Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Adakah Dengan Semudah Ini Untuk Meragui Para Imam?

Wujud beberapa golongan yang mudah meragui hadith dengan semudah kenyataan – “Para Imam tidak maksum.”
Agak menarik untuk difikirkan golongan yang menolak hadith dan golongan yang dikatakan mahu “menjaga” kesahihan hadith menggunakan hujah yang sama – “Para Imam tidak maksum.”
Hasilnya, pada skala yang berbeza, berlaku penolakan hadith-hadith tanpa disiplin. Malah hadith yang diterima sepanjang zaman turut ditolak atas permulaan dasar hujah bahawa para Imam tidak maksum.

Namun kenyataan yang berbentuk sentimen ini hakikatnya tiada nilai ilmiah.

1. Kita tidak memaksumkan para Imam. Kita sebaliknya mempercayai keilmuan mereka dan mengetahui had diri. Ini bezanya.

2. Memang benar para Imam juga adalah manusia yang boleh tersilap. Namun perlu ditunjuk dan dibawa bukti di mana mereka tersilap. Kenyataan begini sering dibawa sesetengah golongan namun bila diminta bukti di mana silapnya, sedikit yang dapat memberi contoh.

3. Jika contoh diberi, perlu diperhalusi pula adakah ianya kesilapan para Imam atau kita yang tersilap faham.

4. Jika ianya memang terbukti satu kesilapan, perlu diteliti lagi adakah ianya kesilapan yang tiada kesan, sangat kecil, kecil, sederhana, besar atau fatal.

5. Seterusnya perlu dicari adakah kesilapan itu hampir tiada, sangat sedikit, sedikit, sederhana, banyak dan terlalu banyak?

6. Perlu dibandingkan juga sekiranya wujud perbezaan penilaian hadith antara dua (atau lebih) ulama’. Boleh saja sesuatu hadith itu Hasan pada seorang Imam tetapi Dhaif pada Imam yang lain.

7. Sudah sedia maklum bahawa para Imam ini adalah golongan yang tidak memilih “bulu” dalam memberi pendapat. Jika mereka melihat kesilapan berlaku, mereka akan menegur atau membetulkan kesilapan itu. Imam Tirmidhi – rahimahullah – yang kitabnya, Jami’ at-Tirmidhi – dikatakan mempunyai ‘hadith yang tidak boleh disebar’ oleh sebahagian pihak – apabila siap kitabnya itu, ditunjukkan kepada para guru-gurunya termasuk Imam Bukhari – rahimahullah – dan mereka memuji karya Imam Tirmidhi itu.

8. Satu kesilapan boleh jadi dibetulkan oleh Imam yang lain. Inilah kejujuran para Imam dan satu keberkatan di mana para Imam saling membetulkan dalam menjaga hadith Nabi SAW.

9. Apa yang berlaku di zaman ini adalah berlaku gerakan menilai semua hadith dengan antaranya berpendirian bahawa para Imam tidak maksum.

10. Ibn Solah – rahimahullah – dalam kitabnya Muqaddimah menulis di zamannya penilaian hadith telah selesai dilakukan. Beliau juga menyatakan penilaian hadith sudah tidak mampu dilakukan lagi oleh para Imam yang sezaman dengannya. Beliau merupakan ulama kurun ke7 Hijrah!

11. Imam Nawawi – rahimahullah – pula berpendapat pintu penilaian hadith masih belum ditutup tetapi ia hanya dilakukan bagi mereka yang LAYAK. Imam Nawawi juga berpendirian bahawa pendapat para Imam hadith terdahulu sentiasa diutamakan.

12. Inilah khilaf yang berlaku antara Ibn Solah dan Imam Nawawi yang ditulis oleh al-Hafiz al-Iraqi di dalam Alfiyyah. Al-Iraqi menulis:

ﻭﻋﻨﺪﻩ ﺍﻟﺘﺼﺤﻴﺢ ﻟﻴﺲ ﻳﻤﻜﻦ

ﻓﻲ ﻋﺼﺮﻧﺎ ﻭﻗﺎﻝ ﻳﺤﻴﻰ ﻣﻤﻜﻦ

13. Menjadi pengetahuan umum Sheikh al-Albani – rahimahullah – dalam mempelopori gerakan penilaian hadith moden, telah sendiri menarik balik penilaiannya sekitar 500 hadith.

14. Jika dengan logik bahawa penilaian hadith terkemudian adalah lebih benar kerana mempunyai maklumat yang lebih banyak, maka penilaian hadith generasi akan datang akan menjadi lebih benar, jika berpandukan logik yang sama.

15. Maka perlu difikirkan, adakah semudah dengan kenyataan “Para Imam tidak maksum” maka penilaian hadith terdahulu boleh diragui? Apabila ada kita bangkit mempertahankan penilaian para Imam terdahulu, bukan kerana kita memaksumkan mereka.

Satu persoalan yang perlu ditanya, mengapa kenyataan ini terus dijaja? Adakah kita LAYAK menolak penilaian hadith para Imam yang lebih utama untuk diutamakan?

Via – Ustaz Adlan Aziz

Advertisements

23 July 2017 - Posted by | Bicara Ulama, Q & A (Soal Jawab) |

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: