Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Hukum Taqbil

Berikut pernyataan Ulama – ulama mu’tabar mengenai Hukum Taqbil (cium/kecup) tangan orang shalih:

1. Imam an-Nawawi Rahimahullah. Beliau berkata:
“Disunatkan mencium (mengecup) tangan orang shalih, orang zahid, orang alim dan semisalnya daripada Ahli akhirat” (al-Majmu’ IV/636, al-Maktabah asy-Syamilah)

2. Syaikhul Islam, Zakariya al-Anshari. Beliau berkata:
“Disunatkan mencium (mengecup) tangan orang shalih, alim, mulia, atau zahid sebagaimana dilakukan oleh para sahabat terhadap Rasulullah Saw.” (Syarh al-Barjah al-Wardiah, 14/202, al-Maktabah asy-Syamilah)

3. Imam ar-Ramli. Beliau berkata:
“Sungguh telah dijelaskan bahwa sesungguhnya disunatkan mencium (mengecup) tangan orang shaleh..” (Nihayatu al-Muhtaj, III/85, al-Maktabah asy-Syamilah)

4. Syaikhuna Ibnu al-Hajar al-Haitami.
Beliau menyatakan pernyataan yang sama seperti Ima ar-Ramli. (lihat: Tuhfatu al-Muhtaj, 15/101, al-Maktabah asy-Syamilah)

5. Imam al-Jamal
Beliau juga menyatakan pernyataan seperti diatas (Lihat: Hasyiah al-Jamal IX/180, al-Maktabah asy-Syamilah)

6. Sayyid al-Bakri. Beliau berkata:
“Disunatkan mencium (mengecup) tangan orang yang masih hidup karena keshalihannya atau semacamnya daripada perkara – perkara keagamaannya, seperti karena ilmu dan zuhud” (I’anatu ath-Thalibin, III/263, al-Maktabah asy-Syamilah)

7. Syaikh Musa al-Hijawi.
Beliau menyebutkan pernyataan yang sama dengan Sayyid al-Bakri (Lihat: al-Iqna’ Fi Halli alfadhi abi Syuja’, II/71, al-Maktabah asy-Syamilah)

8. Syaikh Syarbaini al-Khatib
Beliau juga menyebutkan pernyataan seperti diatas (Lihat: al-Iqna’ li asy-Syarbaini, II/408, al-Maktabah asy-Syamilah)

Demikianlah beberapa pernyataan ulama mengenai kesunnahan taqbil tangan ulama. semoga bermanfaat.

28/08/2017 Posted by | Bicara Ulama, Ibadah, Q & A (Soal Jawab), Tazkirah | Leave a comment

   

%d bloggers like this: