Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Hairan dengan sesetengah golongan yang suka membawakan fatwa-fatwa yang bercanggah dengan apa yang telah dipegang oleh masyarakat tempatan 

(oleh Abdul Rahman Dan Zauja)

Hairan dengan sesetengah golongan yang suka membawakan fatwa-fatwa yang bercanggah dengan apa yang telah dipegang oleh masyarakat tempatan sedangkan masyarakat tempatan sudah ada pegangannya sendiri yang berlandaskan ulama yang muktabar. 

Kalau memang apa yang dipegang oleh masyarakat selama ni salah dan tiada sandaran, itu lainlah. Tapi kalau apa yang dipegang oleh masyarakat itu memang sudah muktabar, maka apa perlunya mereka bawa pendapat lain? Tidakkah mereka rasa bahawa tindakan mereka itu hanya akan membawa kepada kekeliruan kepada masyarakat?

Alasan mereka: nak ikut hadis sahih. Ya, memang hujah kamu hadis sahih, tapi apa yang masyarakat pegang selama ini dah cantik dah, ada sandarannya, ada ulama yang muktabar yang dijadikan rujukan, nak apa lagi? 

Sepatutnya, apa yang sudah sedia ada kita hargai, kita seru dan ajak masyarakat untuk amalkan apa yang sudah sedia ada (kerana pegangan yang sedia ada pun masyarakat tak amal!). Bukannya robohkan apa yang sudah sedia ada.

Contohilah seorang ulama India yang masyhur, Maulana Abdul Hayy al-Laknawi yang mana walaupun beliau seorang yang sangat alim dalam ilmu hadis dan mampu berijtihad mengeluarkan hukum sendiri sehingga kadangkala ijtihadnya bercanggah dengan mazhab Hanafi, namun beliau sama sekali tidak mengganggu pegangan yang sudah sedia ada di kalangan masyarakatnya pada ketika itu (sekiranya pandangan yang mereka pegang memang muktabar). 

Beliau pernah berkata:
ومن مِنَحِه تعالى أنه رزقني التوجه إلى فن الحديث وفقهه ، ولا أعتمد على مسألة ما لم يوجد لها أصل من آية أو حديث . وما كان خلاف الحديث الصحيح أتركه ، وأظن المجتهد فيه معذوراً ، بل مأجوراً ولكني لست ممن يشوش العوام الذين هم كالأنعام، بل أتكلم بالناس على قدر عقولهم

“Dan antara kurniaan Allah kepadaku ialah Dia memberikan aku kecenderungan terhadap ilmu hadis dan fiqh hadis dan aku tidak bersandar kepada sesuatu masalah selagi mana tidak dijumpai baginya dalil daripada Quran atau hadis. Dan apa yang bercanggah dengan hadis sahih, aku akan tinggalkan dan aku beranggapan bahawa mujtahid yang mengeluarkan hukum tersebut dimaafkan, bahkan diberi pahala. TETAPI AKU BUKANLAH DI KALANGAN ORANG YANG MENGGANGGU ORANG AWAM yang mana mereka adalah seperti haiwan, bahkan aku berbicara dengan mereka mengikut kadar akal fikiran mereka”
Lihat, orang yang mampu berijtihad sendiri pun tidak beriya-iya menerapkan ijtihad mereka kerana mereka faham, apa yang dipegang oleh masyarakat awam sudah muktabar, maka tidak ada keperluan untuk menerapkan pendapat lain (yang juga muktabar) kerana khuatir tindakan tersebut mengganggu orang awam.

Bahkan dalam salah satu laman web salafi yang bernama ‘islamqa’ yang diselia oleh ulama sanjungan mereka, Syeikh Muhammad Soleh al-Munajjed juga menyatakan:
ليس من الحكمة أن أفتي الناس بتقليد مذهب أبي حنيفة في بلاد المغرب التي يشتهر فيها المذهب المالكي الذي نشأ الناس عليه ، وتعلموا من فقهه وأحكامه ، فإذا ما قلد العامي هناك مذهبا آخر غير المشتهر ، فإنه غالبا ما يؤدي إلى إحداث النزاع بينه وبين مجتمعه ومحيطه ، خاصة في القضايا التي تتعلق بالحقوق والمعاملات ، كالزواج والطلاق والبيوع وغيرها .ففي جميع ما سبق نقول : الأولى تقليد علماء البلد ، ولا ننكر وجود الاستثناء في بعض الأحيان.

“BUKANLAH SUATU TINDAKAN YANG BERHIKMAH jika aku mengeluarkan fatwa mengikut mazhab Abu Hanifah kepada orang ramai di negara-negara barat (Morocco, Algeria, Tunisia dll) yang mana tersebarnya Mazhab Maliki di sana dan orang ramai membesar dengan mazhab tersebut dan mempelajari fiqhnya serta hukum-hakamnya. Maka apabila seorang awam di sana mengikuti mazhab lain yang tidak masyhur di sana, maka biasanya ia akan MEMBAWA KEPADA BERLAKUNYA PERBALAHAN antara dia dan masyarakatnya serta sekelilingnya, khususnya dalam isu-isu yang berkaitan dengan hak-hak, muamalat, pernikahan, talak, jual beli dan lain-lain. 

Maka berkenaan dengan perkara-perkara tersebut, kami katakan: adalah lebih utama mengikuti ulama tempatan dan kami tidaklah menafikan wujudnya pengecualian dalam sesetengah ketika (keadaan).
Justeru, kalau rasa rimas, bosan dengan keadaan para ustaz yang asyik berbalah berkenaan dengan perkara khilaf, maka ketahuilah bahawa puncanya ialah golongan yang disebutkan di atas.

Kalaulah masing-masing menghormati ulama tempatan dan mazhab tempatan, maka tidak akan berlaku perbalahan yang kita lihat pada hari ini. Sepatutnya kita dah boleh tumpukan isu-isu lain yang lebih besar, tapi sebab golongan sebegini masih wujud, maka akhirnya usaha-usaha dakwah kita terbantut, golongan yang memusuhi Islam pula seronok dan bertepuk tangan sebab ada ustaz-ustaz yang suka bawa perbalahan seperti ini. Gembira mereka.

Hasbunallahu wa ni’mal wakil…

Advertisements

2 August 2017 - Posted by | Q & A (Soal Jawab), Tazkirah

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: