Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

ISTERI CIUM JENAZAH SUAMI BATALKAH WUDUK JENAZAH

Ada orang kata “Isteri jangan cium jenazah suami. Nanti batal wuduk jenazah itu.” Betul ke?.

Sedih lah isteri tak dapat cium kali terakhir jenazah suami kerana takut batal wuduk nya. Begitu juga mereka kata suami dihalang untuk cium jenazah isterinya atas alasan yang sama. 
Mari Belajar supaya tak mudah keliru dengan perkara ini.
Persoalan – Batal ke wuduk jenazah tu?
Jawapannya sudah tentu tidak batal.
Pertama sekali kita mesti tahu bahawa orang yang telah mati sudah putus dari menjadi mukallaf (orang yang wajib ikut syariat). Ini adalah kerana mereka sudah terpisah dari dunia, maka terpisah dari sebarang hukum. (Dunia adalah tempat beramal dan akhirat adalah tempat meraih kehidupan kekal abadi).
Maka bagaimana ada yg boleh kata wuduk jenazah itu batal sedangkan dia sudah tidak ada hukum lagi? Begitu juga jika najis keluar dari kemaluan jenazah yang sudah ada wuduk. Maka wuduknya tidak batal. Namun wajib bagi kita yang hidup untuk sucikan najis itu.
Ini kerana hukum hakam (syariat) hanya bagi mereka yang hidup dan bukanlah yang mati. Maka jika jenazah yang wuduk disentuh oleh mereka yang bukan mahram (atau sang isteri/suami) maka tidak batal wuduk jenazah itu. Tapi, jika sekiranya yang hidup itu ada wuduk. Maka yang hidup itu, batallah wuduknya.
Contoh, suami mati. Isteri cium jenazah suami. Maka suami tidak batal, yang batal adalah si isteri.

 (Kuliah oleh Ustaz Wan Junaidi Hafizullah-  Rujukan -Kitab kifayatul muhtadi)

Advertisements

2 May 2017 Posted by | Fiqh, Ibadah, Q & A (Soal Jawab) | Leave a comment

   

%d bloggers like this: