Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

TEGURAN BUAT SEGELINTIR AHLI IKRAM DAN MEREKA YANG SEPENDAPAT DENGAN MEREKA.

Saya amat terkejut, ada seorang ahli IKRAM yang agak terkenal di kalangan ahli-ahli IKRAM, yang terus-terang menyatakan bahawa apa yang termaktub dalam perlembagaan Malaysia pada perkara 11(4) itu tidak relevan dan bukan dari ajaran islam, serta perlu di pinda.

Mereka berkata:

“Perlembagaan Malaysia, perkara 11(4) yang melarang penyebaran agama selain islam itu patut di pinda kerana ia bukan dari islam. Tak perlu nak sekat kristianisasi, tetapi apa yang perlu ialah berdialog dan berdebat dengan mereka…”

Saya jawab:

“Pemikiran kalian SALAH SAMA SEKALI, dan amat bertentangan dengan islam yang di ajar oleh Ar-Rasul dan juga ulama’ salaf dan khalaf…”

Mengapa saya kata salah?

Saya akan kupas perkara ini pada 6 subtopik besar.
1) Dakwah itu apa?
2) Adakah nabi tak menyekat kristianisasi?
3) Apa itu kristianisasi?
4) Cara-cara puak kristianisasi menyebarkan agama mereka?
5) Adakah US, UK serta kebanyakan Negara barat menerima islam dan tidak menyekatnya?
6) Kesimpulan.

Saya mahu kupas isu ini kerana saya nampak ramai yang keliru tentang isu ini.

Mari kita lihat satu persatu. Saya akan kupas satu persatu, step by step supaya kalian FAHAM kembali. Saya mulakan dengan “Kefahaman Dakwah”.

***

SATU: DAKWAH ITU APA?

Wahai kawan, kalau kamu nak tahu, DAKWAH ialah:

1. Mengajak kepada kebaikan.
2. Mencegah kemungkaran.

Hayati hadis ni baik-baik. Rasanya kalian tahu kot hadis ni. Hadis famous.

“Barangsiapa yang melihat kemungkaran, hendaklah kamu cegah dengan tangan. Kalau tidak mampu, cegahlah dengan lisan. Kalau tak mampu, cegahlah dengan hati, dan itu adalah selemah-lemah iman…”
(HR Muslim)

Dalam islam, bila nampak kemungkaran, kena cegah dengan TANGAN (kuasa, undang-undang, perlembagaan dan lain-lain), kalau TAK MAMPU, cegah dengan LISAN (Dialog, debat, dan lain-lain). Kalau tak mampu, cegah dengan HATI(Benci, jauhi dan berazam untuk ubah jika mampu), dan cegah dengan hati ialah selemah-lemah iman.

Bermakna, kalau mampu cegah mungkar guna TANGAN (kuasa, undang2, perlembagaan, dll), maka gunalah ia, kerana itu yang utama.

Kalau tak mampu, baru guna lisan dan hati.

Faham?

Soalan:

1) Agama kristian adalah satu perkara yang mungkar.

Setuju?

Dan perkara mungkar wajib di cegah.

Setuju?

Jika kalian setuju, mari kita lihat soalan seterusnya.

2) Islam melarang penganutnya murtad. Setuju? Dan, kaedah syarak menyebut:

“Segala perkara yang membawa kepada dosa, maka ianya juga dosa..”

“Segala perkara yang membawa kepada perkara haram, maka ianya haram..”

So,

Murtad itu haram
Punca yang membawa kepada murtad tu haram.

Punca murtad banyak. Antaranya ialah:

a) Umat islam kurang kefahaman agama. Maka, WAJIB memahamkan mereka agama. Kalau tidak, berdosa. Kerana itu kerajaan wajib mengadakan subjek pendidikan islam, membangunkan sekolah islam, tadika islam, universiti islam, membangunkan masjid-masjid dan pengajian, siaran agama di tv, radio, ruangan agama di akhbar dan banyak lagi.

b) Punca kedua ialah orang bukan islam yang menDAKYAH dan mengajak orang islam untuk mengikuti agama mereka. Maka, WAJIB atas kerajaan untuk menyekat, membanteras, dan yang sama waktu dengannya. Apa-apa usaha ke arah itu juga harus di sekat dengan undang-undang yang ada. Kerana ia adalah salah satu PUNCA murtad. Tidak kisahlah penyebarannya dalam bentuk media massa, surat khabar, penyebaran bible, rancangan tv, radio, ada rancangan khusus slot orang muslim yang telah murtad, orang muslim yang kecewa dengan islam dan pelbagai lagi slot menarik yang telah terjadi di Indonesia. Jika penerbitan pula edaran majalah, komik dan surat khabar secara meluas kepada umat islam, sama ada di rumah, di masjid, ketika sambutan hari keraian Islam dan sebagainya. Atau lebih menarik, rumah ibadah bukan islam ditukar nama kepada masjid dan surah. Perkara ini WAJIB di sekat, membanteras, dan yang sama waktu dengannya.

Maka, jika kalian setuju MURTAD tu satu dosa, maka anta kena tangani segala punca pemurtadan berlaku, samada punca kecil atau besar.

Tapi kalau kalian tak setuju bahawa murtad tu satu dosa, maka jangan sambung baca soalan seterusnya. Kalau setuju, ayuh sambung.

3) Tahukah kalian, dalam fiqh politik islam(bacalah majmuat fatawa ibn taimiyah, atau usul ifta’ ahmad arrasyid, atau tulisan imam almawardi dalam mengulas tentang politik islam), antara KEWAJIPAN PEMIMPIN sesebuah NEGARA ISLAM ialah menjaga AQIDAH RAKYAT.

Maka, antara caranya ialah pemimpin islam di sesebuah negara perlu mengambil pelbagai inisiatif untuk menjaga AQIDAH RAKYAT. Setuju?

Jika setuju, mari kita lihat point seterusnya.

4) Bila kita soroti semula point satu hingga tiga, kita akan dapat buat beberapa kesimpulan ringkas sebelum saya buat kesimpulan akhir:

a) Dakwah itu mengajak pada kebaikan dan mencegah kemungkaran.
b) Murtad itu satu kemungkaran. Perkara yang membawa kepada murtad juga adalah satu kemungkaran. Maka, sebagai umat islam, kita WAJIB mencegah kemungkaran.
c) Dalam mencegah kemungkaran, yang paling UTAMA ialah mencegah kemungkaran dengan TANGAN (kuasa, undang2 dll). Maka, malaysia sebagai sebuah negara islam menggunakan kuasa dan undang-undang untuk mencegah penyebaran agama selain islam. Kerana apa? Kerana agama selain islam itu tidak benar, hanya islam yang benar.

Jadi, hujah kalian yang mengatakan bahawa perlembagaan Malaysia perkara 11(4) yang tidak membenarkan penyebaran agama selain islam itu tidak valid, bermakna kalian SALAH dan SILAP sama sekali. Mungkin kalian tak faham dakwah islam secara menyeluruh. Ia adalah dari islam, bahkan itulah tuntutan islam.

Dan, lagi satu saya nak nyatakan:

“Kalau kalian nak gunakan pendekatan dialog, debat dan sebagainya untuk mencegah kristianisasi, teruskanlah, sebab kalian tak mampu nak ubah dengan kuasa dan undang-undang. Tapi, mengapa kalian nak salahkan pihak yang menggunakan undang-undang dan kuasa untuk mencegah kemungkaran? Juga, dialog nabi adlaah untuk mematahkan hujah, bukan bertoleransi.”

Fikir-fikirkanlah sahabat.

Bukankah tugas pemimpin islam itu, ialah:

“Mengajak umat agar beribadah kepada Allah dan memberantas kesyirikan”.

Inilah satu-satu(nya) tugas yang paling pokok, yang dipikul oleh pemimpin agar mengajak umat beribadah kepada Allah Ta’ala dan memberantas semua bentuk kesyirikan dan sarananya sebagaimana yang telah dilakukan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam dan khulafa Ar- Rasyidin sesudahnya sebagaimana disebutkan dalam surat Al-Baiyainah ayat 5.

Dan, bukankah menyekat perkara yang menjadi punca kemurtadan itu adalah WAJIB bagi pemimpin? Saya dah ulas panjang lebar kat atas. Kalau tak faham, boleh ulang baca lagi dan lagi.

***

DUA: ADAKAH NABI TAK MENYEKAT KRISTIANISASI?

Kalian sering mengatakan bahawa nabi tak pernah menyekat kristianisasi. Lalu kalian mendabik dada mengakatakan bahawa:

“Cuba cari mana-mana kisah yang nabi menyekat kristianisasi? Cuba cari! “

Jawapan saya ialah:

“Memanglah takde. Sebab, kristianisasi tu tak berlaku zaman nabi wahai kawan! Lain kali jangan baca sirah nabi je. Baca juga sirah khulafa Arrasyidin, Umayyah, Abbasiah, Uthmaniah, siri perang salib dan sebagainya. Baca….”

Faham? Zaman nabi takde pun kristianisasi!

Tapi, saya nak kemukakan beberapa fakta:

1) Pertama, tahukah kalian, di dalam piagam madinah, nabi TIDAK MEMBENARKAN KAUM PAGAN(penyembah berhala) MENYEBARKAN AGAMA MEREKA DI MADINAH. Nabi hanya membenarkan mereka mengamalkan agama mereka sesama mereka sahaja, dan mereka tidak di paksa masuk islam.

Boleh rujuk perkara ini dalam kitab “Manhaj haraki: Strategi perjuangan Politik dalam Sirah Nabi” tulisan Syeikh Munir Ghadban.

Adakah nabi salah kerena tidak memberi hak kepada penganut berhala untuk sebarkan apa yang mereka anggap betul?

2) Kedua, tahukah kalian, Nabi telah pecahkan berhala di mekah. Adakah nabi salah? Kerana menghancurkan “tuhan-tuhan” orang kafir musyrikin ketika itu?

3) Ketiga, tahukah kalian, tiap kali peperangan dan pembukaan, pimpinan tentera islam akan memberi amaran:

“Masuklah kalian ke dalam islam. Jika kalian tidak mahu, maka bayarlah jizyah, jika tidak mahu, kita berperang…”

Soalan saya, adakah perkara ini salah? Adakah nabi, sahabat dan para salaf terdahulu salah, kerana seoalah-olah “memaksa” orang kafir untuk masuk islam. Adakah salah?!

Ataupun, sebenarnya, ada HIKMAH dan FIQH yang perlu di fahami secara mendalam tentang perkara ini, yang mana ianya tak boleh di tafsir secara LITERAL?

Saya tak mahu nak ulas tentang fiqh jihad di sini. Kajilah sendiri.

Saya cadang, kalian cubalah belek-belek dan baca kitab “Ahkam As-Sultaniyyah” untuk memahami isu politik dalam islam, dan fiqh politik di dalam Negara islam.

***

TIGA: APA ITU KRISTIANISASI?

Sebelum saya nak ulas tentang selok belok kristianisasi, saya nak timbulkan satu perkara.

Kalian kata:

“Bagi penganut kristian, mereka merasakan agama kristian itu benar, dan hak mereka untuk sebarkan kebenaran yang mereka fahami…”

Bagi saya, statement dan pemikiran kalian 100% menyeleweng!

Kenapa saya kata begitu?!

Kerana, hanya agama islam sahaja yang benar di sisi Allah. Jika kamu redha dan rasa agama mereka pun benar da nada hak untuk sebarkan “kebenaran”, bermakna kamu tak yakin dengan agama islam, sekaligus terjebak dengan fahaman pluralisme.

BUKAN ITU SAHAJA! Bahkan, di sisi agama kristian(sesetengahnya), menyebarkan agama kristian kepada penganut lain adalah satu kesalahan! Puak kristianisasi ini menggunakan hujah untuk membenarkan penyebaran agama mereka melalui ayat di dalam Bible:

“Lalu ia berkata pada mereka; ‘Pergilah ke seluruh dunia, beritakan tentang Injil kepada semua makhluk..”
(Markus:16;15)

Tetapi, satu lembaga di Eropah yang mengkaji dan menyelidiki kebenaran Bible iaitu “Rivised Standard Version”, telag MENGHAPUSKAN AYAT INI.

Kerana ayat tersebut tidak terdapat dalam manuskrip kuno Codex Vaticanus dan Codex Sinataicus, dua manuskrip yang menjadi sumber Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru (Bible). Keputusan yang diambil oleh lembaga RSD sangatlah tepat, karena menurut Injil Matius 10; 5-6 dan 15; 24, Jesus hanya diutus kepada bangsa Israel. Maknanya agama Kristian yang kalau memang benar dibawa oleh Jesus, hanya diperuntukkan kepada bangsa Israel. Bermakna, sepatutnya KRISTIANISASI TIDAK BOLEH DI LAKUKAN terhadap bangsa di luar Israel.

Tapi, puak kristianisasi telah mengingkari ajaran agama mereka sendiri dengan menyebarkan ia!!

Kerana itu, saya amat musykil mengapa kalian berkata kristianisasi itu hak mereka, dan menganggap tidak boleh di sekat dan di larang, terutama di dalam Negara islam?! Saya dah ulas panjang lebar kat atas dari tadi. Saya tak mahu ulang semula.

Pun begitu, ada juga mazhab mereka yang mengatakan bahawa kristian juga agama missionaries.

Di sebabkan kalian macam BUTA tentang isu kristianisasi, dan memandang enteng dan langsung tak menganggap ianya satu ancaman, dan melekehkan mereka-mereka yang menyedarkan umat islam tentang kristianisasi ni sebagai paranoid, maka, mari saya jelaskan kepada kalian apa itu kristianisasi, dan sejarahnya.(Supaya tiada lagi bagi hujah nabi tak halang kristianisasi. Sebab zaman nabi belum timbul isu kristianisasi. Faham?)

Mari soroti satu persatu:

1) Kristianisasi ni dalam kitab arab, di panggil “Al-tanshir”, gerakan kristianisasi ni muncul akibat kegagalan perang salib. Kita pun tahu, perang salib bertujuan untuk menyebarkan agama kristian dan mencengkam serta menguasai bangsa-bangsa di dunia terumata umat islam. Faham?

2) Kristianisasi mula di gerakkan secara agresif setelah orang kristian mengakami kekalahan selama 2 abad((1099-1254). Maka, mereka menukar strategi untuk menjajah Negara islam, dari menggunakan senjata, kepada agenda kristianisasi, menjajah dengan cara halus.

3) Antara tokoh kristianisasi ialah RAYMOND LULL, orang pertama yang mengumandangkan kristianisasi. Beliau belajar bahasa arab sungguh-sungguh dan mengelilingi Negara arab untuk berdiskusi dengan ulama’. HENRY MARTIN, SAMUEL ZWEMER, KENNETH CRAGG, LOUIS MASSIGNON dan banyak lagi tokoh kristianiasasi yang terlibat dalam menjalankan agenda mereka di Negara-negara islam seperti Mesir, juga di India, Cina, Jepun dan lain-lain.

4) Jika kalian tak nampak dan masih BUTA lagi tentang agenda kristianisasi, kalian boleh rujuk konfrence-konfrence yang berlaku di Cairo(1906), Edinburg Scotland(1910), Lucknow(1911), Beirut(1911), Swiss(1977), Colorodo(1978), Amerika(1942) dan banyak lagi perbincangan-perbincangan yang mereka lakukan untuk menjajah Negara-negara umat islam.

So, saya harap kalian nampak sikit gambaran tentang kristianisasi ni. Janganla buta sejarah sangat, sampai kata zaman nabi tak larang kristianisasi. Dah zaman nabi takde kristianisasi, memangla nabi tak larang. Tapi nabi larang kaum pagan(penyembah berhala) untuk sebarkan agama mereka. Saya dah ulas di atas.

***

EMPAT: CARA-CARA PUAK KRISTIANISASI MENYEBARKAN AGAMA MEREKA?

Maka, sekarang, saya nak ulas pula tentang CARA-CARA yang di lakukan oleh puak KRISTIANISASI untuk menjajah Negara islam. Supaya korang takdelah BUTA sangat dan percaya dan menganggap apa yang mereka buat tu takde kena mengena dengan agenda kristianisasi.

Jom tengok satu persatu.

1) Kristianisasi ada DUA cara.

Pertama: غزو العسكري(Serangan ketenteraan).

Cara ini di lakukan dengan terang-terangan, jelas tanpa berselindung. Mereka akan lakukan serangan ketenteraan dekat Negara islam yang penganutnya agak kuat imannya, seperti apa yang Amerika Syarikat buat dekat Iraq dan Afghanistan (Korang asyik kata US hormat umat islam bagai, tapi korang BUTA melihat kekejaman US pada umat islam di Iraq dan Afghanistan). Dan sesetengah Negara umat islam minority seperti apa yang terjadi pada umat islam di Mindanao yang di tindas oleh kerajaan kristian di Filipin.

Kedua: غزو الفكري(Serangan Pemikiran)

Cara ini di lakukan kepada negara islam yang mudah di tembus dengan budaya dan ideology yang menyeleweng. Serangan pemikiran ini di cadangkan oleh King Louis XI yang mula di lancarkan pada tahun 1965. Perkara ini jelas boleh di lihat di Negara jiran kita iaitu Indonesia, bagaimana rosaknya ramai bangsa di sana, dan, di Malaysia sedikit demi sedikit.

2) Seterusnya, Samuel Zwemer, tokoh kristianisasi telah menganjurkan beberapa perkara supaya agenda kristianisasi ini berkembang dan berjalan lancar. Antaranya:

a) Orang kristian mesti meyakinkan umat islam bahawa orang-orang kristian bukanlah musuh mereka.
-Perkara ini telahpun terjadi. Ada ramai umat islam yang tak menganggap puak yang menjalankan usaha kristianisasi ini sebagai musuh, bahkan boleh memuliakan mereka dan menghormati mereka.

b) Tumbuhkan dalam diri umat islam, kecenderungan dan kekaguman terhadap ilmu-ilmu barat dan eropah berbanding ilmu-ilmu islam.
-Perkara ini pun dah terjadi. Ramai umat islam yang lebih mengAGUNGkan pemikiran John Locke, Karl Max, dan pemikiran menyeleweng seperti liberal, secular, moderate, progresif dan sebagainya.

c) Meniru budaya masyarakat setempat bagi mendekati mereka. Di Negara arab, mereka terjemahkan Bible ke dalam bahasa arab, kemudian membacanya sambil berlagu dan berqiraat seolah-olah alquran, menterjemahkan bible ke dalam bahasa Indonesia, dan di Malaysia juga mereka menterjemahkan ke dalam bahasa melayu dan mendesak untuk menggunakan Kalimah Allah di dalamnya.

DAN, perkara yang puak kristianisasi mahukan kepada umat islam bukanlah semata-mata mereka murtad, tetapi, seperti apa yang di sebut oleh Samuel Zwemer, cukuplah dengan MENJAUHKAN UMAT ISLAM dari agama mereka.
Saya tak mahu ulas bagaimana pendekatan mereka berdakyah melalui media social, akhbar, pendidikan, aktiviti sosial dan banyak lagi.

Buka MATA, buka HATI, cukuplah menjadi muslim yang pengecut dan terlalu rahmah tak bertempat. Itu bukan rahmah namanya, membiarkan agama lain berleluasa atas nama keadilan. Saya harap kalian fahami semula apa itu keadilan di sisi islam, apa itu rahmah di sisi islam, dan apa itu hikmah di sisi islam.

***

LIMA: ADAKAH “US”, “UK” SERTA KEBANYAKAN NEGARA BARAT MENERIMA ISLAM DAN TIDAK MENYEKATNYA?
Kalian sering berkata:

“Kat Amerika, mereka tak sekatpun orang islam untuk berdakwah. Mengapa di Malaysia sebagai sebuah Negara islam menyekat agama kristian untuk di sebarkan?”
Saya jawab:

“Mengapa perlu ikut mereka? Tak cukup ke ajaran quran dan sunnah yang nabi bawa sebagai panduan? Mengapa perlu mengikuti telunjuk dan cara orang kafir yang mengamalkan budaya liberalisme dan pluralisme??”

Dan, saya nak kamu tahu beberapa perkara.

1) ISLAM itu syumul. Bukan sekadar ibadah dan dakwah sahaja. Islam itu politik, ekonomi, ilmu, ketenteraan, kebajikan, aqidah, ibadah dan lain-lain. Islam itu syamil, kamil dan mutakamil!

2) Kamu kata Negara barat seperti Amerika semua tu membenarkan agama islam di sebarkan. Yeke?

Bagi saya TIDAK!

Yang mereka benarkan hanyalah ibadah islam sahaja di laksanakan! Mereka tak benarkan penganut islam di sana mengamalkan islam secara menyeluruh. Lihat sahaja macamana Amerika menyekat Ikhwan Muslimin, dan memberi bantuan kepada Israel menentang HAMAS, menyerang Iraq dan Afghanistan, menyeksa tahanan muslim di penjara Guantanamo. Adakah Amerika ini yang kalian sanjung?

Mereka membenarkan islam atas kerangkan ibadah dan dakwah sahaja berkembang di Amerika, kerana mereka tahu, perkara itu langsung tak menggugat kuasa mereka. Tapi bila sebut pasal Negara islam, politik islam, jihad, dan sebagainya, dan apabila umat islam di sana ingin menegakkan islam yang syumul, MEREKA TAKKAN BENARKAN! Bahkan, terus akan di buru, di tangkap, di gelar ekstrimis dan terroris. Adakah Amerika ini yang kalian sanjung?!

Justeru,

Perkara 11(4) di dalam perlembagaan itu sudah cukup selari dengan syarak. Tidak membenarkan penyebaran agama lain di Malaysia, tetapi mereka bebas beragama dan tidak di paksa masuk islam. Selari dengan apa yang nabi lakukan di madinah iaitu nabi TIDAK MEMBENARKAN KAUM PAGAN(penyembah berhala) MENYEBARKAN AGAMA MEREKA DI MADINAH. Nabi hanya membenarkan mereka mengamalkan agama mereka sesama mereka sahaja, dan mereka tidak di paksa masuk islam.

Saya dah kupas panjang lebar dah kat atas tadi.

3) Dan, kenapa kalian agungkan sangat US, UK semua tu? Kenapa nak tiru sangat mereka? Kenapa nak sama dengan mereka? Mungkin kalian lupa akan ayat Allah:

“Adakah sama orang mukmin dengan orang fasiq ?”
(Assajadah: 18)

“Tidak sama ahli neraka dengan ahli syurga, ahli syurga adalah golongan yang menang
(Alhasyr: 20)

“Adakah Kami akan menjadikan orang yang beriman dan beramal soleh sama layanannya seperti orang yang membuat kerosakan di atas muka bumi ini, ataupun Kami akan menjadikan orang yang bertaqwa sama dengan orang yang berdosa ?”
(Sod)
Fahamilah apa yang Allah ingin hambanya faham.
***

KESIMPULAN

Setelah panjang lebar saya ulas, saya harap kalian faham waqi’ Malaysia. Bacalah sejarah melayu dari zaman awal Melaka, bagaiman puak-puak kristian berusaha untuk mengkristiankan Malaysia, bermula dengan kedatangan Portugal, belanda, british, jepun dan lain-lain. BACA dan fahami, ambil ibrah dari sejarah.

Jangan menjadi orang yang buta sejarah, dan buta fiqh sejarah.

Benarlah kata ulama’:

“Sejarah adalah tentera-tentara Allah yang menguatkan hati…”
(Imam Abu Qasim AlJunaid)

“Tujuan kita mempelajari Sirah Nabi adalah bukan sekadar untuk mengetahui kejadian-kejadian bersejarah yang telah dilalui oleh nabi kita Muhammad sebagaimana kita mempelajari teks-teks sejarah lain. Di sana terdapat tujuan-tujuan yang lebih penting untuk kita mempelajari sirah Rasululullah. Apabila menghayati sirah nabi, seseorang islam itu akan lebih memahami hakikat Islam. Ini kerana hakikat Islam itu sendiri keseluruhannya terkandung dalam keperibadian Rasulullah dan seluruh perjalanan hidupnya…”
(Syeikh Ramadhan Albuti)

Dan, fahami juga kalam Hasan Albanna di dalam Risalah Taalim:

“Manusia itu terbahagi kepada beberapa golongan:
1) Muslim yang berjihad
2) Muslim yang berdiam diri
3) Muslim yang melakukan dosa
4) Ahli Zimmi yang membuat perjanjian
5) Manusia yang berkecuali
6) Manusia yang memusuhi
“Bagi setiap kumpulan ini ada hukum yang tersendiri menurut neraca islam. Pengkelasan ini akan menjadi landasan dalam menilai individu ataupun pertubuhan, sahabat ataupun lawan…”
(Hasan Albanna)

Ia bukan semudah zimmi atau harbi. Jangan terlalu naif.

Fahamilah puak kristianisasi ini di bahagian yang mana, puak evangelist dan liberal di puak yang mana, kemudian berdepanlah dengan mereka mengikut FIQH DAKWAH yang telah di tunjuk oleh ulama’ dakwah. Bacalah tulisan Ahmad Arrasyid, bacalah tulisan Albanna, Syed Qutb, Almaududi, juga bacalah tulisan ulama salaf seperti Ibn Taimiyah, Ibn Athoillah, Almawardi dan pelbagai lagi ulama yang telah berjasa pada dunia islam.

Wallahua’lam.
Kitab rujukan yang saya sarankan kalian baca ialah:

* أحكام السلطانية oleh Imam Almawardi.
*منهج الحركي oleh Syeikh Munir Ghadban
*فقه السيرة oleh Syeikh Ramadhan Albuti
*سيرة النبوية oleh Syeikh Ali Solabi
*Fi Zilalil Quran oleh Syed Qutb
*Ihya’ Fiqhud Dakwah oleh Ahmad Arrasyid.
*Majmuat Arrasail oleh Hasan Albanna
*Fiqh Dakwah Mustafa Mahsyur

Dan banyak lagi kitab rujukan untuk memahami agenda freemason, kristianisasi, zionis dan sekutu-sekutu mereka.

Moga bermanfaat.

*Maaf kerana terpaksa tegur terang-terangan. Kerana post beliau juga adalah terang-terangan, dan ramai yang keliru, dan tiada ahli IKRAM yang menegur beliau.

Saya orang islam, saya sayang IKRAM, saya tegur.

*Anggaplah ini teguran dan bukan serangan. Seperti mana Ibn Jauzi menulis sebuah kitab menegur Musnad Ahmad, seperti mana Imam Ghazali menulis kitab menegur Ibn Sina. Moga ianya adalah sebahagian dari pembudayaan ilmu dan moga kita dijauhi dari berdebat tanpa disiplin syarak dan terawang-awangan dengan akal.

Jazakumullahu khairan.

Cut n Paste

24/08/2018 Posted by | Bicara Ulama, Politik dan Dakwah, Q & A (Soal Jawab), wahabi | 1 Comment

Wanita Haid Masuk Ke Dalam Masjid/Surau

FATWA-FATWA BERKAITAN WANITA HAID MASUK MASJID / SURAU

1. FATWA NEGERI SELANGOR
Kategori : Sosial/Syariah
Tajuk : Fatwa Tentang Hukum Wanita Haid Dan Nifas Masuk Ke Dalam Masjid

Fatwa :
(1) Wanita yang sedang haid dan nifas adalah tidak dibenarkan duduk diam di dalam masjid walaupun dengan tujuan pembelajaran semata-mata.

(2) Hukum wanita haid dan nifas yang masuk ke dalam masjid adalah dibenarkan untuk sekadar melintasi atau melalui sekali lalu tanpa berulang-alik untuk keluar melalui pintu yang dimasukinya.

Rujukan Pewartaan : Sel. P.U. 28
Tarikh Pewartaan : 30 Ogos 2001

2. FATWA NEGERI SELANGOR
KEPUTUSAN JAWATANKUASA PERUNDING HUKUM SYARA’ (FATWA) NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN MENGENAI PEREMPUAN HAID DAN NIFAS MENGGUNAKAN MASJID UNTUK PEMBELAJARAN DAN HUKUM KANAK-KANAK DI DALAM MASJID

PERBINCANGAN DAN KEPUTUSAN
Ahli Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (Fatwa) Negeri Selangor dalam persidangannya yang bertarikh 29 April 1999 telah membincangkan perkara di atas dan keputusannya adalah seperti berikut :

“ Jawatankuasa Fatwa kali 1/99 yang bersidang pada 29 April 1999 sebulat suara memutuskan perempuan haid dan nifas menggunakan masjid semata-mata untuk tujuan pembelajaran sahaja adalah diharuskan kerana ia mempunyai hajat iaitu untuk menuntut ilmu. Manakala membawa masuk kanak-kanak yang belum mumayyiz ke dalam masjid adalah tidak harus. Ini kerana dikhuatiri kanak-kanak tersebut akan menyebabkan kotoran pada masjid ”.

DALIL-DALILNYA:

Berkaitan dengan perempuan haid atau nifas, ulama’ Islam mengemukakan pelbagai pandangan. Antaranya:

Sabda Rasulullah s.a.w
Maksudnya : Aku tidak menghalalkan bagi orang haid atau junub memasuki masjid.

Golongan ulama’ Syafii dan Hanbali mengharuskan bagi rang yang haid dan nifas lalu dalam masjid jika diyakini tidak mencemarkan masjid kerana masjid haram dicemari oleh najis dan kotoran lain.

Juga kerana terdapat riwayat daripada Aisyah yang mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda kepadaku Maksudnya :

Berikan aku sejadah (tikar) daripada masjid. Maka aku menjawab, “Aku sekarang sedang haid”. Lantas Nabi bersabda, “Sesungguhnya haid engkau bukan terletak pada tangan engkau”.

SUMBER: Ahli Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (Fatwa) Negeri Selangor

3. FATWA NEGERI PERAK
Bolehkah wanita yang tidak suci (haid) memasuki mana- mana bahagian surau didirikan jumaat?

JAWAPAN:
Berkaitan juga dengan perkara di atas wanita yang tidak `suci` boleh memasuki mana-mana bahagian surau berkenaan.

BANK KEMUSYKILAN
Bahagian Istinbat,
Jabatan Mufti Negeri Perak.

4. FATWA NEGERI PULAU PINANG
Soalan:
i) Apakah yang dimaksudkan dan ditak’rifkan dengan surau dari segi hukum syarak?
ii) Adakah sama dengan taraf masjid dari segi disunatkan sembahyang tahiyyatul-masjid (تحية المسجد) ketika memasukinya, disunatkan i’tiqaf di dalamnya dan di larang wanita yang sedang dalam keadaan haid berada di dalamnya ?

Jawapan:
i) Surau adalah tempat melakukan ‘ibadat sembahyang yang tidak didirikan sembahyang Jumaat di dalamnya.

ii) Tidak ada sembahyang sunat tahiyyatul-masjid di surau dan tidak ada i’tiqaf di dalamnya dan tidak dilarang wanita-wanita yang sedang di dalam keadaan haid berada di dalamnya. Nas dari kitab إعانة الطالبينI juzuk 2, m/s 259. وأعلم أن الجامع وهو ما تقام فيه الجمعة. Bermaksud: “Dan ketahuilah bahawa yang di namakan masjid itu, ialah tempat yang didirikan padanya sembahyang Jumaat.

Negara asal : Malaysia
Negeri : Pulau Pinang
Badan yang mengisu fatwa : Jabatan Hal Ehwal Ugama Pulau Pinang
Penulis/Ulama : Dato’ Haji Hassan Bin Haji Ahmad ( Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang)
Tarikh Diisu : Nov. 1986

5. FATWA AL-LAJNAH AD-DAIMAH LIL IFTA’

Tidak boleh seorang wanita yang sedang haidh masuk kedalam masjid kecuali hanya untuk berjalan melewati masjid jika hal itu diperlukan, sebagaimana halnya orang yang sedang junub berdasarkan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala.

“Artinya : Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu shalat, sedang kamu dalam keadaan mabuk, sehingga kamu mengerti apa yang kamu ucapkan, (jangan pula hampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan junub, terkecuali sekedar berlalu saja, hingga kamu mandi”. [An-Nisaa : 43]
[Fatawa Al-Lajnah Ad-Dai’mah Lil Ifta, 5/398]

Disalin dari buku Al-Fatawa Al-Jami’ah Lil Mar’atil Muslimah, edisi Indonesia Fatwa-Fatwa Tentang Wanita, penyusun Amin bin Yahya Al-Wazan, terbitan Darul Haq, hal. 62-63 penerjemah Amir Hamzah Fakhrudin

SOAL JAWAB BERKAITAN WANITA HAID MASUK MASJID / SURAU

SOALAN PERTAMA

Assalamu’alaikum wbt…
Saya inginkan penjelasan tuan mufti tentang wanita yang sedang haid, samada dia boleh (dibenarkan) masuk ke dalam masjid/surau atau tidak. Jika boleh, apakah hujahnya…dan dari mana sumber yg mengatakan bahawa dia boleh masuk ke dalam masjid.

JAWAPAN SOALAN PERTAMA

Alhamdulillah. Salawat dan salam ke atas Rasulullah SAW.
Mazhab Syafi’e mengharuskan wanita haid dan nifas melalui atau melewati di dalam masjid jika tidak dikhuatirkan akan jatuh darahnya di lantai masjid itu. Tidak dibolehkan berulang-alik dalam masjid atau duduk / berhenti lama di dalamnya

Sila rujuk surah an-nisa’ ayat 43 (wanita haid termasuk dalam hukum yang sama dengan orang junub).

Terdapat hadis daripada Aisyah r.anha beliau berkata, :Rasulullah saw. telah berkata kepadaku “Tolong ambilkan untukku tikar dari masjid” Saya berkata “saya sedang haid”, baginda menjawab “Apakah haidmu itu berada ditanganmu?” (HR. Muslim).

Hadis ini menunjukkan keharusan wanita haid berjalan melalui masjid.

Sekian, wassalam.
Tarikh kemaskini 20-01-2000
Jabatan Mufti Negeri Melaka

SOALAN KEDUA

Apakah hukum bagi seseorang wanita masuk surau jika wanita tersebut dalam keadaan haid.

JAWAPAN SOLAN KEDUA

Harus bagi wanita dalam haid masuk surau tetapi tidak boleh masuk dan duduk di tempat orang sedang solat..WASSALAM

Nombor Rujukan : PANEL SJAI 290208
Tarikh Selesai : 29/02/2008 08:22 AM
Panel Kemusykilan Agama, JAKIM

SOALAN KETIGA

Assalamualaikum..
1)apa hukum org dlm haid masuk surau?..yg saya tahu kalau masuk masjid haram..

JAWAPAN SOALAN KETIGA :

Harus bagi wanita haidh masuk surau dan ia wajib menjaga supaya tidak mengotori surau tersebut.

Nombor Rujukan : PANEL SJAI 250908
Tarikh Selesai : 25/09/2008 04:17 PM
Panel Kemusykilan Agama, JAKIM

SOALAN KEEMPAT

Salam ustaz…saya agak keliru dgn hukum wanita sedang haid masuk masjid serta menziarahi kubur?boleh ustaz perjelaskan beserta dalilnya.

JAWAPAN SOALAN KEEMPAT
Majoriti mazhab mengharamkan wanita haid masuk dan duduk dlm masjid, namun mazhab Hanbali dan beberapa ulama kontemporari berpandangan harus utk tujuan menuntut ilmu. Ziarahi kubur adalah harus bagi lelaki dan wanita.

USTAZ ZAHARUDDIN ABDUL RAHMAN (www.zaharuddin.net)

WALLAHUA’LAM..

DISEDIAKAN OLEH:
IBNU MUSLIM (4 Rabiul Akhir 1430/ 31 MAC 2009)
IBNU MUSLIM di 3/31/2009 09:50:00 PG

24/08/2018 Posted by | Bicara Ulama, Fatwa, Ibadah, Q & A (Soal Jawab) | Leave a comment

Zikir Saidatina Fatimah RA: Meredakan Keletihan Wanita Dalam Menguruskan Rumahtangga.

Zikir Saidatina Fatimah RA: Meredakan Keletihan Wanita Dalam Menguruskan Rumahtangga. Rugi Kalau Tak Amal

Seorang isteri sangat sibuk dengan tugas sehariannya. Walaupun mereka tidak bekerja, tugas-tugas mereka di rumah kadang kala melebih 15 jam sehari. Jika isteri itu bekerja, tugasnya semakin bertambah.

Daripada bangun tidur sehinggalah hendak melelapkan mata, penuh dengan tugas.
Tidak hairan jika ramai para isteri yang mengeluh penat dan stres dek kerana tugas yang terlalu banyak dan tidak menang tangan untuk melaksanakannya terutama bila sudah bergelar ibu.
Sangat meletihkan apabila balik ke rumah, terpaksa kemaskan dalam rumah selepas seharian bekerja.
Sesekali seseorang wanita khasnya surirumah perlu juga berehat untuk meredakan kepenatan ini.

Antaranya adalah pergi bercuti bercuti dan sesekali pergi ke spa untuk rawatan tubuh.
Selain itu, sebenarnya dalam Islam sendiri telah tersedia penawar untuk menghilangkan kepenatan melalui amalan Zikir atau Tasbih Fatimah yang diajarkan oleh Rasululullah SAW kepada puterinya Saidatina Fatimah R.A.

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim ada menceritakan, pada satu hari puteri Saidatina Fatimah R.A mengadu kepada suaminya iaitu Saidina Ali bin Abu Talib R.A bahawa tangannya berasa sakit dan keletihan kerana terlalu banyak kerja rumah yang perlu beliau lakukan.

Kemudian Saidatina Fatimah R.A pergi menemui ayahandanya baginda Rasulullah SAW untuk meminta seorang pembantu. Walau bagaimanapun pada masa itu Saidanita Fatimah tidak dapat menemui Rasulullah SAW dan hanya bertemu dengan Saidatina Aisyah R.A.

Lalu Saidatina Fatimah R.A meninggalkan permintaannya itu kepada Saidatina Aisyah R.A untuk disampaikan kepada Ayahandanya. Apabila Rasulullah SAW tiba di rumah, Saidatina Aisyah R.A pun memberitahu baginda tentang hajat puterinya.

Lalu baginda pergi menemui puteri serta menantunya yang ketika itu telah beradu di tempat tidur mereka. Keduanya mahu bangun ingin menghampiri baginda tetapi baginda meminta mereka supaya tidak bergerak dari situ.
Rasulullah SAW bersabda:
“Mahukah kamu berdua aku ajarkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kamu berdua minta? Ketika kalian berbaring hendak tidur, maka bacalah Takbir (Allahu Akbar) 34 kali, Tasbih (Subhanallah) 33 kali dan Tahmid (Alhamdulillah) 33 kali.

Sesungguhnya yang demikian itu lebih baik bagi kalian daripada seorang pembantu.”
(HR. Muslim, no: 4906)

Oleh itu marilah kaum muslimat sekelian kita amalkan apa yang diajarkan oleh Rasulullah SAW itu. Ini kerana anda semua tentu berasa penat setelah melakukan tugas-tugas harian. Sebelum melelapkan mata sama-samalah kita amalkan Zikir/Tasbih Fatimah setiap malam.
ZIKIR ATAU TASBIH FATIMAH
• Baca Allahu Akbar sebanyak 34 kali
• Baca Subhanallah sebanyak 33 kali
• Baca Alhamdulillah sebanyak 33 kali

Didik hati kita juga supaya melakukan semua tanggungjawab dengan seikhlas hari supaya kita tidak merasakan ia sebagai bebanan yang sangat memenatkan.

(Ustaz Yunan A Samad)

24/08/2018 Posted by | Fad hail Amal, Ibadah, Tazkirah | Leave a comment

ORANG MATI BOLEH MENDENGAR

(Nabi saw bercakap dgn musuh yg terbunuh di medan Badar)

Dari Anas bin Malik r.a katanya : “Rasulullah saw pergi ke tempat2 bekas pertempuran di Badar setelah tiga hari perang selesai. Beliau mendatangi pula tempat2 musuh terbunuh dan memanggil mereka.”

Kata beliau, “Hai Abu Jahil bin Hisyam! Hai umayyah bin Khalaf! Hai Utbah bin Rabi’ah! Hai Syaibah bin Rabi’ah! Bukankah kalian telah merasakan apa yg dijanjikan Tuhanmu sungguh2 terjadi!
Dan aku sendiri menyaksikan apa yg dijanjikan Tuhanku sungguh2 terjadi.”

Ucapan Nabi saw tersebut terdengar oleh Umar. Kata Umar ‘ Ya Rasulullah bagaimana mgkn mereka dapat mendengar dan menjawab, pada hal mereka telah menjadi bangkai!’

Jawab Nabi saw ” Demi Allah yg jiwa aku dlm kuasaNya. Pendengaranmu tidak setajam pendengaran mereka. Hanya saja mereka tidak dapat menjawab.’
Kemudian diperin tahkan beliau supaya mayat musuh2 tersebut dikumpulkan lalu dilemparkan ke telaga Badar.’

*HR Muslim.*
Shahih Muslim jilid 1-4
Hadis 2449.

🇸

24/08/2018 Posted by | Hadis, Q & A (Soal Jawab), Tazkirah | Leave a comment

   

%d bloggers like this: