Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Ta’rif Kejahilan

Jahil dita’rifkan di dalam al-Mu’jam al-Wasith sebagai keras, bodoh, tiada adab serta menzahirkan kekurangan akal.
Jika bertemu dengan orang-orang yang jahil maka Syara’ menyuruh kita berpaling daripada mereka serta mengucapkan perkataan yang baik kepada mereka. Firman Allah taala :
خُذِ الْعَفْوَ وَأْمُرْ بِالْعُرْفِ وَأَعْرِضْ عَنِ الْجَاهِلِينَ
FirmanNya lagi :
وَعِبَادُ الرَّحْمَٰنِ الَّذِينَ يَمْشُونَ عَلَى الْأَرْضِ هَوْنًا وَإِذَا خَاطَبَهُمُ الْجَاهِلُونَ قَالُوا سَلَامًا
Ini kerana perkataan ج ه‍ ل tersebut natijahnya besar. Tiga huruf yang punya makna berat.

Berhadapan dengan si jahil jika bersikap keras maka hasilnya kita akan mendapat kekerasan, diperlihatkan kedunguan, serta dipersembahkan kekurangan akal serta miskin adabnya Si Jahil.

Tetapi jika seseorang yang punya sifat ini mula mencari Ilmu. Maka dia tidak lagi digelar جاهل tetapi mula disebut طالب العلم.
Walau dia tidak banyak pengetahuan , walau dia masih kosong tapi mulianya perkara yang dituntut menjadikan dirinya layak disandarkan kepada Ilmu sehingga digelar طالب العلم ( penuntut Ilmu) tidak lagi disebut jahil.

Berbahagialah para penuntut Ilmu kerana permulaan kita melangkah untuk menuntutnya maka tercabut gelar JAHIL pada dirinya.

~Ustaz Nazrul Nasir~

Advertisements

19 August 2017 - Posted by | Bicara Ulama, Tasauf

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: