orang yang diberikan kekuatan jisim & ilmu, ada orang tidak ada kelebihan tersebut. Wa Llahu a’lam.
__

*Ruj: منهج الاسلام في تغيير المنكر oleh almarhum Syeikh Ahmad Abdul Rahim al Sāyih رحمة الله عليه.

Sumber.

23/09/2018 - Posted by | Tazkirah

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: