Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

SUNNAH KENDURI ARWAH (BERSEDEKAH MAKAN ATAS NAMA SI MATI) VS NIYAHAH (MERATAP)

17883891_1311493815598248_1496537957462424353_n

(Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan)

Adakah makan dan minum di rumah si mati selepas ada jemputan dikira niyahah(meratap)?

أجمعت الأمّةُ على تحريم النياحة، والدعاء بدعوى الجاهلية، والدعاء بالويل والثبور عند المصيبة‏‏

“Umat bersepakat atas haramnya niyahah, dan berdo’a dengan seruan orang jahiliyah serta do’a dengan kejelikan dan keburukan ketika terjadi musibah”.(Lihat : al-Azkar Imam an-Nawawi 146)

Imam al-‘Imrani didalam al-Bayan mengatakan :

ويحرم النوح على الميت، وشق الجيوب، ونشر الشعور، وخمش الوجوه

“dan haram meratap atas orang mati, merobek-robek saku baju, merenggut rambut dan mencoreng-coreng wajah”. (Lihat : al-Bayan fi Mazhab al-Imam asy-Syafi’i lil-Imam al-‘Imrani)

al-Imam Ar-Rafi’i didalam Fathul ‘Aziz :

وكذا النياحة والجزع بضرب الخد وشق الثوب ونشر الشعر كل ذلك حرام

“demikian juga niyahah (meratap), mengeluh dengan memukul pipi, mengoyak pakaian dan merenggut rambut, semua itu haram”.

Adapun pengertian niyahah sendiri, sebagaimana yang Imam Nawawi sebutkan adalah :

واعلم أن النياحة‏ :‏ رفع الصوت بالندب، والندب‏:‏ تعديد النادبة بصوتها محاسن الميت، وقيل‏:‏هو البكاء عليه مع تعديد محاسنه‏.‏ قال أصحابنا‏:‏ ويحرم رفع الصوت بإفراط في البكاء‏.‏ وأماالبكاء على الميت من غير ندب ولا نياحة فليس بحرام

“Ketahuilah, sesungguhnya niyahah adalah menyaringkan suara dengan an-nadb, adapun an-Nadb sendiri adalah mengulang-ngulang meratapi dengan suara (atau menyebut berulang-ulang) tentang kebaikan mayat. qiil (ulama juga ada yang mengatakan) bahawa niyahah adalah menangisi mayat disertai menyebut-menyebut kebaikan mayat”. Ashab kami (ulama syafi’iyah kami) mengatakan : “haram menyaringkan suara dengan berlebih-lebihan dalam menangis”. Adapun menangisi mayat tanpa menyebut-menyebut dan tanpa meratapinya maka itu tidak haram”. (Lihat ; al-Azkar Imam an-Nawawi 147)

والنياحة رفع الصوت بالندب قال الشافعي والأصحاب البكاء على الميت جائز قبل الموت وبعده ولكن قبله أولى

“Niyahah adalah menyaringkan suara dengan an-nadb, al-Imam Asy-Syafi’i dan Ashhabus Syafi’i (ulama syafi’iyah) mengatakan, menangisi orang mati boleh baik sebelum mati atau setelah mati, akan tetapi menangisi sebelum mati itu lebih utama”. (Lihat : al-Majmu’ syarah al-Muhazzab [5/ 307] Imam an-Nawawi)

Oleh kerana itu, penetapan hukum bid’ah makruhah (bid’ah yang hukumnya makruh) kerana boleh menjadi sebab adanya niyahah atau boleh membawa pada niyahah. Jika mengikuti kaedah usul, inilah yang menjadi illat dihukumkan makruh (bid’ah makruhah). Namun, jika illatnya tidak ada maka hukumnya juga berubah. Maka persoalannya sekarang adalah : adakah majlis tahlil (kenduri arwah) yang dilakukan oleh kaum Muslimin dengan bersifat seperti itu ? Adakah majlis tahlil (kenduri arwah) sebab terjadinya niyahah ? Tentu saja perkara itu tidak berlaku di Malaysia khususnya.

BAGAIMANA DENGAN ATSAR JARIR BIN ABDILLAH AL-BAJALI YANG MENGATAKAN BAHAWA BERKUMPUL TIADA TANGISAN JUGA DIKIRA NIYAHAH (MERATAP) ?

عَنْ جَرِيْرِ بْنِ عَبْدِ اللهِ الْبَجَلِي قاَلَ كُنَّا نَعُدُّ اْلاِجْتِمَاعَ إِلَى أَهْلِ الْمَيِّتِ وَصَنِيْعَةَ الطَّعَامِ بَعْدَ دَفْنِهِ مِنَ النِّيَاحَةِ (رواه أحمد رقم 6766 وابن ماجه رقم 1612)

“Diriwayatkan dari Jarir bin Abdullah al-Bajali, ia berkata: Kami menganggap berkumpul di rumah orang yang meninggal dan membuat makanan setelah pengkebumiannya sebagai perbuatan meratapi mayat” (Diriwayatkan oleh Ahmad No 6766 dan Ibnu Majah No 1612)

Seorang Mufti bermazhab Hanbali, Syeikh Khalid bin Abdillah al-Muslih, mengambil penilaian dhaif dari Imam Ahmad sendiri:

وَقَدْ نَقَلَ أَبُوْ دَاوُدَ عَنْ أَحْمَدَ قَوْلَهُ لاَ أَرَى لِهَذَا الْحَدِيْثِ أَصْلاً فَهُوَ حَدِيْثٌ ضَعِيْفٌ لاَ يَصْلُحُ لِلْاِحْتِجَاجِ. وَعَلَى الْقَوْلِ بِصِحَّتِهِ فَهُوَ مَحْمُوْلٌ عَلَى مَجْمُوْعِ الصُّوْرَةِ لاَ عَلَى مُجَرَّدِ اْلاِجْتِمَاعِ وَبِهَذَا قَالَ بَعْضُ أَهْلِ الْعِلْمِ وَالَّذِي يَظْهَرُ لِي أَنَّهُ إِنْ خَلاَ الْجُلُوْسُ مِنَ اْلإِضَافَاتِ الْبِدْعِيَّةِ فَإِنَّهُ لاَ بَأْسَ بِهِ لاَسِيَّمَا إِذَا كَانَ لاَ يَتَأَتَّى لِلنَّاسِ التَّعْزِيَّةُ إِلاَ بِذَلِكَ وَاللهُ أَعْلَمُ (أكثر من 100 فتوى للشيخ خالد بن عبد الله المصلح 1 / 35)

“Abu Daud sungguh telah mengambil dari Ahmad: Saya tidak menemukan asal dalam riwayat ini. Maka ini adalah riwayat yang dhaif yang tidak layak dijadikan hujah. Dan berdasarkan pada pendapat yang menilainya sahih, maka diarahkan pada seluruh bentuk, tidak pada bentuk berkumpulnya saja, inilah yang dikemukakan oleh sebahagian ulama. Menurut saya, bila berkumpul tersebut tidak ada unsur-unsur yang mengandungi bid’ah, maka tidak apa-apa. Apalagi jika orang lain tidak mahu takziyah kecuali dengan cara seperti itu” (Fatwa Syeikh Khalid bin Abdullah al-Muslih I/35)

Penilaian yang sama juga disampaikan oleh Syeikh al-Tarifi:

وَلِهَذَا تَجِدُ اَنَّ اْلاِمَامَ اَحْمَدَ اَخْرَجَ اَحَادِيْثَ فِي مُسْنَدِهِ وَمَعَ هَذَا يَعُلُّهَا بَلْ مِنْهَا مَا يُنْكِرُهُ وَاْلاَمْثِلَةُ عَلَى هَذَا كَثِيْرَةٌ جِدًّا … وَمِنْهَا مَا أَخْرَجَهُ فِي مُسْنَدِهِ مِنْ حَدِيْثِ إِسْمَاعِيْلِ عَنْ قَيْسٍ عَنْ جَرِيْرِ بْنِ عَبْدِ اللهِ الْبَجَلِي قَالَ كُنَّا نَعُدُّ اْلاِجْتِمَاعَ إِلَى أَهْلِ الْمَيِّتِ وَصَنِيْعَةَ الطَّعَامِ بَعْدَ دَفْنِهِ مِنَ النِّيَاحَةِ. وَقَدْ نَقَلَ اَبُوْ دَاوُدَ عَنِ اْلاِمَامِ اَحْمَدَ قَوْلَهُ فِيْهِ : لاَ اَصْلَ لَهُ (شرح كتاب الطهارة من بلوغ المرام للطريفي 1 / 422)

“Oleh kerana itu anda akan menemukan Imam Ahmad meriwayatkan beberapa hadis dalam Musnadnya yang beliau sendiri menilainya cacat, bahkan sebahagiannya menilainya munkar. Contohnya sangat banyak…. Diantaranya adalah ‘riwayat dari Jarir bin Abdullah al-Bajali, ia berkata: Kami menganggap berkumpul di rumah orang yang meninggal dan membuatkan makanan setelah pengkebumian sebagai perbuatan meratapi mayat’. Abu Daud benar-benar telah mengutip penilaian dari Imam Ahmad mengenai riwayat tersebut: Riwayat ini tidak ada asalnya!” (al-Tarifi dalam Syarah Bulugh al-Maram I/42)

Hal ini juga diakui oleh ulama (Wahabi) Sulaiman bin Nasir al-’Alwan:

وَلَكِنْ أَعَلَّ اْلإِمَامُ أَحْمَدُ هَذَا اْلأَثَرَ (شرح كتاب الجنائز من البلوغ للشيخ سليمان بن ناصر العلوان 1 / 105)

“Akan tetapi Imam Ahmad menilai cacat pada atsar ini” (Syarah Bulugh al-Maram I/105)

BENARKAH SAIDINA UMAR MENGATAKAN BAHAWA BERKUMPUL MAKAN DIRUMAH SI MATI WALAUPUN TIADA TANGISAN ITU DIKIRA NIYAHAH (MERATAP)

حَدَّثَنَا وَكِيعٌ، عَنْ مَالِكِ بْنِ مِغْوَلٍ، عَنْ طَلْحَةَ، قَالَ: قَدِمَ جَرِيرٌ عَلَى عُمَرَ، فَقَالَ: ” هَلْ يُنَاحُ قِبَلُكُمْ عَلَى الْمَيِّتِ ؟ قَالَ: لَا ” قَالَ: ” فَهَلْ تَجْتَمِعُ النِّسَاءُ عندَكُمْ عَلَى الْمَيِّتِ وَيُطْعَمُ الطَّعَامُ؟ قَالَ: نَعَمْ “، فَقَالَ: ” تِلْكَ النِّيَاحَةُ “

Telah menceritakan kepada kami Waki’, dari Malik bin Mighwal, dari Talhah, ia berkata : Jarir mendatangi ‘Umar, lalu ia (‘Umar) berkata : “Apakah kamu sekalian suka meratapi mayat?”. Jarir menjawab : “Tidak”. ‘Umar berkata : “Apakah diantara wanita-wanita kalian semua suka berkumpul di rumah keluarga mayat dan makan hidangannya ?”. Jarir menjawab : “Ya”. ‘Umar berkata : “Hal itu sama dengan niyahah (meratapi mayat)” [Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah 2/487]

Riwayat ini bermasalah kerana dikhuatiri putus antara Talhah dengan Jarir

Dalam riwayat yang sahih, Niyahah (meratapi mayat) yang dilarang menurut Sayidina Umar adalah sebagai berikut:

33 – باب مَا يُكْرَهُ مِنَ النِّيَاحَةِ عَلَى الْمَيِّتِ . ( 33 ) وَقَالَ عُمَرُ – رضى الله عنه – دَعْهُنَّ يَبْكِينَ عَلَى أَبِى سُلَيْمَانَ مَا لَمْ يَكُنْ نَقْعٌ أَوْ لَقْلَقَةٌ . وَالنَّقْعُ التُّرَابُ عَلَى الرَّأْسِ ، وَاللَّقْلَقَةُ الصَّوْتُ . (صحيح البخارى – ج 5 / ص 163)

“Bab yang dimakruhkan, iaitu meratapi mayat; Umar berkata: Biarkan wanita-wanita itu menangisi Abu Sulaiman selama tidak ada melumuri kepala dengan tanah atau suara” (Riwayat al-Bukhari 5/163)

Riwayat ini disampaikan oleh Imam al-Bukhari secara Mu’allaq, namun al-Hafiz Ibnu Hajar mencantumkan sanadnya seperti yang dicantumkan oleh al-Bukhari dalam Tarikh al-Ausathnya:

قَوْله : ( وَقَالَ عُمَر : دَعْهُنَّ يَبْكِينَ عَلَى أَبِي سُلَيْمَان إِلَخْ ) هَذَا الْأَثَر وَصَلَهُ الْمُصَنِّف فِي التَّارِيخ الْأَوْسَط مِنْ طَرِيق الْأَعْمَش عَنْ شَقِيق قَالَ : لَمَّا مَاتَ خَالِد بْن الْوَلِيد اِجْتَمَعَ نِسْوَة بَنِي الْمُغِيرَة – أَيْ اِبْن عَبْد اللَّه بْن عَمْرو بْن مَخْزُوم – وَهُنَّ بَنَات عَمّ خَالِد بْن الْوَلِيد بْن الْمُغِيرَة

يَبْكِينَ عَلَيْهِ ، فَقِيلَ لِعُمَر : أَرْسِلْ إِلَيْهِنَّ فَانْهَهُنَّ ، فَذَكَرَهُ . وَأَخْرَجَهُ اِبْن سَعْد عَنْ وَكِيع وَغَيْر وَاحِد عَنْ الْأَعْمَش . (فتح الباري لابن حجر – ج 4 / ص 333)

Jelas disini bahawa dalil-dalil yang mengatakan bahawa duduk makan di rumah si mati semuanya bermasalah dan dapat difahami ada beza dengan jemputan makan dari tuan rumah sebagai sedekah atas nama si mati dengan meratap, yang diharamkan ialah meratap sambil menjerit-jerit sehingga hilang akal dan bukannya makan minum di rumah si mati

ABU SUNNAH
AHLI SUNNAH WALJAMAAH NEGERI SEMBILAN

https://m.facebook.com/sunnahrasulullah12/photos/a.990309187716714.1073741827.990303737717259/1311493815598248/?type=3&source=48

Sumber: Jabatan Mufti Kerajaan negeri Sembilan

Advertisements

16 April 2017 - Posted by | Bicara Ulama, Fiqh, Ibadah, Informasi, Q & A (Soal Jawab), Tazkirah

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: