Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Miqat Umrah

SOALAN:
Maaf ..sy ada sedikit kemusykilan..sy sebagai org malaysia yg bertugas tetap di mekah yg hanya balik ke msia setiap 3 bulan sekali..kalau sy ingin melakukan umrah..bolehkah sy bermiqat(berniat umrah) di mana² sempadan tanah haram selain di Tana’im?..
Jawapan kami;
Miqat umrah bagi orang yang berada di Mekah adalah perbatasan Tanah Haram dan Tanah Halal dari mana-mana arahpun.
Namun miqat umrah yang lebih afdal bagi mereka adalah Ji’ranah, kerana Rasulullah pernah bermiqat umrah dari tempat tersebut, sepertimana yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim. Bahkan menurut sebahagian ulama, seramai 300 nabi pernah bermiqat di sini.
Kedua adalah Tan’eim, kerana Rasulullah sollallahu alaihi wa sallam pernah memerintahkan Sayyidatuna Aisyah untuk bermiqat umrah dari tempat tersebut.
Seterusnya adalah Hudaibiah, kerana Rasulullah sollallahu alaihi wa sallam pernah berhasrat untuk bermiqat di sini (Tuhfah al-Muhtaj, Nihayah al-Muhtaj, Mughni al-Muhtaj).
Disebutkan oleh Imam al-Nawawi;
وَمَنْ بِالحَرَمِ: يَلْزَمُهُ الخُرُوجُ إِلَى أَدْنَى الْحِلِّ وَلَوْ بِخَطْوَةٍ…
“(Miqat umrah) bagi orang yang berada di tanah haram (Mekah) lazim dia keluar kepada sedekat-dekat tanah halal walaupun selangkah…”
وَأَفْضَلُ بِقَاعِ الْحِلِّ: الْجِعْرَانَةُ، ثُمَّ التَّنْعِيمُ، ثُمَّ الحُدَيْبِيَةُ.
“Seafdal-afdal tanah halal adalah Ji’ranah, kemudian Tan’eim, kemudian Hudaibiah.”
اليسع
Wallahu a’lam.
Koleksi Q&A Ustaz Alyasak

https://t.me/Q_A_Us_Alyasak_channel

18/08/2017 Posted by | Ibadah, Q & A (Soal Jawab), Uncategorized | Leave a comment

TEBARKAN DAKWAH MESKIPUN DI SOSIAL MEDIA

Muslim yang bijak, setiap detiknya adalah sangat berharga. Hingga di sosial media pun, dia jadikan sebagai ladang amal dan pahala.
Jadikan TV, HP, Internet dan alat alat teknologi lainnya sebagai pelayan dan pembantu untuk Agamamu, jika tidak maka alat alat itu akan merusak dirimu, sedangkan engkau akan tertawa karena tidak menyadarinya. Ia hanya akan merusak hatimu, akalmu, akhlakmu dan pikiranmu tanpa engkau menyadarinya.

Manusia akan MATI kapanpun, tetapi tulisan akan kekal selama lamanya. Maka tulislah kata kata yang akan menyebabkan kita GEMBIRA di akhirat kelak.

~Habib Umar bin Hafidz~

(dari FB Yurdanii Zahrie)

18/08/2017 Posted by | Politik dan Dakwah, Q & A (Soal Jawab), Tazkirah, Uncategorized | Leave a comment

   

%d bloggers like this: