Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Koleksi Rakaman Kuliah Prof.Dr Uthman el-Muhammady Rahimahullah 

Sebahagian dari koleksi rakaman kuliah Prof. Dr. Uthman el-Muhammady Rahimahullah. Khazanah mutiara ilmu yg tidak ternilai…
1) Imam As- Shafie’ – Alim Quraish


2) Sinopsis kitab Fiqh ul-Akbar
Siri 1-https://youtu.be/_hCOGTpUEG4

Siri 2-https://youtu.be/dW4TYUKl6ng

Siri 3-https://youtu.be/QJP7YMHWT7Q

3) Memahami akidah ahli sunnah wal jamaah


4) Beberapa soalan berhubung akidah Ahli Sunnah wal Jamaah


5) Pemikiran Aliran Najdiyyun dlm Menghadapi Pemikiran Pasca-Modernisme


6) Wacana Human Rights – apa panduan kita?


7) Mempertikai Autoriti Adalah Hasil Pemikiran PascaModernisme/Post-Modernism


8) Aliran-aliran yang bercanggah dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah


9) Cabaran Syiah terhadap akidah Ahli Sunnah wal Jamaah


10) Cabaran daripada aliran tidak ikut mazhab


11) Menilai Semula Muhammad ‘Abdul Wahhab Sbg Mujaddid-Muslih


12) The Future of Islamic Feminism – forum


13) Gerakan Kebangsaan Malaysia Yang Tidak Bercanggah Dengan Konsep Asabiyyah


14) Tauhid


15) Aqidah Wahhabiyyah


16) Beberapa Isu Dalam Pluralisme Agama: Satu Pengamatan Ringkas


17) Membumikan Al-Quran: Pembentukan Peribadi dan Akal Sepadu


18) Membumikan Al-Quran – sesi soal jawab – Ustaz Uthman El-Muhammady


19) Pengajaran dari peristiwa hijrah

 https://youtu.be/WY4TXBPuMNg
20) Pengenalan ringkas tokoh Badiuzzaman Said Nursi


21) Bid’ah


22) Soal jawab mengenai bid’ah


23) Doktrin Asha’irah Dalam Perspektif Pembinaan Ummah Islamiyyah


24) Siyasah Syar’iyyah: Instrumen Memelihara al-Din


25) Kematangan Akal Ubudiyah dan Keberkesanannya


26) Rukun perubahan diri


27) Akal Ubudiah Bagaimana Menjayakannya


28) Manusia adalah makhluk Ubudiah


29) Adni Teacher Training


30) Comments on Khalifah Method


31) Syariat dan Hakikat – petikan Risalah Qushairiy


32) Asobiyah Positif


33) Hubungan Gender Dari Perspektif Islam


34) Soal Jawab Wacana LGBT


35) Ceramah Maulid


36) Nabi Muhammad s.a.w. Rahmatan lil Alamin


37) Dakwah Islamiyyah Sebagai Kekuatan Ummah


Ikuti tinggalan penulisan beliau pada pautan berikut:-
http://uthman-elmuhammady.blogspot.com/
Al-fatihah

15/10/2017 Posted by | Bicara Ulama | Leave a comment

​JADUAL MUSIM FITNAH ‘BERDALIL’ WAHHABI-SALAFI TERHADAP UMAT ISLAM DI KALANGAN AHLI SUNNAH :

JADUAL MUSIM FITNAH ‘BERDALIL’ WAHHABI-SALAFI TERHADAP UMAT ISLAM DI KALANGAN AHLI SUNNAH :
MUHARAM:

– Doa awal tahun dan akhir tahun bid’ah, asal dari syiah

– Hijrah bukan berlaku pada bulan Muharram

– Kisah Saidina Ali tidur di tempat tidur Nabi SAW adalah palsu, perawinya (Ibnu Ishaq) seorang syiah yg tertolak riwayatnya

– Kisah labah2 buat sarang di gua thur, palsu

– Sambutan Awal Muharram dan buat bubur ‘Asyura bid’ah, bubur Asyura adalah menu Syiah.
RABI’UL AWWAL

– Sambutan Maulid adalah bid’ah, berasal dari syiah, menyerupai Kristian yg sambut kelahiran Nabi Isa

– Selawat yg ada dlm majlis maulid adalah bid’ah

– Berzanji itu Syiah

– Memuji Nabi, syirik. Melampau, bidaah dan sesat, ke neraka.
🌲🌲🌲REJAB

– Puasa dlm bulan rejab bid’ah

– SEMUA Hadith tentang kelebihan bulan rejab palsu

– Ceramah Sempena Rejab Dan Sya’ban (utk persediaan Ramadhan) bid’ah

– Doa minta diberkati pada bulan rejab dan Sya’ban serta disampaikan ke bulan Ramadhan tidak warid, haram baca doa tersebut

– Sambutan Isra’ Mi’raj bid’ah, sesat.

– Riwayat yg kata Isra’ bermula dari rumah Ummi Hani’ adalah berasal dari Syiah sbb perawinya Ibnu Ishaq

– Peristiwa Mi’raj membuktikan Allah tu duduknya mencokoh/bersila di langit-arasy
SYA’BAN

– SEMUA Hadith tentang kelebihan Sya’ban palsu

– Sambutan nisfu Sya’ban bid’ah, sesat, neraka.

– Baca Yasin 3 kali mlm nisfu Sya’ban bid’ah, siapa buat masuk neraka.
🌲🌲RAMADHAN

– Lafaz niat ‘nawaitu souma ghodin’ bid’ah

– Solat Terawih 20 rakaat tak sunnah, neraka.

– Selawat antara 2 rakaat terawih bid’ah, neraka.

– Doa iftar yg biasa diamalkan tak sunnah

– Penetapan waktu imsak bid’ah, sesat, neraka.
SYAWWAL

– Menghidupkan malam raya bid’ah, hadithnya tak thabit

– Sighah takbir raya yg biasa kita buat, tak sunnah

– Ziarah kubur di Hari Raya, bidaah, haram, syirik.

– Tabur bunga di kubur, syirik, haram, tiru Yahudi kafir.
🌲🌲FITNAH SEPANJANG TAHUN:

– Tahlil bid’ah, pahala tak sampai, berasal dari Kitab Veda dll.

– Majlis Zikir Ijtima’i bid’ah

– Tasawwuf dari Syiah

– Sifat 20 dari Falsafah Yunani

– Bermazhab dikira ta’assub

– Wajib ambil hukum direct dari Quran dan Sunnah

– Solat Hajat berjemaah bid’ah

– Buat maksiat lagi afdhal dari buat bid’ah
BEBERAPA KAEDAH ‘FEKAH’ WAHHABI YANG TAK DE DALAM ISLAM
🌻 Kalau Nabi tak buat, automatik hasil hukumnya HARAM, BIDAAH, NERAKA.

🌻 Kalau sesuatu itu baik, PASTI SAHABAT Nabi sudah membuatnya.

🌻 Apabila sesuatu hadis itu cuma dhaif di sisi Ahli Sunnah, maka automatik hukumnya HARAM MERIWAYATKAN, MENGAMALKAN.
🌲Wahhabi sering beri DALIL Quran dan Hadis. Walaubagaimanapun, Quran dan Hadis yg sahih semata BELUM TENTU pemahamannya SAHIH.
Terlalu banyak ajaran sesat dari dahulu sampai skrg, yg gunakan DALIL QURAN, HADIS, tapi pemahamannya salah. Akhirnya mereka sesat, menyesatkan, dan kemudian menghukum org lain sebagai sesat, kafir, bidaah, syirik.
Join telegram.me/aswajapost

15/10/2017 Posted by | Informasi, Politik dan Dakwah, Q & A (Soal Jawab), wahabi | Leave a comment

​7 KELEBIHAN  MELANGKAH KE MASJID

1) MENDAPAT NAUNGAN ARASY PADA HARI KIAMAT
Rasulullah bersabda: “Tujuh orang yang akan berada dalam naungan Allah pada hari yang tiada naungan melainkan naungan-Nya ; penguasa yang adil,pemuda yang membesar dalam ketaatan Dan lelaki yang hatinya terpaut kepada masjid”. (Riwayat al-Bukhari Dan Muslim)
2) ALLAH MENYAMBUTNYA
Sabda Rasulullah: “Tidaklah seseorang mendatangi masjd untuk melakukan solat melainkan Allah bergembira menyambutnya semenjak ia keluar dari rumah, seperti gembiranya orang yang sedang menyambut tetamu yang telah lama tidak ditemui”. (Ibu Majah)
3) ALLAH MENJAMIN HIDUPNYA
Rasulullah bersabda: ” Tiga orang yang berada dalam jaminan Alah : Jika hidup, ia akan diberikan rezeki Dan kecukupan. Jika ia mati ,ia akan dimasukan ke dalam syurga. Pertama, sesiapa yang masuk ke rumah sambil mengucapkan salam, maka ia berada dalam jaminan Allah. Sesiapa yang keluar berjihad di jalan Allah, maka ia berada dalam jaminan Allah.” (Riwayat Ibn Hibban)
4) DISEDIAKAN RUMAH DI SYURGA
Rasulullah bersabda: “Sesiapa yang keluar pada waktu pagi Dan petang ke masjid, maka Allah telah menyediakan baginya sebuah rumah di syurga yang akan ia datangi setiap pagi Dan petang”. (Riwayat al-Bukhari Dan Muslim)
5) DIGUGURKAN DOSA DAN DITINGGIKAN DARJAT
Sabda Rasulullah: “Mahukah aku beritahukan perkara yang dapat menghapuskan dosa dan meninggikan darjat? Menyempurnakan wuduk, sering melangkah ke masjid dan menunggu solat selepas solat. Semua itu ialah ribat”.(Riwayat Muslim)
6) SETIAP LANGKAH DIGANJARI SEPULUH PAHALA 
Rasulullah bersabda: “Jika seseorang bersuci di rumahnya, lalu ia melangkah ke masjid untuk menunggu solat, maka dua malaikat menulis baginya bagi setiap langkah 10 kebaikan”.(Riwayat Ibn Hibban)
7) CAHAYA TERANG PADA HARI KIAMAT
Rasulullah bersabda:” Berilah khabar gembira kepada orang yang berjalan ke masjid bahawa ia akan mendapat cahaya yang sangat terang pada kiamat nanti” (Riwayat Abu Dawud)
*Petikan dari majalah al-ustaz

15/10/2017 Posted by | Tazkirah | Leave a comment

   

%d bloggers like this: