Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Mengamalkan Kelonggaran( Keringanan ).

oleh : محمد إسفاريزال المجدديه 

Alfaqir ingin memetik dlm kitab Fatwa Mufti Brunei, dlm bab mencari kelonggaran…

Disini tuan mufti menaqalkan ulama versatil yg diagungkan oleh “salafi” iaitu Ibnu Taimiyyah untuk membidas puak ini dlm bicara “talfiq” atau lompat mazhab, atau mencari kemudahan dlm pendapat ulama sedangkan mempunyai pendapat yg terlebih rajih.

Kata Ibnu Taimiyyah dlm Majmu’ Al Fatawa,
“Barangsiapa yg melazimi satu2 mazhab,adalah diingkari atasnya menyalahi mazhab itu tanpa dalil,tidak pula bertaqlid dan tidak kerana uzur yg lain”

Disini tuan mufti menerangkan bahawa sesiapa yg melazimi satu2 mazhab tertentu,kemudian melakukan perkara yg menyalahi mazhab itu tanpa bertaqlid kepada mana org alim yg memfatwakannya,dan tidak pula berdalilkan dgn dalil yg membawanya untuk menyalahi amalan mazhab itu tanpa uzur syar’i yg menbolehkan dia melakukan, maka dia adalah memperturutkan hawa nafsunya dan beramal bukan kerana ijtihad serta bertaqlid dan telah melakukan perkara yg haram tanpa uzur syar’i dan sesungguhnya itu adalah perkara yg mungkar”

Jadi kesimpulan pada masalah ini adalah haram mengamal dan memberikan fatwa dalam perkara agama Allah swt semata2 berdasarkan keinginan dan pilihan atau kesesuaian dgn tujuan,lalu dia mencari pendapat dgn tujuannya sendiri atau org yg meminta fatwa dan lalu dia pun mengamal,memfatwa,dan menjadikan hukum keatas musuhnya.

Perbuatan ini adalah SEFASIQ FASIQ perbuatan, dan SEBESAR BESAR dosa.

Ada banyak dalil2 yg menyatakan pengharaman mencari kelonggaran serta keringanan ini berdasarkan Imam Nawawi, Imam Ahmad dan Al Syeikh Najmuddin…

Tapi cukup alfaqir ambil pendapat Ibnu Taimiyyah sebab inilah ulama sanjungan mereka..

Jadi kepada individu yg suka2 dok cedok pendapat dari mazhab lain, dok cedok pendapat dhoif apatah terpencil demi hawa nafsu,jaga2, ulama “versatil” hampa dah warning lama dah….

10/08/2017 - Posted by | Bicara Ulama, Informasi, Uncategorized

No comments yet.

Leave a comment