Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

BERGADUH DENGAN ISTERI , TAIP SMS CERAI TETAPI TIDAK SEMPAT SEND, JATUH TALAK KE?

18011053_254304315041442_8330106757215903224_n

Subuh td di masjid ada jamaah tanya ana…dia kelahi dgn isterinya…lepas tu dia sms isteri nya kata aku ceraikan kau tapi dia tak sempat send lagi sms tu…adakah jatuh talak?

Jawapan kami;

Disebutkan dalam sebuah hadis;

عن أبي هريرة رضي الله عنه قال قال النبي صلى الله عليه وسلم ” ثلاث جدُّهن جدٌ وهزلهُنَّ جدٌ : النكاح ، والطلاق ، والرجعة ” أخرجه أبوداود (2194) ، والترمذي(1184) قال الترمذي : ” هذا حديث حسن غريب”، وابن ماجه (2039) ، وسعيد بن منصور (1603) ، والطحاوي في ” شرح معاني الآثار ” (3 / 98 ) ، وابن الجارود (712) ، والدار قطني ( 3/ 256 ، 257 و 4/ 18 ـ 19) ، والحاكم (2/ 198) ، والبيهقي في ” السنن الكبرى ” (7/ 341) ، والبغوي في ” شرح السنة ” (2356) ، والمزي في ” تهذيب الكمال ” (17/ 53).

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah radiallahu ‘anhu katanya, Rasulullah sollallahu ‘alaihi wa sallam bersabda; “Tiga perkara yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh dikirakan bersungguh-sungguh, dan yang dilakukan dengan bergurau (main-main) dikirakan bersungguh-sungguh juga iaitu nikah, talak dan rujuk.”

Bahkan, talak yang dilakukan secara bertulis termasuk dalam kategori talak secara kinayah (sindiran). Talak secara kinayah ini tidak akan jatuh melainkan jika disertai dengan niat untuk bercerai. Imam al-Nawawi menyatakan;

ولو كتب ناطق طلاقا ولو ينوه فلغو، وإن نواه فالأظهر وقوعه

“Jikalau seseorang yang boleh bertutur menulis sesuatu talak dan dia tidak meniatkannya (untuk talak), maka jadi sia-sia (talak tidak jatuh). Sekiranya dia meniatkannya (untuk talak), maka mengikut pendapat yang azhar (muktamad) jatuhlah talaknya.” (Minhaj al-Talibin).

Sehubungan itu, tidak disyaratkan talak yang ditulis itu diketahui atau sampai kepada isterinya sepertimana yang difahami daripada perkataan Imam al-Nawawi iaitu;

إن كتب “أما بعد، فأنت طالق” طلقت في الحال سواء وصلها الكتاب أم ضاع

“Sekiranya suami tulis “adapun kemudian daripada itu, engkau tertalak”, maka tertalaklah isterinya itu ketika itu jua (serta merta), sama ada tulisan tersebut sampai kepada isteri ataupun ianya hilang.”(Raudhah al-Talibin).

Di Malaysia, agensi yang mempunyai bidangkuasa untuk mengesahkan sesuatu perceraian orang Islam adalah mahkamah syariah. Justeru, saya mengesyorkan kepada pasangan tersebut, supaya dapat merujuk perkara ini kepada mahkamah syariah yang berhampiran untuk membuat pengesahan lafaz cerai secara rasmi.
اليسع
Wallahu a’lam.

Sumber: Soal Jawab Mazhab Syafi’i

Koleksi Q&A Ustaz Alyasak
https://t.me/Q_A_Us_Alyasak_channel

Advertisements

21 April 2017 - Posted by | Ibadah, Q & A (Soal Jawab)

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: