Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

SUKAKAH KAMU DIKENCING OLEH SYAITAN?

Solat yang paling afdal setelah solat wajib adalah solat malam yakni solat tahajud ataupun solat yang mana dilakukan pada waktu malam hari. Syaitan mengikatkan simpul di belakang badan seseorang jika ia tidak bangun mengerjakan solat malam.
Diriwayatkan daripada Saidina Abu Hurairah Radhiyallahu’Anhu. Rasulullah ﷺ bersabda “Pada saat kamu tidur, syaitan mengikatkan 3 simpul pada bahagian belakang kepalamu.” Pada setiap simpul itu dibacakan kata-kata berikut yakni mantera/jampi syaitan. Macam mana diikatkan? Dengan apa diikatkan?

Bomoh itu tukang sihir itu bilamana ingin melakukan sihir ia akan meletakkan sesuatu dan diikat. Lebih kurang itu syaitan jampinya. Syaitan mengikat sesuatu yang ikatan itu adalah simpul kepada sesuatu yang diikat akan menjadi ketat yang di dalam tak boleh keluar dan yang di luar tak boleh masuk.

Diikatkan di belakang kepala supaya otak berfikir malam masih panjang maka diikat. Kalau malam panjang tidurnya lagi panjang juga. Tak cukup 1 ikatan di bagi lagi 2 ikatan lagi yang mana setiap ikatan itu dikatakan panjang lagi waktu malam, masih panjang diikat.

Itu adalah bisikan syaitan yang mana perkara ikatan syaitan adalah simbolik kepada usaha syaitan menganggu bisikan melalui belakang kepala yang mana merupakan tempat, bahagian penting manusia.

Kata Baginda Rasulullah ﷺ “Syaitan mengikatkan 3 simpul di bahagian belakang kepala. Di setiap simpul dibacakan malam masih panjang maka teruskanlah tidur kamu.” Yakni bilamana kita nak bangkit, kita terasa lamanya nak masuk waktu subuh jadi kita baring balik sehingga kita tak sedarkan diri dan kita bangkit waktu dah azan maka dah terlepas untuk solat malam.

Baginda Rasulullah ﷺ
mengajar kita cara untuk membuka 3 ikatan sampul syaitan ini.

1)Apabila kamu bangun mengingati Allah dan membaca doa bangun tidur maka simpul pertama lepas.

2)Apabila orang itu berwudhuk maka simpul kedua lepas.

3)Apabila dia menunaikan solat maka simpul yang ketiga lepas.

Dan pada pagi harinya waktu subuh dia akan bangun dengan semangat dan suasana hati yang tenang. Sebaliknya sekiranya tidak melakukan begitu yakni tidak bangkit mengingati Allah maka ikatan itu kekal
berada di belakang kepalanya. Ianya akan bangun dalam suasana hati yang buruk dan juga malas.

(Allah!! Kita ini biasa bangun tidur handphone yang kita ingat dulu yang kita cari dulu, tidak berwudhuk, selalu lupa nak bersiwak dan tidak menyegerakan solat. Malas dan susah nak ingat Allah, malas dan suka nak tangguh-tangguh solat, malas nak berzikir, malas nak berselawat dan melakukan amal ketaatan kepada Allah.)

Dikatakan orang yang terlepas bangun subuh sementara dia mampu untuk bangun MAAF CAKAP!!! SYAITAN TELAH KENCING PADANYA!! Kalau sehari tak apa tapi kalau setiap hari bagaimana? Jangan jadikan diri kita seperti tandas bagi syaitan, dikencing oleh syaitan.

Sudahlah taat dengan bisikan syaitan. Selepas itu mendapat penghinan pula dikencing oleh syaitan. Alangkah hinanya orang itu di mata syaitan sendiri. Apatah lagi di sisi Allah سبحانه وتعالى.

Ketahuilah yang PALING BERAT bagi ORANG MUNAFIK itu adalah MENUNAIKAN SOLAT ISYAK dan SUBUH. Sesungguhnya orang munafik itu ditempatkan pada tingkatan yang paling bawah dari Neraka.

Nauzubillah min zalik!!! Semoga kita semua tidak tergolong dalam golongan orang munafik yang berat menunaikan solat fardhu isyak dan subuh dan moga-moga kita tidak akan terus membiarkan diri kita lalai dengan bisikan syaitan, kerap dikencing oleh syaitan.

#MutiaraKata[HABIB ALI ZAENAL ABIDIN BIN ABU BAKAR AL-HAMID HAFIDZOHULLAH]

Facebook : The Capal
Instagram : The Capal

Advertisements

5 July 2017 - Posted by | Tazkirah

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: