Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

MENGENALI KAUM TUA (ASYA’IRAH DAN MATURIDIYAH)

Secara umumnya, Kaum Tua boleh didefinasikan sebagai ulama-ulama muktabar tradisional yang alim, berpengetahuan luas, mempunyai keahlian dalam selok belok agama, menjaga amanah ilmiyah, berpegang kepada pengajian bertalaqqi secara bersanad yang diwarisi daripada Rasulullah, sahabat, para tabien, tabi’ tabieen sehinggalah sampai ke tanah melayu kita.

Selain itu juga mereka dikaitkan dengan kitab kuning (lama)kerana mementingkan keaslian sumber yang dipakai betul-betul daripada Ulama’ Islam terdahulu, tidak diubah sebagaimana yang telah dilakukan oleh kaum Muda [wahhabi]. Sesuai dengan konsep bertalaqqi, ulama’-ulama’ ini sebagaimana biasanya melihat sirah atau masa lampau (salaf) sebagai sumber inspirasi atau sesuatu yang harus dipertahankan.

Kaum Tua di Nusantara, samada ulama silam di Malaysia, Indonesia, Brunei mahupun di Patani, akur bahawa rujukan dalam Islam yang paling utama ialah AL-QURAN dan AL-HADIS. Namun dalam masa yang sama sumber-sumber yang lain seperti IJMA’ ULAMA dan QIYAS AS-SHAHIH tidak kurang pentingnya kerana ianya amat diperlukan di antara satu sama lain. Oleh itu, Kaum Tua [ulama’ Islam] bersepakat bahawa sumber pensyari’atan Islam yang menjadi dustur (perlembagaan) Umat Islam terdapat 4 elemen iaitu AL-QURAN, HADIS, IJMAK ULAMA’ dan QIYAS AS-SHAHIH.

Selain dari itu, mereka menolak keras untuk menentukan segala persoalan Islam berdasarkan pemikiran otak semata-mata, bahkan hujah akal itu hanya boleh digunakan sebagai syahid kepada syara’ (bukti kebenaran syara’) sahaja.

Dari sudut akidah, Kaum Tua menjadikan garisan akidah dua tokoh Imam Besar sebagai pegangan. Kedua-dua imam tersebut ialah Imam Abul Hasan al-Asy’ari[1](260 H/873 M – 324 H/935 M) dan Imam Abu Mansur al-Maturidi[2] (wafat 333 H/944 M) yang mana kedua akidah tokoh ini diiktiraf oleh Rasulullah Shollahu alaihi wasallam.

Dari sudut fiqh pula, Kaum Tua menjadikan empat orang Ulama Besar sebagai rujukan utama iaitu : Imam Hanafi (80 H/699 M – 150 H/767 M), Imam Maliki (93 H – 179 H), Imam Syafi’ie (150 H/768 M – 204 H/820 M) dan Imam Hanbali (164 H – 241 H). Manakala dalam tasawuf pula ialah Sheikh Junaid al-Baghdadi (wafat 297 H/910M) dan Sebahagianya mengambil rujukan al Imam Al Ghazali ( Wafat 450 H).

Berhubung dalam permasalahan fiqh di Nusantara, kebanyakan Ulama-Ulama Nusantara memilih Mazhab Syafie sebagai rujukan utama.

Mencari keberkatan adalah misi utama bagi Kaum Tua ini di Nusantara. Kebanyakan mereka mengelakkan diri supaya tidak menerima gaji dan sebelum itu guru-guru pondok hanya menerima sumbangan sama ada daripada orang ramai mahupun menerima sumbangan dari kutipan zakat sahaja. Mereka amat berhati-hati dalam menerima pemberian atau mencari rezeki.

Antara Kaum Tua yang lahir hasil dari didikan Institusi Pondok yang tawadhuk di Nusantara ini ialah ;

MALAYSIA

1. Syeikh Abdullah Fahim (Pulau Pinang)
2. Dato’ Tg Dato’ Hj Ahmad Maher
3. Sheikh Abdul Halim
4. Syeikh Idris Al-Marbawi (Perak)
5. Tuan Guru Hj Abdullah Tahir Bunut Payung, Kelantan
6. Sheikh Wan Ali Kutan Al-Kalantani (beliau terkenal dengan kitab karangannya ; Al-Jauharul Mauhub wa Munabbihatul Qulub (Mengenai Hadis) juga pernah mengajar di Masjidil Haram Mekah).
7. Tuan Guru Haji Ahmad bin Haji Muhammad Yusuf bin Sheikh Abdul Halim Al-Kalantani.
8. Tok Selehong (Hj. Abdul Rahman Bin Hj. Osman)
9. Khatib Kelantan.
10. Tuan Guru Hj Awang Fakir.
11. Tuan Guru Hj Yahya Kupang.
12. Tok Kenali (Haji Muhammad Yusuf Bin Ahmad Al-Kalantani)
13. Haji Ali Pulau Pisang (1899-1968) (Hj. Mohd Ali Solahuddin Bin Awang)
14. Hj. Abdul Malek Sg. Pinang, Hj. Yusof Sg. Pinang (kemudian lebih dikenali dengan nama Tok Pulau Ubi),
15. Tok Padang Jelapang,
16. Tok Bachok, (Kelantan)
17. Haji Ismail Pontianak (1882-1950, (Hj. Ismail bin Hj. Abdul Majid)
18. Tok Seridik.
19. Tok Kemuning (di Pulau Kundor),
20. Haji Abdul Malek Sungai Pinang (1834-1934), Kelantan
21. Hj. Idris, Dato’ Perdana Hj. Nik Mahmud (Kelantan)
22. Tuan Guru Ahmad Al-Kalantani
23. Hj. Omar Sg. Keladi,
24. Pak Chik Musa,
25. Hj. Yaakob Legor dan Hj. Ahmad Hafiz
26. Tok Pulai Condong
27. Tok Pulau Ubi (Yusuf Abdul Rahman)
28. Tuan Guru Haji Abdullah (Haji Abdullah Bin Haji Abdul Rahman)
29. Ahmad bin Aminuddin Qadhi (Kedah)
30. Tg. Pakcu Him Gajah Mati ( Kedah)
31. Syeikh Uthman Jalaluddin Al-Kalantani
32. Syeikh Utsman Jalaludin, pengasas Pondok Penanti Pulau Pinang
33. Sayyid Ahmad bin Muhammad bin Husein Al-‘Aiderus (Terengganu)
34. Sheikh Muhammad Amin atau Tok Duyung (menjadi ulama terkenal Terengganu)
35. Wan Abdullah Tuan Tabal
36. Tok Syafie Kedah
37. Tuan Guru Haji Abdullah Lubuk Tapah (Kelantan)
38. Bekas Mufti Sabah Said Hj Ibrahim.
39. Tuan Guru Baba Hamid
40. Mufti Kerajaan Johor, Allah Yarham Al’Allamah Dato’ Sayyid ‘Alawiy Bin Thahir.
41. Tuan Guru Haji Hasyim, Tok guru Pondok Pasir Tumbuh Kelantan.
42. Tuan Guru Pok cik Din al-Kelantany ( Tok guru penulis) . Beliau tinggal di Kulim, Kelantan.
43. Tuan Guru Wan Mohd. Shaghir bin Abdullah
44. Sultan Allauddin Sulaiman Syah Sultan Selangor ke 5 (mengarang kitab pohon Ugama)
45. Sultan Iskadar syah Sultan Perak (Mengarang Risalah Iskandariyah)
46. Syeikh Abdul Latif Thamby Ulama Melaka
47. Tengku Mahmud Zuhdi Bin Tunku Abdul Rahman ( Mufti selangor pertama di bawah pemerintahan Sultan Alauddin Sulaiman Syah)
48. Dan Ramai Lagi.

PATANI (THAILAND)

1. Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani
2. Sheikh Zainal Abidin bin Muhammad al-Fathani
3. Sheikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani
4. Sheikh Abdur Rahman Gudang (murid kepada Sheikh Ahmad al-Fathani)Tengku Mahmud Zuhdi al-Fathani.
5. Sheikh Abdul Mubin al-Fathani
6. Sheikh Abdur Rahman Pauh Bok al-Fathani ‘Tok Lubuk’.
7. Sheikh Abdul Qadir bin Abdur Rahim al-Fathani atau Tok Bukit Bayas.
8. Sheikh Wan Hasan bin Wan Ishaq al-Fathani
9. Sheikh Muhammad Nur al-Fathani (seorang ulama dan Kadi Mekah pada zamannya)
10. Pak Chik Wan daud Pattani
11. Syeikh Abdullah Bin Abdul Mubin Al-Fatani
12. Tok Cha-ok @ Hj. Abdullah bin Mohd Akib.
13. Sheikh Muhammad bin Ismail bin Ahmad al-Fathani @ Sheikh Muhammad Shaghir al-Fathani Sheikh Nik Mat Kecik al-Fathani)
14. Muhammad Husein bin Abdul Lathif (Tok Kelaba). Beliau adalah murid kepada Sheikh Ahmad al-Fathani.
15. Tengku Mahmud Zuhdi bin Tengku Abdur Rahman al-Fathani
16. Sheikh Muhammad bin Abdul Qadir al-Fathani
17. Sheikh Yahya Legih ar-Ramani al-Fathani,
18. Sheikh Ismail / Pak De ‘El bin Abdul Qadir al-Fathani,
19. Sheikh Muhammad Nashir al-Fathani.

*BRUNEI DARUSSALAM*

1. Pehin Orang Kaya Di Gadong Awang Syihabuddin. 2. Ramai lagi..

INDONESIA

1. Sheikh Muhammad Nawawi bin Umar al-Banteni.
2. Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani
3. Haji Abdur Rahman Shiddiq bin Muhammad Afif al-Banjari, Mufti Kerajaan Inderagiri.
4. Sheikh Muhammad Arsyad bin Abdullah al-Banjari
5. Sheikh Shafiyuddin (Tok Raja Faqih).
6. Sheikh Muhammad Sa’id
7. Sheikh Muhammad Nafis bin Idris bin Husein al-Banjari
8. Kiai Haji Muhammad Shalih al-Fathani (pegawai tinggi di Departmen Agama Republik Indonesia)
9. Teungku Daud Beureueh (1896-10 Juni 1987) . Beliau termasuk salah seorang keturunan ulama Patani yang berhijrah dari Patani ke Aceh pada zaman dulu.
10. Sheikh Nuruddin ar-Raniri
11. Sheikh Muhammad Mukhtar bin ‘Atharid Bogor,
12. Sheikh Abdul Qadir bin Shabir al-Mandaili
13. Sheikh Abdul Haq.
14. Syeikh Jalaluddin Al-Asyi.
15. Syeikh KH. Muhammad Ihsan al-Jembasi dari Jampes Kediri Jawa timur.
16. Syeikh KH. Muhammad Hasyim Asy’ari (W 1366 H/1947 R), Penubuh Nahdhatul Ulama dari Jombang Jawa Timur
17. Syeikh KH. Ali Maksum(W 1989 R), antara Penubuh ‘am Nahdhatul Ulama IV dari Yogyakarta Jawa Tengah
18. Syeikh KH Abu al-Fadhl bin Abd asy-Syakur, dari Senori Tuban Jawa Timur (seorang wali yang terkenal di indonesia).
19. Syeikh KH. Ahmad Abdul Hamid dari Kendal Jawa Tengah.
20. Syiekh KH. Siradjuddin ‘Abbas (W 1401 H/1980 R).
21. Tuan Guru KH. Muhammad Zainuddin Abdul Majid ash-Shaulati (W 1997 R) Ampenan Pancor Lombok NTB.
22. Syeikh K.H. Muhammad Muhajirin Amsar ad-Dari (W 2003 R) dari Bekasi, Jawa Barat.
23. Al Habib Syiekh al-Musawa ibn Ahmad al Musawa as-Saqqaf; Penasihat Umum Perguruan Tinggi dan Perguruan Islam Az-Ziyadah Klender Jakarta Timur.
24. Syeikh KH. Muhammad Syafi’i Hadzami Mantan Ketua Umum MUI Propinsi DKI Jakarta 1990-2000.
25. Syeikh KH. Ahmad Makki Abdullah Mahfudz Sukabumi Jawa Barat.
26. Syiekh Abdullah Tha’ah Indunisi
27. Syiekh Ahmad Khathib al Minangkabawi, Seorang Imam Madzhab Syafi’i di Makkah asal Minangkabau.
28. Syiekh Muhammad Ali Khathib Minangkabau, Murid Syiekh Ahmad Khathib al Minangkabawi.
29. Syiekh Abdul Halim ibn Ahmad Khathib al Purbawi al Mandayli, Murid Syiekh Mushthafa Husein, pendiri Pon-Pes. al Mushthafawiyyah, Purba Baru, Sumut.
30. Syiekh Abdul Majid Ali (W. 2003) Kepala Kantor Urusan Agama Daerah Kubu-Riau, Sumatera. Salah seorang ulama yang sangat berkarisma dan terkenal di daerah tersebut.
31. Kiyai Muhyiddin Fattah, Ketua Pengurus Besar Syabab Ahlus Sunnah Wal Jama’ah Jakarta.
32. Kiyai Choirul Ansori, Ketua Dewan Pengurus Syuriah Syabab Ahlus Sunnah Wal Jama’ah Jakarta.
33. Syeikh K.H. Abdul Qadir Lubis, pimpinan Pon.Pes. Dar at-Tauhid, Mandailing-Sumut (W. 2003).
34. Syeikh K.H. Muhammad Sya’rani Ahmadi Kudus Jawa Tengah.
35. Syeikh K.H. Muhammad Mashduqi Mahfuzh, Ketua Umum MUI Jawa Timur.
36. Kiyai Hj. Mastuqi Mahfudz Malang, Jawa Timur ( Menentang Kaum Muda di Indonesia)
38. Ustadz Khoiruddin Wonokusumo Surabaya, Jawa Timur.
39. Dan Ramai lagi

Cara pengajian yang dianjurkan oleh Kaum Tua yang mementingkan sistem bertalaqqi, menimba ilmu dengan guru yang betul-betul tsiqah, dan secara pengambilannya bersanad kepada Rasulullah adalah suatu manhaj yang jelas di samping dapat menjaga kemurnian akidah dan ilmu-ilmu cabangan daripada pengubahsuaian, pembaharuan Agama Islam kepada ajaran yang menyeleweng, ijtihad yang membabi-buta tanpa ada keahlian dan kelayakan, menshahihkan dan mendhaifkan hadis tanpa panduan dan keahlian, mencampur-adukkan agama Islam dengan ajaran mujassimah, dan membuka ruang dan pintu kemurtadan di kalangan muda-mudi.

Oleh kerana mereka mengetahui ilmu pengetahuan mereka kurang berbanding para Imam empat mazhab [ Imam Hanafi, Imam Malik, Imam Syafi’e, dan Imam Hanbali] yang berstatus mujtahid mutlak, kaum tua menganjurkan taqlid dalam bermazhab kerana mereka memahami bahawa ulama’ ushul meletakkan syarat yang ketat untuk seseorang itu berijtihad. Berijtihad bukan kerja sebarangan orang, bukan hanya sekadar mengetahui bahasa Arab, bukan juga bermakna tamat daripada Universiti Al-Azhar atau Universiti Madinah maka seseorang itu dikira Mujtahid sebaliknya dia perlulah mempunyai keahlian yang mantap, keilmuan yang tinggi serta pakar dalam beberapa ilmu tertentu sebagaimana yang disyaratkan oleh Ulama’ Muktabar. Pendek kata, sistem ini sememangnya mempertahankan tradisi asal pengambilan ilmu pengetahuan dan ketulenan sumber ilmu tersebut serta membenteras dari sebarang pemalsuan dan penyelewengan.

KAUM MUDA [PENDOKONG-PENDOKONG AJARAN IBN TAYMIYAH DAN AJARAN WAHHABIYAH]

📍Kaum Muda pula definisikan sebagai golongan yang menentang ajaran-ajaran ulama-ulama’ terdahulu, membangkang mazhab yang empat, membenci tradisi bertaqlid, menyeru masyarakat supaya melakukan ijtihad dalam agama tanpa ada panduan dan keahlian, mengajak umat supaya melakukan pembaharuan di dalam agama di samping meninggalkan ajaran-ajaran ulama’ terdahulu, membantah dengan keras cara mengamalkan agama dengan cara bermazhab sebaliknya menyeru masyarakat Islam meninggalkan mazhab yang muktabar dan mengikut telunjuk 3 tokoh kesayangan mereka ; Ibn Taymiyah, Muhammad Abdul Wahhab dan Al-Albaani.

Kaum muda ini sentiasa melaungkan slogan kembali kepada Al-Quran dan Al-Hadis kepada orang awam dalam masa yang sama memberi gambaran buruk bahawa Kaum Tua pula sebagai penentang Al-Quran dan As-Sunnah. Mereka melihat amalan tradisi yang diwarisi daripada ulama’ dahulu dan Masyarakat Islam sejak berzaman-zaman seperti Talqin, sambutan maulidurrasul, mengamalkan tarekat kesufian, dan bacaan Al-Quran selepas kematian sebagai bid’ah dan khurafat. Oleh kerana itu, timbul rasa kebencian, permusuhan dan sikap tidak puashati mereka dengan kaum Tua. Rasa permusuhan inilah yang menyebabkan sesetengah kaum Muda menceburkan diri di dalam politik bagi mencari kekuatan dalam menangani aliran Kaum Tua dan menyekat pergerakan mereka supaya terbantut.

Melalui pemikiran islah dan pembaharuan, mereka menagih simpati dan pengaruh masyarakat supaya membebaskan diri daripada terpengaruh dengan Kaum Tua. Islah dan tajdid yang dianjurkan oleh Kaum Muda dan dilaungkan ke sana ke sini sebenarnya bukan bererti memperbaiki atau membersihkan Islam daripada pemalsuan dan penyelewengan sebagaimana yang diwar-warkan sebaliknya ianya adalah suatu seruan dan ajakan kepada orang ramai supaya memperbaharui agama mereka dengan mengamalkan Islam mengikut acuan pemikiran Ibn Taymiyah dan Muhammad Abdul Wahhab. Bertitik-tolak dari sinilah Kaum Muda tanpa malu dan segan mewar-warkan usaha-usaha atas nama pengislahan.

Gerakan tajdid yang telah disalah-ertikan oleh Kaum Muda ini berkait rapat sekali dengan usaha mereka dalam melakukan ijtihad yang membabi-buta. Tajdid anjuran mereka ini mendokong konsep logik akal semata-mata, mereka cuba memberanikan diri melakukan ijtihad tanpa mengetahui perkara tersebut zanniyyah ataupun qat’iyyah, oleh kerana itulah kita melihat Ibn Taimiyah itu sendiri [bapak kepada Kaum Muda] seringkali melampaui batasan ini sehingga berani memberikan pandangan yang berupa ijtihad lantas bercanggah dengan nas-nas yang sudah qath-I seperti dia mengatakan ;

– Allah Duduk Bersemayam Di atas Arasy
-Allah serupa makhluk
-Alam Itu Azali Dengan Jenisnya
-Neraka Dan Penghuninya Tidak Akan Kekal Bahkan Ianya Pada Pandangannya Akan Binasa Selama-Lama
-Mengatakan Allah Ta’ala Berarah Dan Bertempat,
-Mengatakan Allah Mempunyai Jisim.
-Mengkafirkan amalan-amalan soleh sperti bertabbaruk, bertawasul, tahlil, ziarah kubur, doa selepas solat dan lain-lain.*
Dan Banyak Lagi.

Dari sudut sejarah, pertumbuhan aliran Kaum Muda ini dikatakan bermula pada abad ke-17M dan 18M iaitu merujuk kepada peranan Muhammad bin Abdul Wahhab (1703M-1787M). Tetapi sebenarnya aliran reformasi ini sudahpun bermula jauh sebelum itu iaitu ketika kemunculan Ibnu Taimiyyah (1263M-1328M).

Perkembangan aliran bercelaru ini terus membiak dengan kemunculan beberapa orang tokoh yang sinonim dengan gerakan ini. Antaranya ialah Jamaluddin al-Afghani (1838M-1897M), Muhammad Abduh (1849M-1905M) dan Rasyid Redha (1865M-1935M).

Menurut sesetengah pendapat, pemikiran tokoh-tokoh ini akhirnya mempengaruhi beberapa penuntut Melayu yang belajar di Timur Tengah pada akhir abad ke 19 dan awal abad ke 20.

Dalam konteks Tanah Melayu, gerakan Kaum Muda ini bermula dari Selatan iaitu Singapura seterusnya merebak ke Pantai Barat dan Kelantan merupakan antara lokasi terakhir yang berjaya diserapi oleh idea-idea Kaum Muda. Di antara tokoh-tokoh yang boleh disifatkan sebagai Kaum Muda ialah Muhammad Tahir Jalaluddin (1869M-1956M), Muhammad Salim al-Kalali, Syed al-Hadi (1867M-1934M), Syed Muhammad Aqil dan Haji Abbas Mohd Taha. Mereka ini bergabung untuk menerbitkan majalah al-Imam (1906M-1908M) iaitu mirip majalah al-Manar dari sudut semangat dan prinsipnya. Selain dari mereka, Burhanuddin al-Hilmi, Abbas Taha dan Za’ba sendiri merupakan tokoh-tokoh pemikir yang mempunyai serapan pemikiran kaum Muda ini.

Bagaimanapun segala usaha merka ini terhenti disebabkan Kerajaan Malaysia mengambil tindakan keras terhadap pihak yang cuba mencetuskan huru-hara di Tanah Melayu.

Selain itu juga, tokoh baru yang cukup gigih di dalam memperjuangkan pemikiran Kaum Muda . Mereka banyak menterjemahkan kitab-kitab tokoh-tokoh Kaum Muda seperti kitab karangan Ibn Qayyim Al-Jauziyah, Ibn Taymiyah, Al-Albaany dan banyak lagi.

Kerosakan hari ini di bawa oleh kaum muda lebih membimbangkan di Malaysia kerana faktor persikitaran politik Malaysia yang cenderung kepada liberalisasi, kerana Wahabi lebih kaya dan mereka memiliki dana yang kuat untuk berpolitik.

Dalam masa yang sama, kejahilan maysrakat yang semakin membimbangkan faktor penyumbang utama bagi kaum wahabi untuk lebih agresif. Lebih lagi zaman moden yang berkiblatkan hiburan sangat mesra dengan wahabi kerana hiburan di sisi wahabi satu perkara yang di galakan.

Justeru masyrakat yang kurang pengetahuan ugama, di tambah pula nila-nila kerosakan daripada bahan-bahan hiburan menjadi punca kerosakan yang semakin membimbangkan.

Dengan itu memudahkan golongan Wahabi menyelinap secara halus kedalam masyarakat seterusnya merosakan Aqidah orang melayu secara umumnya.

*HAMBA ALLAH*
_165/66/1311_

23 September 2018 - Posted by | Informasi, Muamalat (Keluarga), Politik dan Dakwah, wahabi

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: