Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Ilmu jangan dibuat macam pakaian.

Pakaian bukan sebahagian dari tubuh kita. Sekejap kita pakai dan sekejap kita buka.
Itu sebabnya, sesetengah orang kalau bercakap tentang Islam di atas pentas, dalam forum atau ceramah, dalam radio atau televisyen, kita kagum dengar apa yang mereka perkatakan.
Keluar daripada mulut mereka berbagai-bagai istilah Islam yang hebat-hebat seperti iman, taqwa, muqarrobin, siddiqin, muhasabah, musyahadah, muraqobah, murabahah, tawadhuk, khusyuk, khuduk dan sebagainya.
Tetapi apabila turun dari pentas dan dalam hidup seharian, cakap-cakapnya sudah jadi lain. Bila berjumpa dia di kedai, dia cakap pasal politik.
Bila berjumpa di restoran dia cakap pasal main bola.
Bila berjumpa di pejabat, dia cakap pasal gaji dan elaun. Cakap pasal pinjaman membeli rumah dan pinjaman membeli kereta. Cakap pasal naik pangkat. Cakap-cakap Islam sudah tidak ada lagi.
Bila naik ke pentas semula, mula balik cakap pasal Islam. Maka keluarlah semula semua istilah-istilah Islam yang hebat-hebat.
Orang berilmu sentiasa menjadi perhatian masyarakat. Baik orang berilmu, baiklah masyarakat. 

(Oleh Ustaz Iqbal Hamzi MdAnuar)

Advertisements

17 July 2017 Posted by | Tazkirah | Leave a comment

BILA LAGI KITA NAK KE MASJID?

Tiap langkah menuju ke tempat ibadah, tiap langkah menuju ke masjid akan mendapatkan, akan mewariskan 3 kemuliaan iaitu:
1)Dosa kesalahan yang dihapus.

2)Diberikan pahala daripada Allah.

3)Martabat dan darjat diangkat oleh Allah.

Ini dengan Penghulu Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul iaitu Sayyiduna Rasulullah ﷺ bukan setakat bercakap, bukan setakat menyampaikan, memberikan panduan dan bimbingan kepada Para Sahabat tetapi justeru Nabi kita praktikkan.

Nabi kita orang yang pertama yang menunjukkan keseriusan Baginda ﷺ dalam melaksanakan ubudiyah dan ketaatan kepada Allah Jalla Wa’Ala. Dalam beberapa waktu tak boleh bergerak. Sakit tenat, sakit teruk ternyata itu tidak menghalang Nabi kita untuk datang ke masjid. Yang seperti apa keadaannya. Sehingga pernah Nabi kita dipapah oleh 2 orang Sahabat untuk menuju ke masjid.

Kenapa? Sebab dengan keyakinannya yang kental, dengan keyakinan yang tidak ada tandingannya. Tidak pernah sesekali Nabi kita terlepas untuk melaksanakan sembahyang fardhu secara berjemaah di masjid semasa sihatnya. Sihat ataupun juga sakit seperti apa pun tetap Nabi kita akan berusaha untuk pergi ke masjid.

Cuba kita tanyakan kepada diri peribadi kita masing-masing. Kalaulah seandainya pada waktu kita muda dan sihat sahaja kita tidak langsung ada perasaan, keinginan untuk ke masjid. Susah untuk nak sembahyang di masjid. Susah nak hadir dengar majlis ilmu. Agak-agaknya pada waktu kita tua dan sakit nanti senang tak kita nak ke masjid?

Pada waktu itu kemampuan kita pun sudah terbatas. Tulang-tulang, sendi-sendi kita tidak kuat mana. Tak boleh duduk lama-lama mana. Sakit semuanya. Mata kita, penglihatan kita pun sudah kurang pandangannya, kabur-kabur jadinya. Telinga kita, pendengaran kita pun sudah tak jelas mana. Ingatan kita pun sudah tidak kuat mana. Semuanya sudah terbatas!! Jadi masjid ini bukannya tempat untuk kita pergi bila kita dah tua, bila kita dah pencen, bila kita dah sakit, bila kita dah tak ada nak buat apa-apa. Tak!!!!

Tidak kira yang tua ataupun juga muda. Tidak kira kaya ataupun juga miskin. Masjid ini adalah tempat untuk kita semua beribadah. Tempat untuk kita meraih rahmat Allah, limpahan anugerah, kurniaan pengampunan daripada Allah. Tempat untuk mengabdikan diri kita, ubudiyah kita kepada Allah Jalla Wa’Ala untuk kita mencari, meraih dan mendapatkan keredhaan Allah Jalla Wa’Ala.

Jadi jangan sampai hati kita terhijab langsung tidak nampak akan kebesaran Allah. Hati kita terhalang, terhijab, tertutup daripada melihat akan keindahan Rumah Allah. Kaki kita tidak dapat digerakkan, menjadi kaku untuk menuju ke Rumah Allah.

Tak akan kita boleh untuk pergi jauh selain ke masjid sehingga kita mampu pergi ke seluruh dunia untuk bercutinya ataupun juga untuk ke kenduri kahwinnya ataupun juga untuk ke kenduri kesyukurannya ataupun juga hari ulangtahunnya ataupun juga majlis-majlis seumpamanya tapi ternyata kita tidak boleh mengerahkan tenaga dan juga menggunakan kemudahan yang Allah bagikan untuk kita datang ke Rumah Allah Jalla Wa’Ala.

Kalau kita tidak datang ke tempat kenduri kahwin, ke tempat saudara kita, kawan kita mengadakan kenduri kesyukurannya ataupun juga perasmian satu syarikat ataupun juga sesuatu majlis yang diadakan di situ. Itu tidak mendatangkan masalah kepada kita. Kenapa? Sebab ada di antaranya itu adalah semata-mata kerana urusan duniawi.

MashaAllah Tabarakallah!!! Sementara dengan kita datang menuju ke Rumah Allah Jalla Wa’Ala untuk melaksanakan sembahyang 5 waktu, untuk kita duduk beriktikaf, duduk baca Quran, duduk berzikir, duduk untuk berada di dalam majlis ilmu mendengarkan kata-kata nasihat dan mendapatkan panduan dan bimbingan di dalam agama.

Itu semua justeru adalah bekalan yang akan kita bawa bersama kita ke dalam kubur. Yang juga bekalan yang akan bersama kita pada waktu kita di Hari Akhir dihimpunkan di Alam Mahsyar. Bekalan kita untuk kita menyeberangi Siratul Mustaqim pada waktu kita untuk masuk ke dalam Syurganya Allah Jalla Wa’Ala.

Kenapa itu tidak kita fikirkan? Kerana yang tidak ada pada diri kita pada sekarang ini bukan duitnya, bukan politiknya, bukan kesejahteraannya, bukan kemampuannya. Semuanya itu ada kita ada bahkan lebih daripada cukup cuma yang kita tidak miliki itu adalah keyakinannya sehingga kita tidak merasa yakin dengan balasan-balasan daripada Allah Jalla Wa’Ala, kita tidak menyakini dengan janji-janji yang dijanjikan oleh Allah Jalla Wa’Ala melalui apa yang disampaikan melalui lisannya Sayyiduna Rasulullah ﷺ.

#MutiaraKata[TUAN GURU SYEIKH MUHAMMAD NURUDDIN MARBU AL-BANJARI AL-MAKKI HAFIDZOHULLAH]

#thecapal

FB: The Capal
— with Hareem Najma and Kurniakhadijah

17 July 2017 Posted by | Politik dan Dakwah, Tazkirah | Leave a comment

Punca kebanyakan masalah manusia

(Oleh Ustaz Pahrol Mohamad Juoi)

Punca kebanyakan masalah manusia ialah sifat takbur dan hasad. Takbur kerana merasa dirinya lebih baik dan menghina orang lain. Hasad kerana tidak suka melihat orang lain mendapat nikmat dan ingin nikmat itu hilang daripada orang itu.
Iblis jadi takbur, apabila mempersoalkan mengapa Adam yang terpilih untuk dihormatinya sedangkan dia merasakan dirinya lebih baik kerana diciptakan dari api.
Dan Iblis hasad terhadap Adam yang dilantik menjadi khalifah sehingga dia derhaka kepada Allah yang ditaatinya sekian lama.
Iblis bukan tidak kenal Allah, bahkan dia begitu lama dan banyak beribadah, tetapi kerana takbur dan hasad akhirnya dia derhaka jua kepada Allah.
Ada ‘keredhaanNya’ yang diletakkan Allah pada Adam untuk diraih oleh Iblis. Iblis hanya perlu sujud hormat tetapi dia tetap enggan kerana lebih rela sujud kepada takbur dan hasadnya.
Sekiranya Iblis rela sujud kepada Allah kerana cintanya kepada Allah tentu dia diredhai. Malang…takbur mengatasi cintanya. Takburnya kepada Adam lebih besar daripada cintanya kepada Allah.
Begitulah…ibrahnya. Jika ada cinta walau sebesar mana, tetapi jika takbur dan hasad di jiwa lebih besar daripadanya, maka cinta itu akan lebur dan terkubur jua!

17 July 2017 Posted by | Tazkirah | Leave a comment

Cara meninggalkan kejahatan

(Oleh Pahrol Mohamad Juoi)

Cara meninggalkan kejahatan ialah dengan lebih fokus melakukan kebaikan. Sering dipesankan, buatlah kebaikan sehingga kita penat untuk melakukan maksiat. Kejahatan terjadi kerana banyak masa dan tenaga yang tidak digunakan untuk melakukan kebaikan!

Tegasnya, cara meninggalkan kejahatan ialah dengan melakukan kebaikan. Di situlah letaknya hikmah para Syeikh yang meminta salik (murid) membanyakkan zikrullah dalam proses bermujahadah melawan nafsunya.

Cara mengurangkan masa menggunakan talipon bimbit ialah dengan membaca Al Quran.

Cara meninggalkan mengumpat ialah dengan berzikir dan berdakwah.

Cara mengusir buruk sangka kepada seseorang ialah dengan mendoakannya.

Cara menghilangkan rasa benci dan marahkan seseorang ialah dengan memaafkannya.

Cara mengusir kesedihan diri ialah dengan menggembirakan orang lain.

17 July 2017 Posted by | Tazkirah | Leave a comment

JANGAN KAMU TINGGALKAN WIRID SELEPAS SEMBAHYANG FARDHU

Jangan kita cacatkan, rugikan amal ibadah kita yang mana dalam sembahyang kita disunatkan mengangkat tangan pada 4 tempat tapi kita tak buat.
1)Tempat pertama diwaktu takbiratul ihram.

2)Pada waktu kita akan rukuk. Jangan langsung kita turun ke bawah rugi kita.

3)Angkat tangan pada masa i’tidal.

4)Kita akan angkat tangan kita diwaktu kita bangkit daripada tasyahud awal atau daripada rakaat kedua menuju rakaat ketiga.

Setiap kali selepas sembahyang fardhu. Jangan sesekali kita lupa untuk baca wirid yang dimulai dengan istighfar sekurang-kurangnya 3 kali. Setelah itu sebelum mengubah duduk iftirasy ataupun duduk tahiyat akhir kepada duduk biasa.

Jangan lupa untuk membaca “Laa Ilaha Illallaahu Wahdahuu Laa Syarikalah, Lahul Mulku Wa Lahul Hamdu Yuhyii Wa Yumiitu Wahuwa Alaa Kulli Syai’in Qadiir.”

Secara sunnahnya 10 kali selepas maghrib dan juga selepas subuh yang dengan balasannya itu adalah perlindungan, pemeliharaan, kita akan mendapat pagar, jati diri daripada godaan syaitan yang terkutuk, terelak dari diri kita daripada godaannya dan terjaga diri kita sepanjang waktu.

Kita nak balasan yang dijanjikan oleh Nabi kita dengan membaca “Allahumma Ajirni Minan Naar.”

Secara sunnahnya sebanyak 7 kali setiap kali selepas maghrib dan juga selepas subuh maka yang saat seseorang itu meninggal dunia pada hari itu maka Allah akan bebaskan dirinya daripada Api Neraka.

Akan ditulis kebebasan dirinya daripada Api Neraka dibaca diwaktu subuh kalau dia meninggal di siang harinya. Dibaca selepas maghrib kalau dia meninggal pada malam harinya kebebasan diri daripada Api Neraka itu sudah kita dapatkan.

Kemudian ketika nak dibaca “Allahumma Antas Salaam Wa Minkas Salam Wa Ilayka Ya ‘Udussalam Fahaiyina Rabbana Bissalam Wa Adkhilnal Jannata Daaras Salaam Wa Tabaarakta Rabbanaa Wa Ta’aalaita Yaa Dzaljalaali Wal Ikraam.”

Barulah Imam dibenarkan untuk mengubah kedudukan posisi duduknya mengadap separuh badan ke kanan ataupun juga mengadap sepenuhnya badannya ke arah makmum. Manakala makmum tetap terus mengadap ke arah kiblat.

Setelah itu barulah kita membaca surah Al-Fatihah dan ingatlah jangan kita malas, lupa dan tak nak untuk membaca Ayatul Kursi setiap kali selepas sembahyang fardhu kerana kelebihannya yang besar. Ayat Kursi ini adalah tiket kita untuk nak masuk Syurga. Menurut riwayat hadis “Tiada apa yang dapat menghalangi orang yang membacanya untuk masuk Syurga kecuali mati.”

Kemudian dibaca selepas itu tasbih (Subhanallah 33 kali), tahmid (Alhamdullilah 33 kali) dan takbir (Allahu Akbar 33 kali). Janganlah kita malas untuk nak mengira bilangan tasbih 33 kali tahmid 33 kali dan takbir 33 kali. Kalau kita ikut Imam dan imam tidak membacanya cukup bilangannya. Bererti kita sudah mengalami suatu kerugian yang sangat besar. 1 ucapan subhanallah itu lebih berat daripada dunia dan seisinya.

Jadi jangan sampai kita rugi di situ kerana kita malas untuk nak membacanya, malas untuk nak mengiranya. Jadi semuanya 99 kali jumlahnya yang mesti kita baca setiap kali setiap selesai sembahyang fardhu kita.

Kemudian dibaca “Allahu Akbar Kariiran Wal Hamdulillahi Katsiiran Wasubhaanallaahi Bukratan Wa Ashiilaa. Laailaaha Illallaahu Wahdahuu Laa Syariikalah Lahul Mulku Wa Lahul Hamdu Yuhyi Wa Yumiitu Wa Huwa Alaa Kulli Syai’in Qadiir.”

Bagaimana kira-kira kalau kita tak dan membacanya? Bagaimana kira-kira kalau imam tidak memimpin kita untuk membacanya? Bererti itu merugikan kita. Rugi besar bukan setakat dengan lamborghini, bukan setakat dengan sebuah banglo, bukan hanya setakat dengan harta yang mewah tetapi dunia dengan segala isi-isinya kerugian yang menimpa kepada kita masih belum mampu membayar kerugian yang saat ketika kita tidak mengikuti pedoman sunnah yang disunnahkan oleh Baginda Rasulullah ﷺ.

Kalau saat ketika waktu solat dan selepas solat pun kita tak mampu untuk nak luangkan sedikit waktu kita untuk berzikir ingat kepada Allah. Agak-agaknya waktu bilakah kita akan ingat kepada Allah? Bila dah diluar solat agak-agak kita ingat Allah ataupun tidak?

#MutiaraKata[TUAN GURU SYEIKH MUHAMMAD NURUDDIN MARBU AL-BANJARI AL-MAKKI HAFIDZOHULLAH]

#thecapal

FB: The Capal

17 July 2017 Posted by | Bicara Ulama, Ibadah, Tazkirah | Leave a comment

   

%d bloggers like this: