Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Ikat Hubungan Kekeluargaan Kita Dengan Agama.

Ikat hubungan kekeluargaan kita dengan agama. Percayalah! kelak kita akan menemui kebahagiaan.
.
Bahagia itu adalah milik Allah SWT secara mutlak. Oleh kerana itu, barangsiapa yang menginginkan bahagia dalam keluarganya, maka hendaklah dia mengikuti acuan agama yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.
.
Pastikan kita dan setiap ahli keluarga kita berusaha mendapatkan didikan agama yang sebaik baiknya kerana permulaan bagi langkah menuju kepada keluarga yang bahagia adalah dengan memahami hukum hakam agama.
.
Hubungan kekeluargaan yang tidak diikat dengan agama akan menjadi amat rapuh sekali. Lalu mudahlah untuk diruntuhkan dan dirosakkan oleh godaan syaitan dan nafsu.
.
Ini kerana mereka tidak mengetahui hukum hakam dalam urusan kekeluargaan. Jika berlaku perselisihan dan permasalahan, sudah pasti menyebabkan mereka celaru dan bingung untuk mendepaninya.
.
Akhirnya berlaku pertengkaran dan pergaduhan di dalam keluarga yang menyebabkan hilangnya ketenangan dan keharmonian sebuah keluarga.
.
Kesan daripada hubungan kekeluargaan yang tidak diikat dengan agama ini sangat banyak jika difikirkan. Bercerai berai, anak anak derhaka, sumbang mahram, memutuskan hubungan sillaturrahim dan banyak lagi.
.
Dan kesan daripada keruntuhan sebuah institusi kekeluargaan ini juga akan menjadikan masyarakat lemah dan tidak berkualiti untuk menjadi khalifah yang mentadbir dunia ini mengikut acuan agama.
.
Malahan, menyumbang pula kepada keruntuhan akhlak dan aqidah yang akhirnya melahirkan generasi manusia yang jauh terpesong daripada Rahmat Allah. Wal’iyyazubillah!
.
Sedarlah bahawa umat manusia diakhir zaman ini sangat tenat dengan kerosakkan aqidah dan jati diri yang telah menyebabkan hilangnya identiti sebagai manusia dan umat yang beragama.
.
Lalu apakah yang tinggal untuk kita mengharapkan keberkatan dan kerahmatan daripada Allah SWT?
.
Oleh kerana itu, ikatlah hubungan kekeluargaan kita dengan agama. Mudah mudahan Allah akan membimbing kita dan ahli keluarga kita benar benar menjalani kehidupan yang menepati kehendak dan perintahNya.
.
Dan setelah itu pula, Allah SWT juga akan menjauhkan kita dan ahli keluarga kita daripada bencana bencana yang tidak kita ingini. Bukankah itu bahagia? Wallahu’alam.

#AkhiAdifGorment
7 September 2018

12/09/2018 - Posted by | Muamalat (Keluarga), Tazkirah

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: