Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Akhir zaman makin kurang Sifat Malu

Malu itu adalah bahagian daripada keimanan. Sifat malu seseorang semakin tinggi akan mengundang reaksi yang sama kepada orang lain. Sifat malu ini lebih nampak dan jelas kelihatan dan mesti lebih ada kepada perempuan berbanding laki-laki.

Oleh kerana demikian, di dalam Al-Quran Allah سبحانه وتعالى menceritakan tentang seorang wanita yang berjalan cara jalannya itu digambarkan oleh Allah سبحانه وتعالى cara jalan orang malu.
Allah سبحانه وتعالى mengambarkan di dalam Al-Quran “Telah datang salah seorang daripada anak perempuan Nabi Syu’aib عليه السلام. Ketika datang pergi kepada Nabi Musa عليه السلام nak panggil Nabi Musa supaya datang ke rumahnya. Cara jalan anak perempuan Nabi Syu’aib عليه السلام
digambarkan oleh Allah berjalan dalam keadaan tersipu malu.”
Allah سبحانه وتعالى mengambarkan cara jalannya perempuan kerana itu sepatutnya menjadi sifat kepada perempuan untuk mempunyai malu lebih daripada lelaki. Kalau laki-laki tak malu itu ok, biasa sahaja. Yang problem kepada perempuan yang sifat malu lebih genetik, sinonim kepada perempuan.
Maaf cakap zaman sekarang ini majunya teknologi telah membuatkan sifat malu terutamanya kepada kaum perempuan semakin tidak kelihatan. Bukan tiada. Ada!! Tapi kurangnya sifat malu ditonjolkan di dalam diri kerana peliknya lelaki lebih kelihatan malu daripada perempuan.

Di facebook misalnya dan sebagainya. Perempuan yang menegur lelaki terlebih dahulu. Bukannya lelaki itu yang menegurnya. Begitu juga dengan gambar-gambar yang di upload di dalam facebook dan sebagainya sehingga mudahnya ditatap oleh kaum lelaki.

Tidak salah menegur tetapi kelihatan di situ kurangnya sifat malu pada diri lebih-lebih lagi kalau orang yang ditegurnya itu tidak rapat, tidak kenal. Jadi marilah kita muhasabah diri agar sifat malu tersemai di dalam diri kerana sesungguhnya keimanan itu pecahannya lebih 70 pecahan dan malu itu adalah bahagian daripada keimanan.

#MutiaraKata[HABIB ALI ZAENAL ABIDIN BIN ABU BAKAR AL-HAMID HAFIDZOHULLAH]
#thecapal
FB: The Capal

Advertisements

12 September 2017 - Posted by | Bicara Ulama, Tazkirah

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: