Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Bertabayyun Dalam Muzakarah Dan Memperhalusi Setiap Hujah melihat dan mendengar aksi muzakarah antara Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri dan Dr Zamihan bin Mat Zin al-Ghari yang diadakan di Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan .

Bertabayyun Dalam Muzakarah Dan Memperhalusi Setiap Hujah

Merujuk kepada rakaman video yang telah diviralkan, terima kasih tidak terhingga kepada pihak yang menguploadkan rakaman muzakarah ini hingga kita berpeluang melihat dan mendengar aksi muzakarah antara Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri dan Dr Zamihan bin Mat Zin al-Ghari yang diadakan di Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan kerana sebelum ini kita tertanya-tanya bagaimanakah bentuk muzakarah yang telah dijalankan dan natijahnya serta solusi yang boleh diambil untuk dapat kata sepakat di antara kedua pihak. Selain melibatkan beberapa pihak kakitangan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan sendiri, turut sama yang memenuhi majlis itu adalah wakil daripada pihak JAKIM, IKSIM dan lain-lain.

Muzakarah ini sangat menarik selain ia dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Wan Mohammad bin Dato’ Sheikh Abdul Aziz mantan KP JAKIM, ia juga membuktikan apa yang telah kami jelaskan sebelum ini dengan fakta yang ilmiah.

Video sepenuhnya kami dapati ia boleh ditonton di pautan berikut :

Siri 1 :

Siri 2 :

Siri 3 :

Siri 4 :

Siri 5 :

Siri 6 :

Siri 7 :

Sebelum ini telah ada laporan mengenai muzakarah ini namun selagi tidak menonton dan melihat sendiri muzakarah ini, susah untuk kebanyakkan dari kita menerimanya sebegitu mudah. Ini contoh bacaan dan laporan yang boleh dilihat sebagai review awal bagi muzakarah ini:

🔹https://www.facebook.com/drzulmuftiwp/photos/a.427172850756033.1073741829.423534687786516/855270161279631/?type=3.

🔹https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=685102028335774&id=100005079496519.

🔹https://www.facebook.com/engkuahmadfadzilTOP/posts/1600829353320033.

🔹https://www.facebook.com/epade/posts/1635679549776310

Setelah menonton dan mendengar sesi muzakarah yang diadakan sebagaimana dalam rakaman tersebut, ada beberapa perkara yang boleh disimpulkan mengenai muzakarah ini, antaranya :

1. Dalam Muzakarah yang diadakan sebelum ini pada 19 Januari 2017, antara perkara yang dibangkitkan dalam perbincangan tersebut ialah isu Dr Zulkifli bin Mohamad al-Bakri tidak mematuhi Enakmen Wilayah Persekutuan 1993 yang mensyaratkan sesiapa yang menjadi Mufti Wilayah Persekutuan hendaklah mengikat pandangannya dengan pendapat mazhab Syafie (Qaul Muktamad Mazhab Syafie) serta pendapat mazhab muktabar yang lain (Qaul Muktamad dalam Mazhab yang lain seperti Mazhab Hanafi, Maliki dan Hanbali), sebaliknya al-Bakri dilihat lebih gemar dan cenderung untuk mendedahkan umat Islam kepada pandangan-pandangan golongan yang tidak bermazhab seperti ibn al-Uthaimin, ibn Baaz, al-Albaani, Soleh Fauzan dan sebagainya.Kebiasaan cara ini banyak dilakukan oleh sebahagian pihak yang ingin membersihkan nama-nama golongan wahhabi ini dari dilihat sebagai golongan yang menyimpang dan radikal.

Setelah diminta penjelasan, Dr Zulkifli bin Mohamad al-Bakri ternyata gagal memberikan jawapan yang tuntas dan tepat mengenainya. Sebelum ini kita telah bahas mengenai pendirian al-Bakri berhubung isu ini. Menurut al-Bakri dilarang seseorang itu berkata “Saya Syafie, Saya Hanafi, Saya Maliki, Saya Hanbali”:

2. Di dalam Muzakarah tersebut ditimbulkan persoalan mengapa al-Bakri mempromosikan ketua pengganas al-Qaeda yang tidak asing di dunia pada hari ini; Aiman al-Zawahiri di dalam penulisannya yang berjudul “ Pelbagai Hukum Muamalat Pembiayaan”. Dari penelitian kepada rakaman ini, Al-Bakri dilihat terkesima dengan pendedahan ini.

Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri langsung tidak memberi respon apa-apa jawapan mengenai isu ini.
Sebelum ini juga kita telah membahaskan isu ini sebagaimana ia boleh didapati pada pautan berikut :

3. Isu penyesatan al-Bakri terhadap amalan bacaan surah al-Qadar yang dibaca pada tanah kubur juga tidak dapat dipertahankan lagi oleh al-Bakri dan team al-Bakri sebagaimana terpapar dalam penulisan mereka. Jelas penulisan Irsyad al-Fatwa siri 121 oleh Dr Zulkifli bin Mohamad al-Bakri berkaitan hadis kepal tanah kubur 7x dan hadis membaca al Fatihah selepas solat fardhu adalah penulisan yang batil dan tidak berasas sebagaimana dibuktikan dalam muzakarah tersebut.

4. Dalam rakaman ini juga, kita tertarik dengan gelagat Musyfiq yang merupakan pegawai lantikan Dr Zulkifli bin Mohamad al-Bakri daripada MAIWP:
http://muftiwp.gov.my/ms/hubungi-kami/direktori?start=50

Musyfiq dilihat terpaksa mengakui bahawa Dr Zulkifli bin Mohamad al-Bakri dan teamnya telah melakukan kesalahan dalam penulisan mengenai isu ini. Musyfiq mengatakan : “Jika saya tersilap, saya menerima segala teguran tersebut”. Juga Musyfiq mengatakan : “Dalam hal ini Ibn Jawzi telah tersalah”. Seterusnya Musyfiq mengatakan : “Betullah apa yang disebutkan oleh ustaz Zamihan bahawa dari sudut perawi dan dari sudut takdilnya terdapat khilaf”.

Cuma agak halus cara dan muslihat Dr Zulkifli bin Mohamad al-Bakri mengalihkan segala beban menjawab segala persoalan ini kepada pegawai mudanya Musyfiq semata-mata, sedangkan dialah yang sepatutnya bertanggungjawab 100% ke atas penulisan tersebut sama ada tulisan tersebut ditulis oleh Musyfiq atau dia sendiri yang menulisnya kerana jelas ia menggunakan nama ‘Mufti Wilayah Persekutuan’ dan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

5. Dr Zulkifli bin Mohamad al-Bakri mengaku dalam bukunya bahawa ibn al-Uthaimin yang merupakan seorang Wahhabi radikal pada masa kini, adalah gurunya. Dalam rakaman ini juga ada bukti yang menunjukkan pengakuan al-Bakri sendiri bahawa dia pernah menjadi anak didik kepada ibn al-Uthaimin.
Al-Bakri mengatakan :
“Saya belajar dalam dua aliran [Wahhabi dan Asya’irah]. Di Madinah saya belajar dan saya mengaku bahawa saya pernah belajar dengan ibn al-Uthaimin (wahhabi), tapi dia bukan mengajar di Universiti Madinah, saya hadir dalam majlis dia. Dia seorang yang warak.”

Kami melihat faktor latarbelakang pengajian Dr Zulkifli bin Mohamad al-Bakri ini juga adalah faktor besar yang mencorak pola pemikirannya selama ini.
🔹 https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=405851689871757&id=346763859113874.

🔹 https://www.facebook.com/SunniMalaysia/posts/775833185815158.

6. Peliknya, apabila diberi peluang bercakap dan diminta agar memberi penjelasan, Al-Bakri langsung tidak menyentuh isu tauliah yang telah diberikannya kepada kebanyakkan group ‘pak wahab’ sebagaimana yang dibangkitkan dalam muzakarah tersebut. Sama ada pemberian tersebut tidak mengikut procedure pemberian tauliah yang telah ditetapkan atau ada sebab tertentu yang ingin disembunyikannya, hal ini sudah tentu perlu kepada siasatan. Kami sarankan pihak SPRM bertanggungjawab dan bertindak menyemak segala data pemberian tauliah ini sejauh mana kejujurannya atau ketidakakurannya kerana dilihat sejak kebelakangan ini isu tauliah ini banyak diselewengkan. Bahkan ada juga sebahagian asatizah yang hairan kenapa dia mendapat tauliah secara langsung daripada Dr Zulkifli bin Mohamad al-Bakri secara tertutup tanpa ada proses temuduga sebagaimana yang telah ditetapkan dalam kaedah pemberian tauliah oleh pihak berkuasa di setiap negeri . Ini juga boleh dikatakan sebagai bukti penyalahgunaan kuasa.
🔹https://www.facebook.com/346763859113874/photos/pcb.354141625042764/354141345042792/?type=3.

🔹 https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=350148135442113&id=346763859113874.
🔹 https://m.facebook.com/SunniMalaysia/posts/1215367651861707:0.

7. Muzakarah juga membangkitkan isu tauhid 3 yang disisipkan secara dusta dan bohong di dalam buku tulisan al-Bakri dan penyandarannya kepada pengarang kitab Jauhar at-Tauhid. Berkenaan tauhid 3, kenyataan al-Bakri sememangnya bercanggah dengan pendirian al-Azhar yang merupakan antara tempat rujukan umat Islam terulung. al-Azhar secara rasmi menolak doktrin tauhid 3 ini. Ternyata setelah diminta agar diberikan penjelasan, pihak Dr Zulkifli bin Mohamad al-Bakri gagal untuk memberikan sebarang penjelasan mengenai isu ini. Kami juga telah membuat sanggahan mengenai isu ini pada pautan berikut :

8. Dr Zulkifli bin Mohamad al-Bakri diberi 10 minit untuk sesi bidasan hujah pada pusingan pertama, namun dia tidak mampu menggunakan waktu tersebut semuanya sebagaimana ditegur dan ditegaskan oleh YBhg. Dato’ Wan Mohammad bin Dato’ Sheikh Abdul Aziz mantan KP JAKIM. Yang jelas, al-Bakri kelihatan mula bimbang untuk menjawab setiap pertuduhan yang dikemukakan terhadapnya. Sepatutnya inilah masanya untuk dia mempertahankan pendapatnya dengan mendatangkan hujjah bagi setiap isu yang telah dibangkitkan jika dia benar-benar berada pada landasan yang betul.

9. Dalam muzakaran berkenaan dilontarkan juga mengenai isu istighathah yang ditulis oleh Dr Zulkifli bin Mohamad al-Bakri. Lebih menyayat hati, dalam buku tulisan al-Bakri sendiri menyatakan bahawa istighathah adalah suatu kesyirikan dan kekufuran. Dengan kata lain al-Bakri menghukum kafir orang yang melakukan istighathah. Hal tersebut kerana kecenderungan al-Bakri kepada pendapat al-Jaza-iri seorang Wahhabi yang melampau dalam agama. Bahaya isu ini ialah al-Bakri telah mengkafirkan umat Islam di seluruh dunia yang telah melakukan istighathah dalam pelbagai zaman dan tempat.
Isu ini juga telah kami kemukakan jawapan mengenainya secara tepat dan tuntas. Boleh semak jawapan itu pada pautan berikut :

10. Apa yang nyata, al-Bakri dalam rakaman ini hanya mampu melakukan janji nista. Katanya : “Saya syorkan agar Ustaz Zamihan dan Ustaz Mahfuz dimasukkan dalam MKI”. Sampai ke hari ini, kita tidak pernah melihat ada apa-apa tindakan dari Dr Zulkifli bin Mohamad al-Bakri ke arah meralisasikan janji ini??! Atau ia hanya bersifat retorik semata-mata.

11. Menariknya al-Bakri dalam rakaman ini mengatakan : “Orang kata saya Wahhabi, sebenarnya bukan begitu,”

Untuk melihat sejauh mana benar atau sahih perkataan al-Bakri ini, sila semak butiran maklumat berikut :

12. Al-Bakri mengelakkan diri untuk menjawab semua isu yang telah dikemukakan kepadanya sebaliknya membuat janji akan mengadakan sendiri beberapa siri bengkel bagi membahaskan setiap isu yang dibangkitkan dalam masa yang terdekat dengan dipanggil golongan yang betul-betul mempertahankan Wahhabi sendiri berdepan dengan as-Asya’irah yang betul-betul menentang fahaman al-Wahhabiyyah. al-Bakri ada menyebut dalam ucapannya antara nama-nama wahhabi tersebut adalah Dr. Rozaimi. Namun hingga hari ini janji ini seperti belum lagi dikotai oleh al-Bakri sebagaimana diketahui umum.

Persoalannya, segala perkara yang telah dipertikaikan dan dibangkitkan dalam muzakarah sememangnya berkaitan dengan pandangan Dr Zulkifli al-Bakri sendiri, tidak ada kaitan dengan orang lain. Bahkan ia melibatkan penulisan al-Bakri sendiri serta sebarannya kepada masyarakat awam yang bersifat umum melalui pelbagai medium, kenapa pula al-Bakri cuba menghalakan perbincangan kepada orang lain padahal dialah orang bertanggungjawab atas segala permasalahan ini??! Ini yang dikatakan pelik bin ajaib!!

13. Di akhir ucapan al-Bakri mengatakan :
“Dasar kita dasar terbuka, biar Ahlus Sunnah Wal Jamaah sepentas dengan kita”. Ini isyarat jelas buat yang memiliki akal yang tajam akan makna yang dimaksudkan al-Bakri dengannya. Jika dia bukan wahhabi berbaju sunni sebagaimana disebut oleh ramai asatizah, mengapa pula dia mengatakan : “Dasar kita dasar terbuka, biar Ahlus Sunnah Wal Jamaah sepentas dengan kita”. Secara tidak sedar, al-Bakri telah mengeluarkan dirinya sendiri dari kelompok Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

14. Akhir kata, walaupun al-Bakri dilihat tersungkur dalam muzakarah pada kali ini, namun apa yang diharap dari Dr Zulkifli bin Mohamad al-Bakri ialah dia dapat melaksanakan segala janjinya sebelum ini dan kembali bertaubat ke pangkal jalan dari segala penyimpangan agama. Hal ini demi menjaga kelestarian agama yang tercinta di Wilayah Persekutuan khususnya dan Malaysia amnya . Al-Bakri pernah mengatakan :
“Kami berpegang kepada prinsip dan paksi kebenaran serta sedia menarik sebarang kenyataan kami sekiranya dapat dibuktikan salah. Kami menjunjung prinsip yang ditegaskan oleh Saidina Umar al-Khattab:
الرجوع إلى الحقّ خير من التمادي في الباطل
Kembali kepada kebenaran itu lebih baik daripada berterusan dalam kebatilan.”
Namun apa yang nyata berlaku kini, ia hanya retorik semata-mata.
15. Demi cintakan kebenaran dan maslahat umat Islam sejagat, kita menyeru agar Mejar Jeneral (B) Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia agar membuka mata bahawa beliau telah dan sedang dipergunakan oleh Dr Zulkifli bi Mohamad al-Bakri ini dalam merosakkan institusi agama dan umat Islam sama ada dalam keadaan sedar atau pun tidak sedar. Rakaman ini sangat elok jika dapat ditonton dan dikaji oleh pihak Datuk Seri Jamil Khir sendiri untuk memberi penilaian secara insaf dan adil agar tidak membiarkan apa-apa tindakan yang merugikan umat Islam di bumi Malaysia yang tercinta ini. Semoga teguran dan nasihat ini mendapat perhatian dan tindakan tepat dari pihak yang berautoriti.
16. Kepada semua ilmuan agama termasuk semua mufti yang ada di Malaysia ingatlah nasihat ini ; laksanakan suruhan Allah taala agar mengerjakan al-Amru bilMaaruf wan Nahy ‘Anil Mungkar, jangan sesekali diam dari menjelaskan kebenaran kerana Abu Ali ad-Daqqaq, seorang tokoh sufi yang terkenal mengatakan :
الساكت عن الحق شيطان أخرس والناطق بالباطل شيطان ناطق
“Orang yang mendiamkan diri dari menjelaskan kebenaran adalah syaitan yang bisu dan orang mengatakan kebatilan adalah syaitan yang berbicara.” Imam an-Nawawi dalam Syarah Muslim menulkilkan perkataan ini dari Abi al-Qasim al-Qusyairy yang meriwayatkan dari Abu ‘Ali ad-Daqqaq an-Naisaburi as-Syafi’e.

…والله المستعان
Asatizah Masjid

3 April 2018 - Posted by | Berita dan Isu Semasa, Bicara Ulama, Informasi, Politik dan Dakwah, Q & A (Soal Jawab)

1 Comment »

  1. https://drive.google.com/file/d/0B6ut4qmVOTGWMkJvbFpZejBQZWM/view?usp=drivesdk

    Web: almawaddah.info

    Salam

    Kepada:

     

    Redaksi, rektor dan para akademik

    Per: Beberapa Hadis Sahih Bukhari dan Muslim yang Disembunyikan

    Bagi tujuan kajian dan renungan. Diambil dari web: almawaddah. info

    Selamat hari raya, maaf zahir dan batin. 

    Daripada Pencinta Islam rahmatan lil Alamin wa afwan

    Like

    Comment by Syahid | 26 June 2018 | Reply


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: