Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

DDR JOHARI BIN MAT MENDAKWA BAHAWA MENADAH TANGAN KE LANGIT ITU ADALAH DALIL MENUNJUKKAN ALLAH BERADA DI ATAS ARASY (SIRI 

Telah sampai kepada kami ucapan Dr Johari bin Mat yang kami mendapatinya penuh dengan penyelewengan akidah. Malah ucapannya jelas bertentangan dengan akidah majoriti umat Islam dalam pelbagai zaman sama ada salaf ataupun khalaf.
Merujuk kepada suatu rakaman video di laman sesawang Youtube di bawah tajuk _“Aqidah Asma’ & Sifat Allah”_ [diterbitkan pada 25 Januari 2015 oleh penama Kuliah Sunnah Kelantan] diambil pada 20 Jun 2017 ketika membicarakan tentang sifat _al-uluww_ dan _al-istiwa’_, Dr Johari Bin Mat mengatakan pada minit 42:04 / 1:05:30 ketika menyandarkan perkataan ini kepada al-Imam Abul-Hasan al-Asy^ari secara bohong dan dusta [sambil melihat pada laptop]:
_“Kemudian dalil akal. Akal nak mikir lagu mano?”. Dia kata: “Kami lihat semuo orghe Isle angkat tange mereka apabila mereka berdoa ke arah langit, semua orang angkat tangan lagu tuh [lalu diisyaratkan kedua tangannya mengadap ke langit]. Bakpo angkat tangan lagu tuh?” Dia kata: “Kerana Allah ta^ala Allah ^azza wa jalla ada istiwa’ di atah Arasy. Arasy ini atah lagi dari langit-langit. Sekiranya Allah ta^ala tidak atah Arasy maka sudah tentu orang yang berdoa semua tidak akan angkat tangan dio ke arah langit. Tidak akan tadoh tangan gituh [dia mengisyaratkan kedua tangannya mengadap ke langit]. Sebagaimana mereka tidak buat lah ke bawah gituh [tidak mengarahkan kedua tangan ke arah bawah]. Ada ko oghe tadoh tangan ke bawah gituh [dia mengisyaratkan kedua tangannya mengadap ke bawah bumi]? …Tak dok.. Ini dalil akal. Akal boleh mikir bakpo oghe angkat tangan tadoh ke langit kalu Allah tidak dok alik atah Arasy sepertimana orang tidak buat lagu tuh [lalu dia mengisyaratkan kedua tangannya mengadap ke bawah bumi] kerana Allah tidak duduk di tempat tuh [baginya Allah duduk di langit bukan di bumi]”._ Intaha secara ringkas.
Pendapat Dr Johari ini selari dengan kalam Ibn Taimiyyah terutama teksnya yang asal yang dalam bahasa Arab. Bahkan, ini adalah nas kata-kata Ibn Taimiyyah tanpa ada sedikit perubahan pada teks asalnya sebagaimana terdapat di dalam kitab _Majmū^ul-Fatāwā_ (j. 5, hlm. 68) Ibn Taymiyyah mengatakan :
ورأينا المسلمين جميعًا يرفعون أيديهم إذا دعوا نحو السماء، لأن الله عز وجل مستو على العرش، الذي هو فوق السموات، فلولا أن الله عز وجل على العرش لم يرفعوا أيديهم نحو العرش، كما لا يحطونها إذا دعوا نحو الأرض. اهـ
_“Kami telah melihat umat Islam keseluruhannya mengangkat tangan mereka apabila berdoa ke arah langit kerana Allah berada di atas Arasy yang terletak di atas melebihi tujuh petala langit. Jika Allah ta^ala tidak berada di atas Arasy sudah tentu mereka tidak akan mengangkat tangan-tangan mereka ke arah Arasy sebagaimana mereka tidak menghadapkannya ke arah bumi apabila mereka berdoa”_. Intaha.
Bahkan jika diteliti maka cara susunan dalil-dalil yang disebut oleh Dr Johari bin Mat persis sama seperti yang terdapat di dalam kitab _Majmū^ul-Fatāwā_ karangan Ibn Taimiyyah.
Ibn Tamiyyah ini sebagaimana disebut oleh Tuan Guru al-Syaikh ^Uthman Jalalud-Din Penanti al-Kelantani di dalam kitab beliau _Matōli^ul-Anwār wa Majāmi^ul- Azhār_ (hlm. 177 – 178):
_”Benih yang kedua yang menfasad [merosak] akan agama dan iaitulah Ibn Taimiyyah dan tiada kami memanjangkan pada menyatakan sifatnya dan kelakuannya….maka sungguhnya telah tahqiq oleh bid’ah Ibn Taimiyyah yang sesat [telah pasti penyelewengan Ibn Taimiyyah yang sesat] dan telah keluarnya daripada segala kaedah-kaedah bagi hukum syariat yang mulia yang telah menghantar akan dia oleh segala imam yang besar-besar yang telah mengaku dan menetap oleh beberapa puluh ribu ulama yang besar-besar daripada salaf dan khalaf di atas betul bagi sekalian kaedah-kaedah bagi agama itu dan iaitu yang diambil daripada al-Quran dan Hadith._
_Berkata Syaikh Ibn Hajar [al-Haitami] maka tahqiqlah bahawa Ibn Taimiyyah itu bid’ah yang sesat dengan saksi daripada segala ulama yang bersuatu kurunnya [ulama yang sezaman dengannya] dan daripada ahli yang bersuatu masanya yang mendapat tahqiq oleh sekalian mereka itu akan bahawa Ibn Taimiyyah itu telah keluar daripada segala kaedah-kaedah yang undang-undang syariat yang telah IJMAK oleh sekalian mereka itu atas yang demikian itu daripada beberapa banyak bilangan-bilangan daripada ahli ilmu yang takut akan Allah lagi yang kepercayaan. Dan setengah daripada mereka itu yang semasa dengan Ibn Taimiyyah itu orang-orang yang mendengar ia sendiri daripada Ibn Taimiyyah itu akan beberapa perkataannya yang cenderung ia lagi yang keluar ia dengannya daripada segala kaedah-kaedah dan undang-undang syariat yang mulia”._ Intaha.
*Maklumat tambahan:* Tuan Guru al-Syaikh ^Uthman Jalalud-Din Penanti al-Kelantani adalah seorang daripada kalangan ulama Kelantan yang belajar di Mekah. Beliau adalah anak murid kepada Tok Kenali. Beliau meninggal dunia pada tahun 1371 H di Mekah.
Sanggahan:
Ketahuilah wahai Dr Johari bahawa para ulama menyebutkan bahawa umat Islam yang berdoa lalu menghadapkan kedua-dua tangannya ke arah langit adalah kerana langit itu kiblat bagi doa bukan kerana Allah ta^ala berada di langit atau duduk di atas Arasy sebagaimana orang-orang yang bersolat menghadapkan diri mereka ke Kaabah, hal tersebut bukan kerana Allah ta^ala berada di dalam Kaabah tetapi kerana Kaabah adalah kiblat bagi solat.
Al-Imām Abū Manṣūr Muĥammad ibn Muĥammad al-Maturīdī al-Ĥanafī (w. 333 H) – Imam Ahlis-Sunnah wal-Jama^ah dalam kalangan salaf – menyebutkan dalam sebuah karyanya _al-Tauĥīd_ (Dār al-Jami^āt al-Miṣriyyah- al-Iskandariyyah, hlm. 45 – 46):
وَأما رفع الْأَيْدِي إِلَى السَّمَاء فعلى الْعِبَادَة، وَللَّه أَن يتعبد عباده بِمَا شَاءَ ويوجههم إِلَى حَيْثُ شَاءَ وَإِن ظن من يظنّ أَن رفع الْأَبْصَار إِلَى السَّمَاء لِأَن الله من ذَلِك الْوَجْه إِنَّمَا هُوَ كظن من يزْعم أَنه إِلَى جِهَة أَسْفَل الأَرْض بِمَا يضع عَلَيْهَا وَجهه مُتَوَجها فِي الصَّلَاة وَنَحْوهَا وكظن من يزْعم أَنه فِي شَرق الأَرْض وغربها بِمَا يتَوَجَّه إِلَى ذَلِك فِي الصَّلَاة أَو نَحْو مَكَّة لِخُرُوجِهِ إِلَى الْحَج، جلّ الله عَن ذَلِك. اهـ
_”Adapun mengangkat tangan ke arah langit ketika berdoa maka hal itu sebagai salah satu bentuk ibadah kepada-Nya [bukan bererti Allah ta^ala berada di langit]. Allah berhak memilih cara apapun untuk dijadikan cara beribadah untuk para hamba kepada-Nya, juga Allah berhak menyuruh mereka untuk menghadapkan diri ke arah manapun [untuk mereka beribadah kepada-Nya]. Jika seseorang menyangka atau berkeyakinan kononnya mengangkat tangan dalam berdoa ke arah langit kerana Allah berada di arah sana, maka ia sama sahaja dengan orang yang berkeyakinan bahawa Allah berada di arah bawah kerana ketika di dalam solat, wajah seseorang dihadapkan ke arah bumi, atau sama sahaja dengan orang yang berkeyakinan bahawa Allah ada di arah Barat atau di arah Timur mengikut arah kiblatnya masing-masing dalam solat, atau juga sama sahaja orang tersebut dengan yang berkeyakinan bahawa Allah berada pada arah Makkah kerana manusia dari pelbagai penjuru yang hendak melaksanakan haji menuju ke arah Makkah tersebut. Sedangkan Allah ta^ala itu maha suci daripada keyakinan seperti itu”._ Intaha secara ringkas.
Al-Imam al-Nawawi (w. 676 H) antara ulama yang terkenal menyebutkan dalam sebuah karyanya _Syarĥ al-Nawawi ^alā Șaĥīĥ Muslim_ (Dār Iĥyā’ al-Turāth al-^Arabī, Beirut – Lubnan, cet. 2, 1392 H, j. 5, hlm. 24):
إِنَّ الْخَالِق الْمُدَبِّر الْفَعَّال هُوَ اللَّه وَحْده، وَهُوَ الَّذِي إِذَا دَعَاهُ الدَّاعِي اِسْتَقْبَلَ السَّمَاء كَمَا إِذَا صَلَّى الْمُصَلِّي اِسْتَقْبَلَ الْكَعْبَة. وَلَيْسَ ذَلِكَ؛ لِأَنَّهُ مُنْحَصِر فِي السَّمَاء كَمَا أَنَّهُ لَيْسَ مُنْحَصِرًا فِي جِهَة الْكَعْبَة، بَلْ ذَلِكَ لِأَنَّ السَّمَاء قِبْلَة الدَّاعِينَ، كَمَا أَنَّ الْكَعْبَة قِبْلَة الْمُصَلِّينَ. اهـ
_”Sesungguhnya Pencipta dan Pentadbir lagi yang maha melakukan apa yang dikehendaki hanyalah Allah ta^ala Yang Maha Esa, Dia adalah Tuhan yang apabila seorang berdoa kepada-Nya, orang itu akan menghadapkan (tapak tangan) ke langit sebagaimana seorang yang melakukan solat dia akan menghadapkan dirinya ke arah Kaabah. Bukanlah perkara tersebut bermakna Allah ta^ala berada di langit sebagaimana juga Allah ta^ala tidak berada pada arah Kaabah bahkan kerana langit itu adalah kiblat bagi orang yang berdoa sebagaimana Kaabah adalah kiblat bagi orang yang bersolat”_. Intaha.
Al-Ĥāfiż al-Muĥaddith al-Syaikh al-Sayyid Aĥmad ibn Muĥammad bin al-Şiddīq al-Ghumari al-Maghribi al-Ĥasani (w. 1380 H) – seorang ulama hadith yang terkenal – menyebutkan dalam sebuah karyanya _al-Minatul-Maţlūbah_ (hlm. 62):
فإن قيل إذا كان الحق سبحانه ليس في جهة فما معنى رفع اليدين بالدعاء نحو السماء؟ فالجواب: أنه محل التعبد، كاستقبال القبلة في الصلاة، وإلصاق الجبهة في الأرض في السجود، مع تنزهه سبحانه عن محل البيت ومحل السجود، فكأن السماء قبلة الدعاء. اهـ
_”Sekiranya ditanya: Jika Allah ta^ala tidak berada di suatu arah, maka apakah makna perbuatan mengangkat kedua tangan untuk berdoa ke arah langit?! Maka jawabnya: Sesungguhnya langit itu tempat seseorang melakukan ibadah sepertimana perbuatan menghadapkan diri ke arah kiblat ketika solat dan sepertimana perbuatan menempelkan dahi ke lantai bumi ketika sujud padahal Allah ta^ala maha suci daripada berada di dalam Baitullah (Kaabah) dan daripada berada di tempat sujud. Justeru langit adalah kiblat bagi doa”._ Intaha.
Al-Ĥāfiż Ibn Ĥajar al-^Asqalānī al-Syāfi^ī al-Asy^arī (w. 852 H) di dalam kitabnya _Fatĥul-Bārī Syarĥ Șaĥīĥ al-Bukhāri (j. 3, hlm. 113) mengatakan:
السَّمَاءَ قِبْلَة الدُّعَاء كَمَا أَنَّ الْكَعْبَةَ قِبْلَة الصَّلَاةِ. اهـ
_“Langit adalah kiblat bagi doa sebagaimana kaabah adalah kiblat bagi solat”._ Intaha.
Ibn Jahbal berkata ketika membantah kitab _al-^Aqīdah al-Ĥamawiyyah_ karangan Ibn Taimiyyah:
ورفع الأيدي إلى السماء لأجل أن السماء منـزل البركات والخيرات ولأن الأنوار إنما تتنـزل منها والأمطار وإذا ألف الإنسان حصول الخيرات من جانب مال طبعه إليه فهذا المعنى هو الذي أوجب رفع الأيدي إلى السماء قال الله تعالى [وفي السماء رزقُكم وما توعدون ].اهـ.
_“Mengangkat tangan ke arah langit adalah kerana langit adalah tempat turun keberkatan-keberkatan dan kebaikan-kebaikan serta kerana cahaya-cahaya juga turun daripadanya begitu juga hujan-hujan. Apabila manusia biasa memperolehi kebaikan-kebaikan daripada arah langit itu maka tabiat dirinya cenderung kepadanya. Inilah makna yang menyebabkan seseorang mengangkat tangan-tangan ke arah langit. Allah ta^ala berfirman dalam surah al-Dhāriyyāt, ayat 22 yang mafhumnya: “Dan di langit terdapat (sebab-sebab) rezekimu dan terdapat pula apa yang dijanjikan kepadamu”._ Intaha.
Al-Ĥāfiż al-Mufassir al-Imam al-Qurţubī seorang ahli tafsir yang terkenal menyebutkan di dalam kitabnya _Tafsir al-Qurţubī (j. 2, hlm. 216):
وإنما ترفع الأيدي بالدعاء إلى السماء لأن السماء مهبط الوحي، ومنـزل القطر، ومحل القدس، ومعدن المطهرين من الملائكة، وإليها ترفع أعمال العباد، وفوقها عرشه وجنته؛ كما جعل الله الكعبة قبلة للدعاء والصلاة، ولأنه خلق الأمكنة وهو غير محتاج إليها، وكان في أزله قبل خلق المكان والزمان. ولا مكان له ولا زمان. وهو الآن على ما عليه كان.اهـ
_“Sesungguhnya diangkat tangan-tangan ketika berdoa ke arah langit kerana langit adalah tempat turunnya wahyu, tempat turunnya titisan hujan, tempat kesucian, tempat golongan yang suci dalam kalangan malaikat, dan kepadanya (langit) diangkat amalan-amalan hamba, di atas langit pula ada Arasy dan syurga milik-Nya, sebagaimana Allah taala menjadikan kaabah itu sebagai kiblat bagi doa dan solat. Kerana Dialah yang menciptakan segala tempat dan Dia tidak berhajat kepadanya (tempat-tempat). Allah taala telah ada pada azal sebelum menciptakan tempat dan masa, tanpa tempat dan tanpa masa. Dia sekarang kekal sepertimana sifatnya yang azal, ada-Nya tanpa bertempat”_. Intaha.
Al-Syaikh al-Mullā ^Ali al-Qārī dalam kitabnya _Syarĥ al-Fiqh al-Akbar_ (hlm. 172) berkata:
السماء قبلة الدعاء بمعنى أنها محل نزول الرحمة التي هي سبب أنواع النعمة، وهو مُوجِب دفع أصناف النقمة … وقد ذكر الشيخ أبو المعين النسفي إمام هذا الفن في التمهيد له من أن المحققين قرّروا أن رفع الأيدي إلى السماء في حال الدعاء تعبّد محض.اهـ
_“Langit adalah kiblat bagi doa dengan makna langit itu sebagai tempat turunnya rahmat yang merupakan sebab turunnya pelbagai nikmat dan ia menjadi sebab penolakkan pelbagai bala… Al-Syaikh Abul-Mu^īn al-Nasafī yang merupakan imam dalam ilmu ini dalam kitabnya al-Tamhid menyebutkan bahawa golongan ulama muhaqqiqun menetapkan bahawa mengangkat tangan ke langit ketika berdoa itu adalah semata-mata cara beribadah [bukan kerana Allah berada di langit]”._ Intaha.
Al-Syaikh Abul-Mu^īn al-Nasafī al-Ĥanafī juga menyebutkan perkara ini secara panjang lebar dalam kitabnya _Tabṣiratul-Adillah_ (hlm. 181-182).
Al-Imam al-Ghazālī berkata di dalam kitabnya _al-Iqtiṣād fi al-I^tiqād_ (hlm. 14):
فكذلك السماء قبلة الدعاء، كما أن البيت قبلة الصلاة. اهـ
_”Begitu juga langit adalah kiblat bagi doa sebagaimana Baitullah (Kaabah) adalah kiblat bagi solat”_. Intaha.
Dalam kitab beliau _Iĥyā’ ^Ulūmid-Dīn_, al-Imam al-Ghazali menyebutkan:
فأما رفع الأيدي عند السؤال إلى جهة السماء لأنها قبلة الدعاء. وفيه أيضا إشارة إلى ما هو وصف للمدعو من الجلال والكبرياء تنبيها بقصد جهة العلو على صفة المجد والعلاء، فإنه تعالى فوق كل مُوجَدٍ بالقهر والاستيلاء. اهـ
_“Adapun perbuatan mengangkat tangan ketika memohon doa ke arah langit kerana langit adalah kiblat bagi doa. Padanya juga terdapat isyarat sifat kemuliaan dan keagungan kepada Allahyang dimohonkan doa kepadanya sebagai ingatan agar memaksudkan arah atas itu sebagai sifat kemuliaan dan ketinggian (ketinggian martabat Allah ta^ala). Sesungguhnya Allah ta^ala maha tinggi pada hambanya dengan makna memerintah dan menguasai”_. Intaha.
Al-Ĥāfiż al-Lughawi Murtaďā al-Zabīdī seorang ahli hadith yang terkenal berkata dalam kitabnya _Itĥāfus-Sādatil-Muttaqin_ (j. ?, hlm. ?):
والله تعالى منزه عن الجسمية، ولا يحل فيه شيء تعالى وتقدس عن أن يحويه مكان فيشار إليه، أو تضمه جهة، وإنما اختصت السماء برفع الأيدي إليها عند الدعاء، لأنها جعلت قبلة الأدعية، كما أن الكعبة جعلت قبلة للمصلي يستقبلها في الصلاة، ولا يقال إن الله في جهة الكعبة.اهـ
_“Allah taala maha suci daripada berjisim, tidak ada sesuatupun yang menyerap pada-Nya. Maha suci Allah daripada diliputi oleh tempat lalu diisyaratkan kepadanya atau terkandung Dia pada sebarang arah. Sesungguhnya dikhususkan langit dengan mengangkat tangan-tangan ke arahnya kerana dijadikan langit itu sebagai kiblat bagi doa sebagaimana dijadikan Kaabah itu kiblat bagi orang yang bersolat, orang yang bersolat menghadapkan diri kepadanya dalam solat. Tidak boleh dikatakan bahawa Allah ta^ala itu berada di arah Kaabah”._ Intaha.
Al-Imām Abū Sa^īd al-Mutawallī dalam kitabnya _al-Ghunyah fī Uṣūlid-Dīn_ (hlm. ?) menyebutkan:
فرفع اليد إلى السماء ليس لأن الله تعالى في مكان ولكن لأن السماء قبلة الدعاء كما أن الكعبة قبلة الصلاة في حال القيام، والأرض قبلة في حال الركوع والسجود وليعلم أن الله تعالى ليس في الكعبة ولا في الأرض. اهـ
_”Maka mengangkat tangan ke arah langit bukan kerana Allah ta^ala berada di tempat tetapi kerana langit itu adalah kiblat bagi doa sebagaimana kaabah adalah kiblat bagi solat ketika orang yang bersolat dalam keadaan berdiri, bumi pula adalah kiblat orang yang bersolat dalam keadaan rukuk dan sujud. Ketahuilah bahawa Allah ta^ala tidak berada di dalam Kaabah dan tidak pula berada di bumi”._ Intaha.
Di dalam kitab _al-Musāmarah¬_ (hlm. ?) karangan al-Kamāl ibn Abī Syarīf yang merupakan syarah atau huraian bagi kitab _al-Musāyarah_ karangan al-Kamāl ibn Humam ada menyebutkan:
فإن قيل فما بال الأيدي ترفع إلى السماء وهي جهة العلو أجيب بأن السماء قبلة الدعاء تستقبل بالأيدي كما أن البيت قبلة الصلاة يستقبل بالصدر والوجه، والمعبود بالصلاة والمقصود بالدعاء منـزه عن الحلول بالبيت والسماء. اهـ
_”Sekiranya dikatakan: Kenapa tangan-tangan itu diangkat ke arah langit yang merupakan arah atas? Maka dijawab kepadanya bahawa langit itu adalah kiblat bagi doa maka hendaklah dihadapkan ke arahnya dengan tangan-tangan sebagaimana Baitullah (Kaabah) adalah kiblat bagi orang yang bersolat maka dihadapkan ke arahnya dengan dada dan wajah. Tuhan yang disembah dengan melakukan solat kepadanya dan Tuhan yang dimaksudkan apabila seseorang berdoa itu adalah maha suci daripada menyerap atau berada di dalam Baitullah (Kaabah) dan langit”_. Intaha.
Al-Muĥaddith al-Syaikh Muĥammad Zāhid al-Kauthari dalam ulasannya ke atas kitab _al-Saifuṣ-Șaqīl_ (hlm. ?) menyebutkan:
لكن رفعهم الأيدي إلى السماء ليس فيه شىء من الدلالة على استقرار وجود ذاته في السماء وإنما ذلك لمجرد أن السماء قبلة الدعاء ومنزل الأنوار والأمطار والخيرات والبركات [وفي السماء رزقكم وما توعدون]. اهـ
_“Tetapi mereka (orang-orang yang berdoa) mengangkat tangan ke arah langit itu maka tidak ada padanya suatu dalil pun yang menunjukkan wujudnya zat Allah ta^ala bertempat di langit tetapi perbuatan itu semata-mata menunjukkan bahawa langit itu adalah kiblat bagi doa dan tempat turunnya cahaya, hujan, kebaikan dan keberkatan. Allah ta^ala berfirman dalam surah al-Dhāriyyāt, ayat 22 yang mafhumnya: “Dan di langit terdapat (sebab-sebab) rezekimu dan terdapat pula apa yang dijanjikan kepadamu”._ Intaha.
Al-Syaikh Dahlan al-Kaderi dalam _Sirājut-Ţālibīn_ yang merupakan huraian bagi kitab _Minhājul-^Ābidīn (hlm. ?) menyebutkan:
والله تبارك وتعالى مُقدسٌ عن أن يحويه مكان فيشار إليه أو تضمه جهة، وإنما اختصت السماء برفع الأيدي إليها عند الدعاء لأنها جعلت قبلة الأدعية كما أن الكعبة جعلت قبلة للمصلي يستقبلها في الصلاة. اهـ
_“Allah ta^ala maha suci daripada meliputi tempat lalu diisyaratkan kepadanya atau terkandung Dia di suatu arah tertentu. Namun, dikhususkan langit dengan diangkat tangan-tangan ke arahnya ketika berdoa kerana langit adalah kiblat bagi doa sebagaimana kaabah adalah kiblat bagi orang yang bersolat, dia mengadapkan dirinya (ketika berdiri) ke arahnya ketika bersolat”_. Intaha.
Al-Hafiz al-^Abdari dalam kitabnya Izhar al-^Aqidah al-Sunniyyah (hlm. 128) menyebutkan:
ورفع الأيدي والوجوه إلى السماء تَعَبُّد مَحْضٌ كالتوجّه إلى الكعبة في الصلاة، فالسماء قِبلة الدعاء كالبيت الذي هو قِبلة الصلاة.اهـ
_“Mengangkat tangan-tangan dan muka-muka ke arah langit adalah cara beribadat semata-mata sepertimana menghadapkan diri ke kaabah di dalam solat. Maka solat itu adalah qiblat bagi doa sepertimana Baitullah (kaabah) merupakan kiblat bagi solat”_. Intaha.
Perkara yang sama juga disebut oleh para ulama muktabar Ahlis-Sunnah wal-Jama^ah seperti:
• Al-Mufassir Abū Ĥayyān al-Andalūsī dalam kitab tafsirnya _al-Baĥrul-Muĥīţ_.
• Al-Mufassir Fakhrud-Dīn al-Rāzī dalam dua kitabnya _al-Tafsīrul-Kabīr_ dan _Asāsut-Taqdīs_.
• Al-^Allāmah al-Qādī Abul-Faďl ^Iyāď al-Yaĥsabī dalam kitabnya Ikmālul-Mu^allim Syarĥ Șaĥīĥ Muslim.
• Al-Faqīh al-Muĥaddith Abul-^Abbās Aĥmad ibn ^Umar al-Qurţubī dalam kitabnya _al-Mufhim li-mā Asykala min Talkhīṣ Kitāb Muslim_.
• Badrud-Dīn al-^Ainī al-Hanafi dalam dua kitabnya _Sunan Abī Dāwūd bi-Syarĥ al-^Ainī_ dan _^Umdatul-Qārī Syarĥ Șaĥīĥ al-Bukhārī.
• dan ramai lagi.
Justeru pandangan Dr Johari bin Mat yang mengatakan perbuatan menadah tangan ke langit sebagai dalil menunjukkan Allah berada di langit atau duduk di atas Arasy adalah pandangan yang menyimpang daripada al-Quran, hadith, dan ijmak yang merupakan sumber utama akidah Islam, malah bercanggah dengan akal yang sahih.
Al-Quran: Allah ta^ala berfirman dalam surah al-Syūrā, ayat 11:
لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ
Mafhumnya: _“Tidak ada sesuatupun yang sama seperti Allah dan Dia tidak menyerupai sesuatupun daripada makluk-Nya dalam semua sudut”_.
Hadith: Rasulullah ﷺ bersabda:
كَانَ اللَّهُ وَلَمْ يَكُنْ شَيْءٌ غَيْرُهُ
Mafhumnya: _”Allah ada pada azali (kewujudan-Nya tanpa permulaan) dan tiada sesuatupun selain-Nya”_ [Diriwayatkan oleh al-Bukhāri, al-Baihaqī dan Ibnul-Jārūd).
Al-Ĥāfīż Abū Bakr al-Baihaqī (w. 458 H) antara ulama hadith yang terkenal menyebutkan di dalam kitabnya _al-Asmā’ waṣ-Șifāt_ (Dār Iĥyā’ al-Turāth al-^Arabī, Beirut, hlm. 400):
وَاستدلَّ بعضُ أصحابِنَا في نفيِ المكانِ عنه – تعالى – بقول النبيِّ صلى الله عليه وسلم: ((أنتَ الظاهرُ فليس فوقَك شئٌ وأنتَ الباطنُ فليسَ دونَك شئٌ)) (رواه مسلم) وإذا لم يكنْ فوقَه شئٌ ولا دونَه شئٌ لم يكنْ في مكانٍ . اهـ.
_”Sebahagian sahabat kami (ulama kami) dalam menafikan tempat bagi Allah mengambil dalil dari sabda Rasulullah ﷺ yang mafhumnya: “Engkau al-Żāhir (yang segala sesuatu adalah tanda-tanda bagi kewujudan-Nya kerana setiap sesuatu selain-Nya berhajat kepada Pencipta ) maka tidak ada sesuatu apapun di atas-Mu, dan Engkau al-Bāţin (yang tidak dapat digambarkan oleh akal fikiran) maka tidak ada sesuatu apapun di bawahmu”. [Diriwayatkan oleh Muslim dan selainnya]. Jika tidak ada sesuatu apapun di atas-Nya dan tidak ada sesuatu apapun di bawah-Nya maka bererti Dia ada tanpa tempat”_. Intaha.
Ijmak: Al-Imām Abū Manşūr ^Abdul-Qāhir ibn Țāhir al-Baghdādī (w. 429 H) dalam kitabnya _al-Farq baynal-Firaq_ (Dārul-Ma^rifah, Beirut, hlm. 333) menyebutkan:
وأجمعوا – أي أهل السنة والجماعة – على أنه – أي الله – لا يحويه مكان ولا يجري عليه زمان. اهـ
“Dan mereka – iaitu Ahlus-Sunnah wal-Jama^ah – berijmak (sepakat) bahawa Dia – iaitu Allah – tidak diliputi oleh suatu tempat dan tidak dilalui ke atas-Nya oleh peredaran masa”. Intaha.
Ini adalah nukilan ijmak daripada al-mam Abū Manşūr al-Baghdādī bahawa akidah Ahlis-Sunnah wal-Jama^ah adalah Allah ada tanpa tempat.
Selain beliau ijmak ini juga disebutkan oleh ramai ulama muktabar yang lain seperti:
• Seorang ahli tafsir terkenal al-Mufassir al-Syaikh Fakhrud-Dīn al-Rāzī (w. 606 H) dalam kitab tafsirnya _al-Tafsirul-Kabir_ (Dār Iĥyā’ al-Turāth al-^Arabī, j. 1, hlm. 4400).
• Al-Syaikh Imāmul-Ĥaramain Abul-Ma^ālī ^Abdul-Mālik ibn ^AbdiLlāh al-Juwainī al-Syāfi^ī al-Asy^ari (w. 478 H) menyebutnya _al-Irsyād ilā Qawāti^il-Adillah fī Uṣūlil-I^tiqād (Mu’assasah al-Kutub al-Thaqāfiyyah, Beirut, hlm. 58).
• Al-Syaikh Muĥammad Mayyārah al-Mālikī (w. 1072 H) menyebutnya di dalam kitabnya _al-Durruth-Thamīn wa Mauridul-Ma^īn_ yang merupakan syarah kepada _al-Mursyid al-Mu^īn ^ala al-Đarūrī Min ^Ulūmid-Dīn_ karangan al-Syaikh ^Abdul-Wāĥid ibn ^Āsyir al-Anṣāri al-Asy^arī al-Mālikī, (hlm. 30).
• Syaikh Jāmi^ al-Azhar al-Syaikh Salīm al-Bisyrī (w. 1335 H) menyebut ijmak ini sebagaimana dinukilkan oleh al-^Allāmah al-Muĥaddith al-Syaikh al-Qaďā^i al-^Azami al-Syāfi^ī dalam kitabnya _Furqānul-Qur’ān_ (Dār Iĥyā’ al-Turāth al-^Arabī, Beirut – Lubnan, hlm.74).
• Al-Syaikh Yūsuf al-Dijwī al-Miṣrī (w. 1365 H) menyebut ijmak ini dalam majalah _al-Azhar_ (Muharam 1357 H, j. 9, juzuk 1, hlm. 17).
• Al-^Allāmah al-Muĥaddith al-Syaikh al-Qaďā^i al-^Azami al-Syāfi^ī dalam kitabnya _Furqānul-Qur’ān_ (Dār Iĥyā’ al-Turāth al-^Arabī, Beirut – Lubnan, hlm. 93).
• Al-Muhaddith al-Syaikh Muĥammad ^Arabi al-Tabbān al-Mālikī al-Makkī menyebut ijmak ini dalam kitabnya _Barā’atul-Asy^ariyyīn min ^Aqā’idil-Mukhālifīn (j. 1, hlm. 11)
Akal Yang Sahih: Kita berkata:
فكما صح وجود الله تعالى بلا مكان وجهة قبل خلق الأماكن والجهات فكذلك يصح وجوده بعد خلق الاماكن بلا مكان وجهة، وهذا لا يكن نفياً لوجوده تعالى.
_”Sebagaimana sah adanya Allah tanpa tempat dan arah sebelum diciptakan tempat dan arah, demikian pula setelah Allah menciptakan tempat dan arah maka Allah ta^ala tetap ada tanpa tempat dan arah dan ini tidak menafikan kewujudan Allah ta^ala”._
*Tahukah Dr Johari bin Mat bahawa Nabi ﷺ Pernah Berdoa Dengan Mengadapkan Tangan Ke Bumi?*
Sangat terkejut dan merasa jelek bila kami dengar Dr Johari mengatakan umat Islam tidak pernah menghadapkan tangan ke arah bumi ketika berdoa kerana jika mereka berbuat demikian maka sudah tentu menunjukkan Allah berada di bumi seolah-olah Dr Johari tidak pernah mendengar perbuatan tersebut pernah dilakukan oleh baginda Nabi ﷺ sendiri cuma perbuatan ini bukanlah menunjukkan bahawa Allah ta^ala berada di bumi sebagaimana anggapannya. Dr Johari juga mendakwa bahawa apabila Nabi mengisyaratkan tangannya ke langit maka ini merupakan dalil menunjukkan Allah duduk di atas Arasy. [Rujukan: Laman sesawang youtube di bawah tajuk “Aqidah Asma’ & Sifat Allah”, [diterbitkan pada Jan 25, 2015 oleh penama “Kuliah Sunnah Kelantan”], diambil pada 20 Jun 2017, pada minit ke 43:49 / 1:05:30]
Sanggahan:
Al-Ĥāfiż al-^Abdarī berkata dalam kitabnya _al-Sirāţul-Mustaqīm_ (hlm. 40):
ويرد على المعتقدين أن الله متحيز في جهة العلو ويقولون لذلك ترفع الأيدي عند الدعاء بما ثبت عن الرسول أنه استسقى أي طلب المطر وجعل بطن كفيه إلى الأرض وظاهرهما إلى السماء وبأنه صلى الله عليه وسلم نهى المصلي أن يرفع رأسه إلى السماء، ولو كان الله متحيزا في جهة العلو كما تظن المشبهة ما نهانا عن رفع أبصارنا في الصلاة إلى السماء، وبأنه صلى الله عليه وسلم كان يرفع إصبعه المسبحة عند قول(( إلا الله)) في التحيات ويحنيها قليلا فلو كان الأمر كما تقول المشبهة ما كان يحنيها بل يرفعها إلى السماء وكل هذا ثابت حديثا عند المحدثين. فماذا تفعل المشبهة والوهابية؟! . اهـ
_”Dan dibantah terhadap golongan yang meyakini bahawa Allah bertempat di arah atas dan mereka mengatakan kerana itulah kedua-dua tangan diangkat ketika berdoa, dengan mendatangkan hadith yang thabit dari Rasulullah ﷺ bahawa baginda melakukan solat Istisqa’ iaitu solat [sunat] meminta daripada Allah agar diturunkan hujan dan baginda telah menjadikan kedua telapak tangannya mengadap ke arah bumi (lantai tanah) dan belakang telapak tangannya pula diarahkan ke langit (ke atas) serta Rasulullah juga melarang orang yang bersolat untuk mengangkat kepalanya ke arah langit_.
Jika seandainya Allah ta^ala itu bertempat di arah atas sebagaimana yang disangkakan oleh golongan Musyabbihah (orang yang menyerupakan Allah dengan makhluk), sudah tentu Rasulullah ﷺ tidak akan melarang kita untuk mengangkat pandangan kepala kita ketika bersolat ke arah langit.
_Juga kita menolak pendapatnya dengan hadith yang menyebutkan Rasulullah mengangkat jari telunjuknya ketika membaca kalimah “إلا الله ” semasa tahiyat dan dibengkokkannya sedikit. Justeru, seandainya perkara tersebut sebagaimana yang dikatakan oleh golongan al-Musyabbihah (golongan yang menyerupakan Allah dengan makhluk) maka sudah tentu Rasulullah tidak akan membengkokkan jari telunjuknya, bahkan baginda akan mengangkatnya ke arah langit, semua ini adalah hadith yang thabit dalam kalangan ahli hadith. Maka apakah yang akan dilakukan oleh golongan al-Musyabbihah dan al-Wahhabiyah…?!”_ Intaha.
*Undang-Undang Negeri Kelantan Mesti Dipatuhi*
Dalam Enakmen Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) 1994 menyebutkan pada seksyen 37 (rujukan yang mesti diikuti) sebagaimana berikut:
_“(1) Semasa mengeluarkan fatwa di bawah seksyen 36, Majlis atau Jamaah hendaklah pada lazimnya mengikut qaul muktamad Mazhab Syafie._
_(2) Jika Majlis dan Jamaah Ulama’ berpendapat bahawa qaul yang muktamad dari mazhab Syafie boleh membawa kepada keadaan yang berlawanan dengan kepentingan awam, majlis atau jamaah ulama’ bolehlah dengan keizinan Kebawah Duli yang Maha Mulia al Sultan mengikut qaul dari mana-mana mazahab [mazahib] Islam yang muktabar, kecuali dalam perkara-perkara yang bersangkutan dengan akidah, maka qaul Ahli Sunnah Wal Jamaah hendaklah diikut”_. Intaha.
Di dalam Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan menyebutkan tafsiran kepada Ahlus-Sunnah wal-Jama^ah” sebagaimana berikut:
_”4.(1) “Ahlu’s Sunnah wal Jamaah” maknanya ialah mazhab Abu al-Hasan al Ash’ari dan Abu Mansoor al-Maturidi dan orang yang mengikut jejak langkah keduanya [al-Asya^irah dan al-Maturidiyyah]”._ Intaha.
Disediakan oleh:
*Kajian Ilmiah Asatizah Pondok (KIAP)*

Advertisements

24 June 2017 - Posted by | Aqidah, Bicara Ulama, Ibadah, Q & A (Soal Jawab)

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: