Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

​ANTARA DONGENG DAN MITOS YANG SELALU DISEBARKAN AJARAN SESAT WAHHABI 

1. Membuat bubur asyura dituduh  amalan syiah.
Maka ramailah ulamak dan umat Islam yang MEMBUAT BUBUR ASYURA dan memberi makanan kepada umat Islam dilabel pengamal syiah. Padahal berbeza sekali dengan ajaran sesat Syiah, mereka meratapi kematian Saidina Hussein radiyaLlahu ‘anhu pada hari tersebut dengan meratap, melukakan dan mencederakan diri sendiri. 
FAKTA SEBENAR : Ulamak dalam mazhab Asy Syafie seperti dalam kitab Hasyiah I’anah al-Tolibin (al-Sayyid al-Bakri hal.417/2) Nihayah al-Zain (Syeikh Nawawi Banten hal.192) Nuzhatul Majalis (Syeikh Abdul Rahman al-Usfuri hal.172) Jam’ul Fawaid ( Syeikh Daud al-Fatani hal.132) membolehkan membuat bubur asyura dan tiada kaitan sama sekali dengan ajaran sesat Syiah. 
2. Kenduri arwah dituduh amalan nasrani dan hindu 
FAKTA SEBENAR :  ia menghidupkan sunnah – zikir beramai-ramai, selawat, membaca al Quran, berdoa, memberi makan, memberikan motivasi kepada keluarga si mati, mengerat ukhuwwah) – maka ramailah ulamak dan umat Islam  dilabel pengamal nasrani dan hindu. 
Ulamak dalam mazhab asy Syafie seperti Imam As Suyuthi memberikan sandarannya dalam kitab Al Hawi Lil Fatawa, Syeikh Nawawi al Banteni dalam kitabnya Nihayatuz Zein (tanpa mewajibkan hari-hari tertentu) membolehkan kenduri arwah termasuk Sheikh Zaini Dahlan. Dan banyak sandaran dari hadith soheh yang membenarkan amal soleh ditentukan/ditetapkan (bukan mewajibkan) pada hari dan waktu tertentu,. 
3. Maulidul Rasul dituduh amalan nasrani dan syiah 
 Maka ramailah ulamak dan umat Islam adalah pengamal nasrani dan Syiah. 
FAKTA SEBENAR : Ulamak muktabar seperti Imam Ibnu Jauzi, Al Hafiz Ibnu Kathir, Al Hafizh Ibnu Dihyah, al Hafizh Al Hebatusi, Al Hafizh Ibnu Hajar dan Penutup Huffazh (para penghafaz hadith dalam jumlah yang sangat banyak) Jalaluddin Al Suyuthi, Imam Ibnu Syamah (Guru Imam an Nawawi) dan ramai lagi membenarkan Maulidul Rasul.. 
4. Bertawassul kepada Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam, ulamak, orang soleh yang telah meninggal (diamalkan oleh salafussoleh) dituduh amalan musyrik, penyembah kubur 
Maka ramailah ulamak, umat Islam bahkan salafussoleh yang mengamalkannya adalah musyrikin, kerana bagi mereka dalam tauhid rububiyyah, orang yang mengucap La ilaha illallah belum tentu beriman, kerana orang kafir pun turut mengakui Allah. 
FAKTA SEBENARNYA : Ulamak yang mengamal dan membenarkannya : 
Al Allamah al Muhaddith al Arif billah, Sayyid Muhammad bin Alawi al Maliki telah membahas perkara tawassul ini dengan panjang lebar di dalam kitab beliau bertajuk Mafahim Yajibu an Tushahhah (lihat Muhiqq At Taqawwul fi Mas’alah at Tawassul dalam Rasa’il Hammah wa Mabahith Qayyimah, ms 397) Kemudian beliau menyenaraikan nama-nama para A’immah dan Huffaz yang membolehkan tawassul antaranya :
– Al Imam Al Hafiz, Abu AbduLlah al Hakim dalam Al Mustadrak. (Di dalam kitab tersebut, beliau menyebutkan Nabi Adan bertawassul dengan Nabi sallaLlahu ‘alaihi wasallam dan mensahihkannya)
– Al Imam Al Hafiz, Abu Bakar al Baihaqi dalam Dala’il an Nubuwwah (Beliau juga menyebut tentang hadith Nabi Adam bertawassul dengan Rasulullah sallaLlahu ‘alaihi wasallam dan hadith-hadith yang berkaitan dengan tawassul.)
– Al Imam al Hafiz, Jalal ad Din as Sayuthi dalam Al Khasha’ish al Kubra (Beliau juga menyebut hadith Nabi Adam bertawassul).
– Al Imam al Hafiz, Abu Al Farj Ibn Al Jauzi dalam Al Wafa (Beliau juga menyebut hadith Nabi Adam bertawassul dan hadith-hadith berkaitan.
– Al Imam Al Hafiz Al Qadhi Iyadh dalam Asy Syifa’ fi at Ta’rif bi Huquq al Mushtofa.
– Al Imam, Syaikh Nur ad Din al Qari al Ma’ruf bin Mulla Ali Qari dalam Syarhnya kepada kitab Asy Syifa’.
– Al Allamah Ahmad Syihab ad Din al Khaffaji dalam Nasim ar Riyadh (Kitab syarah kepada Asy Syifa’)
– Al Imam Al Hafiz, Al Qisthillani dalam Al Mawahib al Ladunniyyah (Beliau menyebutnya di awal kitab)
– Al Allamah Syaikh Muhammad Abd al Baqi az Zarqani dalam Syarh (1/44) nya ke atas Al Mawahib.
– Al Imam Syaikh al Islam, Abu Zakaria Yahnya An Nawawi dalam Al Idhah (Bab keenam, m.s 498. Lihat juga Al Majmu’, 8/272)
– Al Allamah Ibn Hajar al Haitami dalam Hasyiah (m/s 499) nya atas Al Idhah dan beliau menulis risalah khas tentang tawassul berjudul Al Jauhar al Munazzham.
– Al Hafiz Syihab ad Din Muhammad bin Muhammad bin Al Jazari ad Dimasyqi Iddah al Husn al Hashin (disebutkan dalam tajuk Kelebihan Doa)
– Al Allamah al Imam Muhammad bin Ali asy Syaukani dalam Tuhfah az Zakirin (m/s 761)
– Al Allamah al Imam al Muhaddith Ali bin abd al Kafi as Subki dalam Syifa’ as Siqam fi Ziyarah Khair al Anam (lihat Bab Kelapan, m/s 161)
– Al Hafiz Imad ad Din Ibn Kathir dalam Tafsir al Qur’an al Azhim dalam Tafsir al Quran al Azhim.
– Al Imam Al Hafiz Ibnu Hajar al Asqolani dalam Fath al Bari (Beliau menyebutkan kisah seorang lelaki yang datang ke kubur RasuluLlah sallaLlahu ‘alaihi wasallam dan bertawassul dengan baginda dan mengatakan sanadnya sahih dalam Fath al bari (Lihat 2/495)
– Al imam Al Mufassir Abu Abdullah al Qurthubi dalam Al Jami’ li Ahkam al Quran (lihat 5/265)
– Asy Syaikh Yusuf Khator Muhammad di dalam kitabnya Al Mausu’ah al Yusufiyyah fi Bayan Adillah ash Shufiyyah, menambah lagi nama-nama para ulama’ selain daripada nama-nama di atas yang membolehkan tawassul atau yang menukilkan dalil-dalil daripada para A’immah di dalam kitab-kitab mereka termasuklah. (m/s 122-123)
– Imam Syafie (Lihat Taariikh Baghdaad 1/123,  kitab Manaqib Abu Hanifah juz 2 halaman 199, kitab al-Khairat al-Hisaan, Ibnu Hajar al-Haitsami dalam konteks berhujjah pada halaman 69)
– Imam Ahmad bin Hanbal (rujuk Fatawa Ibnu Taimiyyah 1/140 dan juga dalam Al-Insaf fi Ma`rifat Al-Rajih min Al-Khilaf `ala mazhab al-Imam al-Mubajjal Ahmad ibn Hanbal oleh Ala’ al-Din al-Mardawi 3:456)
Sememangnya terkenal di mana Imam Ahmad r.a. membenarkan tawassul kepada Rasulullah s.a.w. secara khusus, berdasarkan dalil yang beliau sendiri riwayatkan dalam Musnad-nya tentang Saidina Uthman bin Hunaif r.a.. (rujuk Fusulun Fi Al-Aqidah oleh Dr. Al-Qaradhawi m/s: 261)
– Imam Malik. Seperti yang disebutkan oleh Al Allamah Ibn Hajar dalam Al Jauhar al Munazhzham dan Al Asqolani dalam Al Mawahib al Laduniyyah, dan As Samhudi dalam Khulashah al Wafa’ dan al Qadhi Iyadh dalam asy Syifa’ dengan sanad yang sahih dan selain dari mereka pun menyebutkan perkara yang sama.
– Al Allamah Asy Syihab ar Ramli Asy Syafie.
– Al Allamah Syaikh Ibn Muflih al Hanbali.
– Al Allamah Syaikh Ala’ ad Din Ali al Mardawi al Hanbali (lihat kitab al Inshaf 2/456)
– Al Allamah Syaikh Ahmad al Mardawi.
– Syaikh Yusuf an Nabhani.
– Al Allamah Syaikh as Samiri (pengarang at Talkhish) (Lihat Kasyf al Qina’, 2/29)
– Syaikh Muhammad al Hamid (lihat Rudud ala Abathil, m/s 25-26)
Dan ramai lagi. 
Tujuan wahhabi menuduh ulamak dan umat Islam sebagai nasrani, syiah, penyembah kubur tidak lain melainkan untuk mengkafirkan ulamak dan umat Islam !
Lihatlah ekstrimis dan batilnya ajaran ini yang bertentangan dengan al Quran dan as Sunnah serta amalan salafussoleh. Mereka mengkafirkan salafussoleh, ulamak-ulamak muktabar serta umat Islam.

12/10/2017 Posted by | Informasi, Politik dan Dakwah, Q & A (Soal Jawab) | Leave a comment

   

%d bloggers like this: