Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

​SULTAN BERTITAH ULAMA DIJULANG

1-  Lumrah perjuangan dan sunnahnya. Tiada pejuang yang tidak diuji. Makin diuji makin berisi. Dek keikhlasan demi mencari redha Ilahi. Biar lucut segala jawatan namun perjuangan tetap diteruskan sehingga titisan darah terakhir selagi nyawa dikandung badan. 

Benar sangat dan bertambah yakinlah keatas firman Tuhan robbul ‘Izzah: “Allah mengangkat darajat orang yang beriman dan yang diberikan ilmu (ulama)”. Mujadalah ayat 11.
2-  Siapa tidak kenal Imam Abu Hanifah! Semua kenal walaupun kita bermazhab lain. Tahukah anda bahawa Imam Abu Hanifah juga dipenjarakan oleh Khalifah dizamannya? Bukan sahaja dipenjarakan tetapi dihukum sebat setiap hari. Mengapa? Kerana nak jatuhkan kerajaan? Kerana memberontak? Tidak. Ulama Ahli Sunnah tidak melawan Sultan sehingga peringat begitu. 
Fitnah. Ya kerana tuduhan kononnya beliau ada menyokong gerakan Muhammad Nafsu Zakiyah yang mahu mengulingkan kerajaan ketika itu. Namun Imam Abu Hanifah tidak langsung bersetuju tetapi kerana akhbar zaman itu seperti berita media zaman sekarang memburukkan dan menjatuhkan ulama seperti Imam Abu Hanifah maka dikaitkan secara jahat. 

Kemudian beliau ditawarkan menjadi Ketua Hakim namun beliau enggan dan sekali lagi dipenjarakan dan disebat. Setiap hari disebat Imam Abu Hanifah tetap tidak mengutuk Khalifah. 
Namun kisah yang sangat menyayat hati para ilmuan apabila suatu hari sebatan dalam penjara itu terkena bahagian muka Imam Abu Hanifah. Kemudian beliau bersedih dan menangis. Maka bertanya orang kepadanya mengapa kamu disebat saban hari tidak bersedih dan tidak menangis tetapi kali ini kamu menangis. Jawab Imam Abu Hanifah Hari ini ibuku akan menziarahiku..Aku tidak mahu ibuku bersedih pabila melihat kesan luka pada wajahku lalu ibuku akan menangis dan pengsan..Aku bersedih diatas kesedihan yang bakal ibuku rasa. Allah Allah. Rahimallahu Imam Agong Imam ‘Azhom Imam Abu Hanifah Nu’man Bin Thabit Al-Kufi yang akhirnya mati didalam penjara.
3-  Imam Malik juga dipenjara oleh Khalifah dizamannya. Kerana isu apa? Isunya kecil namun penegasan pada pendapat beliau menyebabkan sangkaan kurang tepat terbit dari Khalifah. Boleh sahaja Imam Malik menukar ijtihad beliau namun mempertahankan pendapat yang dilihatnya benar akhirnya terkoyak bahu beliau diseksa dalam penjara. 
Isu kecil “Talak Paksa Tidak Jatuh”  menjadi hangat ketika itu apabila musuh Imam Malik mengaitkan ia sebagai melawan dna mengkritik baginda Sultan. Pun begitu Imam Malik tidak melakukan reformasi  menjatuhkan  pemerintahan Khalifah. Akur dengan titah sultan namun tetap dengan pendirian yang benar.
4-  Ramai orang tahu pasal Imam Ahmad bin Hambal. Dipenjarakan pada satu isu yang terkenal iaitu isu Makhluknya Al-Quran atau Qadimnya ia. Hanya semata-mata beliau tegas pada satu lafaz sahaja maka dipenjarakan dengan zalim oleh sultan dizamannya. Pun begitu beliau tidak memberontak keatas sultan.
5-  Imam kita semua. Imam yang unik dan berketurunan Rasulullah shollahu ‘alaihi wasallam. Imam Syafie Muhammad bin Idris Al-Qurasyi juga tidak terlepas degan isu sultan. Tuduhan keatas Imam Syafie sebagai Syiah menyebabkan beliau dipenjarakan oleh khalifah ‘Abbasi. 
Musuh-musuh Imam Syafie samalah seperti Wahhabi zaman kita kini. Suka menuduh ulama Ahli Bait sebagai  Syiah walaupun ulama itu Ahli Sunnah bahkan menolak ajaran Syiah. Sunnah Dakwah Imam Syafie ini kini berulang dizaman kita. Sesiapa yang menegakkan Ahli Sunnah Wal Jamaah akan dituduh Syiah walaupun dia sendiri melawan Syiah. Pelik dan sedih. 

Namun itulah fitrah perjuangan. Ulama 4 dipenjarakan oleh Sultan namun begitu mereka tidak melawan Sultan.
Apapun kita sedar dunia kehidupan kita ini tidak sentiasa diatas. Ia akan kebawah dan menyebabkan orang dibawah dulu kini diatas. Akhirnya umat Islam kesemuanya bermazhab mereka berempat. Para raja dan sultan tidak lagi dikenali bahkan nama mereka sudah lagi tidak disebut walaupun ada dikalangan mereka yang kuburnya seindah istana. 

Waktu yang sama umat Islam di benua Turki tetap bermazhab Hanafi. Umat Islam di benua Maghribi terus bermazhab Maliki. Umat Islam di Jazirah Arab masih bermazhab Hambali dan umat Islam Nusantara kekal bermazhab Syafie.
Dalam solat kita ikut ijtihad mereka. Dalam muamalat ekonomi kita gali pandangan mereka dan dalam jihad menegakkan kebenaran kita susuli Sunnah mereka. ..

Biarpun kita dititah namun ulama tetap dijulang.
KAMI ADALAH HANAFI, KAMI JUGA MALIKI, KAMI ADALAH SYAFIE DAN KAMI JUGA HAMBALI!
–  Ustaz Abu Syafiq 0192713781

17/10/2017 - Posted by | Bicara Ulama, Politik dan Dakwah

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: