Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Hukum Menambah “Sayidina” kepada nama Rasulullah SAW dalam tasyahud, berdoa dan memuji Rasulullah SAW. mengucapkan Sayidina kepadaku didalam solat”.

Soalan.
Bolehkah menambah “Sayidina” kepada nama Rasulullah SAW dalam tasyahud, berdoa dan memuji baginda?

Jawapan.
Sebutan “Sayidina” yang bermaksud “penghulu kami” atau “ketua kami”, termasuk amalan yang yang sangat mulia dan dianjurkan termasuk didalam tasyahud awal dan tasyahud akhir kerana ia merupakan salah satu bentuk penghormatan dan sanjungan serta adab kepada Nabi Muhammad SAW.

Dalil.
a) Hadis
Abu Hurairah berkata, Rasulullah bersabda :
Aku adalah sayyid (penghulu) anak Adam pada hari kiamat. yang pertama bangkit dari kubur ,yang pertama memberi syafaat dan yang pertama diberi hak untuk memberikan syafaat.
(162 Riwayat Muslim)

Keterangan.
Hadis ini menunjukkan bahawa Nabi menjadi sayyid (ketua) di akhirat. Walau bagaimanapun ,ia tidaklah bererti baginda menjadi sayyid hanya di akhirat, malah baginda juga menjadi sayyid didunia dan di akhirat.

b) Pendapat Ulama.
Syeikh Ibrahim bin Muhammad al-Bajuri menyebutkan di dalam Hasyiahnya, 1/156 :
Yang lebih utama adalah mengucapkan Sayidina (sebelum nama Nabi SAW) kerana hal yang lebih utama adalah bersopan santun (kepada baginda) ,berbeza bagi mereka yang berpendapat bahawa meninggalkan menyebut Sayidina lebih baik berdasarkan atas hadis, sedangkan hadis (janganlah menyebut Sayidina dalam solat) adalah batal.

Perbincangan Hadis yang melarang menambah “Sayidina”.
*Hadis itu ialah:
“Janganlah kamu mengucapkan Sayidina kepadaku didalam solat”.

Komentar.
*Hadis ini adalah hadis maudhu’ yang tidak ada asalnya. Ia dinaskan oleh al-Hafiz as-Sakhawi didalam Al-Maqasid al-Hasanah.
*Dalam kitab Al-Hawi ,apabila ditanya mengenai hadis tersebut ,Imam Jalaluddin as-Suyuthi menjawab tegas : tidak pernah ada (hadis tersebut) itu batil.
*Imam Jalaluddin al-Mahalli ,Imam Syamsuddin ar-Ramli ,Imam Ibnu Hajar al-Haytami ,Imam al-Qari ,para Fuqaha mazhab Syafi’i dan mazhab Maliki dan lain-lainnya semuanya mengatakan : hadis ini tidak benar.
*Lihat al-Maqasid al-Hasanah no 1292. Lihat juga Intibih! Dinuka fi Khathor (Agamamu dalam bahaya) m,s 121.

(Sumber kitab Kekeliruan Ummat Inilah Jawapannya).

-Ustaz Muhadir Haji Joll.

03/04/2018 - Posted by | Bicara Ulama, Ibadah, Q & A (Soal Jawab), wahabi

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: