Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

HUKUM MEMBATALKAN SOLAT SUNAT APABILA SUDAH IQAMAH

SOALAN: Jika kita sdg solat qabliah. Blm habis solat, bilal dah iqamat. Mesti batalkan solat & masuk saf, atau blh terus solat sunat express?
Jawapan kami;
Disebutkan oleh Imam al-Nawawi;
وَلَا يَبْتَدِئُ نَفْلًا بَعْدَ شُرُوعِهِ فِيهَا، فَإِنْ كَانَ فِيهِ أَتَمَّهُ إِنْ لَمْ يَخْشَ فَوْتَ الجَمَاعَةِ
“…dan (disunatkan) dia tidak memulakan solat sunat selepas muazzin memulakan iqamah. Maka jika dia di dalam solat, dia (sunat) menyempurnakannya jika dia tidak khuatir luput jemaah.”
Justeru, hukum memulakan solat sunat ketika iqamah ingin dikumandangkan atau telah dikumandangkan adalah makruh tanzih. Hal ini adalah berdasarkan hadis;
إِذَا أُقِيمَتِ الصَّلَاةُ فَلَا صَلاَةَ إِلَّا الْمَكْتُوبَةُ
“Apabila solat diiqamahkan, maka tiada solat melainkan solat fardhu.”(Riwayat Muslim).
Sungguhpun demikian, jika iqamah dikumandangkan padahal seseorang itu sedang melakukan solat sunat, maka sunat baginya menyempurnakan solat tersebut sekiranya dia tidak khuatir akan terluput jemaah (sebelum imam salam). Begitu juga bagi mereka yang berat pada sangkaannya akan sempat berjemaah dengan jemaah yang lain (sekiranya dia menyempurnakan solat sunat tersebut), maka sunat baginya menyempurnakan solat sunat itu.
Namun, sekiranya dia khuatir jika dia menyempurnakan solat sunat tersebut akan mengakibatkannya terluput jemaah (imam memberi salam) sebelum dia menyelesaikan solat sunat tersebut, maka sunat baginya memutuskan solat sunat itu. Bahkan harus baginya memberi salam daripada satu rakaat dan satu rakaat itu akan dikira sebagai sunat mutlak. Hal ini adalah ketetapan bagi solat selain solat Jumaat.
Adapun bagi solat Jumaat pula, maka wajib ke atasnya memutuskan solat sunat tersebut agar dia sempat mendapatkan Jumaat (Tuhfah al-Muhtaj, Nihayah al- Muhtaj, Mughni al-Muhtaj, Kasyf al-Litham).
اليسع
Wallahu a’lam.
Koleksi Q&A Ustaz Alyasak

https://t.me/Q_A_Us_Alyasak_channel

Advertisements

10 August 2017 - Posted by | Ibadah, Q & A (Soal Jawab), Uncategorized

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: