Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Penelitian Aqidah Ahli Sunnah wal Jamaah.

(Olih Ustaz Yunan A Samad)

Sesiapa yang beriktikad Allah SWT seperti yang akan dinyatakan di bawah ini, maka ketahuilah bahawa ia bukanlah dari kalangan Ahli Sunnah wal Jamaah. Bahkan membawa kepada pegangan akidah yang menyeleweng.

1) Allah bermuka tetapi tidak serupa dengan muka makhluk.

2) Allah bermata tetapi tidak serupa dengan mata makhluk.
3) Allah mempunyai rupa tetapi tidak serupa dengan rupa makhluk.
4) Allyangah bertangan tetapi tidak serupa dengan tangan makhluk.

5) Allah mempunyai rusuk tetapi tidak serupa dengan rusuk makhluk.
6) Allah berjari tetapi tidak serupa dengan jari makhluk.

7) Allah bersama dengan kita tetapi tidak serupa dengan bersama makhluk.
8) Allah turun dari atas kebawah tetapi tidak serupa dengan turun makhluk.

9) Allah duduk samaada isbat duduk shj, duduk bersila, duduk tarabbu’, duduk iftirasy, duduk apa shj tetapi tidak serupa dengan duduk tersebut.
10) Dan yang sama dengannya/dan sebagainya/dan lain lain.
Cukuplah dibawa 9 jenis ni. Maka dikatakan oleh ulama Ahli Sunnah Waljamaah ia bukanlah ikitikad (pegangan) yang sebenar. Samaada Salaf atau Khalaf, mereka tidak pernah beriktikad sepertimana di atas.

Mari kita lihat solusi terhadap penyelewengan yang mereka pegang.
1) Kalaulah sesuatu benda itu dikatakan muka tetapi tidak serupa dengan muka maka jadilah ia tidak muka. Kalau dikatakan mata tetapi tidak serupa dengan mata maka jadilah ia tidak mata kalau dikatakan mata tapi tidak serupa maka tidak mata dan setersusnya.
2) Berkata Imam Abu Abdillah Muhammad al-Anshori al-Qurtubi pengarang kitab “Al-Jami’ Li Ahkamil Quran”:
“Maka bahawasanya perkataan mereka yang berpegang bahawa tuhan bertubuh atau cahaya tetapi perkataan mereka tidak serupa dengan tubuh atau cahaya telah membatalkan apa yang ditetapkannya semula. Ini merupakan perkataan yang bertentangan”

Oleh itu, pegangan yang benar di sisi para sahabat, tabi’in dan tabi’ tabi’in serta sekalian ulama ahli sunah waljamaah tidak seperti diatas. Salaf mereka beriman terhadap ayat-ayat mutashabihat iaitu dengan menggunakan kaedah takwil ijmali.
Manakala Khalaf sama seperti Salaf tetapi mereka menggunakan kaedah takwil tafsili. Sebagai contoh bagi mudah difahami kita akan ambil dua contoh ayat mutashabihat.

1) Berkaitan dengan tangan. Allah berfirman:
يَدُ اللَّهِ فَوْقَ أَيْدِيهِمْ
Maksudnya: (Jika terjemah secara harfiyah) Tangan Allah berada di atas tangan-tangan mereka itu iaitu kaum yahudi.

Kaedah:-
i) Salaf: Menyerahkan maksud ayat mutasyabihat kepada Allah ertinya. Maha suci Allah dari serupa dengan makhluk.
ii) Khalaf: Mentakwilkan mana yang layak dengan Allah. Seperti konteks diatas. lafaz yadun (tangan) bermaksud kekuasaan.
iii) Akidah menyeleweng 1: Tangan bermaksud tangan iaitu tangan Allah serupa dengan tangan kita.
iv) Akidah menyeleweng 2:
Allah mempunyai tangan tapi tangan-Nya tidak serupa dengan makhluk.

2) Berkaitan dengan istiwa’.
Allah berfirman:
الرَّحْمَنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى
Maksudnya: (Jika terjemah secara harfiyah) Dialah Allah Ar-Rahmaan,istiwa’ diatas ‘Arasy.
Kaedah:-
i) Salaf: Menyerahkan kepada Allah ertinya. Maha suci Allah dari serupa dengan makhluk.
ii) Khalaf: Mentakwilkan mana yang layak dengan Allah. Seperti konteks diatas. lafaz istiwa dengan istawla bermaksud menguasai.
iii) Akidah menyeleweng 1:
Istiwa bermaksud duduk iaitu duduk Allah serupa sebagaimana dengan duduk makhluk.
iv) Akidah menyeleweng 2:
Istiwa dengan maksud duduk tapi duduk Allah tak serupa yakni tidak sama dengan duduk makhluk.

Jadi di manakah anda? adakah anda yakin dengan iktikad Allah diatas arasy tapi dengan cara dia yakni tidak serupa dengan makhluk? arasy itu makhluk dan Allah tidak berhajat kepada makhluk.

Bertempat itu sifat makhluk maka tidak layak mengatakan Allah di langit/arasy kerana itu adalah bertempat. Mengatakan Allah diatas menunjukkan arah maka arah adalah sifat makhluk.

Oleh itu, sila berpegang hanya dengan kaedah ulama yang diiktiraf dan dikira sebagai Ahli Sunah Waljamaah shj iaitu Salaf dan Khalaf.

Sekian Terima Kasih.

27/08/2018 Posted by | Aqidah | Leave a comment

KELEBIHAN MENGGUNAKAN TONGKAT

 

Image result for Tongkat sunnah

Foto Hiasan

Salah satu khazanah penting bagi umat islam ialah mengenai TONGKAT. Dalam tamadun Islam memakai tongkat atau bertongkat, adalah salah satu akhlak atau tatacara kehidupan para nabi, orang-orang salih dan ulama-ulama Islam zaman dahulu.

Dalam Al Qur’an sendiri terdapat beberapa ayat yang menunjukkan bahawa ada Nabi-Nabi yang memakai tongkat, sama ada dalam kehidupan harian atau ketika sedang beribadat. Nabi-Nabi berkenaan ialah Nabi Sulaiman Alaihissalam (Surah Saba 34:14) dan Nabi Musa Alaihissalam (Surah Al – A’raaf 7:107 dan Suarh Thaha 20:18 -20).
Diriwayatkan dalam beberapa hadis bahawa, Nabi Muhammad Sallallahu ‘ Alaihi wa Sallam juga memakai tongkat, begitu juga para sahabat dan ulama-ulama lain seperti Imam Al-Syafie Radiallahu Anh.

Al Qur’an telah menunjukkan bahawa Nabi Sulaiman Alaihissalam adalah salah seorang Nabi yang memakai tongkat, Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam surah Saba 34:14, yang tafsirnya bermaksud : “ Maka manakala kami telah menetapkan kematian Nabi Sulaiman, tidak ada yang menunjukkan kepada mereka kematiannya itu melainkan anai-anai yang memakan tongkatnya…”.
Ayat ini mengesahkan tentang kematian Nabi Sulaiman Alaihissalam dan bagaimana Allah Subhanahu Wa Ta’ala menutupi kematiannya daripada pengetahuan jin dan manusia dalam tempoh yang agak lama. Dan selama tempoh berkenaan Nabi Sulaiman Alaihisssalam tetap bertelekan (berpegang) kepada tongkat yang menjadi penompangnya.

Kemudian melalui tongkat ini pulalah rakyat, termasuk jin, dapat mengetahui bahawa Nabi Sulaiman Alaihissalam telah wafat, iaitu tatkala tongkat berkenaan jatuh ke lantai ketika salah seorang daripada kalangan jin memegang dan ingin mengangkat tongkat itu, tetapi rupa-rupanya tongkat itu sudahpun repot di makan anai-anai.

Mengikut beberapa orang ulama tafsir, antaranya Syeikh Ibnu Hayyan dalam buku Tafsir Al Bahr Al Muhith pada suatu hari seorang belia masuk menemui Nabi Sulaiman Alaihissalam tanpa terlebih dahulu meminta izin. Nabi Sulaiman Alaihissalam bertanya : “ Kenapa engkau masuk tanpa izin?” Belia itu menjawab : “ Aku masuk setelah mendapat izin”, Nabi Sulaiman Alaihissalam bertanya : “ Siapa yang memberi keizinan itu”. Belia itu menjawab: “ Tuhan yang empunya mahligai ini”. Melalui jawapan itu tahulah Nabi Sulaiman Alaihissalam bahawa belia itu adalah Malaikat Maut yang datang untuk mencabut rohnya. Kemudian Nabi Sulaiman Alaihissalam terus sembahyang sambil memegang (bertelekan) kepada tongkatnya. Lalu Malaikat Maut mencabut rohnya.

Di dalam kitab Al Bayan Wa At – Tabyin disebutkan bahawa Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wassalam memiliki jenis tongkat seperti Mikhsharah, Kadhib dan Al ‘Anazah. Dalam As –Shahih daripada Ibnu Umar adalah Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi wa Sallam (apabila) pergi di sebelah pagi ke tempat sembahyang, (Al-‘Anazah) akan dibawa bersama di hadapan Baginda, lalu Baginda sembahyang dan (Al-‘Anazah) itu dipacakkan di arah kiblat.

Sumber: FB Ustaz Yunan A Samad

27/08/2018 Posted by | Tazkirah | 1 Comment

Pondan dilarang bercampur dengan perempuan (isteri-isteri) Nabi SAW.

Pondan dilarang bercampur dengan perempuan (isteri-isteri) Nabi SAW. Dalam Sahih al-Bukhari hadis bernombor 4069, Nabi SAW melarang seorang lelaki pondan (mukhannath) yg bernama Hit (هيت) untuk masuk bercampur bersama isteri-isteri Baginda setelah Nabi SAW mendapati Hit mengetahui rahsia perempuan dan menyebarkan aib, lalu Baginda SAW memerintahkan para isterinya (لا يدخلن هؤلاء عليكن) “Jangan sesekali bagi dia masuk bersama kamu”. Bahkan dalam hadis lain Hit diasingkan hidup di pinggir bandar Madinah oleh Nabi dan hanya dibenarkan masuk pada hari Jumaat untuk menunaikan hajat keperluannya.

Hadis lain juga menyatakan mereka seramai bertiga termasuk Hit hidup diasing di zaman Rasulullah SAW.

Oleh yang demikian, adakah wajar mereka dibenarkan bercampur gaul dengan perempuan sedangkan Nabi SAW menegah dengan keras berdasarkan huruf ‘nun tawkit musyaddadah’ (لا يدخلن) dalam kata Baginda tersebut? Bahkan dalam hadis no 5547 dalam Sahih al-Bukhari Nabi mengusir (Anjasyah) yang berkerja di rumah Baginda apabila mendapati dia seorang mukhannath (pondan) dan memberi arahan kepada semua sahabat untuk melakukan perkara yang sama.

Adakah wajar juga mereka diberikan pengiktirafan sebagai pondan atau ‘transgender’ oleh masyarakat sedangkan Nabi mengasingkan Hit bersama pondan-pondan yang lain?

Apa yang selayaknya bagi mereka ialah hak untuk hidup sebagai manusia biasa seperti kita bukan hak sebagai pondan. Hak mereka mesti disampaikan dakwah supaya mengetahui perihal hukum dan agama.

Mereka diasingkan oleh Nabi SAW daripada masyarakat supaya mereka bertaubat dan tidak mahu sifat terlarang itu hidup dalam komuniti Madinah. Mereka tidak boleh dicerderakan atau dihukum bunuh sebagaimana Nabi SAW menolak permintaan sahabat untuk menghukum bunuh mereka. Kata Baginda mereka tidak boleh dibunuh kerana mereka juga menunaikan solat.

Inilah ‘awareness’ yang diajar oleh Islam dan bukan ‘awareness’ yang mengiktiraf kepondanan mereka dalam masyarakat sepertimana yang mereka mahukan.

Wallahua’lam.

K. Lipis
11 Zulhijah 1439
FB Taj rmr

27/08/2018 Posted by | Bicara Ulama, Hadis, Informasi, Q & A (Soal Jawab) | Leave a comment

   

%d bloggers like this: