Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

HARAM JADAH UNDI DAP : PERSPEKTIF SYARIAH DAN UNDANG-UNDANG NEGARA

Penulis: Engku Ahmad Fadzil Engku Ali
By watan on January 25, 2

(1) Ustaz Dr Zamihan dan imej yang kasar dan tegas mungkin sudah sinonim di minda sebahagian masyarakat Malaysia. Samada imej ini benar atau tidak, sikap tegas dan tidak berlapik beliau memang telah memanaskan banyak pihak, termasuk adakalanya diri beliau sendiri yang baru-baru ini terpaksa bermalam di dalam tahanan pihak polis ekoran sesuatu yang beliau sebutkan, padahal di dalam masa yang sama beliau aktif membantu pihak keselamatan me”neutralize” elemen-elemen radikal yang mengancam keselamatan negara.

(2) Yang terbaru di dalam siri kenyataan panas beliau adalah yang disiarkan oleh Watan Online pada 20hb Januari 2018 http://watan-online.com/haram-jadah-undi-sokong-bantu-dap-zamihan/ diakses pada 23hb Januari 2018 (rakaman penuh di http://watan-online.com/sembang-watan-online-penuh-bersama-ustaz-dr-zamihan/) adalah “fatwa” beliau bahawa HARAM mengundi parti DAP. Tajuk laporan oleh Watan Online juga menambahkan api lagi bagi kenyataan yang sudah sedia panas. ‘HARAM JADAH’ UNDI, SOKONG, BANTU DAP – ZAMIHAN itulah tajuk yang diletakkan oleh Watan Online. Wow! Tajuk berani mati, reaksi spontan di hati saya bila membaca tajuk tersebut.

(3) Ketepikan karakter tegas Ustaz Dr Zamihan dan tajuk panas Watan Online, apakah analisa Syariah dan Undang-undang terhadap isu yang beliau bangkitkan ini?

(4) DARI SUDUT SYARIAH : Suatu kaedah awal yang sangat penting di dalam menetapkan hukum di sisi para ulama pelbagai mazhab adalah :

Menetapkan hukum ke atas sesuatu adalah cabang kepada gambaran (yang tepat dan jelas) tentang sesuatu itu.

(5) Maka sebelum ditetapkan apakah hukum mengundi, menyokong dan membantu DAP, perlu difahamkan terlebih dahulu (1) Apakah DAP? (2) Apakah matlamat dan tujuan DAP? (3) Apa makna dan kesan mengundi, menyokong dan membantu DAP?

(6) SOALAN 1: APAKAH DAP? DAP adalah ringkasan kepada Democratic Action Party (Dalam Bahasa Melayu ianya adalah “Parti Tindakan Demokratik”), sebuah parti politik yang ditubuhkan pada tahun 1965 dan didaftarkan pada 18hb Mac 1966 https://dapmalaysia.org/en/about-us/our-history/ diakses pada 23hb Januari 2018.

(7) SOALAN 2: APAKAH MATLAMAT DAN TUJUAN DAP? Ada matlamat-matlamat rasmi yang dipaparkan kepada umum dan ada juga matlamat-matlamat tidak rasmi yang tidak dipaparkan secara umum tetapi diperolehi melalui sumber-sumber yang pernah bergiat aktif di dalam DAP.

(8) Secara rasmi, rujukan kepada Perlembagaan DAP https://dl.dapmalaysia.org/repository/DAPMalaysia_constitution_en_v21Feb2012.pdf diakses pada 23hb Januari 2018 ) menunjukkan beberapa objektif yang ingin dicapai oleh parti tersebut dimulai dengan “preamble” yang antara lain mendakwa : “The Merdeka Constitution is a secular document…” (Perlembagaan Merdeka adalah sebuah dokumen yang sekular…)

(9) Sehubungan dengan itu, objektif kedua daripada 18 objektif yang antara lain menyatakan : “To reaffirm and restore the Malaysian Constitution in its original secular framework as the supreme law of the land …” (Untuk menetapkan semula dan mengembalikan Perlembagaan Malaysia ke dalam kerangka asalnya yang sekular sebagai undang-undang tertinggi negara ini…)

(10) Di dalam preamble ada dakwaan kononnya Perlembagaan negara kita adalah “secular” dan di dalam objektif kedua daripada 18 objektif ada indikasi seolah-olah Perlembagaan negara kita tidak lagi bersifat sekular sehingga ianya perlu “ditetapkan semula dan dikembalikan kepada kerangka asalnya yang sekular”.

(11) Perkataan “secular” adalah kata sifat (adjective) yang membawa makna-makna berikut ?

of or relating to worldly things or to things that are not regarded as religious, spiritual, or sacred, temporal:
example : secular interests.
not pertaining to or connected with religion (opposed to sacred):
example : secular music.
(of education, a school, etc.) concerned with nonreligious subjects. Ini seperti diletakkan di dalam Dictionary.com iaitu di http://www.dictionary.com/browse/secular?s=t
Di dalam Oxford Dictionaries pula https://en.oxforddictionaries.com/definition/secular ianya diberikan makna antara lain “Not connected with religious or spiritual matters.”

Di dalam Cambridge Dictionary https://dictionary.cambridge.org/dictionary/english/secular pula ianya diertikan mula-mula sebagai not having any connection with religion dengan contoh-contoh yang diberikan seperti berikut ?

We live in an increasingly secular society, in which religion has less and less influence on our daily lives. secular education a secular state

(12) Daripada definisi-definisi di atas, ringkasnya, perkataan “secular” membawa makna sesuatu yang berkaitan dengan keduniaan dan sementara semata-mata, tiada kena mengena dengan agama, kerohanian atau kesucian.

(13) Oleh itu, daripada perlembagaan DAP, dapat disimpulkan bahawa DAP mendakwa bahawa Perlembagaan Persekutuan adalah sebuah Perlembagaan yang bersifat keduniaan dan tiada kena mengena langsung dengan agama, kerohanian dan kesucian.

(14) DAP juga bermatlamatkan cita-cita untuk “menetapkan semula” dan “mengembalikan semula” Perlembagaan Persekutuan kepada apa yang didakwa sebagai “kerangka asalnya” yang terpisah dan tiada kena mengena langsung dengan agama, kerohanian dan kesucian!

(15) Konsep dan amalan memisahkan agama daripada kehidupan atau kerapkali juga disebut sebagai memisahkan agama daripada negara atau adakalanya diertikan iaitu ketidakberagamaan ini adalah sebuah konsep dan amalan yang jelas bercanggah dengan ajaran Islam yang mana di dalam Islam, setiap aspek kehidupan seseorang mukallaf (orang dewasa yang berakal) ditimbang di atas neraca hukum agama, yang walaupun kelihatan bersifat keduniaan, tetap tidak akan terpisah daripada salah satu daripada lima hukum agama, samada wajib atau haram, sunat atau makruh, ataupun harus.

(16) Maka tidak hairan para ulama Islam dengan jelas menilai secularism sebagai suatu kefahaman dan amalan yang bercanggah dengan ajaran Islam dan menyeleweng seperti pendirian para ulama Al-Azhar misalnya https://arabi21.com/story/1035269/

(17) Pendirian para ulama Islam kesemuanya menolak secularism, mereka mungkin hanya berbeza pada menyatakan pendirian atau tidak tentang adakah secularism hanya sebagai suatu penyelewengan dan dosa atau telah sampai kepada peringkat kekufuran http://islamancient.com/play.php?catsmktba=214464

(18) Malah, lebih serius dari itu, ada fatwa-fatwa yang dengan jelas menghukum bahawa orang-orang Islam yang meyakini dan mengamalkan secularism telah menjadi kafir, murtad terkeluar daripada Islam dan wajib bertaubat!

Misalnya fatwa http://fatwa.islamweb.net/fatwa/index.php?page=showfatwa&Option=FatwaId&Id=2453

(19) SOALAN 3: APA MAKNA DAN KESAN MENGUNDI, MENYOKONG DAN MEMBANTU DAP? Berdasarkan analisa ini, maka mengundi, menyokong dan membantu DAP bermakna mengundi, menyokong dan membantu mereka untuk menjayakan sesuatu yang dari neraca syariat Islam merupakan sesuatu yang haram atau lebih parah sesuatu yang kufur!

(20) Oleh itu, jangan katakan mengundi, menyokong dan membantu DAP untuk melakukan perkara yang jelas terang benderang bercanggah dengan Islam ini, malah sekadar meredhai perbuatan mereka ini juga sudah dilarang berdasarkan kaedah iaitu redha dengan sesuatu kemaksiatan itu sendiri merupakan suatu maksiat dan redha dengan kekufuran itu sendiri merupakan suatu kekufuran!

(20) Mungkin inilah asas utama yang mendorong Ustaz Dr Zamihan menegaskan bahawa HARAM untuk seseorang Islam mengundi, menyokong dan membantu DAP.

(21) Sekiranya objektif-objektif DAP di belakang usaha-usaha merebut kuasa politik dan pemerintahan yang dipaparkan secara rasmi di dalam perlembagaan parti itu untuk tatapan umum ini sahaja sudah boleh membentuk asas keharaman mengundi, menyokong dan membantu DAP, maka objektif-objektif yang tidak rasmi dan diperolehi oleh sumber-sumber dalaman tertentu adalah lebih berat dan lebih mengejutkan lagi!

(22) Bermula pada tahun 2011, sudah menular dan ditularkan maklumat mengenai 23 perkara yang dikatakan bakal dilakukan oleh DAP, kemungkinan besar secara berperingkat-peringkat, sekiranya mereka berjaya menguasai kuasa politik dan pemerintahan di Malaysia.

(23) Saya “copy paste” mesej yang dikatakan bermula daripada mantan pakar strategi DAP, Encik Razali Abdul Rahman yang mendapat keinsafan pada tahun 2011 lalu keluar dari perjuangan DAP yang beliau telah pikul dan hayati sekian banyak tahun daripada hayat beliau. Isi kandungan mesej ini telah disahkan oleh beliau, namun sampai sekarang tiada tindakan saman dan undang2 diambil oleh DAP terhadap beliau walaupun selepas keluar dari DAP beliau kerap menerima ancaman dan malah cubaan bunuh!

(24) Mesej yang pernah tular itu saya salin dan tampal di sini tanpa sebarang pembetulan atau editing termasuk typo?

http://tilikpikir.blogspot.my/2013/01/agenda-berbahaya-dap.html?m=1

1). Kristian ganti Islam sebagai Agama rasmi.

2). Mewujudkan Republik Malaysia.

3). Rejimen Askar Melayu Diraja dibubar.

4). Hak Melayu dibatalkan melalui pindaan Artikel 151.

5). Institut Raja-Raja Melayu dimansuhkan.

6). Bukan Melayu jadi Yang DiPertua Pulau Pinang.

7). Azan tidak dibenarkan berkumandang diluar Masjid.

8). Tilawah Quran dihapuskan.

9). NGO Melayu seperti PEKIDA dan PERKASA diklasifikasi sebagai pengganas.

10). Majlis Agama Islam Negeri dan Persekutuan diganti dgn Majlis antara Agama.

11). Mahkamah Syariah dibubar, Mahkamah Sivil dikekalkan.

12). Insentif RM5,000 untuk kahwin campur bagi hapuskan etnik Melayu.

13). Bahasa Inggeris ganti bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.

14). Subjek Agama Islam dibatal disekolah kerana bersifat keagamaan.

15). Komunis Chin Peng diampunkan dan diberi gelaran Tun.

16). MARA dibubarkan kerana hanya membantu Melayu.

17). Felda,Felcra,Risda disertai bukan Melayu.

18). Wang Zakat dan Tabung Haji boleh diguna bangsa lain.

19). GLC diterajui bangsa Cina.

20). Ketua Turus PDRM dan ATM dipimpin bukan Melayu.

21). Kemas MKN, BTN ditutup.

22). Kedutaan Israel dibuka.

23). Semua dasar ekonomi membantu Melayu dibatalkan serta merta.

Sumber: Mohamed Razali Abdul Rahman. Bekas Pakar Strategi Politik DAP

(25) Saya terfikir apabila membaca isi kandungan mesej yang ditularkan di atas, DAP sepatutnya mengambil tindakan undang-undang menyaman mantan pakar strategi mereka itu kerana maklumat-maklumat di atas jelas sangat “damaging” kepada reputasi baik yang cuba diprojekkan oleh DAP.

(26) Apapun, sehingga sekarang, tiada sebarang tindakan undang-undang yang diambil oleh DAP terhadap mantan pakar strategi mereka yang telah insaf tersebut dan maklumat-maklumat berkenaan tentulah, SEKIRANYA BENAR, menjadi suatu asas yang sangat kukuh kepada hukum keharaman mengundi,menyokong dan membantu DAP sebagaimana yang dinyatakan tanpa segan silu oleh Ustaz Dr Zamihan.

(27) DARI SUDUT UNDANG-UNDANG PULA : Dakwaan DAP di dalam “preamble” kepada “objects” yang 18 kononnya Perlembagaan Persekutuan adalah dokumen yang sekular jelas terpisah dari realiti dan sekadar angan-angan liar mereka sahaja.

(28) Perlembagaan Persekutuan BUKAN dan TIDAK PERNAH bersifat sekular. It is NOT and HAS NEVER BEEN a secular document!

(29) Lebih parah, dengan objektif kedua daripada 18 objektif yang antara lain menyatakan : “To reaffirm and restore the Malaysian Constitution in its original secular framework as the supreme law of the land …” (Untuk menetapkan semula dan mengembalikan Perlembagaan Malaysia ke dalam kerangka asalnya yang sekular sebagai undang-undang tertinggi negara ini…) DAP sedang berusaha MEMAKSA angan-angan mereka yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan itu kepada rakyat Malaysia dan malah institusi raja-raja!

(30) Sesiapa yang faham makna perkataan “secular” akan nampak dengan jelas angan-angan palsu DAP ini hancur menjadi debu seawal membaca Article 3(1) Perlembagaan Persekutuan yang menyebutkan “Islam is the religion of Federation”. Tiada dokumen sekular akan mengisytiharkan di dalam Bahagian 1 lagi bahawa ISLAM ADALAH AGAMA BAGI PERSEKUTUAN! Religion simply has no place in a secular framework, let alone to be declared as the religion of the Federation!

(31) Seterusnya Article 11 terutamanya clause 4, lebih jelas menafikan fitnah “secular framework” yang cuba dipaksakan oleh golongan yang meletakkan agenda sempit diri dan kelompok mengatasi kepentingan undang-undang dan Perlembagaan. Article 4(1) of the Federal Constitution reads : “State law and in respect of the Federal territories of Kuala Lumpur, Labuan and putrajaya, federal law may control or restrict the propagation of any religious doctrine or belief among persons professing the religion of islam.”.

(32) Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan menegaskan bahawa “Undang-undang Negeri dan berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam.”. Mustahil mana-mana dokumen sekular akan memberikan kuasa undang-undang bagi menyekat dan mengawal pengembangan doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang-orang Islam!

(33) Seterusnya, Article 12(2) reads, inter alia : “it shall be lawful for the Federation or a State to establish or maintain or assist in establishing or maintaining islamic institutions or provide or assist in providing instruction in the religion of islam and incur such expenditure as may be necessary for the purpose.”

(34) Perkara 12(2) Perlembagaan Persekutuan menegaskan, antara lain : “adalah sah bagi Persekutuan atau sesuatu Negeri menubuhkan atau menyenggarakan atau membantu dalam menubuhkan atau menyenggarakan institusi-institusi Islam atau mengadakan atau membantu dalam mengadakan ajaran dalam agama Islam dan melakukan apa-apa perbelanjaan sebagaimana yang perlu bagi maksud itu.”. Sekali lagi sangat MUSTAHIL sebuah undang-undang yang didakwa sekular memberikan kuasa kepada kerajaan Persekutuan atau Negeri untuk bukan sahaja menubuhkan atau menyenggarakan institusi-institusi Islam, malah melakukan apa-apa perbelanjaan bagi tujuan tersebut! Di dalam sebuah kerangka sekular, kerajaan dan agama mesti dipisahkan!

(35) Perkara 37(1) yang secara asasnya telah wujud serentak dengan kelahiran Perlembagaan Persekutuan itu sendiri dibaca bersama Jadual 4 Perlembagaan Persekutuan menghancurkan terus “unconstitutional fallacy and illegal fantasy” DAP ini, di mana Article 37(1) of the Federal Constitution reads : “the yang di-pertuan Agong shall before exercising his functions take and subscribe before the Conference of Rulers and in the presence of the Chief Justice of the Federal Court (or in his absence the next senior judge of the Federal Court available) the oath of office set out in part I of the Fourth Schedule; and the oath shall be attested by two persons appointed for the purpose by the Conference of Rulers.”

(36) Jadual 4 Perlembagaan Persekutuan berbunyi (perhatikan bahagian yang diletakkan di dalam huruf besar) : “Kami …………………………………………………. ibni ………………………………………. Yang di-Pertuan Agong bagi Malaysia BERSUMPAH DENGAN MELAFAZKAN:

WALLAHI:

WABILLAHI:

WATALLAHI:

maka dengan lafaz ini berikrarlah Kami dengan sesungguhnya dan dengan sebenarnya mengaku akan taat setia pada menjalankan dengan adilnya pemerintahan bagi Malaysia dengan mengikut sebagaimana undang-undang dan Perlembagaan yang telah disahkan dan dimasyurkan dan akan disah dan dimasyurkan di masa hadapan ini. DAN LAGI KAMI BERIKRAR MENGAKU DENGAN SESUNGGUH DAN DENGAN SEBENARNYA MEMELIHARAKAN PADA SETIAP MASA AGAMA ISLAM dan berdiri tetap di atas pemerintahan yang adil dan aman di dalam Negeri.”

(37) Sangat MUSTAHIL untuk sesebuah undang-undang tertinggi negara yang didakwa bersifat sekular mewajibkan ke atas Ketua Tertinggi Negara bersumpah DENGAN NAMA ALLAH untuk MENJAGA AGAMA ISLAM PADA SETIAP MASA! Jenaka apakah yang cuba dibuat oleh DAP ketika mereka meletakkan di dalam Perlembagaan parti mereka kononnya Perlembagaan Persekutuan adalah sebuah dokumen sekular!?

(38) Peruntukan-peruntukan lain di dalam Perlembagaan Persekutuan seperti perkara 74 dibaca bersama dengan Senarai 2 untuk Jadual 9 yang memberikan kuasa kepada Parlimen dan kepada Dewan Undangan Negeri untuk menggubal dan meminda undang-undang berkaitan undang-undang Islam juga Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan yang mengiktiraf bidangkuasa eksklusif Mahkamah Syariah seolah-olah pukulan-pukulan maut ke atas jasad fantasi sekular DAP yang telah pun sedia mati sebelum itu lagi!!!

(39) Oleh itu, jelas matlamat-matlamat sekular DAP yang diisytiharkan di dalam perlembagaan parti itu sebenarnya bercanggah dengan banyak sekali peruntukan-peruntukan Perlembagaan Persekutuan, lalu menjadikan perbuatan mengundi, menyokong dan membantu DAP bukan sahaja bercanggah dengan undang-undang Islam, malah juga bermasalah dengan undang-undang negara termasuk undang-undang tertinggi negara iaitu Perlembagaan Persekutuan!

(40) Malah, berdasarkan peruntukan undang-undang Seksyen 2A Akta 335 (Societies Act 1966) Pendaftar Pertubuhan boleh membatalkan pendaftaran parti DAP disebabkan matlamat-matlamat dan aktiviti-aktiviti mereka yang bercanggah, malah mengancam Perlembagaan Negara.

“2 A. (1) It shall be the duty of every registered society in carrying out its activities and in conducting its affairs to ensure that they are in accord with, and conducive to the fulfilment of and adherence to, the provisions of the Federal Constitution and the State Constitutions, and where any of the activities or affairs of any society is in any manner violative of, or derogatory to, or militates against, or shows disregard for—

(a) the system of democratic government headed by a constitutional sovereign of Malaysia, and, in the States, by the respective constitutional Rulers or Yang di-Pertua Negeri; or

(b) the position of Islam as the religion of Malaysia, with other religions being practised in peace and harmony; or

(c) the use of the National Language for official purposes; or

(d) the position of the Malays and of the natives of the States of Sabah and Sarawak; or

(e) the legitimate interests of the other communities,

as provided under the Federal Constitution or any of the State Constitutions, the Registrar may cancel the registration of the society after giving the society an opportunity to make representations to him.”

(41) DAP juga didedahkan bersikap hipokrit dan double-standard kalaupun tidak mahu dikatakan “deceitful” di dalam perjuangan mendaulatkan “secularism” kerana mereka kelihatan “menghunuskan pedang sekular” mereka hanya ketika mereka memilih untuk menentang pemerkasaan undang-undang Islam yang merupakan agama negara, tetapi sekadar menyisip “pedang sekular” itu di pinggang apabila ada aktiviti-aktiviti memperkasakan agama-agama lain yang merupakan agama peribadi (bukan agama negara), khususnya pemerkasaan agama Kristian yang menjadi anutan sebahagian pemimpin- pemimpin DAP sebagaimana yang pernah didedahkan oleh Pensyarah bidang politik Universiti Utara Malaysia, Dr Kamarul Yusoff seperti di posting Facebook beliau yang menimbulkan kontroversi dan saling melakukan laporan polis antara beliau dan ahli politik DAP bernama Hannah Yeoh https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1529934363717283&id=100001022016761

(42) Ini belum mengambil kira objektif-objektif tidak diisytiharkan secara umum oleh DAP seperti yang didedahkan oleh mantan pakar strategi mereka, Encik Razali Abdul Rahman yang disalin tampal di atas kerana sekiranya diambil kira matlamat-matlamat tersebut, maka mereka yang menjalankan aktiviti-aktiviti DAP ini boleh didakwa melakukan kesalahan di bawah Kanun Keseksaan misalnya di bawah Seksyen 121B Kanun tersebut yang berbunyi :

“Whoever compasses, imagines, invents or intends the deposition or deprivation of the Yang di-Pertuan Agong from the sovereignty of Malaysia or the deprivation or deposition of the Ruler, his heirs or successors, or of the Yang di-Pertua Negeri from the rule of a State, or the overawing by means of criminal force or the show of criminal force the Government of Malaysia or of any State, shall be punished with imprisonment for life and shall also be liable to fine.”

(43) Oleh itu, mereka yang telah tahu tentang matlamat-matlamat parti DAP yang bercanggah dengan undang-undang ini, namun masih memilih untuk mengundi,menyokong dan membantu DAP, maka mereka juga boleh didakwa di bawah Kanun yang sama, iaitu Seksyen 121C yang berbunyi :

“Whoever abets the commission of any of the offences punishable by section 121A or 121B shall be punished with the punishment provided for the said offences.”!!!

(44) Bukan itu sahaja, malah mereka yang tahu tentang matlamat-matlamat parti DAP yang bercanggah dengan undang-undang negara ini, tetapi memilih untuk mendiamkannya juga, boleh didakwa di bawah Seksyen 121D Kanun yang sama yang memperuntukkan :

“Whoever knowing or having reason to believe that any offence punishable under section 121, 121A, 121B or 121C has been committed intentionally omits to give any information respecting that offence, which he is legally bound to give, shall be punished with imprisonment for a term which may extend to seven years or with fine or with both.”!!!

Mungkin Encik Razali Abdul Rahman mantan pakar strategi DAP terselamat daripada dakwaan di bawah Seksyen 121D ini kerana beliau telah melaksanakan tanggungjawab undang-undang beliau dengan membuat laporan polis terhadap aktiviti2 dan cita-cita yang melanggar undang-undang ini.

(45) OLEH KERANA perbuatan mengundi, menyokong dan membantu DAP ini menimbulkan ISU HUKUM DALAM AGAMA yang praktikal, maka SAYA MENYERU agar Ashaabus Samaahah para Mufti dibekalkan fakta-fakta dan data2 yang mencukupi agar mereka boleh mengeluarkan suatu fatwa yang menepati undang-undang Islam lebih-lebih lagi ianya tidak semestinya melibatkan parti DAP sahaja, tetapi bakal melibatkan aktiviti-aktiviti mengundi, menyokong dan membantu mana-mana individu atau parti-parti politik lain yang berhasrat menggunakan undi, sokongan dan bantuan yang diberikan kepada mereka bagi tujuan-tujuan yang bercanggah dengan tuntutan-tuntutan agama Islam dan di dalam suasana sekarang tidak mustahil masyarakat Islam berhajat kepada bimbingan untuk mereka pandai beramal dengan kaedah “choosing the lesser of two evils” di dalam mendepani suasana dan pilihan semasa yang jauh dari bersifat idealistik.

(46) Fatwa daripada Ashaabus Samaahah para Mufti sangat penting kerana BUKAN SEMUA ORANG hatta para ilmuan dan pakar agama berada pada posisi BOLEH MENGELUARKAN PENDAPAT YANG BOLEH DIANGKAT SEBAGAI FATWA. Fatwa yang mempunyai kuatkuasa undang-undang hanya boleh dikeluarkan oleh majlis fatwa negeri masing2. Semua pihak harus menghormati institusi fatwa ini supaya tidak menimbulkan kekeliruan dan kacau-bilau.

(47) OLEH KERANA perbuatan mengundi,menyokong dan membantu DAP juga menimbulkan ISU PERLANGGARAN UNDANG-UNDANG NEGARA, termasuk isu membantu atau mendiamkan kesalahan-kesalahan jenayah, maka SAYA MENYERU agar pihak PDRM dan Jabatan Peguam Negara dapat membuat siasatan dan penilaian terpeinci lebih-lebih lagi berkaitan desas desus yang mengaitkan antara parti tersebut atau aktivis-aktivis DAP dengan RECS (Radical Evangelist Christian State) dan seterusnya berdasarkan hasil siasatan dan penilaian itu, mengambil tindakan-tindakan yang sewajarnya demi mempertahankan kedaulatan undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan serta institusi raja-raja daripada ancaman-ancaman yang bersifat subversif yang boleh meruntuhkan kestabilan dan kedaulatan negara yang tercinta ini.

(48) Di dalam Kertas Laporan Tragedi berdarah 13hb Mei 1969 yang dikeluarkan oleh MAGERAN, tindakan-tindakan berbentuk hasutan yang dilakukan oleh parti DAP telah dikenalpasti sebagai salah satu punca utama tragedi rusuhan kaum yang kita harap tidak perlu berulang lagi di negara berbilang bangsa dan agama seperti Malaysia ini.

(49) Jauh lebih baik untuk pihak-pihak yang berkenaan bersusah payah sedikit membuka kertas siasatan yang mampu mencegah suasana tidak harmoni dan tidak stabil di tanah air kita ini berbanding suatu masa nanti, moga-moga Allah SWT pelihara negara ini, kita terpaksa pula mengeluarkan kertas laporan berkaitan suatu tragedi yang pada hakikatnya boleh dielakkan dari awsl dengan kita sama-sama melakukan tindakan-tindakan yang menghormati Perlembagaan Negara dan mematuhi undang-undang negara.

(50) Sangat elok sekiranya Majlis-majlis Fatwa dapat menganalisa isu ini dari sudut hukum hakam agama berdasarkan data-data dan fakta-fakta yang tepat, sementara pihak keselamatan dan Jabatan Peguam Negara pula menganalisa berdasarkan peruntukan-peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan Akta-Akta serta Peraturan-peraturan yang ada, moga-moga tanahair tercinta ini kekal aman damai dan saling hormat menghormati antara rakyat berbilang kaum dan agama serta kesemuanya, pemerintah dan rakyat, raja dan orang biasa, sama-sama menghormati Perlembagaan Negara serta undang-undangnya.

Wallaahu ta’aala a’lam.

Penulis: Pendakwah bebas@Engku Ahmad Fadzil Engku Ali

26/01/2018 - Posted by | Aqidah, Bicara Ulama, Q & A (Soal Jawab)

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: