Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

HUKUM MAKAN IKAN KEMBUNG REBUS DAN IKAN MASIN GELAMA JERUK TANPA DIBUANG NAJIS

18118603_256509781487562_8314102811641219712_n

Bahagian Fatwa – Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan and Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan shared Soal Jawab Mazhab Syafi’i‘s photo.

Assalamualaikum..
Adakah ikan kembung yg dh siap direbus, tp najisnya tidak dibuang hukumnye haram..bagaimana pula dgn ikan masin gelama jeruk?

Jawapan kami;

Ulamak mazhab Syafi’i berbeza pandangan berkaitan hukum memakan ikan yang dimasak tanpa dibuang najisnya.

Walaubagaimanapun menurut Syeikh al-Sayyid Abdul Rahman Ba ‘Alawi al-Hadhrami;

وقد اتفق ابن حجر وزياد و م ر وغيرهم على طهارة ما في جوف السمك الصغير من الدم والروث وجواز أكله معه وإنّه لا ينجس به الدهن بل جرى عليه م ر الكبير ايضا لأن لنا قولا قويا أن السمك لادم له . إهـ

“Ibn Hajar, Ibn Ziyad, al-Ramli dan lain-lain telah bersepakat mengatakan bahawa apa-apa yang ada dalam perut ikan yang kecil sama ada darah atau najisnya adalah suci dan harus memakannya beserta kotoran tersebut. Sesungguhnya ia tidak dianggap menajiskan minyak (masakan). Bahkan al-Ramli berpendapat, hukum tersebut berlaku juga kepada ikan yang besar kerana bagi mazhab kita terdapat satu qaul (pendapat) yang kuat mengatakan bahawa ikan tidak mempunyai darah.” (Bughyah al-Mustarsyidin 15).

Menurut al-Bujairimi, kadar yang dikirakan sebagai saiz kecil atau besar adalah berdasarkan uruf. Manakala menurut Ali al-Syabramallisi pula, saiz yang kecil adalah sekadar dua jari dan selebihnya dikirakan saiz besar (I’anah al-Talibin 91/1).

Disebutkan dalam keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-107 yang bersidang pada 10 – 11 Februari 2015 membincangkan Hukum Minyak Ikan Yang Diproses Tanpa Dibuang Perut Atau Najisnya. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:

1. Setelah meneliti fakta-fakta, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah menegaskan bahawa kandungan isi perut ikan adalah antara hukum yang tidak disebut secara jelas mengenainya sama ada dalam al-Quran ataupun Sunnah Rasulullah sollallahu alaihi wa sallam. Ibn Hajar, Ziyad, al-Ramli dan lain-lain telah bersepakat bahawa apa-apa yang ada dalam perut ikan yang kecil sama ada darah atau najis adalah suci dan boleh dimakan serta tidak dianggap najis, bahkan al-Ramli berpendapat, hukum tersebut berlaku juga kepada ikan yang besar.

2. Sekiranya ia dihukum bersih, syarak menetapkan hukum memakannya bergantung pula pada pandangan pakar perubatan yang dipercayai sama ada ia boleh memudaratkan ataupun tidak. Sekiranya mudarat maka tidak boleh dimakan kerana memberi kesan pada kesihatan, begitulah sebaliknya.

3. Sehubungan itu, berdasarkan masyaqqah yang perlu dihadapi untuk memproses ikan dalam kuantiti yang banyak sehingga terlalu sukar untuk dibuang kandungan isi perut ikan satu persatu, dan realiti semasa industri komersil pemprosesan minyak ikan pada masa ini yang perlu mematuhi standard dan piawaian yang ketat bagi memastikan ianya bersih dan selamat digunakan, serta dengan mengambilkira kepentingan, manfaat dan kegunaan minyak ikan kepada kesihatan manusia, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa minyak ikan yang diproses secara komersial dalam kuantiti yang melibatkan beribu-ribu tan ikan tanpa dibuang perut atau najisnya adalah suci dan halal dimakan.
اليسع
Wallahu a’lam.

Koleksi Q&A Ustaz Alyasak
https://t.me/Q_A_Us_Alyasak_channel

Advertisements

26 April 2017 - Posted by | Bicara Ulama, Ibadah, Q & A (Soal Jawab)

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: