Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

CARA MENCUCI KEMALUAN DENGAN BETUL

Sememangnya, kita biasanya akan mencuci kemaluan dengan bersih tetapi bersih berkemungkinan bukan bermakna cara kita itu betul.

Apakah cara yang betul…???

Penting untuk kita pastikan diri kita benar-benar bersih terutamanya di bahagian sulit. Selain untuk menjaga kesihatan ia juga penting untuk memastikan demi amal ibadah kita seharian di terima oleh Allah SWT. ~ Asasnya adalah bersuci.

Ingatlah bahwa ::
“SEMPURNAnya SOLAT/IBADAH adalah dari kesempurnaan WUDHU’ ~ SEMPURNAnya WUDHU’ adalah dari kesempurnaan BERSUCI”.

Maka bersucilah dengan sempurna dan betul demi kesempurnaan Wudhu’ dan Solat kita.
Kenapa penting untuk kita bersihkan kemaluan kita dengan betul?

Ramai orang merasakan diri mereka cukup bagus dengan banyak amal ibadah, bersedekah dan lain-lain tetapi masih tidak terlepas dari azab barzakh dan api neraka.

Saidina Abu Bakar RA pernah sewaktu hendak solatkan mayat seorang lelaki tetapi tiba-tiba tersentak dengan suatu benda bergerak-gerak dari dalam kain kafan lelaki itu. Lalu disuruhnya orang membukanya. Alangkah terkejutnya beliau apabila terlihat seekor ular sedang melilit batang dan kepala zakar (kemaluan) mayat lelaki itu.

Saidina Abu Bakar RA mencabut pedangnya lalu menghampiri ular tadi untuk membunuhnya. Tetapi ular itu tiba-tiba berkata-kata, katanya, :: ”Apakah salah ku kerana aku diutus oleh Allah SWT untuk menjalankan tugas yang diperintahkan-NYA..!!!”

Apabila diselidiki amalan lelaki itu semasa hayatnya, jelas dia merupakan seorang yang mengambil ringan dalam hal menyucikan kemaluannya setelah selesai membuang air kecil.

Jadi… Bagaimana kita nak bersihkan kemaluan dengan cara yang betul?

Lelaki dan Wanita berbeza caranya.
Bukan basuh sekadar dengan simbahan air dan asalkan agak bersih saja.

Bukan sekadar memercikkan air ke kemaluan saja.

Atau bukan sekadar mengelap dengan tisu atau kain saja.

Ada caranya… ::

KAUM LELAKI :
Selepas membuang air kecil, disunatkan berdehem-dehem (batuk-batuk kecil) dua atau tiga kali supaya air kencing betul-betul sudah habis keluar tanpa tersisa didalam bahagian batang dan hujung zakar.

Selepas itu urutlah kemaluan dari pangkal ke hujung (kepala zakar) beberapa kali sehingga tiada lagi sisa air kencing yang berada dalam saluran dan disekeliling zakar. Kemudian basuhlah dengan air sebersih-bersihnya. (Termasuk bahagian hujung muncung mulut zakar). Tidak hanya memercikkan atau menyimbahkan air pada kemaluan semata-mata. Bilaslah zakar dengan sempurna.

KAUM WANITA :
Apabila membasuh kemaluannya, pastikan dicuci disekeliling bahagian dalam bibir kemaluan dengan menjolok sedikit dengan jari tengah (tangan kiri) dan dipusing-pusingkan semasa dilalukan air bersih. Bukan dengan hanya menyimbahkan air semata-mata. Jika dengan melalukan air sahaja ia tidak membersihkan bahagian dalam bibir kemaluan wanita yang berbibir-bibir itu.

PENTING SANGAT (LELAKI dan WANITA) :
Begitu juga semasa membasuh dubur selepas membuang air besar (berak) sangat penting perlu kembangkan dubur lalu masukan satu jari tengah (tangan kiri) sedikit kedalam dubur dan pusing-pusingkan beberapa kali (korek saki-baki najis) supaya keluar dari dinding dubur sambil jirus dengan air (gunakan getah paip) hingga terasa najis benar-benar telah hilang dan bersih.

Betul atau tidak cara kita selama ini…???

Kalau ada yang tak betul tu…Jangan ambil mudah je… Jom sama-sama kita betulkan supaya diri kita benar-benar bersih (bersuci) dengan cara yang betul.

(Petikan dan catatan dari kuliah Ustaz Ahmad Dusuki)

05/04/2018 Posted by | Fiqh, Ibadah, Q & A (Soal Jawab) | Leave a comment

   

%d bloggers like this: