Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

MEMAHAMI ALLAH WUJUD TIDAK BERTEMPAT

 

1) Berapa pembahagian jisim?
* Dua jenis
2) Apakah keduanya?
* Jisim Al-Kasif dan Jisim Al-Lathif
3) Apakah takrif Jisim Al-Kasif dan berikan contohnya?
* Jisim Al-Kasif ialah apa yang dapat dipegang dengan tangan dan memenuhi ruang/tempat.
* Contoh: manusia, batu, kayu dan lain-lain.
4) Apakah Jisim Al-Lathif dan berikan contohnya?
* Apa yang tidak boleh dipegang dengan tangan dan juga memenuhi ruang/tempat.
Contoh: udara, cahaya, malaikat dan lain-lain.
5) Jelaskan sifat yang bersamaan antara Jisim Al Kasif dan Jisim Al-Lathif?
* Kedua-duanya memerlukan tempat (yakni menempati sesuatu ruang)
6) Bukti Jisim Al-Kasif (manusia) dan Jisim Al-Lathif (udara) menempati sesuatu ruang.
* Manusia perpindah daripada suatu tempat ke suatu tempat iaitu daripada rahim ibu, ke alam dunia dan bakal perpindah ke alam kubur.
* Udara yang telah memenuhi ruang belon akan menyebabkan belon pecah jika semakin kuat tekanannya. Dan udara perpindah keluar belon.
7) Apakah makna Al-Makaan (tempat)?
هو الفراغ الذي يملؤُهُ الجسم
“Ruang yang diisi oleh suatu jisim.”
8) Siapa yang memerlukan kepada tempat dan contohnya?
* Semua jisim samada Al-Kasif atau Al-Lathif kerana kedua-duanya berhajat kepada tempat
* Seperti manusia dan udara berhajat kepada tempat.
9) Apakah natijah pertama daripada perbahasan ini?
* Semua jenis jisim berhajat kepada sesuatu tempat.
10) Apakah Allah itu suatu jisim?
* Berkata Imam Ahmad bin Hanbal:
من قال الله جسم لا كالأجسام كفر
“Sesiapa berkata Allah itu jisim tetapi tidak seperti jisim-jisim lain maka ia telah kafir” (Dinaqalkan oleh Imam Badruddin Al-Zarkasyi)
11) Kenapa kufur jika berkata demikian?
* Kerana jisim itu sendiri menunjukkan ia adalah makhluk samada Jisim Al-Kasif atau Jisim Al-Lathif kedua-duanya makhluk.
* Sedangkan Allah berfirman:
ليْسَ كَمِثْلِهِ شَىء
“Tiada sesuatu pun yang sama seperti-Nya (Allah).” (Surah Asy-Syura: 11)
12) Apakah natijah kedua daripada perbahasan ini?
* Allah wujud tidak bertempat.

Disediakan oleh: Hafiz Al-Za’farani (HAZA)

3 September 2017 - Posted by | Aqidah, Bicara Ulama, Q & A (Soal Jawab)

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: