Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

AZAN MASA NAK UPSR

SOALAN (melalui WhatsApp):

Ustaz Abu Syafiq. Kami guru tahun 6 disebuah sekolah rendah tanah air. Sebelum peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah kami menyusun supaya pelajar berdoa dan azan dikumandangkan sebelum calon UPSR memasuki dewan peperiksaan kali pertama. Benarkah perbuatan kami ini syirik dan bidaah sesat?

JAWAPAN:

1- Pertama. Saya (Abu Syafiq) ucap dan doakan kejayaaan untuk semua pelajar UPSR.
Berkaitan dengan perbuatan di beberapa buah sekolah sebelum bermula peperiksaan yang besar kebiasaanya akan wujud perbuatan berdoa beramai-ramai dan kekadang itu ada yang melaungkan azan.

Perlu diketahui bahawa Azan itu bukan hanya dilakukan untuk mendirikan solat fardhu walaupun itulah yang masyhurnya. Malah pada keadaan yang lain juga ia harus dilakukan. Cuma hukum pada setiap perbuatan melaungkan Azan itu berbeza-beza.

Contohnya. Hukum melaungkan azan untuk solat 5 waktu adalah Sunnah Muakkad atau Fardhu Kifayah. Bila ibu melahirkan anak disunatkan azan pada telinga kanan bayi yang baru dilahirkan dan digalakkan atau diharuskan azan pada keadaan-keadaan lain yang tiada larangan seperti Azan ketika bersedih, sakit kepala, dirasuk syaitan dan lain-lain.

Semua adalah lafaz azan yang sama namun penetapan jenis hukumnya berbeza. Ia memang ada dalam Islam. Begitu juga berdoa ia juga sangat luas dan banyak keadaan diharuskan berdoa beramai-ramai.

2- Berkata para ulama Syafie’yyah:

“ DISUNATKAN azan pada selain untuk solat seperti azan ditelinga bayi, azan pada orang yang berada dalam kekecewaan kesedihan, pening kepala, sedang marah, azan kepada orang yang buruk kelakuan akhlaknya ataupun kepada binatang yang liar, azan ketika pertempuran tentera, ketika berlaku kebakaran dan ketika dirasuk syaitan”. (www.facebook.com/AbuSyafiq1 ) rujuk Kitab Tuhfatul Muhtaj Bisyarhil Minhaj oleh Imam Ibnu Hajar Al-Haitamiy Asy-Syafie pada J1 MS 461 juga melalui Hawasyinya oleh Imam Syarwaniy Asy-Syafie.

Begitu juga ulama Hanafi mempersetujui hal tersebut sepertimana yang dinyatakan oleh Imam Ibnu ‘Abidin dalam Raddul Mukhtar ‘Ala Durril Mukhtar Syarah Tanwir Absar J2 MS 50.

Imam Nawawi dalam Al-Azkar juga ada menyebut bahawa digalakkan melaungkan azan pabila syaitan hadir menakutkan manusia.

3- Maka jelas perbuatan melaungkan azan pada keadaan tertentu yang tidak dilarang ianya adalah diharuskan. Tidak haram melakukan amalan berdoa beramai-ramai dan solat hajat berjemaah atau azan sempena sesuatu perkara yang besar. Selagi tidak menganggap ianya adalah wajib syarie dalam islam dan masih berpegang dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Al-Asyairah Al-Maturidiyah maka harus dilakukan selagi tidak ada percanggahan kerana berdoa dan zikir atau azan ianya sangat luas perbincangannya tidak sempit pada ketika solat atau dimasjid sahaja.

Manakala perbuatan suka membid’ahkan amalan yang harus merupakan sikap jahil lagi jumud terbit dari ajaran sesat Wahhabi dan Syiah yang sering membawa perbalahan dalam Islam dan merosakkan kesatuan ummah.

-Ustaz Abu Syafiq

Advertisements

12 September 2017 - Posted by | Bicara Ulama, Ibadah, Q & A (Soal Jawab)

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: