Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

BILA LAGI KITA NAK KE MASJID?

Tiap langkah menuju ke tempat ibadah, tiap langkah menuju ke masjid akan mendapatkan, akan mewariskan 3 kemuliaan iaitu:
1)Dosa kesalahan yang dihapus.

2)Diberikan pahala daripada Allah.

3)Martabat dan darjat diangkat oleh Allah.

Ini dengan Penghulu Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul iaitu Sayyiduna Rasulullah ﷺ bukan setakat bercakap, bukan setakat menyampaikan, memberikan panduan dan bimbingan kepada Para Sahabat tetapi justeru Nabi kita praktikkan.

Nabi kita orang yang pertama yang menunjukkan keseriusan Baginda ﷺ dalam melaksanakan ubudiyah dan ketaatan kepada Allah Jalla Wa’Ala. Dalam beberapa waktu tak boleh bergerak. Sakit tenat, sakit teruk ternyata itu tidak menghalang Nabi kita untuk datang ke masjid. Yang seperti apa keadaannya. Sehingga pernah Nabi kita dipapah oleh 2 orang Sahabat untuk menuju ke masjid.

Kenapa? Sebab dengan keyakinannya yang kental, dengan keyakinan yang tidak ada tandingannya. Tidak pernah sesekali Nabi kita terlepas untuk melaksanakan sembahyang fardhu secara berjemaah di masjid semasa sihatnya. Sihat ataupun juga sakit seperti apa pun tetap Nabi kita akan berusaha untuk pergi ke masjid.

Cuba kita tanyakan kepada diri peribadi kita masing-masing. Kalaulah seandainya pada waktu kita muda dan sihat sahaja kita tidak langsung ada perasaan, keinginan untuk ke masjid. Susah untuk nak sembahyang di masjid. Susah nak hadir dengar majlis ilmu. Agak-agaknya pada waktu kita tua dan sakit nanti senang tak kita nak ke masjid?

Pada waktu itu kemampuan kita pun sudah terbatas. Tulang-tulang, sendi-sendi kita tidak kuat mana. Tak boleh duduk lama-lama mana. Sakit semuanya. Mata kita, penglihatan kita pun sudah kurang pandangannya, kabur-kabur jadinya. Telinga kita, pendengaran kita pun sudah tak jelas mana. Ingatan kita pun sudah tidak kuat mana. Semuanya sudah terbatas!! Jadi masjid ini bukannya tempat untuk kita pergi bila kita dah tua, bila kita dah pencen, bila kita dah sakit, bila kita dah tak ada nak buat apa-apa. Tak!!!!

Tidak kira yang tua ataupun juga muda. Tidak kira kaya ataupun juga miskin. Masjid ini adalah tempat untuk kita semua beribadah. Tempat untuk kita meraih rahmat Allah, limpahan anugerah, kurniaan pengampunan daripada Allah. Tempat untuk mengabdikan diri kita, ubudiyah kita kepada Allah Jalla Wa’Ala untuk kita mencari, meraih dan mendapatkan keredhaan Allah Jalla Wa’Ala.

Jadi jangan sampai hati kita terhijab langsung tidak nampak akan kebesaran Allah. Hati kita terhalang, terhijab, tertutup daripada melihat akan keindahan Rumah Allah. Kaki kita tidak dapat digerakkan, menjadi kaku untuk menuju ke Rumah Allah.

Tak akan kita boleh untuk pergi jauh selain ke masjid sehingga kita mampu pergi ke seluruh dunia untuk bercutinya ataupun juga untuk ke kenduri kahwinnya ataupun juga untuk ke kenduri kesyukurannya ataupun juga hari ulangtahunnya ataupun juga majlis-majlis seumpamanya tapi ternyata kita tidak boleh mengerahkan tenaga dan juga menggunakan kemudahan yang Allah bagikan untuk kita datang ke Rumah Allah Jalla Wa’Ala.

Kalau kita tidak datang ke tempat kenduri kahwin, ke tempat saudara kita, kawan kita mengadakan kenduri kesyukurannya ataupun juga perasmian satu syarikat ataupun juga sesuatu majlis yang diadakan di situ. Itu tidak mendatangkan masalah kepada kita. Kenapa? Sebab ada di antaranya itu adalah semata-mata kerana urusan duniawi.

MashaAllah Tabarakallah!!! Sementara dengan kita datang menuju ke Rumah Allah Jalla Wa’Ala untuk melaksanakan sembahyang 5 waktu, untuk kita duduk beriktikaf, duduk baca Quran, duduk berzikir, duduk untuk berada di dalam majlis ilmu mendengarkan kata-kata nasihat dan mendapatkan panduan dan bimbingan di dalam agama.

Itu semua justeru adalah bekalan yang akan kita bawa bersama kita ke dalam kubur. Yang juga bekalan yang akan bersama kita pada waktu kita di Hari Akhir dihimpunkan di Alam Mahsyar. Bekalan kita untuk kita menyeberangi Siratul Mustaqim pada waktu kita untuk masuk ke dalam Syurganya Allah Jalla Wa’Ala.

Kenapa itu tidak kita fikirkan? Kerana yang tidak ada pada diri kita pada sekarang ini bukan duitnya, bukan politiknya, bukan kesejahteraannya, bukan kemampuannya. Semuanya itu ada kita ada bahkan lebih daripada cukup cuma yang kita tidak miliki itu adalah keyakinannya sehingga kita tidak merasa yakin dengan balasan-balasan daripada Allah Jalla Wa’Ala, kita tidak menyakini dengan janji-janji yang dijanjikan oleh Allah Jalla Wa’Ala melalui apa yang disampaikan melalui lisannya Sayyiduna Rasulullah ﷺ.

#MutiaraKata[TUAN GURU SYEIKH MUHAMMAD NURUDDIN MARBU AL-BANJARI AL-MAKKI HAFIDZOHULLAH]

#thecapal

FB: The Capal
— with Hareem Najma and Kurniakhadijah

Advertisements

17 July 2017 - Posted by | Politik dan Dakwah, Tazkirah

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: