Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

MELAKUKAN KORBAN UNTUK ORANG MATI SEBAGAI PENAMA


 Soalan;
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Saya ada melihat penjelasan ustaz berkenaan hukum kita melakukan korban untuk orang yang telah mati. Saya selama ini berpegang dgn hukum seperti Yang ustaz sebut… Saya keliru bila ada disebut dalam khutbah jumaat tadi (Khutbah Negeri Selangor tanggal jumaat 18 Ogos 2017) Yang mengatakan boleh berkorban untuk orang mati sekalipun tiada wasiat.. Dan ada disebut dalan furu’ masail…mohon penjelasan lanjut dari al fadhil ustaz.. Mohon maaf.. Jazakallah khaira..

Jawapan
;
بسم الله الرحمن الرحيم، الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه وبعد
Terima kasih atas pertanyaan..


QAUL MUKTAMAD
:
Sememangnya Qaul Yang muktamad dalam mazhab kita adalah sebagaimana Yang telah ana sebutkan dalam video berkenaan iaitu tidak terhasil korban Yang dibuat bagi pihak si mati tanpa wasiat darinya.

Imam al-Baghawi, Sahibul-‘Uddah dan Imam ar-Rafi’ie berpandangan; tidak sah berkorban bagi pihak orang mati kecuali dengan wasiat darinya. Jika ia mewasiatkannya, haruslah berkorban bagi pihaknya.
[ Al-Majmu’, hlm. 300. ]

Iman an-Nawawi juga dalam matan Minhajnya menyebutkan pendapat Yang muktamad ini. [ Mughni al-Muhtaj, jil. 4, hlm. 368.]

Pendapat inilah Yang disebut oleh syekh Daud al-Fathoniy dalam kitabnya al-furu’ al-masail bahawa ia adalah pendapat Yang muktamad dalam mazhab as-Syafie. [ al-Furu’ al-Masail, hlm. 265]

Senada dengan beliau adalah syekh Arsyad al-Banjari dalam kitabnya Sabilal Muhtadin.

Hal Yang sama juga ditegaskan dalam kitab-kitab mazhab Syafi’ie yang masyhur seperti :
1- al-Iqna’, jil. 2, hlm. 825.
2- Mughni al-Muhtaj, Jil. 4, hlm. 378.
3- Kifayatul-Akhyar, Hlm. 528.


BUKAN QAUL MUKTAMAD
:
Adapun keharusan melakukan korban untuk si mati Tanpa ada wasiat adalah Bukan Qaul muktamad mazhab iaitu qaul Imam Hasan al-‘Ubadi Yang menyatakan harus membuat korban bagi pihak orang yang telah mati kerana korban tergolong dalam jenis sedekah dan ijmak para ulama’ bahawa sedekah bagi pihak si mati adalah memberi manfaat dan sampai kepadanya. [ Al-Majmu’, hlm. 300. ]

Betul, imam an-Nawawi ada menyatakan qaul tersebut dalam al-Majmuk.. Namun beliau juga turut menyatakan qaul muqabil baginya.

Kita juga perlu ambil maklum pandangan beliau sendiri adalah selari dengan qaul muktamad iaitu tidak terhasil korban bagi si mati tanpa wasiat darinya.. [ rujuk.. Mughni al-Muhtaj, jil. 4, hlm. 368.]

Berkenaan pendapat ibnu qattan Yang dinaqalkan oleh Syekh Daud al-Fathoniy dalam kitabnya itu. Ia sekadar makluman bahawa pendapat tersebut adalah qaul muqabil bagi qaul muktamad iaitu pandangan yang berlawanan dengan qaul Yang muktamad..berikut kalam penuh beliau :

“(Soalan); Bolehkah ia korbankan seorang bagi orang lain dengan tiada izinnya atau ia korbankan orang mati?


(Maka jawabnya
) Tiada boleh seorang mengkorbankan seorang lain sama ada orang hidup atau orang mati dengan tiada izinnya pada orang hidup dan tiada wasiatnya pada orang yang mati bersalahan jika ada izinnya atau ada wasiatnya maka sah *inilah qaul yang muktamad* khilaf bagi kata Ibn al-Qattan katanya boleh.”(Furu’ al-Masail)


KEWAJARAN
:
1) Adalah tidak wajar mengenengahkan qaul yang tidak muktamad kepada masyarakat awam tanpa menyatakan pandangan muktamad mazhab.

2) Jika sememangnya qaul yang tidak muktamad / dhaif yang menjadi pilihan pemerintah ( majlis fatwa negeri selangor ) atas maslahah ummah, ia memang hak pemerintah dan hendaklah seluruh rakyat akur menerimanya dengan taat dan menghindari perbalahan.

Wallahu A’lam.
Akhukum Mohd Hazri al-Bindany
Dar al-Muhajirin Littafaqquh Fiddin.

(Ustaz Mohd Hazri di petik dari FB)

Advertisements

19 August 2017 - Posted by | Ibadah, Q & A (Soal Jawab)

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: