Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

MENJAWAB GOLONGAN YANG MENYAMAKAN PERARAKAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL DENGAN PERARAKAN THAIPUSAM

thai_1

Perarakan sempena sambutan Maulid Rasul yang dilakukan oleh umat Islam adalah suatu perkara yang tidak bercanggah dengan syarak. Bahkan ia adalah perkara yang sangat baik bertujuan menzahirkan kegembiran dan kesukaan di atas kelahiran junjungan besar Nabi kita Muhammad ﷺ disamping mereka mendendangkan qasidah-qasidah memuji baginda Nabi serta berzikir kepada Allah demi mensyukuri nikmat Allah mengutuskan baginda Nabi Muhammad ﷺ kepada manusia.

Antara dalil yang mengharuskan umat Islam melakukan perarakan sempena Maulid Nabi ini adalah sebagaimana berikut:
Setelah keislaman ^Umar ibn al-Khattab di Darul-Arqam, para sahabat Nabi keluar dan mereka berjalan-jalan beramai-ramai dalam dua barisan. Tujuan mereka adalah ingin bersyukur di atas kenikmatan yang diberikan oleh Allah ta^ala kepada mereka iaitu nikmat Allah taala telah memberikan hidayah atau petunjuk kepada Sayyidina ^Umar _radiyallahu ^anhu_. Ini antara dalil-dalil yang menunjukkan keharusan berarak dan berjalan beramai-ramai dengan melaungkan zikir, tahlil dan sebagainya demi menzahirkan kegembiraan atas kenikmatan yang telah berlaku sebagai syukur kepada Allah ta^ala atas nikmat tersebut. Antara yang meriwayatkan bahawa umat Islam keluar beramai- ramai dalam dua barisan setelah keislaman Sayyidina Umar ialah al-Hafiz Abu Nu^aim al-Asfahani dalam kitabnya _Hilyah al-Awliya’_ (Darul-Kitab al-^Arabi, Beirut-Lubnan, j. 1, hlm. 40).

Al-^Allamah Datuk Sayyid ^Alawi ibn Thahir al-Haddad, merupakan Mufti Negeri Johor (1356 – 1381 H/ 1936 – 1961 R) dalam _Fatwa-Fatwa Mufti Kerajaan Johor_ (jil.2, hlm. 343) ketika beliau ditanya berhubung hukum umat Islam yang berarak pada sambutan Maulidur-Rasul, jawab beliau:
_*“Tidak mengapa jika tidak ada perkara mungkar”*._ Intaha.

Oleh itu, dakwaan Halim Hasan bahawa _perarakan Maulid tidak ada beza dengan perarakan Thaipusam seperti adik dan abang_ itu adalah tuduhan yang melampau yang wajib diwaspadai oleh masyarakat keseluruhannya.
[Perkara ini dinyatakannya di laman sesawang youtube, di bawah tajuk _*“Ustaz Halim Hassan – Perarakan maulid tiada beza dengan Thaipusam”*_]

Sedangkan Rasulullah ﷺ bersabda:
*يَا أَيُّهَا النَّاسُ وَإِيَاكُمْ وَالْغُلُوَّ فِي الدِّينِ، فَإِنَّهُ أهْلَكَ مَنْ كَانَ قَبْلَكُمُ الغُلُوُّ فِي الدِّينِ*
Mafhumnya: _“Wahai manusia, awasilah kamu dari sifat melampau dalam agama, sesungguhnya telah hancur binasa golongan sebelum kamu berpunca daripada sikap melampaui batasan dalam urusan agama”._
(Diriwayatkan oleh Ahmad dalam _Musnad Ahmad_, al-Nasai’i dalam _Sunan al-Nasa’i_ dan Ibn Majah dalam _Sunan Ibn Majah_ serta al-Hakim dalam _al-Mustadrak_ daripada Ibn ^Abbas _radiyallahu ^anhuma_)

Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Mas^ud _radiyallahu ^anhu_ bahawa Nabi ﷺ pernah bersabda:
*هَلَكَ الْمُتَنَطِّعُون*
Mafhumnya: _“Telah binasa golongan yang melampau”._ (Diriwayatkan oleh Muslim)
والله أعلم وأحكم

Disediakan oleh:
*Kajian Ilmiah Ahlis-Sunnah (KIAS)*
https://m.facebook.com/kajianilmiahahlisunnah

Advertisements

17 June 2017 Posted by | Q & A (Soal Jawab) | Leave a comment

CERITA BALIK BERAYABANYAK MANA MENGGENDONG DOSA

Bagi yg nak balik beraya di kampung, meh baca cerita lama tulisan saya ini utk difikir.

Subuh selepas hari raya, saya menyapa seorang jiran yg bersolat jemaah subuh bersama saya,”Anak cucu ramai balik,penuh rumah agaknya, Mak Lang.”Dia membalas,”Mak Lang dah siap awal,Mak Lang dah tempah homestay.Mak Lang suruh yang lelaki tidur di homestay,tinggal anak isteri saja di rumah Mak Lang.Bimbang balik beraya buat dosa,dosa melihat aurat ipar lamai, sepupu,biras.”
Cerita balik raya dikampung memang seronok tetapi hakikatnya mudah terpalit dosa jika tidak dirancang.Apa tidaknya bila beberapa keluarga berhimpun dlm satu rumah,tidur bergelimpang hingga ruang tamu kerana tak cukup bilik,akan berlakulah penampakan aurat ipar, sepupu,biras dsbnya masa tidur,keluar bilik mandi,masa menyusu badan.Kalau dah tidur,tetaplah terbuka aurat.
Paling resah adalah wanita yg kena berbungkus 24 jam kerana sentiasa ada orang yg bukan mahram diselilingnya,rimas,panas. Ditambah pula beratur dibilik mandi.Inilah cerita tidak seronok balik kampung beraya yg tidak terzahirkan kerana nak jaga hati banyak pihak, tetapi wanita yg solehah tetap berkorban demi menjaga hati suami dan mentua serta ipar.Namun suami yg perihatin dan mentua yg mengambil berat sepatutnya mengambilkira persediaan menyambut kepulangan anak cucu dan menantu agar berhimpun untuk beraya tidak terpalit dosa.

Suami yg perihatin sepatutnya mengambilkira untuk tetap menyembunyi aurat isteri, meringankan pengorbanan kena berbungkus 24 jam.abdghaniharon
Tindakan Mak Lang itu adalah sesuatu yg betul.Zaman dulu dimana masalah aurat tidak diberi penekanan,hal ini diremehkan.Tetapi pada kita yg sentiasa menjaga aurat,jangan diambilmudah bila beraya bersama ipar lamai,sepupu,biras kerana hukum aurat tidak berubah dlm situasi apa pun. Nak jaga hati emak dan mentua,bukan bermakna boleh main cincai dlm masalah aurat, boleh lebih kurang,biar tidur bersesak,terselak sana sini,asal boleh tidur.Pemisahan lelaki wanita yg bukan mahram tetap kena berlaku dan diutamakan dari soal kekeluargaan.Maka menyedia ruang pemisahan ini wajib atau mengasing dg menyewa homestay atau hotel, walaupun belanja tinggi tetapi itu lebih baik dari sekali terpandang aurat ipar atau sepupu atau yg lain yg bukan mahram.Bukan sahaja bila balik beraya,bahkan bila berkampung  kerana kenduri kendara.Jangan ambil mudah soal aurat, kasihanilah isteri anda dan anak dara anda,kerana suami juga tetap terseret jika aurat isterinya terdedah jika dia tidak bersedia mengelaknya. Kisah Tsalabah bin Abd Rahman yg terlihat betis wanita bukan mahramnya,merasa amat berdosa lalu mengasing diri ke gua hingga nabi menemuinya,adalah contoh betapa beratnya dosa melihat aurat wanita bukan muhrim(hadis ini dikatakan daif tetapi boleh jadikan teladan).Jangan balik beraya, menggendong dosa.
Jangan peduli sindiran orang yg menyebut,”balik kampung tapi tidur homestay,hotel”,kerana mereka mungkin tidak faham kita nak mengelak dari terbuat dosa.Selain itu faktor keperluan untuk mandi manda dan membuang air juga penting kerana itu keperluan hidup yg boleh menjejas kesihatan.
Kesimpulannya,apa juga yg kita buat,jangan kadar merancang untuk melaksanakannya,tetapi rancanglah supaya apa yg dibuat menjadi kebajikan,apa yg dibuat terelak dari dosa.Bantulah isteri anda dlm memelihara auratnya,bahkan memelihara aurat isteri itu satu kecemburuan yg mandatory,yang wajib dilaksanakan.

Wallahu a’lam
Oleh: abdghaniharon

17 June 2017 Posted by | Renungan & Teladan, Tazkirah | Leave a comment

   

%d bloggers like this: