Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

JANGAN KAMU TINGGALKAN WIRID SELEPAS SEMBAHYANG FARDHU

Jangan kita cacatkan, rugikan amal ibadah kita yang mana dalam sembahyang kita disunatkan mengangkat tangan pada 4 tempat tapi kita tak buat.
1)Tempat pertama diwaktu takbiratul ihram.

2)Pada waktu kita akan rukuk. Jangan langsung kita turun ke bawah rugi kita.

3)Angkat tangan pada masa i’tidal.

4)Kita akan angkat tangan kita diwaktu kita bangkit daripada tasyahud awal atau daripada rakaat kedua menuju rakaat ketiga.

Setiap kali selepas sembahyang fardhu. Jangan sesekali kita lupa untuk baca wirid yang dimulai dengan istighfar sekurang-kurangnya 3 kali. Setelah itu sebelum mengubah duduk iftirasy ataupun duduk tahiyat akhir kepada duduk biasa.

Jangan lupa untuk membaca “Laa Ilaha Illallaahu Wahdahuu Laa Syarikalah, Lahul Mulku Wa Lahul Hamdu Yuhyii Wa Yumiitu Wahuwa Alaa Kulli Syai’in Qadiir.”

Secara sunnahnya 10 kali selepas maghrib dan juga selepas subuh yang dengan balasannya itu adalah perlindungan, pemeliharaan, kita akan mendapat pagar, jati diri daripada godaan syaitan yang terkutuk, terelak dari diri kita daripada godaannya dan terjaga diri kita sepanjang waktu.

Kita nak balasan yang dijanjikan oleh Nabi kita dengan membaca “Allahumma Ajirni Minan Naar.”

Secara sunnahnya sebanyak 7 kali setiap kali selepas maghrib dan juga selepas subuh maka yang saat seseorang itu meninggal dunia pada hari itu maka Allah akan bebaskan dirinya daripada Api Neraka.

Akan ditulis kebebasan dirinya daripada Api Neraka dibaca diwaktu subuh kalau dia meninggal di siang harinya. Dibaca selepas maghrib kalau dia meninggal pada malam harinya kebebasan diri daripada Api Neraka itu sudah kita dapatkan.

Kemudian ketika nak dibaca “Allahumma Antas Salaam Wa Minkas Salam Wa Ilayka Ya ‘Udussalam Fahaiyina Rabbana Bissalam Wa Adkhilnal Jannata Daaras Salaam Wa Tabaarakta Rabbanaa Wa Ta’aalaita Yaa Dzaljalaali Wal Ikraam.”

Barulah Imam dibenarkan untuk mengubah kedudukan posisi duduknya mengadap separuh badan ke kanan ataupun juga mengadap sepenuhnya badannya ke arah makmum. Manakala makmum tetap terus mengadap ke arah kiblat.

Setelah itu barulah kita membaca surah Al-Fatihah dan ingatlah jangan kita malas, lupa dan tak nak untuk membaca Ayatul Kursi setiap kali selepas sembahyang fardhu kerana kelebihannya yang besar. Ayat Kursi ini adalah tiket kita untuk nak masuk Syurga. Menurut riwayat hadis “Tiada apa yang dapat menghalangi orang yang membacanya untuk masuk Syurga kecuali mati.”

Kemudian dibaca selepas itu tasbih (Subhanallah 33 kali), tahmid (Alhamdullilah 33 kali) dan takbir (Allahu Akbar 33 kali). Janganlah kita malas untuk nak mengira bilangan tasbih 33 kali tahmid 33 kali dan takbir 33 kali. Kalau kita ikut Imam dan imam tidak membacanya cukup bilangannya. Bererti kita sudah mengalami suatu kerugian yang sangat besar. 1 ucapan subhanallah itu lebih berat daripada dunia dan seisinya.

Jadi jangan sampai kita rugi di situ kerana kita malas untuk nak membacanya, malas untuk nak mengiranya. Jadi semuanya 99 kali jumlahnya yang mesti kita baca setiap kali setiap selesai sembahyang fardhu kita.

Kemudian dibaca “Allahu Akbar Kariiran Wal Hamdulillahi Katsiiran Wasubhaanallaahi Bukratan Wa Ashiilaa. Laailaaha Illallaahu Wahdahuu Laa Syariikalah Lahul Mulku Wa Lahul Hamdu Yuhyi Wa Yumiitu Wa Huwa Alaa Kulli Syai’in Qadiir.”

Bagaimana kira-kira kalau kita tak dan membacanya? Bagaimana kira-kira kalau imam tidak memimpin kita untuk membacanya? Bererti itu merugikan kita. Rugi besar bukan setakat dengan lamborghini, bukan setakat dengan sebuah banglo, bukan hanya setakat dengan harta yang mewah tetapi dunia dengan segala isi-isinya kerugian yang menimpa kepada kita masih belum mampu membayar kerugian yang saat ketika kita tidak mengikuti pedoman sunnah yang disunnahkan oleh Baginda Rasulullah ﷺ.

Kalau saat ketika waktu solat dan selepas solat pun kita tak mampu untuk nak luangkan sedikit waktu kita untuk berzikir ingat kepada Allah. Agak-agaknya waktu bilakah kita akan ingat kepada Allah? Bila dah diluar solat agak-agak kita ingat Allah ataupun tidak?

#MutiaraKata[TUAN GURU SYEIKH MUHAMMAD NURUDDIN MARBU AL-BANJARI AL-MAKKI HAFIDZOHULLAH]

#thecapal

FB: The Capal

Advertisements

17 July 2017 - Posted by | Bicara Ulama, Ibadah, Tazkirah

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: