Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

LAPAN SEBAB MENGAPA NON MUSLIM WAJAR DILARANG MENJADI PEGUAM SYARIE

PERTAMA
.
Mereka yang memiliki Sijil Amalan Guaman (CLP) layak untuk diiktiraf sebagai peguam professional dan memiliki lesen sah kerjaya sebagai peguambela dan peguamcara TETAPI seorang peguam syarie WAJIB merupakan seorang Muslim yang berpegang kepada aqidah dan syariat Islam.
.
KEDUA
.
Seorang peguam non Muslim tidak akan mampu memahami dan menghayati aqidah dan syariat Islam, apatah lagi untuk membela anak-anak guam mereka dalam perundangan Islam.
.
KETIGA
.
Setiap peguam syarie Muslim akan dipertangungjawabkan di dunia dan akhirat terhadap sebarang kes guaman yang mereka kendalikan sedangkan peguam non Muslim hanya tertakluk kepada aspek dunia dan etika guaman sahaja.
.
Seorang peguam syarie non Muslim bukan sahaja tidak memahami dan menghayati aqidah serta syariat Islam, tetapi mereka juga tidak akan mampu mempraktikkan perkara-perkara berkaitan prinsip-prinsip etika dan perundangan Islam sebagaimana yang termaktub dalam al-Quran, as-Sunnah, athar sahabat, ijmak ulama’ serta qias.
.
KEEMPAT
.
Setiap peguam syarie mempunyai peranan, tugas dan tanggungjawab membantu hakim syarie merungkai masalah-masalah perundangan Islam, mengupas isu-isu pokok dan furu’ ajaran Islam serta berijtihad terhadap permasalahan Islam kontemporari.
.
Seorang peguam non Muslim yang mahu mempraktikkan amalan guaman syarie, tidak mengamalkan serta menghayati hidup sebagai seorang Muslim dan ilmu-ilmu yang berkaitan perundangan Islam tidak akan mampu membantu hakim syarie dalam perkara ini.
.
KELIMA
.
Setiap peguam syarie perlu berhujah menggunakan dalil-dalil syarak dalam sebarang perbicaraan mahkamah.
.
Sementara itu, seseorang peguam non Muslim bukan sahaja tidak beriman kepada sumber-sumber asas Islam (al-Quran dan As-Sunnah), malah dikhuatiri nas dan dalil yang digunapakai dan ditafsir oleh mereka sewaktu perbicaraan juga terpesong dan tersasar dari kefahaman Islam sebenar.
.
Ia akhirnya bakal menimbulkan KEKELIRUAN DAN KECELARUAN KE ATAS UMAT ISLAM DAN MASYARAKAT.
.
KEENAM
.
Adalah menjadi TANGGUNGJAWAB Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja (Majlis Raja-raja) kerajaan Malaysia dan umat Islam melalui pelbagai peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan dan Enakmen-enakmen Agama Islam Negeri-negeri untuk memelihara melindungi dan memperkasa kesucian agama Islam dan umatnya.
.
Membenarkan para peguam non Muslim menjadi peguam syarie MEMBUKA PINTU CAMPURTANGAN non Muslim terhadap agama Islam itu sendiri, satu-satunya perkara yang gagal dilakukan oleh para penjajah sejak 500 tahun lalu.
.
Ia seterusnya bakal memberi impak besar kepada PENGHINAAN DAN MERENDAHKAN MARTABAT ISLAM itu sendiri, di kemudian hari.
.
KETUJUH
.
Para peguam non muslim mempunyai HAK YANG SAMA RATA rata seperti golongan non Muslim lain dari aspek perundangan negara serta TIDAK TERIKAT kepada Enakmen Undang-undang Mahkamah Syariah setiap negeri.
.
Ketidakterikatan (bebas) ini boleh menimbulkan implikasi mereka tidak boleh didakwa di mana-mana mahkamah syariah meski pun mereka menuturkan atau mempamerkan perlakuan menghina Islam, samada di dalam atau luar perbicaraan mahkamah syariah.
.
KELAPAN
.
Keinginan golongan tertentu yang mahu supaya para peguam non Muslim mempraktikkan amalan guaman syarie akan menimbulkan persepsi bahawa mana-mana pihak boleh mentafsir dan campurtangan terhadap urusan agama golongan lain. (dalam kes ini melalui medium perundangan)
.
IMPAK BESAR (jika perkara ini dibenarkan) adalah KETIDAKHARMONIAN AMALAN BERAGAMA di kalangan rakyat Malaysia dan mampu mencetuskan tragedi serta KONFLIK AGAMA (dalam jangkamasa panjang) selain MENYUBURKAN IDEOLOGI SESAT PLURALISME.
.
KESIMPULANNYA, umat Islam dan rakyat Malaysia tidak memerlukan para peguam non Muslim sebagai peguam syarie yang akan mengendalikan kes-kes yang dibicarakan di mahkamah syariah.
.
(artikel ini adalah bagi memberi penjelasan khususnya kepada Mufti Perlis Mohd Asri yang menyokong secara terbuka bukan Islam menjadi peguam syarie)

Oleh Ustaz Zamihan Al-Ghari
.
Sumber Asal: http://wp.me/p8j1Cq-2s

Advertisements

25 May 2017 - Posted by | Bicara Ulama, Fad hail Amal, Informasi, Politik dan Dakwah, Q & A (Soal Jawab)

1 Comment »

  1. Non Muslim banyak kerja dlm perbankan Islam…where do we draw the line? Yg ‘muslim’ kerja dlm bank ‘islam’ pun banyak yg tak tutup aurat …

    Comment by abu ahmed | 8 June 2017 | Reply


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: