Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

SIAPA TAKSUB MAZHAB?

 
1) Sebuah tajuk yang dah lama saya fikirkan. Dari tajuk ini, datang subtopik dengan pelbagai bentuk seperti:
i. Bila kita register mazhab Syafie? (rora)
ii. Janganlah kita jumud dengan mazhab. (maza)

2) Hal ini kita akan bincang satu persatu.Sebelum kita memahami tajuk ini lebih lanjut, kita perlu mengetahui takrif ‘Taksub’:
شعور داخلي يجعل الإنسان يتشدد فيرى نفسه دائما على حق ويرى الآخر على باطل بلا حجة أو برهان.
“Perasaan dalaman yang menjadikan manusia tasyadud (keras), dan menganggap dirinya sentiasa betul manakala orang lain salah tanpa hujjah dan bukti.”

3) Contoh taksub berdasarkan takrif di atas:
i) Menganggap pandangan peha bukan aurat adalah mazhab Maliki walaupun telah dibuktikan ijmak ulama menganggap peha adalah aurat termasuk qaul muktamad mazhab Maliki.
ii) Menganggap pandangan anak zina boleh dibinkan kepada bapa zina adalah mazhab Hanafi walaupun telah dibuktikan ijmak ulama menganggap perbuatan tersebut haram termasuk qaul muktamad mazhab Hanafi.

4) Dua contoh di atas adalah bukti yang jelas tentang ketaksuban yang telah berlaku.

5) Adapun bagi golongan yang beriltizam dengan mazhab Syafie, kemudian tiba-tiba datang suatu pihak mengatakan dalil qunut adalah lemah, tidak menjaharkan basmallah adalah pandangan yang lemah, anjing termasuk mughalazhah adalah ijtihad yang tersalah. Mereka yang ikut mazhab Syafie tidak taksub.

6) Oleh kerana muncul golongan ini, maka bangkitlah para ilmuan bermazhab Syafie mengemukakan dalil bagi mazhab Syafie, kaedah istidlal dan penghujjahan ulama bagi menyokong mazhab Syafie. Mereka bukan menganggap diri mereka benar tanpa hujjah dan dalil. Oleh itu, tidak layak digelar mereka taksub.

7) Mereka ini bukan taksub mazhab kerana mereka memperjuangkan pandangan dengan dalil dan hujjah yang benar. Bahkan, mereka tidak pernah menyalahkan orang lain atau mazhab lain, sangat berbeza dengan dua contoh taksub di atas.

8) Keadaan ini adalah sama seperti mana orang Perlis tidak zikir selepas solat, tidak qunut dan tidak jahar basmallah mereka tidak menganggap mereka taksub kepada mazhab Perlis. Mereka anggap itu adalah pelarasan bagi sesebuah negeri.

9) Maka di sini isunya sama, iaitu pengikut mazhab Syafie tidaklah taksub mazhab tetapi mereka hanya membela diri dengan hujjah apabila mazhab mereka dipertikaikan.

10) Kita juga sedia maklum sejak merdeka, Malaysia telah buat PELARASAN mazhab di Malaysia ialah Mazhab Syafie. Hal ini berlaku sebelum Perlis membuat pelarasan mazhab Perlis di negeri mereka. Maka, jika kita tidak suka dilabel Wahhabi, jangan masuk ke negeri orang kemudian tolak pandangan mazhab Syafie. Sebab di Perlis juga tak suka orang gelar kamu taksub Maza atau taksub Wahhabi.

Disediakan oleh: Hafiz Al Za’farani (HAZA)

Advertisements

1 September 2017 - Posted by | Bicara Ulama, Ibadah, Q & A (Soal Jawab)

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: