Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

MENANGGALKAN IKTIKAD SYIRIK.

“Di dalam manhaj Ahli Sunnah wal Jamaah (ASWJ), kesempurnaan akidah dicapai apabila seseorang itu mencapai IHSAN, (yakni) hatinya seolah memandang kepada Allah Taala (musyahadah). Ia memandang Allah Taala dengan nur yang terbit dari lubuk qalbi apabila selaput awan nafsu ammarah dibersihkan.”

ILMU SIFAT 20 MENANGGALKAN IKTIKAD SYIRIK

Dalam Ilmu Tauhid, Sifat IFTIQAR (ﺇﻓﺘﻘﺎﺭ) ialah segala sifat yang baharu berhajat padaNya. Sifat Iftiqar dibahagikan kepada 9 sifat iaitu Wahdaniah (ﻭﺣﺪﺍﻧﻴﺔ), Qudrat (ﻗﺪﺭﺓ), Iradat (ﺇﺭﺍﺩﺓ), Ilmu (ﻋﻠﻢ), Hayat (ﺣﻴﺎﺓ), Kaunuhu Qaadiran (ﻛﻮﻧﻪ ﻗﺎﺩﺭﺍ), Kaunuhu Muriidan (ﻛﻮﻧﻪ ﻣﺮﻳﺪﺍ), Kaunuhu ‘Aliman (ﻛﻮﻧﻪ ﻋﺎﻟﻤﺎ) dan Kaunuhu Hayyan (ﻛﻮﻧﻪ ﺣﻴﺎ). Semua sifat tersebut yang menggerakkan segala yang baharu dan ianya juga saling lazim melazimi, yakni tiada bercerai.

Sifat QudratNya yang menggerakkan sekelian alam. Sifat QudratNya datang dari sifat Iradat, sifat Iradat datang dari sifat Ilmu, sifat Ilmu datang dari sifat al-Hayat… Justeru hakikatnya seluruh pergerakan alam adalah dari Qudrat Yang Maha Esa (Wahdaniah). Tanpa sifat Wahdaniah, alam ini tiada dapat berfungsi dengan sempurna apabila berlaku dua qudrat dalam menguasai pentadbiran alam.

Apabila seseorang itu SYUHUD (memandang dengan mata hati) segala sifat alam dan sifat dirinya iaitu melihat, mendengar, berkata-kata, kuasa, kehendak, ilmu dan hayat dalam qudrat Allah Taala yang satu, maka akan hancurlah QADARIAH (ananiah – keakuan) dirinya dan kekuasaan alam. Allah Taala menyatakan :
“Wahai manusia, sesungguhnya kamu semua fuqara’ (faqir dan memerlukan) kepada Allah Taala dan sesunggguhnya Allah Taala itu Maha Kaya (tidak berhajat kepada sesuatu) lagi Maha Terpuji” (Fathir: 15)
Tanpa sifat Iftiqar, diri dan alam langsung tidak dapat berfungsi walau sebiji atom atau debu atau nafas kita yang turun dan naik. Maka di atas kurnia Allah Taala ini, tiada adab bagi seseorang hamba itu jika dia tidak mengingati bahawa dirinya dalam kekuasaan Allah Taala dalam segala gerak dan diamnya pada setiap detik.
Apabila lupa pada Allah Taala, maka akan timbul ananiah dirinya dan kesannya dia akan menjadi manusia yang sombong dan angkuh akibat tiada mengenal diri. Ia akan menjadi iblis dan binatang, hidup semata-mata untuk memuaskan hawa nafsu tanpa mengenal batas diri yang amat daif, lemah, faqir dan hina.
Sifat ISTIGHNA (ﺇﺳﺘﻐﻨﺎﺀ) atau Sifat Kaya terbahagi 11 sifat iaitu Wujud (ﻭﺟﻮﺩ), Qidam (ﻗﺪﻡ), Baqa’(ﺑﻘﺎﺀ), Mukhalafatuhu lilhawadith (ﻣﺨﺎﻟﻔﺘﻪ ﻟﻠﺤﻮﺍﺩﺙ), Qiamuhu binafsih (ﻗﻴﺎﻣﻪ ﺑﻨﻔﺴﻪ), Sama’ (ﺳﻤﻊ), Basar (ﺑﺼﺮ), Kalam (ﻛﻼ ﻡ), Kaunuhu Sami’an (ﻛﻮﻧﻪ ﺳﻤﻴﻌﺎ), Kaunuhu Basiiran (ﻛﻮﻧﻪ ﺑﺼﻴﺭﺍ) dan Kaunuhu Mutakalliman (ﻛﻮﻧﻪ ﻣﺘﻜﻠﻤﺎ). Ia dipanggil sifat Kaya kerana terkaya segala sifatnya yang Kamalat (sempurna), tiada bagi diriNya segala sifat kelemahan. Maka Wujud Allah Taala dan sifatNya amat lemah bagi akal untuk sampai memikirkannya.
Sifat Kaya ini menghancurkan segala pemikiran MUKTAZILAH (bertuhan pada akal) yang boleh menuju kepada faham MUJASSIMAH (menyamakan Allah Taala dengan makhluk)!
Apabila Zat Allah Taala memiliki segala sifat keAgungan, maka hamba merasa tenang dan selamat dalam perlindunganNya. Tiada bagi dirinya kebimbangan dan kerunsingan kerana Allah Taala memiliki segala sifat Kamalatnya bagi segala Sifat dan AsmaNya.
Sifat Iftiqar dan Istighna yang dibahagikan oleh ulama dalam pengajian SIFAT 20 memimpin seorang yang mendalaminya selamat daripada iktiqad Muktazilah dan Qadariah. Namun untuk mencapai kesempurnaannya, wajib berjalan dalam iktikad kaum sufi iaitu zauk dan syuhud yang membawa seorang itu benar-benar mengenal dirinya sehingga fana dia dalam kefakiran pada Allah Taala Yang Maha Agung dan Sempurna.
Iktiqad Qadariah dan Muktazilah adalah punca lahirnya Mujasimmah, Sekularisme, Liberalisme, Wahabiah, Modenisme, Pluralisme dan lainnya. Justeru untuk menghancurkan pegangan batil pada anutan kebanyakan masyarakat hari ini, maka pendidikan ASWJ yang merangkaikan Tauhid, Fekah dan Tasawwuf sebagai asas agama perlu dibangunkan kembali.
Kita menghormati para sahabat yang begitu gigih menyerang kebatilan, tetapi dalam masa yang sama kita sangat perlu memberi tumpuan mentarbiyah diri, keluarga dan masyarakat dengan pengamalan ASWJ yang benar. Insyallah, apabila kita menaikkan yang haq, nescaya kebatilan akan lenyap.
Firman Allah Taala :
“Jika datang kebenaran akan terhapuslah segala kebatilan”. (al-Isra’: 81)
Mari kita mulakan dengan diri kita, keluarga kita dan mereka yang hampir dengan kita untuk diberi faham dan menghayati hakikat ASWJ. Memulakan dengan pelajaran tauhid Sifat 20, kemudian membersihkan diri dengan melaksanakan hukum Allah (bersyariat) dan memperbanyakkan ibadah untuk menghancurkan ananiah diri dan muktazilah. Hasilnya akan memiliki cahaya hati yang terpancar dari lubuk qalbi untuk mencapai Ihsan.
Dengan 3 gabungan ini, maka sempurnalah seorang itu dipanggil hamba Allah Taala yang siddiq.Insya Allah. Masya Allah…

MADRASAH SUNNI ONLINE

24/03/2018 Posted by | Aqidah | Leave a comment

Rahsia Bertasbih Menggunakan Tasbih Kayu.

Rahsia Bertasbih Menggunakan Tasbih Kayu
Oleh: Syeikh Dr Ali Jumuah
Mantan Mufti Mesir
استحسن المشايخ أن يذكر الذاكر الذكر مع الكون ؛ لأن عقيدة المسلم أن ذلك الكون الذي حولنا يذكر ربنا ذكر حال،
Para Masyāyikh (syaikh-syaikh) menganggap baik (menggalakkan) agar berzikir si penzikir akan zikir beserta (dengan menggunakan) Al-Kaun (Alam/Makhluq) ; kerana ‘aqīdah Muslim, sesungguhnya Al-Kaun yang wujud disekililing kita itu berzikir (mengingati) Tuhan kita (Allāh) secara Zikir Ḥāl.
وأهل الله قد سمعوا الأشياء تُسبّح ذكر مقال،
Sesungguhnya (ada dikalangan) Para Ahlullāh (wali-wali Allāh) mereka telah mendengar alam/mahkhlūq itu berzikir secara maqāl (zikir dalam bentuk sebutan/lafaz).
سمعوها ويُميّزون تسبيح الخشب عن تسبيح الرخام عن تسبيح السجاد عن تسبيح الحديد.
Mereka telah mendengar alam/makhlūq itu (berzikir), dan mereka (telah dapat) membezakan (diantara) zikir tasbih kayu berbanding zikir tasbih batu marmar, berbanding zikir tasbih makhlūq yang hidup melata, berbanding zikir tasbīh besi.
ويدعون الله سبحانه وتعالى أن يغلق عنهم هذا، لأن تداخل ذلك التسبيح يتعبهم ويشغلهم،
Mereka memohon kepada Allāh Subḥānahu Wa Ta’ālā agar menutup (menghijab) daripada mereka (kurniaan karāmah dapat mendengar alam bertasbīḥ) ini, kerana banyaknya zikir itu (yang mereka dengari) memenatkan dan menyibukkan (jiwa) mereka.
فإذا انكشف لهم هذا فإنهم لا يُحبون أن يستديم، بل يدعوا الله سبحانه وتعالى بأن يُغلق عليهم ذلك الكشف الذي لا يستفيدون منه شيئًا إلا اليقين.
Kerana apabila telah tersingkap bagi mereka (segala kurniaan) ini, mereka tidak suka ianya berterusan, bahkan mereka memohon kepada Allāh Subḥānahu Wa Ta’ālā agar ditutup ke atas mereka kasyaf (singkapan) itu yang mereka tidak mendapat manfaat daripadanya sesuatu pun kecuali “Yaqīn”.
وصلوا إلى اليقين فلا حاجة لهم إذن في استمرار هذا السماع لأنه يشغل قلبهم عن الله سبحانه وتعالى.
(Apabila) mereka telah sampai kepada (darjat) “Yaqīn”, maka tidak berhajat (lagi) bagi mereka keizinan di dalam berterusan pendengaran (perkara ghaib) ini, kerana ianya menyibukkan hati mereka daripada Allāh Subḥānahu Wa Ta’ālā.
ولذلك تراهم يحبون أن يُسبِحوا بسبح من خلق الله مباشرةً من الزيتون، من الأبنوس، من اليُسر، من الكوك.
Oleh yang demikian, kamu akan melihat mereka suka bertasbih dengan menggunakan Tasbih (yang diperbuat) daripada makhlūq Allāh yang asli (bukan daripada bahan campuran) daripada Zaitūn, Abanūs, Yusr, dan Kūk (Koka).
والكوك نبات يخرج في أمريكا اللاتينية، وفي بعض الدول الحارة.
Koka adalah tumbuhan yang hidup di Amerika Latin (Amerika Selatan) dan pada sebahagian negara (beriklim) panas.
فيصنعون منه سبحًا وهكذا كانوا يحبون أن يذكروا بتلك الأخشاب والأحجار والثمار، الدوم، البأس.
Maka mereka membuat Tasbih daripada kayu itu, dan sedemikian mereka suka berzikir dengan (menggunakan) kayu-kayu, batu-batu, buah-buah, dan pohon itu.
لأنهم يتعاملون مع الكون والكون يذكر.
Kerana mereka (ingin) saling bermu’āmalah (berinteraksi) bersama Al-Kaun, dan Al-Kaun itu berzikir (mengingati Allāh).
الآن نرى بعضهم يأتي بالعداد الأوتوماتيكي ويجلس وكأنه في مباراة الكرة يذكر الله، في الصورة لا بأس.
Pada hari ini kita melihat sebahagian daripada mereka (orang ramai) (berzikir) dengan menggunakan pembilang automatik dan dia duduk (berzikir), dan seolah-olah dia (sedang) di dalam perlawanan bola berzikir kepada Allāh, pada gambaran zahir ianya (berzikir menggunakan alatan moden itu) tidak mengapa (harus).
أما في المعنى فقد ضيّع على نفسه أن يتسق مع الكون في ذكره لله، فهذه السُبحة تذكر الله معه.
Adapun pada makna (hakikatnya), sesungguhnya dia telah menghilangkan ke atas dirinya ikatan bersama makhluk di dalam zikirnya kepada Allāh, kerana Tasbih ini berzikir mengingati Allāh bersamanya.
وشاهدنا من أولياء الله الصالحين من يرى الذكر عليها. وكأن كل ذكر له لون، له إشعاع يعرف به أحدهم درجة أخيه، ويعرف مكانه، ويعرف من أين أتى.
Kita meyaksikan (ada) diantara Wali-Wali Allāh Yang Ṣāliḥ (dapat) melihat zikir itu ke atas Al-Kaun. Seumpama setiap zikir itu ada baginya warna, ada baginya aura yang mana diketahui dengannya seseorang daripada mereka itu akan darjat saudaranya, diketahui akan maqāmnya, dan diketahui dari mana dia datang.
العلامة الأستاذ الدكتور علي جمعة حفظه الله ورعاه.
Al-‘Allāmah Al-Ustādz Ad-Duktūr ‘Alī Jumu’ah حفظه الله .
(Mufti Negara Mesir)

24/03/2018 Posted by | Bicara Ulama, Ibadah | Leave a comment

   

%d bloggers like this: