Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Masih tak jumpa Guru Mursyid? Ini cara yg boleh membantu…..

Di zaman kita sekarang ini. Kita sangat-sangat kekurangan orang-orang yang boleh memimpin kita dengan baik. Maksudnya orang yang boleh menjadi Guru yang Mursyid kepada kita. Di zaman kita kekurangan!!! Bukan tidak ada. Ada!!! Tapi kekurangan. Di saat kita kekurangan atau sulit untuk mencari orang yang boleh dijadikan sebagai Syeikh yang Mursyid maka Para Ulama berpesan apa gantinya? Sekurang-kurangnya apa?

Daripada pengalaman rohaniah mereka berkata di zaman kekurangan Guru yang Mursyid ini ada dua yang boleh mengantikannya. Penganti yang walaupun tak sama dengan yang asal tapi sekurang-kurangnya boleh membimbing kita.

Apa dua perkara yang boleh menganti tempat Guru yang Mursyid untuk kita di akhir zaman ini iaitu:

1)Banyak mentelaah kitab-kitab yang dikarang oleh Imam Al-Ghazali Rahimahullah kerana Imam Al-Ghazali Rahimahullah menulis kitabnya dengan penuh ikhlas, tulus. Dengan airmata dan perasaan penuh kasih sayang kepada murid-muridnya dan kita semua.
Yang mana sangat sayang dengan kita, sangat sayang dengan masa depan kita untuk peluang yang baik untuk kita beramal. Begitulah bagi mereka yang membaca kitab-kitab karangan Imam Al-Ghazali Rahimahullah dengan hati kerana Imam Al-Ghazali Rahimahullah menulisnya dengan hati.

2)Memperbanyakkan selawat kepada Nabi ﷺ. Keutamaan selawat ini sangat banyak. Tidak perlu lagi kita pertikaikan. Mungkin cukup daripada pengalaman rohaniah sebahagian Para Ulama.

Apa sebabnya? Pertama Nabi kita bersabda “Barangsiapa yang berselawat sekali kepada aku maka Allah akan berselawat untuknya 10 kali.” Maksud selawat oleh Allah itu turunnya rahmat untuk kita.

Dalam surah Al-Ahzab Allah سبحانه وتعالى berfirman maksudnya “Itulah Allah yang menurunkan Rahmat-Nya kepada kamu.” Untuk apa? Untuk mengeluarkan kamu daripada kegelapan kepada cahaya, daripada tak tahu kepada tahu, daripada tak terbimbing kepada terbimbing kerana mendapatkan selawat daripada Allah iaitu rahmat daripada Allah سبحانه وتعالى. Jadi kedua-dua gandingan ini bolehlah mengantikan Guru yang Mursyid untuk memberi bimbingan kepada kita.

Sepertimana yang pernah dipesankan lagi oleh Tuan Guru Syeikh “Kita sekarang ini berada di penghujung zaman. Oleh kerana itu, janganlah kita menyombongkan diri kita, menjauhkan diri kita daripada duduk bersama dengan Para Ulama dan orang-orang soleh. Hadirlah ke dalam majlis ilmu kerana di dalamnya terdapat 1001 kebaikan yang pasti kita tidak dapat membelinya dengan harta kekayaan yang kita ada.

Sesungguhnya yang kita harapkan di dalam setiap detik kehidupan kita ini adalah mendapatkan keberkatan dari Allah سبحانه وتعالى. Tidak bermanfaat segala harta kekayaan yang kita miliki sekiranya kita hilangnya keberkatannya. Begitu jugalah dengan ilmu dan amal kita.
Tidak ada berkatnya segala ilmu yang kita pelajari kalau sekiranya kita tidak mengambilnya langsung daripada Para Ulama dan orang-orang soleh.”

#MutiaraKata[TUAN GURU SYEIKH AHMAD FAHMI ZAMZAM AL-BANJARI AN-NADWI AL-MALIKI HAFIDZOHULLAH]

Sumber FB: The Capal

Advertisements

29 July 2017 - Posted by | Informasi, Q & A (Soal Jawab), Tazkirah

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: