Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

​AL-FIRQAH AL-NAJIYAH (IKUTAN MAJORITI )

Al-Firqah al-najiyah (golongan yang selamat ) dari sekian banyak aliran yang adalah AHLU  SUNNAH WAL JAMA’AH, firqah majoriti dan identik umat ISLAM dan SELAMAT dan bersama KEBENARAN kerana mengikuti al-Quran, Nabi s.a.w. dan Sahabat-sahabatnya sebagai sumber rujukan dan hukum.
.

MAJORITI BELUM FAHAM terutama ulama Wahabi Salafi TEMPATAN kerana taksub dengan Ibnu Taimiyah. 

.

AL-MUHADDITS_Al-Hafizh al-Faqih Waliyuddin al-Iraqi (wafat 726H). Beliau menyebut didalam kitabnya; al-Ajwibah al-Mardhiyah ‘ala al-As’ilah al-Makkiyah: “ Beliau (Ibnu Taimiyah ) telah mencarik persepakatan ijma’ didalam banyak masalah (agama) sehingga dikatakan sampai kepada 60 permasalahan. Sebahagiannya di dalam perkara ushul dan selebihnya lagi di dalam perkara furu’.”

.

FIRQAH 

.

Bersabda Nabi Muhammad SAW:

.

”Bahawasanya Bani Israil telah berfirqah-firqah sebanyak 72 millah (firqah) dan akan berfirqah ummatku sebanyak 73 firqah, semuanya masuk neraka kecuali satu”, Sahabat-sahabat yang mendengar ucapan ini bertanya: ” Siapakah yang satu itu Ya Rasulallah?” Nabi Muhammad SAW menjawab: ”Yang satu itu ialah orang yang berpegang (beri’tiqad )sebagai PEGANGANKU (i’tiqadku) dan pegangan SAHABAT-SAHABAT

KU” Hadits ini diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi, lihat Sahih Tirmidzi juz X halaman 109)

.

Soalan:

.

Siapakah AHLU SUNNAH WAL JAMA’AH dari sekian banyak aliran firqah yang ada dalam Islam? jawab dan tanya diri………

.

Perdebatan dalam menentukan siapa Ahlu Sunnah Wal Jama’ah dari sekian aliran umat Islam yang ada itu, tidak diikuti oleh semua aliran, kerana tidak semua aliran dalam Islam menamakan Ahlu Sunnah Wal Jama’ah (faham ini baik-baik)

.

ALIRAN SYI’AH contohnya tidak mengatakan bahawa mereka Ahlu Sunnah Wal Jama’ah. Muktazilah juga tidak mengatakan bahawa mereka Ahlu Sunnah Wal Jama’ah. Demikian pula aliran-aliran yang lain seperti Ibadhiyah, Zaidiyah dan lain-lainnya, tidak menyatakan bahawa mereka MENYANDANG NAMA Ahlu Sunnah Wal Jama’ah. Ini mesti faham betul-betul.

.

Dari sekian banyak aliran yang ada dalam Islam, hanya DUA golongan yang mendakwa Ahlu Sunnah Wal Jama’ah.

.

1_Pengikut Mazhab al-Asy’ari dan al-Maturidi.

.

2_Pengikut pradigma pemikiran Syaikh Ibnu Taimiyah al-Harrani, yang dewasa ini di kenal Salafi Wahabi.

.

Kedua aliran inilah yang selama ini melakukan PERTARUNGAN IDEOLOGIS dalam memperebutkan NAMA Ahlu Sunnah Wal Jama’ah. Hanya dalam pertarungan ideologis tersebut, kemenangan selalu diputuskan BERADA pada kelompok pengikut Mazhab al-Asy’ari dan al-Maturidi. Sehinggakan istilah Ahlu Sunnah Wal Jama’ah IDENTIK dengan Mazhab al-Asy’ari dan al-Maturidi. Kaum Muslimin dari berbagai aliran yang ada, menganggap Mazhab al-Asy’ari dan al-Maturidi sebagai REPRESENTASI Ahlu Sunnah Wal Jama’ah.

.

Dalam konteks ini al-Imam Tajuddin al-Subki RHL berkata;

.

“Mereka pengikut mazhab Hanafi, Syafi’i, Maliki dan kaum utama dari pengikut Hanbali _segala puji hanya pada Allah, dalam hal aqidah SATU kesatuan, semua mengikuti pendapat Ahlu Sunnah Wal Jama’ah. Mereka tunduk pada Allah dengan mengikuti jejak guru al-Sunnah, Abu Hasan al-Asy’ari RHL, tidak berpaling dari jejak al-Asy’ari kecuali kaum jelata dari pengikut Hanafi dan Syafi’i, yang bergabung dengan Muktazilah, dan kaum jelata dari pengikut Hanbali yang bergabung dengan kaum mujassimah (berpendapat bahawa Allah berupa benda ). Allah telah membersihkan pengikut mazhab Maliki, sehingga kami tidak pernah melihat seorang Maliki kecuali mengikuti aqidah Asy’ari. Kesimpulannya, aqidah Asy’ari adalah ajaran yang dikandung oleh aqidahnya Abu Ja’afar al-Thahawi, yang disambut oleh para ulama berbagai mazhab dengan diterima, dan mereka ridha menerimanya sebagai aqidah. Kami telah mengakhiri buku kami Jam’u al-Jawami’ dengan satu bahasan aqidah yang telah kami sebutkan bahawa generasi salaf  berpegang teguh atasnya. Aqidah tersebut memiliki banyak kesamaan dengan aqidah Abu Ja’far al-Thahawi, aqidah Abu al-Qasim al-Qusyairi dan aqidah bernama al-Mursyidah, dalam prinsip-prinsip Ahlu Sunnah Wal Jama’ah”.

.

(Rujukan : Kitab Mu’id al-Ni’am wa Mubid al-Niqam, Tajuddin al-Subki, m.s. 75)

.

Lebih tegas lagi, al-Imam al-Hafizh al-Zabidi RHL berkata :

.

” Apabila istilah Ahlu Sunnah Wal Jama’ah diucapkan, maka yang dimaksudkan dengan mereka adalah para pengikut mazhab al-Asy’ari dan al-Maturidi. Al-Khayali berkata dalam komentarnya terhadap kitab al-‘Aqaid: ” Asya’irahlah Ahlu Sunnah Wal Jama’ah . Ini yang popular di negeri-negeri Khurasan, Iraq, Syam, dan sebahagian besar wilayah (Islam). Sedangkan di seberang sungai Amudaria, Ahlu Sunnah Wal Jama’ah diucapkan atas golongan Maturidiah, pengikut Imam Abu Manshur al-Maturidi “. Al-Kustuli berkata dalam catatannya atas keterangan tersebut: “Yang popula dari Ahlu Sunnah di negeri-negeri Khurasan, Iraq, Syam, dan sebahagian besar wilayah, adalah golongan Asya’irah, pengikut Abu al-Hasan al-Asy’ari, orang pertama menentang Abu Ali al-Jubba’i dan mencegah dari mazhabnya, menuju al-sunnah_yakni jalan Nabi s.a.w., dan al-jama’ah _yakni jejak para sahabat r.anhu. Di negeri-negeri seberang sungai Amudaria, Ahlu Sunnah adalah golongan Maturidiah, pengikut Abu Manshur al-Maturidi, murid Abu Nashr al-‘Iyadhi, murid Abu Bakar al-Juzajani, murid Abu Sulaiman al-Juzajani, murid Muhammad bin al-Hasan, murid Imam Abu Hanifah”.

.

(Rujukan :Kitab Ithaf al-sadah al-Muttaqin, Al-Imam al-Zabidi, juz 2, hlm.6)

.

Paparan diatas menyimpulkan, bahawa tidak semua aliran dalam Islam mendakwa bahawa mereka Ahlu Sunnah Wal Jama’ah. Dari sekian banyak aliran yang ada, hanya 2 golongan yang mengaku sebagai wakil Ahlu Sunnah Wal Jama’ah, iaitu pengikut Mazhab al-Asy’ari dan al-Maturidi, pengikut Salafi-Wahabi dipihak lain( faham ini baik-baik wahai penjilat Ibnu Taimiyah).

.

HANYA SAJA, dalam perjalanan SEJARAH, pertarungan ideologis antara kedua aliran tersebut, selalu berakhir dengan kelompok Mazhab al-Asy’ari dan al-Maturidi, sehingga istilah Ahlu Sunnah Wal Jama’ah IDENTIK dengan mereka. Kaum Muslimin dan berbagai aliran menganggap Mazhab al-Asy’ari dan al-Maturidi sebagai REPRESENTASI Ahlu Sunnah Wal Jama’ah.

.

Mungkin ada yang bertanya, mengapa Ahlu Sunnah Wal Jama’ah IDENTIK  dengan Mazhab al-Asy’ari dan al-Maturidi ???.

.

Menjawab pertanyaan tersebut, kita katakan bahawa nash-nash al-Quran dan sunnah, serta jejak para ulama salaf  yang shaleh dari generasi sahabat dan tabi’en membuktikan kebenaran ajaran al-Asy’ari dan al-Maturidi. 

 

Dalam hal ini al-Imam al-Sayyid Abdullah bin Alwi al-Haddad RHL berkata:

.

“Anda apabila melihat dengan pemahaman yang lurus dari hati yang bersih, terhadap nash-nash al-Quran dan Sunnah yang mengandung ilmu-ilmu keimanan, dan Anda menela’ah biografi kaum salaf yang shaleh dari generasi sahabat dan tabi’en, maka Anda pasti mengetahui dan membuktikan bahawa kebenaran bersama golongan yang disebut dengan Asya’irah, nisbah kepada Syaikh Abu al- Hasan Asy’ari RHL. Beliau telah menyusun kaidah-kaidah aqidah Ahlul Haqq (Pengikut Kebenaran) dan menulis dalil-dalilnya. Aqidah tersebut adalah aqidah yang di SEPAKATI oleh para sahabat dan generasi sesudahnya dari kaum terbaik tabi’en. Aqidah tersebut aqidah Ahlul Haqq dalam setiap waktu dan tempat. Juga aqidah MAJORITI ahli TASSAUF  sebagaimana diceritakan oleh Abu al-Qasim al-Qusyairi di bahagian awal Risalahnya. Juga_dengan memuji kepada Allah, aqidah kami dan aqidah para pendahulu kami sejak Rasulullah s.a.w. hingga hari ini…Sedangkan golongan Maturidiah sama dengan Asya’irah dalam semua hal yang telah disebutkan”..

.

(Rujukan : Kitab Risalah al-Mu’awanah, Sayyid Abdullah bin Alwi al-Haddad, hlm. 67-68).

.

Kutipan dari al-Imam al-Sayyid Abdullah bin Alwi al-Haddad RHL di atas menyimpulkan , bahawa pemahaman yang objektif dari hati yang bersih, terhadap al-Quran dan sunnah, serta jejak generasi salaf yang shaleh, akan menghantarkan pada pengetahuan dan keyakinan bahawa Mazhab al-Asy’ari dan al-Maturidi merupakan representasi Ahlu Sunnah Wal Jama’ah dan pengikut BERSAMA KEBENARAN sepanjang masa.

.

Point nak sampai Wahabi Salafi dan kelompok sefaham dengannya BUKAN AHLU SUNNAH WAL JAMA’AH kerana apa yang digaris oleh mazhab al-Asy’ari dan al-Maturidi di TOLAKNYA dari segi amaliah dan aqidah. Bahasa kasarnya, ma’af,  ia merupakan firqah PENDATANG HARAM mengaku dialah sebenarnya Ahlu Sunnah Wal Jama’ah, bercita-cita untuk transformkan apa yang digariskan seperti diatas kepada mengikuti Ibnu Taimiyah dan sefaham dengannya, menjaja negara Timur Tengah tertentu untuk memadamkan sejarah siapa Ahlu Sunnah Wal Jama’ah. Wahabi TEMPATAN pula melabel golongan majoriti ini bukan sebenar Ahlussunnah Wal Jama’ah yang betul firqah Wahabi Salafi atau BERSAMA KEBENARAN istilah baharu mereka. Makin lama Wahabi TEMPATAN semakin merapu, pihak authoriti agama cepatlah bertindak sebelum terlambat, halang mereka berceramah menggunakan apa saja demi keamanan dunia.

Sekian, moga ada sedikit info untuk sahabat semua. Wassalam.

Advertisements

17 October 2017 - Posted by | Bicara Ulama, Informasi, Politik dan Dakwah, Q & A (Soal Jawab)

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

%d bloggers like this: