Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

“[Ustaz Wadi Annuar] Pertahan Tauhid Assyaerah” on YouTube

23/09/2017 Posted by | Aqidah, Bicara Ulama, Video | Leave a comment

“MEMBONGKAR IDENTITI WAHABI- USTAZ WADI ANNUAR AYUB” on YouTube

23/09/2017 Posted by | Bicara Ulama, Ibadah, Q & A (Soal Jawab), Tazkirah, Video | Leave a comment

“Berlapang dada lah atas perkara khilaf- Ustaz Shamsuri” on YouTube

23/09/2017 Posted by | Bicara Ulama, Ibadah, Q & A (Soal Jawab), Video | Leave a comment

“Virus Wahabbi | Ustaz Muhammad Fawwaz” on YouTube

23/09/2017 Posted by | Bicara Ulama, Tazkirah, Video | Leave a comment

“10-Tarekat Tasawuf yang benar dan batil-Tuan Guru Haji Jahid bin Haji Sidek Al-Khalidi” on YouTube

23/09/2017 Posted by | Bicara Ulama, Q & A (Soal Jawab), Tasauf, Video | Leave a comment

AMALAN PADA AWAL MUHARRAM

(Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan).

Disebut dalam kitab Majmu’ah Musammah, Syeikh Ahmad bin Muhammad Said bin Jamaluddin al-Linggi
(Faedah): Setengah daripada mujarobat yang sohihah bahawasa barangsiapa menulis ia akan Basmalah بسم الله pada awal Muharram 113 kali tiada mencapailah oleh orang yang menanggung itu surat akan sesuatu yang dibencikan padanya dan pada ahli rumahnya selama umurnya dan barangsiapa menyurat ia akan lafaz الرحمن al-Rahman 50 kali dan masuk ia dengan itu surat atas raja yang zalim atau hakim yang zalim amanlah ia daripada bahaya mereka itu[1].
Begitu juga disebut dalam Hasyiah al-Syeikh Muhammad al-Syanawaaniy Ala Mukhtasar Ibn Abi Jamrah,
(فائدة): قال سيدي ابن عراق فى كتاب الصراط المستقيم فى خوّاص بسم الله الرحمن الرحيم: إن من كتب فى ورقة فى أوّل يوم من المحرّم البسملة مائة وثلاث عشرة مرة وحملت لم ينل حاملها مكروه هو وأهل بيته مدة عمره، ومن كتب الرحمن خمسين مرة ودخل بها على سلطان جائر أو حاكم ظالم أمن من شره.
Yang bermaksud, (Pada Faedah): Berkata Sidi Ibn Iraq dalam kitab al-Sirat al-Mustaqim pada membicarakan khususiyat بسم الله الرحمن الرحيم: Sesungguhnya sesiapa yang menulis pada kertas pada awal Muharram perkataan al-Basmalah 113 kali, tidak dimudharatkan orang yang membawanya serta ahli keluarganya selama tempoh hidupnya dan sesiapa menulis الرحمن al-Rahman 50 kali dan membawanya ketika bertemu raja dan hakim yang zalim maka dia diamankan daripada keburukan mereka.[2]
… dan setengah daripada khasiat firman Allah Taala[3],
أَفَأَمِنَ أَهْلُ الْقُرَى أَنْ يَأْتِيَهُمْ بَأْسُنَا بَيَاتًا وَهُمْ نَائِمُونَ (97) أَوَأَمِنَ أَهْلُ الْقُرَى أَنْ يَأْتِيَهُمْ بَأْسُنَا ضُحًى وَهُمْ يَلْعَبُونَ (98) أَفَأَمِنُوا مَكْرَ اللَّهِ فَلا يَأْمَنُ مَكْرَ اللَّهِ إِلا الْقَوْمُ الْخَاسِرُونَ (99)
Maka apakah penduduk kota-kota itu merasa aman dari kedatangan siksaan Kami kepada mereka di malam hari di waktu mereka sedang tidur? Atau apakah penduduk kota-kota itu merasa aman dari kedatangan siksaan Kami kepada mereka di waktu matahari sepenggalah naik ketika mereka sedang bermain-main? Maka apakah mereka merasa aman dari azab Allah (yang tidak terduga-duga)? Tiada yang merasa aman dari azab Allah kecuali orang-orang yang merugi.( Surah Al-A’raf 97-99)
Bahawasanya adalah ia bagi menghalaukan binatang-binatang yang melata-lata lagi yang menyakiti seperti lipan dan kala dan ular daripada rumah, apabila menghendaki engkau akan demikian itu maka surat olehmu akan itu ayat pada awal hari daripada bulan Muharram pada kertas dan basuh olehmu akan dia dengan air dan renjis itu air pada tepi-tepi rumah atau pada tepi kampung rumah maka bahawasanya teramanlah engkau daripada bahaya sekalian itu dengan izin Allah Taala.
[1] Majmu’ah Musammah, Syeikh Ahmad bin Muhammad Said bin Jamaluddin al-Linggi, hlmn 45
[2] Hasyiah al-Syeikh Muhammad al-Syanawaaniy Ala Mukhtasar Ibn Abi Jamrah, Dar Fikr, 2000, hlmn 10
[3] Majmu’ah Musammah, Syeikh Ahmad bin Muhammad Said bin Jamaluddin al-Linggi, hlmn 45

http://www.muftins.gov.my/index.php/arkib2/tareqat-tasauwuf/163-himpunan-doa-dan-zikir/822-amalan-pada-awal-muharram

23/09/2017 Posted by | Bicara Ulama, Ibadah, Q & A (Soal Jawab) | Leave a comment

   

%d bloggers like this: